Thursday 28 March 2013

Bercuti ke Turki: Part 6


السلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاته

31.10.2011

Bertemu semula di percutian hari ke 6. Sebelum memulakan coretan mama hendak berkongsi perasaan hati mama dengan peserta kursus Pengurusan Minit Mesyuarat dan Penulisan Minit Berkualiti di INTENGAH. Mama telah dipanggil bagi membantu memberi ceramah di Kampus lama tempat mama bertugas sebelum pencen dulu pada 6 dan 7 Mac yang lepas. Sebenarnya mama cukup terharu dengan sambutan peserta kursus terhadap perkongsian ilmu yang mama sampaikan, terasa seperti kita berkongsi ilmu dengan anak2 sendiri yang ingin membuat perkara terbaik semasa menjalankan tugas. Mama masih ingat pesanan seorang guru masa belajar dahulu iaitu jika kita melakukan sesuatu perkara buatlah dengan penuh kesungguhan, seikhlas hati dan datang dari lubuk hati yang dalam barulah kita akan merasa kemanisan dan kepuasannya. Mama mendoakan semuga semua mereka berjaya dalam kehidupan di dunia dan akhirat. AMIN.

Pagi ini setelah dua hari berada di Cappadocia mama dan anak2 bertolak ke Ankara. Perjalanan yang jaraknya hampir 300km dengan pemandangan ladang gandum dan barli serta daun-daun pokok-pokok yang berubah kepada warna kuning dan merah menandakan penghujung musim bunga. Kami telah singgah di Tuz Lake iaitu tasik garam yang kedua terbesar di Turki dan mempunyai paras air berbeza-beza mengikut musim. Kawasannya memang luas dan kami sempat juga pergi agak jauh ke tengah melalui garam-garam yang memutih.

 Daun pokok yang bertukar warna

Tasik Garam

Halusnya garam dari tasik ni

Kedai yang menjual produk dari garam

Sebelum sampai di Ankara, kami berhenti makan tengah hari di restoran tempatan yang menghidangkan menu makanan Turki. Bila sudah hari ke-6 memang kami hampir jemu dengan makanan Turki yang rata-ratanya menghidangkan makanan yang hampir sama. Tapi, bila kaki sudah jejak bumi Malaysia barulah teringat makanan di Turki.

Menaiki tangga untuk makan tengah hari

Selepas selesai makan tengah hari kami dibawa melawat Ataturk Mausoleum di mana terdapat tempat persemadian Mustafa Kamal Ataturk pengasas dan presiden pertama Republik Turki dan berakhirnya pemerintahan Uthmaniyyah. Bangunan ini telah dibina antara tahun 1944 hingga 1953. Terbahagi kepada dua bangunan yang satunya dibuka kepada pelawat. Memasuki bangunan ini dipenuhi dengan koleksi gambar dan petikan ucapan Kamal Ataturk pada ulang tahun ke 10 pemerintahannya. Terdapat juga beberapa kereta rasmi yang digunakan dan satu pertunjukan multimedia mengenai hidupnya disiarkan kepada penonton. Ataturk Mausoleum ini dibuka setiap hari dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Tempat persemadian Mustapa Kamal Artatuk


Ataturks Mausoleum
Tentera berbaris untuk pertukaran shift


Bendera Turki daripada bunga-bunga yang disusun

Kami sampai di Ankara hampir petang dan sebelum sampai di hotel sempat jugalah mencuci mata di pusat shopping complex. Sebenarnya jika hendak dibandingkan dengan Kuala Lumpur, shopping complex kita lagi hebat, mana tidaknya, orang Malaysia memang kuat berbelanja..... Kami menginap di Hotel Sergah Ankara malam ini.

Bersambung lagi di entri berikutnya .......

Wordless Post.

Assalamualaikum











Sources: Google

Tuesday 19 March 2013

Popular Tapi Songsang?

Assalamualaikum


I was doing my assignment and during the break, I bumped into this article and it was shared by my sweet cousin on Facebook. She was mentioning on the first part of the article and yes, I did remember that their neighbours are good enough to sponsored for the kenduri arwah. Whilst I was reading through it, I knew that we, the Muslims, or maybe just some of us, are behaving similarly to what the article wrote. Herm. I guess we've been exposed to the culture more than the Islamic lifestyle kan? Am hoping that I shared a correct things and let me remind you, that none of this article was written by me as I just spreading the words. Hope it was true! Haha.  

