Saturday 25 May 2013

Bersujud di Tanah Haram: Part 2


السلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاته


الْعُمْرَةُ إِلَى الْعُمْرَةِ كَفَّارَةٌ لِمَا بَيْنَهُمَا وَالْحَجُّ الْمَبْرُورُ لَيْسَ لَهُ جَزَاءٌ إِلَّا الْجَنَّةُ

Maksudnya "Antara satu umrah ke satu umrah yang lain menghapuskan dosa di antara keduanya, dan haji yang mabrur tidak ada ganjaran baginya melainkan syurga."
(Riwayat al Bukhari dan Muslim)

28 April  hingga 2 Mei 2013

Apabila kita berada di Tanah suci ini terutama dapat beribadah di Masjidil Haram ambillah peluang untuk banyak menunaikan solat sendiri. Bagi mama inilah peluang untuk kita melakukan sebanyak mana yang terdaya melakukan solat dhuha, tahajud, solat Taubat dan Hajat serta membaca Al-Quran. Selain daripada menjalankan ibadah, jemaah juga telah dibawa melawat sekitar bandar Mekah seperti Jabal Thur, Padang Arafah, Mina, dan Jabal Nur. Jemaah kami beruntung dapat Mutawif yang rajin mengadakan Jalan - Jalan Tambah Iman dan membawa kami di sebelah malam melawat tempat-tempat bersejarah di sekitar Masjidil Haram. Dari pemerhatian mama yang tidak akan terdapat di mana-mana negara pun, semua pekerja-pekerja dan peniaga akan menutup kedai apabila masuk waktu solat dan menyatakan solat, solat jika kita memasuki kedai mereka. Pada hari Jumaat sebelum pulang ke Malaysia, mama dan keluarga yang perempuan sempat bersolat Jumaat, walaupun tidak dapat memasuki masjid kerana jam 11.00 pagi masjid sudah dipenuhi dengan jemaah, kami bersolat di ruang hotel. Memang beginilah keadaan di Masjidil Haram dan juga Masjid Nabawi ketika solat Jumaat. Memang disarankan untuk pergi ke masjid 2 jam lebih awal supaya dapat bersolat dengan selesa di dalam masjid. Apabila imam yang membaca Khutbah Jumaat tersebut sebak dan menangis, mama juga turut mengalirkan air mata walaupun tidak memahami sepenuhnya penyampaian khutbah tersebut. Kalau di Malaysia, jika perempuan mengikuti solat Jumaat adalah perkara yang janggal, tetapi jika di Mekah dan Madinah, ianya adalah perkara biasa.

3 Mei 2013

Hari ini terjadilah satu peristiwa yang tidak dapat dijangka oleh mama sekeluarga. Seorang dari jemaah umrah kami telah berjumpa dengan suami untuk meminang anak perempuan mama. Apabila difikirkan semula adakah Allah menduga kami dengan permintaan tersebut. Sememangnya setiap kali selesai solat terutama di depan Kaabah sebagai ibu, mama memohon kepada Nya supaya anak-anak mama diberi isteri yang solehah dan suami yang soleh agar dapat membimbing anak2 mama ke jalan yang diredhai Allah. Walau bagaimana pun disebabkan beberapa faktor yang tertentu kami sekeluarga menolak dengan baik permintaan itu. Memang benarlah orang cakap, bila berada di Tanah Suci, pelbagai dugaan yang tidak dijangka boleh berlaku. Maka, sentiasalah beristiqamah dalam melakukan ibadat dan memohon kepadaNya agar dipermudahkan segala urusan.

4 Mei 2013

Hari ni adalah hari terakhir kami di kota Mekah, terasa terlalu cepat masa beredar. Selepas melakukan tawaf Wida kami pun berangkat ke Jeddah. Apabila sampai di Jeddah, kami dibawa menuju ke Masjid Qisas di mana nama masjid itu diberi sempena pelaksanaan qisas yang diadakan bersebelahan dengan Masjid Qisas. Upacara qisas di sini diadakan di khalayak ramai dan kalau tak silap, pada setiap selepas solat Jumaat. Itupun jika ada pesalah untuk hukuman hudud dan qisas. Berderet ambulans akan ready sepanjang pelaksanaan hukuman. Selepas ke Masjid Qisas, kami menuju ke Masjid Terapung atau Masjid al Rahmah untuk bersolat. Jeddah juga bermaksud nenek dalam bahasa Arab merujuk kepada Hawa, pasangan kepada Nabi Adam A.S dan jika anda ada kelapangan, bolehlah menziarahi makam Hawa di Jeddah. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Ustaz Hasibuan Al Mandiry yang sudi membimbing kami dan pendengar setia kepada cerita kami sepanjang berada di Tanah Suci......

5 Mei 2013

Alhamdulillah mama selamat sampai ke Malaysia dan dengan penuh harapan agar Allah kembalikan mama ke Baitullah ini lagi bagi menunaikan ibadah umrah dan untuk anak-anak ibadah Haji pula. Insya-Allah. Coretan di Tanah Suci ini hanya sekadar berkongsi pengalaman kerana setiap mereka yang mengerjakan umrah menggunakan khidmat agent memang akan mengikuti aktiviti ziarah luar dan dalaman di Mekah dan Madinah.


Jabal Thur - di puncak tertinggi itulah lokasi gua thur dan memerlukan 2 jam pendakian serta 2 jam menuruni jabal thur

Melawat ladang unta

Mina - Di belakang ialah bangunan untuk melontar jamrah

Kalau anda nampak garis kuning itu ialah sempadan Padang Arafah

Sewaktu Solat Jumaat di kawasan hotel berhampiran kerana Masjidil Haram sudah terlalu sesak. Jangan terkejut andai anda melihat mereka bersolat di sini kerana sudah menjadi kebiasaan mereka.

Selepas tamat Solat Jumaat, gambar diambil dari hotel berhampiran Masjidil Haram

Sebelum masuk waktu solat fardhu

Keadaan di luar Masjidil Haram

Banyak sangat construction di Kota Mekah


Perpustakaan Mekah @ Tapak rumah Nabi Muhammad S.A.W dilahirkan

Level atas sekali yang hanya dibuka untuk lelaki

Level paling atas

Lambaian Kaabah

Masjid Terapung Jeddah

Dari Ibnu Umar r.a berkata, Rasulullah SAW bersabda, "Hendaklah orang yang menyaksikan di antara kalian menyampaikan kepada orang yang tidak hadir dari kalian."
Hadis Riwayat Ibnu Majah

Friday 24 May 2013

Bersujud di Tanah Haram: Part 1


السلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاته


Diriwayatkan dari Rasulullah S.A.W, bahawa baginda bersabda yang berbunyi:

"Barangsiapa yang dibukakan untuknya pintu kebaikan, maka hendaklah ia mencapainya, kerana sesungguhnya ia tidak mengetahui bila pintu itu akan tertutup baginya."
                                                                                                              (Hadis Marfu')

Alhamdulillah, mama masih diberi kesempatan oleh Allah untuk berkongsi sedikit pengalaman yang dikurniakan oleh-Nya. Semuanya atas perancangan Allah yang Maha mendengar dan Maha memperkenankan doa hamba-hambanya yang sentiasa memohon kepadaNya. Oleh itu sekiranya terasa di hati dan jiwa untuk mengerjakan Haji atau Umrah berdoalah sepenuh hati dan berbaik sangka dengan Allah kerana Allah akan mengabulkan doa hamba-Nya. Pada 24 April 2013 hingga 5 May 2013, mama dan anak-anak diberi lagi peluang oleh Allah menjadi tetamu-Nya untuk mengerjakan Umrah. Terkabul doa mama semasa tawaf wida tahun lepas (2012) supaya mama dan anak-anak dapat menunaikan umrah pada tahun ini. Dengan syarikat yang sama iaitu Fayrooz Travel mama seramai 8 orang ahli keluarga mendaftar di saat akhir hanya lebih kurang 4 minggu sebelum tarikh penerbangan, memang Allah mempermudahkan kami.

