Friday 28 June 2013

Jom Faham Makna Solat

Assalamualaikum


Found a good video on how to focus in your prayer. Kadang-kadang, mesti senang otak kita nak terganggu dari focus time solat kan? Lagi-lagi kalau kat kepala tu tengah serabut dengan masalah duniawi. Lagi kita nak focus, lagi banyak yang kita fikir, kan? Sigh. Selalu dengar orang cakap, nak khusyuk dalam solat senang je. Tahu apa makna surah-surah dan setiap bacaan dalam solat tapi mesti cepat lupa. So, do spend a few minutes on this short vids untuk renungan kita bersama. I didn't own the video and I took it from Youtube. Spread the words so that we can perform the prayer, better. InshaAllah :)


Sources: Youtube


Firman Allah SWT: "Telah berjayalah orang-orang yang beriman iaitu orang-orang yang khusyuk dalam sembahyangnya."
Surah Al-Mukminun: 1-2

Peliharalah segala solatmu dan peliharalah solat utama (Asar & Subuh) dan berdirilah untuk Allah dengan khusyuk."
Surah Al-Baqarah:238

Rasulullah SAW bersabda: "Berapa banyak orang yang mendirikan solat, tetapi yang diperolehi hanya penat dan letih, kerana mereka itu lalai dalam solatnya."
"Aku selalu mengingati mati dalam solat dan apabila kamu solat, anggaplah solat ini solat perpisahan."


Tuesday 18 June 2013

Tips: Travel and Accomodation?

Assalamualaikum


Ola readers! Time tengah survey-survey Internet nak cari tempat untuk penginapan, I've met an awesome website. For me, memang terbaik sangatlah web ni for those yang loves to travel. Since, sooner, we're going to travel somewhere, we really need a place where we can cook sebab we gonna splurge our money on shopping and sightseeing! Yay! And our upcoming trip gonna be on our own too, so, sudah bermulalah episod mencari accomodation. Trust me on this. Web ini sangat best okay.

Web yang dimaksudkan ialah *drum roll please* - AIRBNB. Why did I found this website very helpful? Try click at the link and you'll get what I mean. Okay. Kalau tak excited lagi, tak tahu la. Or maybe, saya saja yang excited terlebih kan. Basically, web ni for those yang looking for accomodation while travelling. Apa beza web ni dengan other accomodation? Hm. Since kami ni selalu travel dengan family, we need to look over a place yang ada privacy and most important thing ialah boleh masak. Yes. We need kitchen! And some of the accomodation yang available kadang-kadang dapur kat luar la, toilet kat luar la, washing machine kat luar la. So, boleh faham kan kenapa we need privacy? Kalau anda travel dan semuanya lelaki maybe it's not a matter to you kan. Tapi, bila pergi dengan family yang nak everything ada dalam bilik, I guess, this website is the answer that I've been looking for ages. Haha. Over lagi.

Seriously, dengan adanya web ni, it's much easier to travel. Tapi, of course la ada some limitation which is not every country ada join web ni. Concept airbnb ni senang je. Mana-mana host yang nak sewa rumah or bilik mereka to tourist akan register kat web ni and anda boleh lah browse semua option yang ada kat dalam web ni. Privacy and safety, InshaAllah terjamin. Tapi, nak pilih host pon bacalah review and comment mereka dulu. Kalau rasa tak confident, cari rumah lain. 

Kadang-kadang ada je rumah yang anda akan duduk bersama host. Positive side kalau stay sekali dengan host is anda boleh request and tanya tips-tips bila berada di negara orang. Almaklumlah kan kalau travel sendiri, kadang-kadang lost and kurang information itu memang perkara biasa. Jadi, kalau stay dengan host, memang best la sebab boleh minta tips. Hotel-hotel pon ada provide tips tapi bila dengan host anda, attention adalah lebih sebab host tu akan make sure anda dapat the best treat from them.

Kalau tak suka stay dengan host dan nak extra privacy, request dengan mereka or tanya awal-awal whether anda akan stay dengan host atau tidak. Okay. One thing that you should know, kadang-kadang rumah mereka ni indah khabar dari rupa. Kalau rasa tak puas hati, cancel lah booking anda. Lagi satu, location rumah-rumah or guesthouse ni kadang-kadang jauh dari public transport or kedai-kedai. So, depends to your favor la. Kalau anda prefer cottage house, pilihlah host yang ada cottage house. Kalau nak area beach, cari rumah yang berdekatan dengan beach. Kalau tak nak atas bukit, tanya awal-awal supaya tak berlaku kekeliruan bila anda dah sampai. For me, location memang penting sebab bila travel sendiri, tempat tu mestilah dekat dengan public transport.