"10 Amalan Popular Tapi Songsang Dan Tidak Dituntut Dalam Islam"

Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

Jangan lupa derma ketika ziarah mayat
2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan diberi jamuan, kita rasa segan nak makan, malu-malu kucing kononnya malu dan beradab, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir. Perangai tinggal makanan tak habis dah jadi budaya orang kita.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? (Ini mesti ada tujuan lain!!!).

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih bimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak memperhambakan diri padaNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah, kain hamis berbau. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.

(Source: Google)


Sabda Rasullullah SAW: "Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat." (Riwayat Bukhari)

Friday 15 March 2013

A good surah to start a day

Assalamualaikum


10 Surah yang harus diamalkan dalam kehidupan seharian :)

  • Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.
  • Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
  • Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
  • Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
  • Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.
  • Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.
  • Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
  • Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
  • Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
  • Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.

It feels good to share good things and let us recite these surah's in our daily life. None is perfect as perfection only belongs to Allah the Almighty. Oh btw, if you happen to read this post while I'm posting it, you might want to drop by here which was held in DATC, UiTM Shah Alam. Most of the inventor are the staff and lecturers of UiTM as well as students and you might ended up leaving the expo amazed - at least it works for me! Oh again! Matta Fair is currently happen at PWTC, so hurry up and get your cheapest trip here!






Friday 8 March 2013

Shall we unite?

Assalamualaikum


Hi girls and guys out there! Since my class starts almost a week ago, I'm back to school again! Sigh. Result obtained and Alhamdulillah! but still need to aim for higher result. Come to think of it, why did I loves UiTM so much that I ended up studying here, again and the answer would be - maybe I put my trust on this bumiputera's university. Eh? Okay. Instead of the fees are slightly cheaper than the others, the application open for bumiputera only which means the applicants shall be the native of Malaysia. Sadly, since the students came from ONLY BUMIPUTERA background, most of them tend to take things for granted and less competitive as they claimed that their right will ever be protected by the - you know what I mean, right? That's it. Please watch this vids and I hope that the bumiputera communities are aware with this. Am not being racist, it's just I love my country and I wish that they could see this thing as something to motivate them :) and not being satisfied easily with what they had could be a push factor for them to succeed more! Phew. Stop acting and bragging for something that you owned and possess with loans and starts making real money with no delay.Placed yourself in other's shoes and you'll know that success and glory doesn't come in a glimpse. Never ever feels satisfied with your condition or else someone else will knock you down. Thanks for sharing this beneficial vids and to all my lovely readers, please spread the word okay! :)



Source: Youtube

Dari Ibnu Abbas r.a, Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa yang berniat untuk berbuat kebaikan tetapi tidak jadi mengerjakannya, maka akan dituliskan untuknya 1 kebaikan (pahala) yang sempurna, jika dia mengerjakannya, maka Allah akan menuliskan untuknya 10 hingga 700 kebaikan, bahkan lebih dari itu."

Tuesday 5 March 2013

Makan angin di Morib!

Assalamualaikum


Last week mama ada ceramah dekat Morib and we got the chances to mandi manda di Gold Coast Morib Resort. Okay. Tempat dia memang luas dan besar. Bila malam, you can spend the night by sightseeing or just lepak-lepak tepi pantai. Best ke pergi Morib? Pantai lawa tapi tak digalakkan mandi la. Nak mandi better pergi Port Dickson or mana-mana waterfall. Setakat nak ada feeling tepi pantai while watching sunset or sunrise, boleh la.

Water Theme Park
(Sources:Google)
Em. Gold Coast Morib ni ada around 600+ available rooms and spacious parking la. Tapi parking tak berapa nak proper sangat la since maybe mereka ada intention to renovate and construct a new building. Nak tahu kenapa ramai orang pergi sini? I guess, tarikan yang best kat sini mestilah theme park dia. Tapi mahal -.- am not sure how to get the best deal from Gold Coast ni. Water park dia memang memanggil-manggil la orang untuk pergi berendam. Kalau adult pon boleh sangkut, budak-budak yang pantang nampak air lagi la semangat kemain nak masuk kan.