24 April 2013

Mama dan ahli rombongan seramai 25 orang berkumpul di KLIA pada jam 11.00 pagi. Pemergian tahun ini selain dari mama, suami dan anak-anak dituruti juga oleh ibu, adik dan kakak ipar mama. Perjalanan dengan Malaysia Airlines mengambil masa hampir 9 jam dan selamat sampai di Jeddah Airport pukul 10.00 malam. Dugaan pertama mama kali ini disebabkan mama membawa wheel chair untuk ibu, mama dan anak lelaki dihantar ke Jeddah International Airport sedangkan ahli rombongan lain di kumpulkan di terminal haji. Hampir 2 jam kami terpisah yang menyebabkan sebilangan ahli rombongan, merasa kurang senang atas kejadian ini.

Kami kemudiannya bertolak ke Madinah dengan menaiki bas dengan bimbingan Ustaz Muhri sebagai Mutawif kami dan seperti biasa apabila perjalanan yang memakan masa hampir 5 jam, kami akan berhenti untuk rehat dan makan malam di sebuah restoran yang telah disediakan oleh travel. Kami makan nasi briyani arab dalam dulang besar yang dikongsi seramai 4 orang dan yang lucunya di Malaysia mama dan anak-anak tak makan ikan darat tapi kali ni habis licin satu dulang. Memasuki kota Madinah kami dipimpin doa oleh ustaz yang bermaksud "Wahai Allah, Tuhanku, negeri ini adalah tanah haram Rasul Muhamad  S.A.W, maka jadikan lah ia penjaga bagiku dari neraka, aman dari seksa dan penghisaban yang buruk di hari kemudian." Kami sampai di Madinah seiring dengan berkumandangnya azan subuh.

Di Madinah, kami menetap di Hotel Mukhtara International dan jarak antara hotel ke Masjid Nabawi adalah lebih kurang 200 meter. Agak selesa bagi mama sekeluarga kerana jarak yang tidak terlalu jauh memandangkan kesihatan dan faktor umur kadang-kadang membataskan pergerakan kami. Alhamdulillah, mama dan keluarga dipermudahkan dan diberi kekuatan sepanjang berada di Tanah Suci.

25 April 2013.

Sebelah pagi jemaah semua dibawa ke Masjid Nabawi untuk menziarahi Makam Rasul, para sahabat, Raudhah dan perkuburan Baqi' yang menempatkan makam Saidina Uthman, kebanyakan dari isteri-isteri nabi, putera-puteri Rasulullah S.A.W dan para sahabat. Bagi jemaah wanita pula kami tidaklah terus ke Makam Nabi kerana jadual untuk kami dibuat jam 9.00 malam dan jemaah wanita juga tidak dibenarkan memasuki perkuburan Baqi' tersebut. Mama nak ceritakan pengalaman untuk menziarahi makam Nabi ini bukanlah suatu yang mudah kerana semua jemaah di seluruh dunia yang menziarahi Madinah semuanya akan mempunyai tujuan yang sama selain bersolat di Masjid Nabawi mesti akan mengunjungi makam Nabi Muhamad S.A.W. Kebiasaannya jemaah perempuan akan diasingkan ikut negara-negara dan bagi jemaah Malaysia akan dikumpulkan bersama jemaah Asia dari Singapura, Brunei, Indonesia dan Thailand. Masa yang diberi bagi setiap jemaah semasa di Makam dan mengerjakan solat sunat di Raudhah adalah lebih kurang 10 minit sahaja atau mungkin lebih sekejap. Janganlah kita nak marah sekiranya masa kita sujud dilangkah atau dilanggar kepala kita oleh jemaah lain. Mama tak dapat nak ceritakan betapa sayunya semasa menziarahi makam Nabi S.A.W memang tanpa dipaksa akan keluarlah air mata kita mengenangkan segala kesukaran yang dihadapi oleh beliau dalam menyiarkan Islam sehingga dimakamkan jauh dari tanah kelahirannya di Mekah. Banyaklah berselawat ke atas junjungan Nabi Muhamad S.A.W di mana saja kita berada.  

Perkuburan Baqi adalah tempat yang harus jemaah lawati untuk kita mengenang kembali perjuangan sahabat-sahabat Nabi. Betapa beruntungnya mereka yang meninggal dan dikebumikan di Perkuburan Baqi. Rasulullah SAW bersabda, "Aku adalah orang pertama yang keluar daripada Bumi (ketika hari kebangkitan), kemudian Abu Bakar, kemudian Umar, kemudian giliran penghuni Baqi' yang akan berhimpun bersamaku. Kemudian aku menunggu penduduk Mekah sehingga penuh di antara dua Masjidil Haram". Nak tahu bagaimana pengkebumian dijalankan di Perkuburan Baqi', bolehlah pergi ke sini. Kadang-kadang terdetik di hati, beruntungnya lelaki dapat masuk ke Perkuburan Baqi. Jemaah wanita tidak dibenarkan melawat Perkuburan Baqi, mungkin anda boleh mengagak sebabnya. Apapun, yang penting, doa dan salam yang kita sampaikan kepada ahli-ahli kubur di Perkuburan Baqi. Keadaan kuburan di sini tidak sama dengan kuburan di Malaysia. Kuburnya hanya diletakkan batu sebagai tanda tanpa ada nama supaya tiada aktiviti-aktiviti bidaah dijalankan. Jika nak mengetahui lebih lanjut mengenai makam-makam di Perkuburan Baqi', sila baca di sini.

26 April 2013.

Seperti biasa selepas solat subuh, aktiviti seterusnya jemaah akan dibawa menziarahi tempat bersejarah di sekitar Kota Madinah, antara tempat yang dilawati adalah Lapangan Perang Uhud atau Jabal Uhud, Masjid Qiblatain atau masjid dua qiblat di mana Nabi Muhammad S.A.W mendapat wahyu untuk menukar arah qiblat dari menghadap ke Masjidil Aqsa ke Masjidil Haram, Masjid Quba' (yang merupakan masjid pertama yang dibina oleh Rasulullah S.A.W setelah berhijrah dari Mekah ke Madinah) dan Masjid Tujuh. Biasanya jika berada di Madinah jemaah akan dibawa ke ladang kurma untuk membeli buah kurma dan product dari kurma. Jika nak beli Kurma Ajwa, belilah di Madinah kerana lebih murah dan banyak pilihan berbanding di Mekah. Setelah beberapa kali mama ke tanah suci ini, pada mama harga di ladang kurma tidaklah murah sangat.  Jika kita rajin berjalan, banyak kedai-kedai di hotel-hotel yang menjual product kurma dengan harga yang lebih murah. Hari ni merupakan hari Jumaat dan mama sekeluarga begitu teruja kerana dapat menunaikan solat Jumaat pertama di Masjid Nabawi yang tidak dapat dilaksanakan di Malaysia.

Jabal Uhud ni adalah bukit yang dijanjikan di Syurga dan tempat terjadinya Perang Uhud. Ya Allah, memang luas Jabal Uhud ni. Bayangkan bagaimana Perang Uhud terjadi, bayangkan betapa ramainya yang terkorban di medan Jabal Uhud. Dari Anas bin Malik r.a, Rasulullah bersabda, "Sesungguhnya Uhud adalah satu gunung yang mencintai kami dan kami juga mencintainya". Sebuah riwayat juga ada menceritakan, Rasulullah S.A.W pernah mendaki puncak Uhud bersama Saidina Abu Bakar r.a, Saidina Umar r.a dan Saidina Usman r.a. Setelah berada di puncak, terasa Jabal Uhud bergegar. Rasulullah kemudiannya menghentakkan kakinya dan bersabda, "Tenanglah kamu Uhud. Di atasmu sekarang adalah Rasulullah dan orang yang selalu membenarkannya dan dua orang yang akan mati syahid". Dan Uhud berhenti bergegar kerana tanda kecintaan dan kegembiraan Uhud menyambut Rasulullah S.A.W.

Masjid Nabawi

Jabal Uhud

Perkuburan Baqi'

Nampak tak kepulan awan tu?