Studio Suite with Jacuzzi! Seriously terbaik!
(Sources: Google)

Pasal food and beverages, part ni tak berapa nak best la. As family yang suka sangat makan and agak cerewet when it comes to food, makanan kat sini tak berapa menepati selera la bak kata mama. Kalau nak tahu makanan mereka serve halalan toyyiban or tak, sila refer receptionist mereka. Tapi, agak-agak macam tak berapa nak selera makan kat hotel, boleh la drive pergi medan selera pantai morib. It's just a few minutes drive from the hotel. Serius tak jauh. And of course, macam-macam choice ada kat sini.

Okay. Nak buat review pasal bilik kat hotel ni. Rooms available kat hotel ni - studio suite, penthouse suite, 2 or 3 rooms apartment. Since mama datang as a penceramah, takkan nak bagi apartment kan? So, instead of apartment, we stayed at the studio suite. Wahaha. Room deco boleh tahan tapi what makes us excited terlebih is, the room got a private jacuzzi. A big yay! Kalau malas nak berendam kat water park tu, main saja air dalam jacuzzi.

Oh. Sini ada some small shops in case of an emergency. Nak print or surf Internet berbayar pon boleh since ada cybercafe kat sini. Retail shop pon ada but my sincere advice, sila beli di luar siap-siap okay. Quite pricey tapi it's normal la kan kedai kat hotel mark up price to cover loss mereka kan. 

For those yang rasa nak chill out for a while or nak mandi-manda sambil tengok sunset, this might be a good option for you. Sila pergi sini! Dah click tadi boleh get the details clearly. Our stay was very comfortable at first and we might had a good memories here if we were let freely while checking out. Sigh. During our very last day staying at this hotel, we was shocked knowing that we can't leave yet. Huh? Dah la nak cari parking susah, pak guard pula tak habis-habis warn tak bagi parking nearby the lobby. Haih. Sebab sehelai tuala, guest kena stay tunggu. Memang tak patut la. Okay. Maybe sebab towel mereka selalu hilang so they came up with a policy - kena check towel for the respective room cukup or tak. Aiseh. Queue panjang kot semata-mata nak tunggu confirmation mereka. Last-last adik saja yang pergi naik bilik untuk check towel. Macam mama cakap, staff kena cukup kalau nak buat policy macam ni or else guest yang datang akan rasa offended to come again. Whatever it is, hotel management mesti kena overcome issue ni cepat-cepat kalau tak nak hilang customer. Overall stay, boleh tahan la tapi nak bagi star memang tak reti. Bahaha.

Gold Coast Morib sila pay attention to this, still have room for improvement and goodluck guys! Penat guest nak tunggu kat lobby lama-lama tau! :)

Pantai Morib

Dari Amr bin Maimun al-Audi r.a, katanya. Rasulullah s.a.w bersabda kepada seseorang dan menasihatkannya "Rebutlah peluang lima keadaan sebelum datangnya lima yang lain - keadaan mudamu sebelum datangnya keadaan tuamu dan keadaan sihatmu sebelum datangnya sakitmu dan keadaan berada sebelum berhajat dan keadaan lapangmu sebelum datangnya sibukmu dan keadaan hidup sebelum datangnya matimu." 
(Hadis Riwayat Tirmizi)

Monday 4 March 2013

Bercuti ke Turki: Part 5




السلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاته

30.10.2011


Berjumpa lagi di hari ke lima perjalanan mama dan keluarga ke Turki. Bagusnya semua memori ini dicatat oleh papa yang tidak tinggal buku notanya. Hari ni kami masih berada di Cappadocia. Di Cappadocia pelancong boleh memilih untuk menaiki belon udara panas yang akan membawa kita melawat lembah batu yang unik selama 1 jam. Memandangkan program ni tidak termasuk dalam pakej, semua ahli rombongan tidak menyertainya kerana bayaran yang dikenakan USD200 bagi seorang adalah agak mahal. 


Yiltok Hotel


Selepas sarapan pagi lawatan pertama mama adalah melawat ke Castle Uchisar yang menyediakan panorama indah kawasan sekitarnya dengan Gunung Erciyes dalam jarak yang jauh. Di dalamnya terdapat banyak bilik batu yang berlubang dan disambungkan antara satu sama lain dengan tangga serta terowong. Rombongan  mama kemudiannya menuju ke Garomey Valley dan melihat pemandangan unik yang terbentuk dari lanskap batuan gunung berapi. Goreme Open Air Museum adalah sebuah Gereja di dalam gua yang yang dibina sejak abad ke-2, dengan lukisan dinding yang melambangkan Agama mereka. Mama sempat juga singgah bagi mengambil gambar di Lembah Devrent yang mengandungi batu berbentuk haiwan. Pemandangan yang indah seolah-olah kita berada di zoo ukiran yang dibuat oleh alam semula jadi. Antara bentuk haiwan yang paling mudah dilihat adalah unta dan binatang-binatang lain mengikut imaginasi kita yang melihatnya. 

 Castle_usc
Castle Uchisar


Jalan menuju ke Garomey Valley



Entrance to Goreme

 Salah satu dari Museum Goreme


Bayangkan bagaimana mereka membina penghidupan 


Lembah Devrent


Mama meneruskan perjalanan ke kota bawah tanah Kaymakli Underground City yang menjadi penempatan orang-orang Kaymakli. Letak kota ini sangatlah rendah dan sempit dan di bahagian dalam kota bawah tanah ini terdapat 8 lantai ke bawah tanah. Walaupun sempit suhu di dalamnya masih dalam keadaan baik. Pengunjung tidaklah dibawa melawat sehingga setiap lantai kerana agak berbahaya dan licin untuk pengunjung berjalan-jalan di dalamnya dan hanya lantai pertama hingga ke tiga sahaja yang dibuka. Mama tidaklah masuk ke dalamnya cuma anak-anak mama yang memasuki untuk mengambil gambar. Kepada mereka yang sudah berumur dan menghidap penyakit asma, lelah dan sewaktu dengannya, anda tidak dinasihatkan untuk pergi ke sini kerana ruang dalaman yang sempit dan possibility untuk sesak nafas adalah tinggi. Selepas menghabiskan masa hampir sejam di sini kami dibawa melawat ke kilang karpet yang diakui terbaik di dunia. Karpet di sini adalah dari tenunan tangan dan terdapat juga yang di buat dari benang sutera. Malangnya kami semua tidak membeli apa-apa kerana harganya mencecah ribuan ringgit, kasihan jugalah melihat mereka bersusah payah memberi taklimat.

Entrance to Kaymakli City

Salah satu tingkat di dalam Kaymakli Underground City

Dapur

Kedai karpet yang kami pergi

Penenun karpet

Antara karpet-karpet untuk dijual

Sebelah malamnya kami menyaksikan pertunjukan kebudayaan Turki dan Belly Dance. Tarian Kebudayaan mereka melihatkan 7 tarian semuanya yang mewakili 7 daerah. Persembahan pertama adalah Tarian Sufi yang dikenali juga sebagai The Whirling Dervishes. Ianya merupakan satu cara menerbitkan kasih sayang kepada Tuhan yang telah dipopularkan oleh pengikut Jalaluddin Rumi (mama sudah cerita sebelumnya). Semasa tarian ni semua lampu dimalapkan dan semua pengunjung tidak dibenarkan mengambil gambar (dapat juga anak mama menangkap gambar). Mereka menari dalam pusingan (memutar tubuh berlawanan dengan arah jam) secara bersama oleh sejumlah orang penari di bawah bimbingan seorang Murshidsambil zikir dialunkan dan semakin lama tarian tersebut semakin laju. Jika mama tentu dah lama jatuh kerana pening. Selepas tarian tersebut kami di persembahkan dengan tarian kebudayaan yang lain dan paling tak disangka penghujung persembahan kami dihidangkan dengan tarian gelek. Rasa menyesal pula membawa anak menonton persembahan ni. Husband mama sudah keluar dan hanya masuk apabila persembahan hampir tamat. Ok lah tu Tuan Haji....Jika anda pergi ke Turki, jangan lupa untuk menyaksikan sendiri cultural show mereka, memang best dan menarik!