Gambar terakhir sewaktu kami menziarahi Masjid Nabawi buat pertama kali dan anda nampak tak apa yang kami nampak? :)

27 April 2013

Hari ni merupakan hari terakhir di kota Madinah dan mama sekeluarga akan mengucapkan selamat tinggal kepada baginda S.A.W dan seperti biasa mama akan berdoa ini bukanlah kali terakhir mama menziarahinya. Insya-Allah jika dipanjangkan umur, kesihatan yang mengizinkan dan ada rezeki mama akan datang lagi ke sini. Jemaah semua berangkat ke Mekah untuk menunaikan Umrah dan semua jemaah berhenti di Bir Ali untuk bermiqat dan berniat umrah. Bermulalah pantang larang dalam ihram dan kami semua bertalbiah di dalam bas menyambut panggilanMu Ya Allah. Kami meneruskan perjalanan dan berhenti di satu tempat (mama terlupa nama tempatnya) untuk bersolat dan makan malam. Apa yang terkilan sangat di hati mama kerana keadaan tandas dan tempat wudhu yang kotor, terfikir juga mama Islam amat mementingkan kebersihan tetapi kenapa umatnya tidak mempunyai sifat tersebut. Jika disediakan berus dan sabun pencuci sanggup mama membersihkan tandas yang hendak masuk buang air pun kena fikir 10 kali  kecuali jika terlalu terdesak.

Kami sampai di Kota Mekah hampir jam 10.00 malam, dan Ustaz Muhri, Mutawif kami membaca doa ketika memasuki ke Tanah Haram Mekah yang bermaksud  "Ya Allah Tanah Haram ini Tanah HaramMu dan Negeri ini Negeri Mu dan keamanan ini keamananMu maka haramkanlah aku daripada api neraka dan amankan aku di hari Engkau membangikitkan hamba-hambaMu".

Hampir jam 11.00 malam mama dan jemaah yang lain mula keluar dari hotel menuju ke Masjidil Haram untuk menunaikan ibadah Umrah. Apabila memasuki ke dalam Masjid menuju ke Kaabah, satu perasaan yang tidak dapat digambar dan diperincikan hanya insan yang dapat melihat dengan pandangan mata dan hati saja yang dapat merasai apa yang mama rasa. Walaupun telah menziarahinya beberapa kali,  yang pertama sekali mesti terasa terlalu kerdilnya kita sebagai insan yang sentiasa dipenuhi dengan dosa. Mutawif kami, Ustaz Muhri membimbing semua jemaah memulai dengan rukun tawaf sebanyak tujuh pusingan, menunaikan solat sunat tawaf di belakang Makam Ibrahim, minum air zam-zam, melakukan rukun Sa'i dari bukit Safa dan tamat di bukit Marwah sebanyak 7 kali dan akhirnya bertahallul sekurang-kurangnya menggunting 7 helai rambut. Mama amat bersyukur walaupun kurang sihat masih diberi kekuatan oleh Allah sehingga selesai menunaikan ibadah ni. Yang paling mama terkesan sekali apabila melakukan rukun Sa'i di mana tergambar bagaimana sukarnya Siti Hajar mencari air bagi anaknya Nabi Ismail a.s yang menangis kelaparan kerana tiada air dan makanan. Dengan keadaan muka bumi yang berpasir, di bawah panas terik matahari berlari-berlari mencari air untuk anaknya sebanyak 7 kali dari Bukit Safa ke Bukit Marwah yang jaraknya kira-kira lima ratus meter, itulah perasaan sayang seorang ibu kepada anaknya.  Keadaan begitu tidak dapat kita rasakan lagi sekarang kerana laluan tersebut telah dipasang tile yang cantik dan dipasang penghawa dingin untuk keselesaan jemaah. Keadaan di Masjidil Haram ni sentiasa ada perubahan. Malah, dengan jangka masa setahun pun sudah banyak perubahan yang berlaku di Masjidil Haram. Bagi mereka yang pernah menjadi Tetamu-Nya suatu masa dahulu, mungkin akan rindu dengan suasana di Mekah yang memang amat berlainan kini. 


Masjidil Haram

Bersambung ke hari-hari berikutnya.........

Monday 20 May 2013

Another Short Trip to Port Dickson

Assalamualaikum


Hello readers! Last weekend, we had our stay at Lexis Port Dickson and the entry was supposedly posted during our stay in Lexis but since the author was so lazy, entry sudah tertangguh -.-. Lexis Port Dickson is actually inspired by the Balinese resort and are situated nearby the Lukut Town. So, if you're looking for a place to stay, we seriously recommend this place! Okay. I know that there's too much hotels, resorts and anything similar to it but besides all the hotels etc, I guess this hotel are worth for every penny that you spent. It better does as the room rate are quite pricey compared to others.

What's so special about Lexis? Haha. I'm not promoting the hotel but I really loves the interior. Sangat cool dan super comfort, and in this case, I can promise you! Exaggerating, ain't it? That's what we think about the chalet, and if you're disagree, am sorry that we truly had a great service during our stay. Oh, maybe because we're staying there as a seminars participant, therefore, we had a great time here. Mama kena bagi ceramah Fail Meja dan Mesyuarat di Lexis PD, so, we just accompanied mama and at the same time, holiday la!  

Okay. For the food and beverages, the varieties of food are guaranteed! So, have your stomach empty before going for the meal. Taste of the food, that's depends on your taste bud since we might prefer different meals kan? Overall, as long as there are variety of food, I guess it's okay for me. Sebab, we loves to spend our time on having a perfect meal. Kalau tak perfect pon tak apa asalkan kenyang :)

One thing that I look for when check-in into a hotel is the Wi-Fi connection. Yay! The Internet connection is free and you can just surf from the room. Sangat best kan bila boleh connect Internet for free dari bilik while enjoying your seaview scenery. Wahaha. Excited! It's perfect too for those yang on vacation but still want to get updated with news, business etc.

Basically, Lexis offer you four different kinds of room - Premium Tower Seaview - Deluxe Water Chalet - Executive Water Chalet and Premium Water Chalet. Just click at the link to read more information about the hotel room. We stayed at the Premium Water Chalet and there are two bedding - 1 king size and 1 queen size bedding with private balcony. With a spacious toilet, private bath tub and private balcony, I couldn't ask for more. So, the room can cater for 4 to 5 people or maybe at least 6 pax at one time. But, since the hotel management are quite strict, the maximum occupancy is 4 pax only. 4 orang je dalam one big room? Aiseh. It's sure a waste tau sebab the more the merrier. Kan? 

Ehem. Since the chalet are quite far away from the lobby, the hotel provide you the buggy golf cart service to move around. Tapi, bukan anda yang drive tau. So, even the oldies can have a great time here! :) What I can say, the management does care for their customer's satisfaction. They invest in things that can really make their customer's happy and I am one of the happy customer :)

What else should I review? Herm. Swimming pool - Yes! Meeting room - Yes! Coffee House - A must have! Lobby Bar and Karaoke? Yes! Convenience store? Yes! Open and covered car park but for me - quite limited. Just name it and the management will tell ya! And if you're looking for any recreation activities, just go to the lobby and ask them. Many indoor and outdoor games are ready for you - some free and some incurred money! Macam iklan Astro, macam-macam ada. Don't forget to bring your kids to swimming pool tau!

Besides the Lexis, you can go for the Grand Lexis but of course, the room rates are way much expensive than the Lexis. If you're planning for a family vacation or honeymoon, then, this might be a suitable choice for you. Private balcony and private swimming pool! Cool kan? Despite of the expensive rates, there's good news if you're a government service as you'll receive a special discount rate. Yay! Memang jimat kalau dapat discount rate so find anyone who works for government and you just need their ID's. Haha.

Oh. If you're looking for a night market, just drive to the town nearby the Petronas Station and then you can start your shopping. Don't get super excited yet sebab the night market is open on Saturday night. Kalau dah pukul 5 tu, cepat-cepatla pergi sebab nanti boleh stuck dalam traffic jam. That's it. Tak tahu nak review apa dah. Paling penting, kalau stay sini, boleh release tension and tengok laut anytime. Happy holiday! :) More information, please visit here!

Interior Design
View from the balcony
Another view from the balcony



Anas r.a said, I heard the Messenger of Allah say, "Whoever would like his provision to be increased and his lifespan extended, let him uphold his ties of kinship."
Narrated by Al Bukhari and Muslim

Saturday 18 May 2013

Apabila Doa Termakbul di Tanah Suci

Assalamualaikum


Tak tahu macam mana nak start entry. Even perkara ni dah happened past few weeks tapi it still bothering me - a bit la. Apa anda rasa jika doa anda dimakbulkan? Ya Allah. Rasa macam pertanyaan yang nonsense kan. I guess, at the moment that you know Allah do listen to you, memang akan rasa happy dan bersyukur. Tapi bila doa kita sampai sekarang tak termakbul, bukan bermakna Allah itu tak mendengar doa kita. 

Kalau nak ikutkan, I don't really think about it tapi memang la ada terselit doa - doa yang menghala ke arah tu. Okay. Anda mesti rasa apa la yang dia nak sampaikan ni kan? Herm. As a human being, doa kebahagiaan dunia dan akhirat adalah normal kan? And, me, as a normal human being pon akan minta doa kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Orang cakap, nak dapat dunia, kejarla akhirat sebab akhirat itu kekal dan dunia hanyalah sementara. Jadi, bila kita kejar akhirat, InshaAllah kita dapat dunia. Haa. Bukan bermaksud yang dunia itu anda yang punya okay. 

Selalunya doa paling famous and orang akan kirim bila tahu anda akan ke Tanah Suci - doakan si dia akan menyusul ke Tanah Suci - doakan si dia cepat dapat jodoh - doakan si dia sihat walafiat - doakan si dia dapat zuriat. Yup! Ni memang antara doa yang famous tapi the most stressed out point di sini is doa untuk jodoh. 

Focus entry kali ini ialah doa untuk jodoh. Yup! I did ask for the happiness and good relationship in my prayer but among all of them, doa ni la yang tiba-tiba Allah bagi petunjuk. Tak tahu nak cakap itu petunjuk atau dugaan tapi it does happen! Haha. Rasa macam terlebih baca novel kot. Instead of baca buku-buku related to studies, I chose to read novel. Pernah tak baca novel ni? Kejora di Langit Cinta. Haaa. Maybe sebab baca novel ini before pergi Tanah Suci, my life story pon almost similar to part of the novel. Few part sahaja and bukan semua tau. To be exact - part bila di Tanah Suci. Tapi, kisah di sini bukanla happy ending macam dalam novel kan. 

Berkat doa my parent and doa si penulis, tiba-tiba di suatu petang yang hening dan ketika berada di Tanah Suci Mekah, I was proposed by someone - for REAL dan bukannya oleh pak-pak Arab yang selalu buat proposal bila kita shopping kat kedai mereka. Tahukah anda perasaan time dilamar di Tanah Suci tu macam mana? I just can't describe the words and the feeling. Memang susah nak handle bila niat anda ke Tanah Suci adalah untuk beribadat tapi tiba-tiba, something unexpected happen. If you were in my shoes, macam mana anda akan handle this situation? Mind to share with me, please! :) 

At the end of the day, I won't said that I am being ungrateful or whatever, it's just - I took it as a dugaan yang Allah bagi ketika di Tanah Suci. Jadi, next time, kalau anda ada terbaca kisah novel perempuan A dah dilamar lelaki B di Tanah Suci, ketahuila yang kisah itu memang terjadi di Tanah Suci. Kadang-kadang memang kita tak boleh nak jangka apa yang Allah akan duga dan hati manusia memang tak terduga. Bila dah jadi macam ni, terus teringat kisah novel tu. Haha. Maybe pengaruh novel tu kuat sangat kot. Bila baca dalam novel, semua macam happy je tapi bukan semua yang kita nak, kita akan dapat. Tak terlintas pon dalam hati nak jadi macam dalam novel, sekali dah merasa. Kesimpulannya, bila kat Tanah Suci ni, jagalah niat anda. Tapi pelik kan dengan aturan Allah? Semuanya di tangan Allah, kalau dah tertulis dugaan kita macam ni, just accept, redha dan try to think positive! Janganla bila Allah bagi kita untung dan happy je baru kita nak rasa kita dekat dengan Allah.

The positive side di sebalik kisah ni adalah I know that Allah do listen to me, to us, its servants. Allah do listen to our prayers, no matter how bad or how pious you are. Bayangkan kalau doa anda time di Tanah Suci itu boleh termakbul, it means yang Allah itu Maha Mendengar. Buruk atau baik seseorang itu bukanla pengukur bagi Allah dalam mendengar doa hamba-hambaNya kan? It makes me wondering, Allah menduga kita kerana Allah sayangkan kita sebagai hambaNya. Tak kisah bila anda happy atau sedih, sentiasa beringat padaNya sebab Allah rindu untuk mendengar aduan kita. Ingat kat parent or orang tersayang je boleh mengadu? Mengadula pada Allah sebab anda akan lebih tenang bila anda dah luahkan semuanya. Oh. Pernah tak anda rasa yang anda akan lagi lega bila mengadu kat Facebook? Maybe some of us will say YES and some will deny tapi apa yang anda rasa lepas dah mengadu kat Facebook? Much better or lagi rasa terbawa-bawa? Think and ask yourself. Sebab tu la kita tak digalakkan mengadu kat Facebook. Memang hakikat manusia suka kalau orang response bila mereka mengadu. Tapi, sebenarnya mengadu pada Allah adalah lebih baik sebab kita tak buat dosa sebarkan benda yang kita tak puas hati kat orang. Orang pon tak tambah dosa sebab nak join marah kita even orang itu tak tahu pucuk pangkal cerita sebenar. Jadi, kurang-kurangkan mengadu kat kawan dan lebih-lebihkan mengadu pada Allah. Kan lagi baik? :)

Okay. Mengadu dalam blog? Like what I did just now? Haha. Alamak. Maaf andai ada yang terasa tapi entry ni just nak share kisah-kisah seperti di atas kadang-kadang memang boleh terjadi. Macam-macam boleh jadi dengan kehendakNya. Like I said, human does make mistakes so forgive me and my writings. Sebenarnya, memang macam-macam jadi bila kita ni dijemput jadi Tetamu Allah tapi terima saja sebagai dugaan dan kenangan di Tanah Suci. Mahal tau nak dapat memori-memori macam ni so, keep calm and smile! :) Okay. Ini la kesinambungan dari previous entry, specially for the readers!

Jabal Rahmah

"Maka ingatlah kepada Ku, dan Aku akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepada Ku dan janganlah kamu ingkar terhadap Ku. Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat. Sesungguhnya Allah itu berserta dengan orang yang sabar." 
Al-Baqarah (152-153)

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu Wahai Muhammad tentangKu, (maka jawablah) sesungguhnya Aku ini hampir. Aku menjawab seruan sesiapa yang berdoa kepadaKu apabila dia berdoa. Maka hendaklah dia menyahut seruan dan beriman kepadaKu mudah-mudahan mereka selalu berada di atas petunjuk." 
Al-Baqarah (186)

"Our Lord! Let not our hearts deviate now after you have guided us, but grant us mercy from You. Truly You are the Most Bestower."
Al-Imran (8)

Monday 13 May 2013

Bercuti ke Turki: Part 7


السلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاته

01.11.2011

Bertemu semula di hari-hari terakhir percutian mama dan keluarga ke Turki. Rasanya cukup sukar mama nak habiskan coretan ini kerana kesibukan  tugas, walaupun telah berpencen. Kami sampai di Kota Istanbul dari Ankara hampir waktu tengah hari kerana kesesakan jalan raya. Sama juga keadaan bandarnya seperti Kuala Lumpur yang sentiasa penuh dengan kenderaan. Selepas makan tengah hari yang tidaklah semewah semasa mama sampai, kami dibawa ke Hagia Sophia sebuah musium yang asalnya adalah gereja yang dibina di zaman Constantinople. Kemudian pada tahun 1453, Constantinople ditawan oleh Turki Uthmaniyyah dan di bawah pemerintahan Sultan Mahmud Al-Fatih gereja ni dijadikan masjid. Ciri-ciri Islam seperti mihrab, ayat-ayat suci Al-Quran dan empat menara telah ditambah. Di zaman pemerintahan Kamal Artaturk beliau mengarahkan supaya bangunan ni ditukar kepada muzium sehinggalah ke hari ini.

Muzium Hagia Sophia


Mama kemudiannya beredar pula ke Masjid Sultan Ahmad atau lebih dikenali sebagai Masjid Biru kerana  tile biru yang digunakan didinding dan didalamnya. Masjid ni mempunyai 6 menara yang mempunyai reka bentuk yang unik. Bahagian dalam masjid memang cantik dengan karpet berwarna merah. Tulisan Khat ayat-ayat Quran menghiasi setiap penjuru masjid. Sempatlah juga mama dan ahli rombongan mengerjakan solat di dalam masjid tersebut.  Tempat mengambil wudhunya terletak agak jauh juga dari masjid dan mama difahamkan tiada air panas disediakan walaupun musim winter. Tidak seperti lawatan mama ke Beijing dulu bila musim winter disediakan air panas bagi keperluan wudhu.