Tamat persembahan kami pulang ke hotel yang sama untuk berkemas kerana esoknya kena check-out pagi untuk meneruskan lawatan balik ke Ankara.

Salah satu daripada tarian yang dipersembahkan


Tarian yang dianggotai penari lelaki saja

Tarian Sufi

Bersambung di episod seterusnya ......

Friday 1 March 2013

Bercuti ke Turki: Part 4


السلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاته


29.10.2011.

Hari ini merupakan hari ke empat mama dan rombongan berada di Turki. Hari ini kami di bawa ke Cappadocia yang jaraknya seperti dari Perlis ke Johor Bharu. Sepanjang perjalanan hanya terdapat ladang-ladang kapas dan gandum. Dalam perjalanan kami singgah di Konya sebuah bandar purba zaman Empire Anatolian Seljuk. Selepas makan tengah hari kami dibawa melawat Museum Mevlana yang juga dikenali sebagai Makam Green. Di sini terdapat makam Jelaleddin Rumi, pengasas pemerintahan Mevlevi daripada dervishes. Sebelum memasuki Museum ini kami diminta untuk melindungi kasut dengan plastik nipis untuk menjaga kebersihan di dalam bangunan. Selain makam Rumi, terdapat 2 bilik besar yang dibarisi dengan  kaca pameran Mevlevi artifak sejarah termasuk topi kon, permaidani dan alat muzik lama darwis, termasuk ney, atau seruling Mevlevi yang diperbuat daripada buluh. Di sekitar muzium ni, terdapat banyak makam-makam yang agak menakutkan jika di waktu malam. Terlalu banyak sangat makam di sekitar ini yang kadang-kadang boleh meremangkan bulu roma kami.

Rombongan kami juga sempat singgah di Caravansaray iaitu  rumah-rumah tumpangan yang dikenali sebagai Kervansaray atau Caravanserai yang telah digunakan oleh pedagang sejak abad ke 10. Bangunan-bangunan ini menyediakan penginapan dan kemudahan lain untuk para pedagang. Pembinaan bangunan ini adalah dari batu yang dipotong dari batu gunung berapi di Cappadocia. Bagi tujuan pertahanan, dinding mereka telah dibina seperti tembok istana. Walaupun hanya tinggal beberapa bangunan yang masih dijaga bagi tujuan pelancongan sempatlah juga anak2 mama bergambar buat kenangan. Cerita di sebalik Caravansaray ni sebenarnya ada kaitan dengan Ali Baba dan 40 penyamun. Kiranya, time zaman dahulu, tempat ni dijadikan tempat persembuyian dan tempat berteduh bagi mereka. Ada satu struktur bangunan di Caravansaray yang agak gelap di dalamnya, memang agak menakutkan untuk anda masuk ke dalamnya. Ketika di sini, anak mama terjumpa beberapa penduduk tetap di sini dan salah seorang dari mereka adalah owner kedai karpet yang terletak bersebelahan dengan Caravansaray ini. Sempatlah kami bertukar-tukar address supaya senang untuk kami berhubung dan bolehlah kami berjalan di sini lagi jika dimurahkan rezeki. Apabila hampir malam barulah kami sampai di Cappadocia. Bandar ini terkenal dengan tarian Whirling Dervishes atau pun tarian berpusing Sufi. Sepanjang berada di atas jalan raya di sini, memang terdapat banyak model-model sedang menari sufi sebagai trademark di sini.

Apabila sudah berada di sini buat masa yang agak lama, kadang-kadang terasa jemu juga untuk makan makanan Turki yang pada pemerhatian kami, boleh kata makanannya sama saja di mana-mana kedai di Turki.

Muzium Mevlana

Makam ahli-ahli sufi

Museum Mevlana

Pintu masuk ke Sultanhani Caravanserai
Inilah sebahagian dari group mama



Berhenti minum tea di Caravanserai 

Tandas sebelah cafe

Penginapan di Cappadocia

Bersambung lagi di entri berikutnya .......

Review: Adina Apartment Hotel Melbourne

Assalamualaikum! Just a short and simple review after long silence. Cleanliness: Since we took an apartment with kitchen facilit...