Pintu masuk ke Masjid


Ruang solat untuk lelaki  yang luas

Tempat ambil wudhu lelaki, tiada air panas disini, jika winter tentu airnya terlalu dingin

 Di salah satu pintu masuk masjid

Di satu ruang dengan carpet berwarna merah yang lembut dan berkualiti

Photo dari luar masjid

Lawatan terakhir mama pada hari ini adalah Grand Bazar iaitu tempat membeli belah yang amat terkenal di Turki di mana terdapat lebih kurang 4000 kedai di dalamnya dan terdapat 22 pintu masuk. Jika tak ingat pintu mana kita masuk memang boleh sesat nak cari pintu keluar sebab semua macam sama. Oleh itu mama satu keluarga tidak pergi jauh ke dalam hanya beli souvenir di pintu masuk takut tak dapat cari pintu keluar yang sama. Jika dah kehabisan duit lira bolehlah tukar di hadapan pintu masuk banyak terdapat money changer di sini di mana selain duit US, duit Malaysia juga diterima.  Pada mama tidaklah terlalu murah barang di sini jika kita tak pandai tawar menawar. Tapi yang paling jadi kenangan, mama dihadiahkan sejadah oleh tuan punya kedai yang menjual bermacam kualiti carpet dan sejadah dari harga ribuan ringgit hingga puluhan ringgit. Memandangkan masa yang diberi kepada kami hanya lebih kurang dua jam mama dan anak2 tidak sempat pun untuk bershopping. Oleh itu mama akan bercerita lebih detail di pengembaraan mama dan husband nanti kerana kami akan pergi berdua saja tanpa anak-anak mulai 22 hingga 27 Mei 2013 ni ........

 On the way to Grand Bazaar

 Grand Bazaar

Gerai yang menjual hiasan lampu

02.11.2011

Hari ini merupakan hari terakhir mama dan rombongan di Turki. Sebelah pagi kami dibawa menaiki Cruise menyusuri Selat Bosphorus yang menghubungkan Laut Marmara dengan Laut Hitam. Di sepanjang perjalanan dapatlah melihat Istana Muzium Seni Moden, beberapa buah istana peninggalan Uthmaniyah dan rumah-rumah mewah di pinggir selat. Di dalam kapal tersebut sekiranya teringin hendak minum disediakan teh dan kopi dengan harga  4L.


Cruise yang menunggu para pelancong 


Gambar bahagian atas deck, masa ni dah agak sejuk dan berangin, hanya anak-anak saja yang menikmati pemandangan dari atas ni.


Dolmabahce Palace yang sempat dirakam

Tempat beriadah team bola sepak kebangsaan Turki

Gambar Masjid biru dari jeti


Selesai menyusuri Selat Bosphorus mama di bawa menziarahi Topkapi Palace yang pembinaannya dimulakan pada era Sultan Muhammad Al-Fatih. Sayangnya gambar tidak dibenarkan untuk dirakam semasa dalam museum ini. Semua barang-barang yang dipamerkan amatlah berharga dan tidak dapat dicari di tempat-tempat lain terutama yang melibatkan peninggalan Rasulullah S.A.W dan para sahabat. Subhanallah alangkah bertuahnya kami dapat melihat semua peninggalan yang amat berharga ini. Terasa sedih dan sayu melihat semua peninggalan ni walaupun telah beribu tahun. Lukisan-lukisan yang menceritakan kehidupan khalifah Islam Uthmaniyah. Barang-barang seperti baju, pedang yang digunakan oleh para sahabat-sahabat semuanya dijaga dengan rapi. 

Yang tidak dapat mama lupakan dan paling terasa di hati bila melihat janggut Nabi, pedang yang diguna oleh beliau dan serban yang dipakai oleh Nabi juga masih tersimpan di bekas kaca. Terdapat juga baju peninggalan puteri kesayangan Rasulullah Saidatina Fatimah Az-Zahra, terasa terlalu insaf dan rendahnya diri ini bila melihat baju yang dipakai oleh Saidatina Fatimah yang terdapat kesan tampal dan dijahit. Ya Allah ampunilah segala keterlanjuran yang telah kulakukan selama ini.....

Topkapi Palace

Pintu masuk ke Topkapi Palace

Bangunan yang diukir indah dengan ayat-ayat Al-Quran dan seni bina yang indah menyimpan khazanah Nabi Muhamad S.A.W dan para sahabat.

Salah satu bangunan di Topkapi Palace

View dari Topkapi Palace - di belakang istana yang menghadap Selat Bosphorus

Jam 10.00 pagi mama dan rombongan meninggalkan Topkapi Palace dan bertolak ke Airport kerana penerbangan ke Kuala Lumpur adalah jam 3.10 petang. Alhamdulillah mama sekeluarga selamat sampai di KLIA pukul 7.00 pagi. 

Sepanjang perjalanan ni terlalu banyak yang mama perolehi dan terkesan di hati, betapa kerdilnya kita sebagai hamba-Nya jika dibandingkan dengan apa yang Allah cipta di bumi ini. 

Before leaving the airport. Our tour guide and our cool driver!

'' Ya Allah, janganlah Engkau hukum aku dengan sebab pujian yang mereka ucapkan, dan ampunilah aku dari perbuatan dosa yang tidak mereka ketahui (dan jadikanlah aku lebih baik dari apa yang mereka sangka)''  - HR. Bukhari

Friday 10 May 2013

Tips: Menjadi Tetamu Allah di Tanah Suci

Assalamualaikum


Bila type tajuk entry pon dah rasa happy, apa lagi bila kita nak jadi Tetamu Allah kan? Ya Allah, pengalaman yang memang tak boleh lupa. Rasa tenang, happy, sedih, rindu, insaf - boleh kata semua cukup rasa la bila ada kat Tanah Suci. Ustaz selalu cakap, bukan semua orang dapat jadi tetamu Allah, jadi bila anda antara yang terpilih untuk dijemput Allah menjadi tetamu-Nya, Alhamdulillah! Mama pon selalu cakap, kadang-kadang orang berharta tak luak-luak pon belum tentu hati dia terbuka nak jadi tetamu Allah.

Buat entry ni buat hati rasa sayu je. Teringat time buat Umrah di Tanah Suci. Pengalaman memang takkan sama even anda sudah pergi banyak kali. Entry tips ni hanya sebagai panduan dan saja-saja nak berkongsi pengalaman kami di sana. Andai ada tersalah info harap dimaafkan sebab bukan niat kami berkongsi info yang salah kan? :)

Before nak pergi atau ada ura-ura nak plan pergi Tanah Suci, sila make sure passport anda valid tau! Benda ni paling penting sebab tiada passport yang valid 6 bulan dari tarikh anda mengerjakan umrah, memang takkan lepas la anda nak fly mana-mana. Nak buat umrah ni, banyak benda nak kena fikir. Bila passport dah siap, Eh! siapa travel agent? Haa. Travel agent ni memang penting sebab......banyak pakej disediakan and kalau pandai cari, dapatla harga yang berpatutan. Kalau Malaysia ni, bersepah travel agency buat umrah package tapi harga kadang-kadang boleh senak perut tengok. Travel agency yang memang dah establish bab-bab pakej umrah ni macam Tabung HajiRakyat TravelFelda TravelJom KembaraAndalusia TravelAl Fajr Travel, Zahafiz Travel dan Mas Holiday. Tapi dalam banyak-banyak travel agent ni, kami pilih Fayrooz Travel! sebab pakej yang kami dapat agak berpatutan dan hotel juga dalam lingkungan 200m+ ke Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Oh. Sila pilih travel agent yang bersesuaian sebab nanti boleh dapat mutawwif yang best and banyak majlis ilmu. Alhamdulillah 2nd trip kami dengan Fayrooz memang best sebab dapat ustaz muda (haha.okay.fine!) yang memang rajin sangat layan kerenah jemaah ni. Alhamdulillah, bila tengok group Fayrooz lain pon dapat ustaz yang okay so memang worth it la sebab pergi mana-mana pon ustaz rajin share ilmu dengan jemaah tapi jemaah je yang sampai lentok-lentok tidur dalam bas. Paling tak tahan bila dapat ustaz suka menyanyi. Yay! Oh. Lupa. First time dapat merasa hujan di Mekah. Alhamdulillah. Bukan senang nak dapat rasa hujan di Tanah Suci ni. Herm. Hujan rahmat :)

Wokeh. Enough dengan travel agent, sekarang continue dengan barang-barang. Selalu bila orang nak pergi umrah ni, confirm ramai kirim doa. Jadi, sila buat list yang senang anda nak bawa mana-mana in case takut terlupa nak sampaikan doa. Kadang-kadang bukan doa je orang kirim, salam dengan Rasulullah dan sahabat  Nabi pon ada. Jadi, bila ada orang kirim salam, janganla lokek and buat-buat lupa sebab sampaikan salam tu tak susah mana pon. Yang penting ikhlas. Kan dah senang-senang dapat pahala. Kalau ada yang kirim mulut tu, cepat-cepat minta fulusnya sebab orang kena faham dengan bakal jemaah ni. Selalunya, time-time ni la banyak duit nak guna untuk keperluan kat sana. Jadi, nak meringankan beban si jemaah, anda bolehla mengirim barang beserta duitnya. Ehem. Bukan berkira tapi cuba letakkan diri anda di tempat jemaah tersebut. Nampak kan?

Oh. Selalunya few weeks before nak fly tuh, travel agent akan buat taklimat. Ini memang penting bagi jemaah-jemaah yang first time nak pergi sebab time ni la nak korek banyak-banyak ilmu pasal Tanah Suci. Selalunya travel agent akan panggil ustaz and explain macam mana nak buat Umrah. Kadang-kadang kita dok sibuk fikir takut kemain nak buat umrah sebab banyak sangat pantang larang tapi InshaAllah umrah tu akan dipermudahkan kalau niat kita baik. Time taklimat ni boleh la jumpa bakal-bakal jemaah yang akan menjadi kawan gosip 1 bas anda. Bukan apa, time ni la nak eratkan silaturrahim so nanti bila nak fly, taklah rasa awkward sangat kan. Paling penting, sebab terlalu ramainya tetamu Allah nanti, maka memang patutla anda mengenali satu sama lain sebab kita tak tahu apa dugaan kita di Tanah Suci nanti. Kalau tersesat dalam masjid tup-tup nampak makcik A kan dah lega. Boleh balik hotel sekali kan. Dah sampai Tanah Suci, sila jangan lupa minta nama hotel or sila pakai tag nama anda sepanjang masa supaya anda tidak sesat. 

Haih. Hampir terlupa, masuk Arab Saudi kena ada visa and the Very Important Point is sila make sure anda pergi bersama mahram anda. Yes. Ini sangat penting sebab tanpa mahram, jika anda perempuan memang takkan lepas sebab bermula tahun 2013, kerajaan Arab Saudi dah keluarkan arahan di mana hanya wanita berumur 45 tahun ke atas je boleh pergi tanpa mahram. Kalau yang muda-mudi ni nak sangat pergi, cepat-cepatla pujuk adik or abang or hubby kumpul duit sekali ye. Sebab terlalu excited menulis, tak habis-habis cerita terpesong. Okay. Once dah confirm date dengan travel agent, sila bagi passport, gambar passport untuk umrah dan buku suntikan ye. Make sure anda pergi mana-mana clinic - cakap saja nak cucuk untuk umrah - settle! Kadang-kadang tak semua klinik ada provide suntikan untuk umrah, jadi bila cari klinik tu, terus tanya kat counter. Kalau tak silap, sekali suntikan around RM30 - RM60 depends dengan klinik la tapi suntikan tu valid for 2 years. Mesti kena ambil suntikan tau before pergi or else travel agent tak akan bagi pergi. Untuk keselamatan dan keselesaan anda juga bila tiba di Tanah Suci nanti! :)

Currency arab saudi is saudi riyal and basically, kalau kami nak tukar duit, tempat paling murah selalunya Mid Valley. Tapi, kena la rajin compare rate kat money changer sebab kadang-kadang rate tempat lain pon boleh tahan la. Normally rate tukar more or less than RM85 - SR100. Nak spend duit kat sini kira boleh lagi la tapi harus diingatkan yang makanan dan minuman kat Arab agak mahal compare to Malaysia. Herm. Nak save, tapau je air zamzam banyak-banyak. Time ni la nak minum puas-puas, nanti dah balik Malaysia kena dok jimat-jimat je air zamzam tu. Kalau nak spend duit untuk shopping or anything, budget per person around RM1000 - RM1500. Tak payah nak tukar banyak-banyak sebab mostly makan, minum, dan jalan-jalan semua dah settle dengan agent. Nak lagi jimat, tukar around RM500 pon dah sangat mencukupi if you're in a strict budget. In case banyak pesanan dan kiriman dari kawan dan saudara, RM2000 tu dah kira kaya sangat dah. Hehe.

Ubat! Sangat - sangat penting tau sebab dalam flight maybe kita sihat walafiat tapi jejak je kaki kat Tanah Suci, badan tiba-tiba sakit. Prevention is better than cure, kan? Jadi, better ready dengan stock ubat-ubat and face mask supaya anda dapat beribadat sebaiknya :) Kalau lupa bawa ubat dari Malaysia, you need not worry sebab on the way ke Masjidil Haram or Masjid Nabawi memang akan ada farmasi.

Kalau anda dapat pakej Jeddah-Mecca-Madinah bermakna anda akan berihram dalam flight. Selalunya taklimat akan di beri supaya nanti jemaah dah boleh bersiap dari rumah or airport dan nanti pilot akan inform jemaah-jemaah untuk berniat umrah ketika di miqat Qarnul Manazil. Jadi, bila dah berniat umrah ni, time-time ni la pantang larang dah kena jaga. Perempuan nak senang, ready je telekung and socks dalam handbag so nanti bila nak berniat, terus sarung je dalam flight. Hehe. Untuk lelaki selalunya agent akan suruh berihram di airport. Jika pakej anda Jeddah-Madinah-Mecca means anda tak perlu berniat umrah di miqat sebab bila dah sampai airport Jeddah, selalunya mesti naik bas menuju ke Madinah. Haih. Memang badan dah kebas kemain la bila tak gerak-gerak dalam flight 8 jam then pergi Madinah lagi. Tapi nak cakap mana lagi best, terpulangla. Dua-dua pon best. Masuk Mecca dulu best, masuk Madinah dulu pon best. Macam kami, since this year kat Mecca tengah renovation so we had our shopping kat Madinah then bila sampai Mecca memang tak rasa nak shopping pon. So, bila rasa nak shopping tu dah tak ada or maybe less, we only focus on our ibadah. Bagus juga macam tu kan? Ya Allah! Memang rindu sangat nak pergi sana :(

Final preparation before nak pergi umrah is lengkapkan diri dengan macam-macam solat sunat. Bukan apa, dah sampai rumah Allah takkan nak solat fardu je kan? Macam rugi je. Paling-paling pon, ikutla solat jenazah. Kat Malaysia macam susah je kan kalau perempuan nak solat jenazah sekali, so kat Mekah and Madinah ni la time paling sesuai nak ikut solat jenazah. Nak tahu tak? Sekali amalan di Masjid Nabawi adalah 1,000 kali ganda pahala berbanding di masjid-masjid lain. Kalau sekali bersolat di Masjidil Haram pula adalah 100,000 kali ganda pahala berbanding di masjid lain. Nampak tak? Bayangkan. Jadi, bila dah sampai sini, perbanyakkan la amal ibadat anda. Bukan senang nak dapat peluang jadi Tetamu Allah kan? Kalau malas, baca je Al-Quran. Kalau lagi malas, tolongla ikut solat jenazah. Rugi sangat kalau tak ikut sebab kat Malaysia memang susah sangat nak merasa solat jenazah. Solat jenazah empat takbir je tapi pahalanya adalah satu qirat - sebesar Bukit Uhud. Okay. Bukit Uhud tu memang besar dan luas tau. Bayangkan la pahala yang anda dapat tanpa perlu sujud dan ruku' dan hanya empat takbir. Boleh kata setiap kali lepas solat fardu mesti ada solat jenazah. Jadi, time solat subuh tu, kalau mengantuk or lapar sangat, tunggu sat je sampai imam buat solat jenazah. Tak lama mana pon. Bila dah sampai Masjidil Haram tu, tengokla Kaabah sebanyak yang boleh. Cara paling senang nak dapat pahala. Kalau dah tak sabar nak tawaf kedai, tengok Kaabah sat pon jadila. See? Allah Maha Pemurah kan?  

Dari Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang menguruskan jenazah orang Muslim atas rasa iman dan ikhlas, turut solat jenazah bersama-sama dan menguruskan pengebumiannya sehingga selesai, maka orang itu pulang membawa pahala sebanyak dua qirat - satu qirat adalah sebesar Bukit Uhud. Dan sesiapa mengikut solat jenazah sahaja, kemudian dia pulang sebelum dikebumikan, maka orang itu pulang membawa pahala satu qirat." 
Riwayat al Bukhari

Dari Jabir r.a berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Sekali solat di masjidku adalah lebih afdhal daripada seribu solat di masjid-masjid yang lain, kecuali Masjidil Haram di mana sekali solat di Masjidil Haram pula adalah lebih afdhal daripada seratus ribu solat di masjid-masjid yang lain."
HR Imam Ahmad

Bila type Abu Hurairah r.a, teringat ustaz cakap Abu Hurairah ni sukakan kucing. Terlalu sukakan kucing. Di Mecca ada satu masjid dipanggil masjid kucing or Masjid Abu Hurairah sebab sentiasa ada kucing di sana. Masjid Jin pon ada. Nak tahu kenapa dipanggil masjid jin, sila tanya dengan mutawif anda ye. :)

Bab-bab preparation macam mana nak buat umrah tu, kat Google or Youtube banyak. InshaAllah akan membantu anda. Selalunya, pihak agent akan buat taklimat sebelum bertolak ke Jeddah. Paling senang, beli buku panduan haji dan umrah. Tak mahal pon. Invest duit untuk amal ibadat confirm rezeki anda melimpah ruah satu hari nanti. Hehe.

Herm. Rasa macam panjang sangat dah write-ups ni. Kalau anda rasa ada unsur-unsur yang tak elok dalam entry-entry kami, maafkan la kami ye. We are just a human being yang kadang-kadang ke laut juga -.- Tengah berkira-kira nak continue or stop entry ni and post kat entry lain. Haha. Oh. Kalau ada jemaah yang nak bawa sesiapa yang menggunakan wheelchair, boleh saja bawa dari Malaysia. Tak pon, bagi je tahu kat mutawif anda yang anda memerlukan wheelchair. No worries! Kat Mecca memang ramai sangat tukang tolak tapi kalau anda mampu nak sedekah SR20 - SR30 untuk sekali tolak, terpulangla. Perkhidmatan tukang tolak nak buat umrah pon ada tapi nak selamat, biar mutawif carikan. Confirm anda tak mahu ibu/ayah/saudara anda ditolak macam ala-ala roller coaster. Hehe. Memang bahaya juga la kalau anda ambil perkhidmatan orang arab ni sebab dorang selalunya tolak laju kemain. Tahu nak cepat habis je tapi tak fikir jemaah lain. Kalau nak upah orang tolong tolakkan, selalunya dalam SR250 - SR300. Jadi, ready la duit kalau teringin nak buat Umrah banyak kali.

Time packing-packing barang ni, selalunya memang kami bawa hanger baju banyak-banyak sebab nanti senang nak sidai baju bila kita basuh. Ada je laundry services tapi takkan semua nak hantar laundry kan? Em. Nak masuk masjid ni kan tak boleh bawa masuk selipar so anda dinasihatkan supaya bawa la bag kasut. Nanti senang la nak bawa kasut pergi mana-mana tanpa perlu ingat and cari mana kasut kita.

La ni nak cerita kalau masuk Madinah dulu ye. Bila dah sampai Madinah ni, part paling best bila pergi Raudhah. Raudhah ni adalah kawasan karpet hijau dan keluasan untuk bahagian wanita adalah sangat limited. Bagi lelaki, rasanya bila-bila boleh pergi ke Raudhah tapi untuk wanita, ada masa-masa tertentu je. Kalau tak silap, untuk perempuan, queue akan dibuka selepas solat subuh. Dalam pukul 9am selalunya confirm dah ramai menunggu. Next turn adalah selepas solat isya' around 9pm. Group orang asia selalunya masuk dalam pukul 12 above. Hee. Memang tak berani nak masuk time group Europe dan Arabs sebab saiz mereka yang memang obviously lagi besar dari saiz orang Malaysia. Nak masuk Raudhah part perempuan, MasyaAllah. Susah kemain. Nak senang, jika anda menolak atau menolong orang yang menggunakan wheelchair, adalah lebih senang dan selesa. Ya Allah. Bayangkan orang semua berebut-rebut nak dapat spot karpet hijau. Keadaan di part lelaki mungkin tak seperti perempuan sebab hanya waktu-waktu tertentu je Raudhah dibuka untuk perempuan. Itula kelebihan lelaki maka gunakanla peluang sebaiknya ketika anda di Masjid Nabi :) Kalaula anda tahu betapa sukarnya kami yang kecil-kecil ni nak menyelit dan bertahan dengan asakan dorang. Lagi satu, disebabkan Raudhah ni sangat limited, masa untuk anda berdoa juga sangat limited. Bila dapat bersolat kat Raudhah, doa banyak-banyak time sujud terakhir sebelum duduk tahiyat akhir. Nak tahu kenapa? Kalau anda nak berdoa lepas bagi salam, selalunya penjaga di Raudhah akan menyuruh anda bangun dan beri laluan kat jemaah lain. Jadi, kalau nak doa dengan selesa, buatla time sujud terakhir. Herm. Lagi satu, Masjid Nabawi ni hanya dibuka untuk lelaki sahaja after 11pm kot kalau tak silap. Jadi, kalau yang perempuan ni nak datang after 11pm tu tak sure la dapat masuk or tak. Oh! Raudhah ini adalah di antara tempat yang mustajab berdoa. Jadi, apa lagi? Usahakan la supaya dapat masuk ke Raudhah. InshaAllah! :)

Em. Nasib tak lupa. Handphone ada kamera tidak dibenarkan masuk masjid tau. Biasanya akan ada pemeriksaan di pintu masuk wanita. Lelaki boleh je tapi perempuan tak dibenarkan. Jika anda membawa handphone with camera or camera, anda kena bersolat di kawasan luar masjid tapi jangan risau kalau terlupa sebab dorang takkan rampas, dorang just suruh anda bersolat di luar.

Budaya bersedeqah di Masjid Nabawi dengan Masjidil Haram adalah perkara biasa tau. Jangan terkejut kalau tiba-tiba ada orang offer anda macam-macam. Kalau nak tolak, tolak elok-elok ye. Lagi satu, ustaz pon ada pesan. Bila dah sampai sini, kalau solat sebelah orang berlainan mazhab, janganla anda sibuk-sibuk nak dok tangkap gambar or dok gosip-gosip cara solat dorang. Ingatkah anda yang kita anda empat mazhab? Jadi, terima saja cara mereka dan janganla nak dok pertikai cara solat dorang. Orang tu dok solat punya khusyuk tiba-tiba anda kat sebelah bising-bising. Kan tak elok menilai orang macam tu? Pelik mana pon cara mereka, kita masih saudara seIslam kan, jadi senyum je la.

Kalau anda nak waqaf al-Quran, beli je kat mana-mana kedai sepanjang Masjid Nabi or Masjidil Haram and make sure dicop "waqaf lillahi ta'ala". Nak waqaf benda lain pon boleh. Pergi je kat Bin Dawood tu, then beli folding chair or kerusi boleh lipat-lipat tu and letak je dalam masjid. Selalunya ada one or two big box kat every prayer section yang stored semua folding chair tu. Kalau anda nak guna, kena cepat-cepat sebab kerusi waqaf ni laju je habis. Stok tak banyak jadi agak-agak rasa macam nak waqaf something tapi tak tahu apa, beli je la kerusi lipat tu. Setiap kali orang guna kerusi tu, anda akan dapat pahala, InshaAllah! Jadi, waqaf la kerusi sebab kerusi tu memang laku habis.

Pernah tak anda terfikir nak rasa solat Jumaat? Ni untuk perempuan je okay. Lelaki memang sah-sah la kena solat Jumaat. Jadi, untuk perempuan, kalau anda bernasib baik, dapatla dua kali solat Jumaat. Satu di Madinah dan satu di Mecca. Kalau dapat peluang ni, ikut je solat Jumaat di Masjid Nabawi or Masjidil Haram. Kat Malaysia bukan boleh solat Jumaat, nanti orang pandang semacam je kan? Jadi, kat Mecca or Madinah ni, kalau ada peluang mesti kena ikut. Tapi, kena ingat, anda kena gerak ke masjid lebih awal dari biasa supaya dapat tempat yang lagi selesa sebab memang ramai orang akan pergi solat Jumaat and masjid akan pack dengan cepatnya. Kalau tak dapat solat kat dalam masjid or pekarangan masjid, solat la kat dalam bangunan menara jam or hotel-hotel berdekatan. Jangan terkejut tengok dalam hotel pon dorang solat berjemaah. Memang pengalaman yang totally different dengan Malaysia tau.

Okay. Sekarang nak cerita bila dah masuk Mekah al Mukarramah pula. Ya Allah. Masuk Mecca ni, memang tenang even kadang-kadang ada traffic congestion tapi entahla. Tenang dia tak sama macam tenang kalau kita pergi bercuti kat pulau or tengok laut, bukit, or apa-apalah. Apa-apa pon, bila pergi Tanah Suci ni tak kisahla Mekah or Madinah, memang rasa lain je tau. Rasa tenang, best, nak cakap or fikir benda tak baik pon kita kena jaga-jaga sebab bila kat Tanah Suci ni, orang selalu cakap Allah bayar cash. Kalau ada terlintas benda tak elok dalam otak tu, cepat-cepat la istighfar supaya kita dijauhkan dari benda-benda tak elok.

Oh! Harus diingatkan ye yang hotel-hotel di sini tak macam hotel kat Malaysia. Yang penting selesa dan boleh tidur tu kira dah cukup baik la tu. Kalau tengok jemaah-jemaah lain, ada yang tidur tepi jalan or tidur kat masjid je. Jadi bersyukurla even tak seberapa. Kalau nak room service, kena bagitahu dengan mereka sebab bilik memang tak akan dibersihkan unless upon request. Jadi, agak-agak nak tukar towel ke, nak mintak extra tissue paper ke, nak minta bersih bilik ke, or nak buang sampah, sila request sebab mereka tak akan masuk bilik anda tanpa orang di dalam bilik. Jadi, bila nak bersihkan bilik, anda mesti berada dalam bilik ye then bagi la tips. Tak banyak pon tak apa yang penting ikhlas. Anggap macam sedeqah je. :)

Satu benda yang orang paling suka buat or memang jemaah digalakkan buat ialah bersedeqah. Nak sedeqah ikutla kemampuan kita. Nak senang pecahkan duit time shopping-shopping tu so nanti senang kita nak sedeqah. Ustaz ada cakap, pekerja-pekerja pembersihan di Masjid Nabi or Masjidil Haram ni gaji tak banyak tapi kerja penat. Jadi, elokla kalau kita nak bersedeqah kat mereka sebab tahu tak betapa luasnya Masjidil Haram tu? Sepanjang masa dibuka dan memang penat mereka bekerja tau. Tak salah kalau nak bersedeqah pada mereka even mereka dibayar gaji. What I did - as a student yang tak bekerjaya ni, just hulur je berapa riyal yang ada asalkan ikhlas. Amount tu tak penting, yang penting sedeqah anda tu. Jangan risau dengan duit anda, InshaAllah mencukupi sebab ganjaran Allah itu sudah pasti. :)

Selalunya, masuk-masuk Mecca, memang akan buat umrah. So, first umrah tu selalunya akan diiringi dengan ustaz jadi tak payah risau macam mana nak buat umrah sebab ada orang guide kita. Then, kalau next time nak buat lagi tapi sendirian berhad, boleh la naik bus or van-van depan hotel yang akan bawa anda pergi bermiqat di Masjid Taneem. Masjid ni je antara tempat miqat yang paling dekat. Tapi selalunya travel agent akan buat ziarah luar pergi Hudaibiyah dan Ji'ranah jadi bolehla bermiqat di sana.

Haaa. Pergi Jabal Rahmah jangan lupa naik atas, itupon kalau mutawif anda bagi la. Tak naik pon tak apa. Bukan ada kewajipan pon naik sampai atas tapi janganla buat benda-benda pelik. Benda apa? Tak payah nak tulis-tulis nama anda kat tiang or batu-batu Jabal Rahmah tu tau. Dari rebut-rebut tulis nama, baik anda ambil masa lebih untuk doa-doa. Kan lebih baik berdoa or snap gambar sekitar Padang Arafah tu. Dari puncak Jabal Rahmah tu, memang view lawa kalau nak tengok Padang Arafah. Betapa luasnya padang Arafah tu. Cuba bayangkan Padang Mahsyar? Betapa kerdilnya kita di sisi Allah jadi janganla kita sombong dengan kejayaan kita sekarang.

Kalau anda tak nak upah orang, anda boleh pergi ke bahagian luar Masjidil Haram - berdekatan dengan kawasan Sa'ie - istana raja - perpustakaan @ rumah Nabi Muhammad SAW dilahirkan - just pergi kat area situ, anda akan nampak longgokan wheelchair. Ada tempat registration di situ, just tunjukkan kad jemaah anda dan anda akan dipinjamkan wheelchair. Bagus kan mereka? Kami pon baru je tahu pasal tempat wheelchair tu. So, nanti tak payah pening-pening fikir nak beli wheelchair. Sampai Mecca, cepat-cepat pergi pinjam and return it on the day before anda bertolak.

Since entry ni macam terlalu panjang, I might stop typing in a few minutes. Okay. Ni agak penting bagi anda yang pergi tapi nak contact orang-orang kampung or orang-orang tersayang yang nun jauh di Malaysia kan. Nak buat roaming boleh je tapi lebih murah kalau beli SIM card di Arab ni. Macam-macam ada. Tapi kalau nak yang boleh online, pakaila Friendi or Mobily. Pakej agak murah la. Kadang-kadang ada kedai nak suruh anda register baru boleh activate SIM card. Kan leceh kalau nak kena register, jadi disarankan beli je dengan mana-mana pak arab kat airport pon boleh. Hehe.

Em. Kalau anda menjadi tetamu Allah, bersyukurla sebab bukan senang nak jadi Tetamu Allah di Tanah Suci ni. Orang-orang terpilih je Allah buka hatinya untuk dijemput ke rumah Allah. Sesungguhnya pengalaman dan perasaan menjadi tetamu Allah ni memang unik. Betapa ramainya orang menyembah Allah, betapa ramainya umat Islam, betapa hebatnya perjuangan Nabi, betapa bertuahnya orang-orang di Arab ni sebab sentiasa dekat dengan rumah Allah dan Nabi Muhammad SAW, betapa agungnya kekuasaan Allah. Bila sampai sini, macam-macam anda akan fikir. Dan bila di sini, anda akan nampak Islam itu mudah dan Islam itu suci. Haih. Rindu sangat! InshaAllah kita semua akan jadi tetamu Allah suatu hari nanti. Teruskan berdoa dan kumpul duit cepat-cepat! :) Ikutkan hati macam-macam nak tulis sebab mood tengah rajin, tapi macam panjang sangat entry ni dengan words memanjang. Kalau anda nak tanya apa-apa or nak share, silakan dan jangan segan-segan tau! Akhir kata, maafkan kami jikalau penulisan ini berunsur negatif dan sewaktu dengannya. Mungkin entry ni lebih bersifat kepada pengalaman kami dan hope pengalaman kami dapat membantu anda. InshaAllah. Yang buruk itu dari kami dan yang baik itu dari Allah. :)

2012

2013


"Dari Abu Dzar Jundub r.a berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Bertakwalah kepada Allah di mana saja kamu berada. Iringilah perbuatan buruk dengan perbuatan baik kerana kebaikan tersebut akan menghapuskannya. Dan pergaulilah manusia dengan akhlak yang mulia." 
Hadis Riwayat at-Tirmidzi

"Akan datang kepada manusia suatu masa, umatku melakukan haji kerana empat perkara. Orang kaya melaksanakan ibadah haji kerana melancong. Orang pertengahan menunaikan haji kerana berniaga. Orang miskin menunaikan haji kerana meminta-minta. Orang qari' dan para ilmuwan menunaikan haji kerana riak dan nama."
Hadis Riwayat al-Dailamy


Review: Adina Apartment Hotel Melbourne

Assalamualaikum! Just a short and simple review after long silence. Cleanliness: Since we took an apartment with kitchen facilit...