Haa. Part ni pon best sebab anda boleh negotiate harga dan check in-check out time dengan host anda. In case anda sampai awal, boleh request dengan mereka untuk masuk awal tapi itu pon depend dengan host la. Nak minta host tolong provide airport pick-up pon bole. Just name it and usually the host would be glad to help you. Apa-apa pon depends dengan host anda okay.

Let me remind you again yang host-host ni adalah dari pelbagai background and if you're willing to take risk, you might love this. But if you're not, just go with the usual hotel booking. As for me, in airbnb, you don't need to pay first before you check-in and once you've arrived at your destination, then you gonna proceed with the payment. So, you can cancel or accept the booking anytime, anywhere. Easy, right?

For Muslims, I can't promise you that the houses are all free from the non-halal things but that's the risk when you travel, kan? Kalau stay dekat hotel pon belum tentu kediaman tu bersih dan suci dari benda-benda tak halal kan? Jadi, selalunya kami akan bawa our own peralatan memasak, pinggan mangkuk plastik seringgit satu and cutleries supaya tak was-was dan lagi terjamin kebersihannya. Boleh je kalau anda nak samak/sertu benda-benda dalam kediaman anda. Ada orang recommend untuk guna SABUN TAHARAH bagi tujuan samak/sertu ni tapi kami lagi prefer untuk bawa je dari Malaysia. Haha. Senang dan tak pening kepala. Produk sabun ni, anda boleh tanya direct di website mereka untuk mengetahui kesahihan produk okay. Nak tanya kami, kami pon tak sure sebab tak pernah try lagi. Oh. Before lupa, nak selamat cari rumah yang ada policy "no pets allowed" supaya tiada anjing dan sewaktu dengannya dalam kediaman anda.

So, what are you waiting for? Go HERE now and give it a try! Interested to be a host? Pon boleh tau. Just register your profile and you're ready to go.



Dari Abi 'Abdillah Annu'man bin Basyir R.A berkata, Rasulullah SAW bersabda "Sesungguhnya sesuatu yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas, dan di antara keduanya ada perkara yang samar-samar yang kebanyakan manusia tidak mengetahui. Maka, barangsiapa menjaga dirinya dari perkara yang samar itu, maka ia telah membersihkan agamanya dan kehormatannya, dan barangsiapa yang jatuh dalam melakukan perkara yang samar-samar itu, maka ia telah jatuh dalam perkara haram seperti pengemabala di sekeliling tanah larangan, lambat-laun ia akan masuk ke dalamnya. Ingatlah bahawa tiap-tiap raja ada larangannya. Ingatlah bahawa larangan Allah adalah apa-apa yang diharamkanNya.

Ingatlah bahawa dalam jasad itu ada seketul daging, jika baik, baiklah seluruhnya dan jika buruk, buruklah seluruhnya. Ingatlah, itu adalah hati."
Riwayat Imam Bukhari dan Muslim


Friday 14 June 2013

Istanbul Kami Datang: Part 2


السلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاته

24.05.2013

Hari ketiga mama di Istanbul. Hari ni kami berjalan-jalan di Istanbul menggunakan khidmat pelancongan yang telah mama booking dari Malaysia. Di hotel-hotel penginapan juga banyak yang menawarkan pakej-pakej lawatan sama ada hendak melawat sekitar Istanbul bagi tempoh setengah hari atau satu hari atau keluar dari Istanbul dan bermalam dengan harga yang berpatutan. Pada pandangan mama jika untuk lebih relax dan santai, lebih baik pergi sendiri sebenarnya kerana tidak terbeban dengan jadual yang disediakan dan amat menjimatkan, serta kita boleh memilih pakej-pakej yang lebih murah di Istanbul tanpa perlu booking dari Malaysia.

Pukul 9.00 pagi, tour guide kami telah sedia menunggu di lobby hotel dan setelah berbincang kami memilih untuk ke Pierre Loti Cable Car, Turkey Miniaturk, Istana Dolmabahce, Yildiz Royal Garden dan menyeberangi jambatan ke sebelah Asia.


                                         Wow! Inilah kenderaan yang disediakan bagi mama dan husband

Bagi menaiki cable car, tiket yang dikenakan adalah sebanyak 2 lira seorang dan jaraknya tidaklah terlalu tinggi. Di sepanjang pendakian atau menaiki cable car kita akan melalui tanah perkuburan Eyup. Kita boleh memilih untuk menaiki Pierre Loti dengan berjalan kaki atau mengunakan cable car. Nama Pierre Loti ini  diambil sempena nama penulis Perancis yang tinggal di Istanbul pada penghujung abad ke 19 dan terdapat juga sebuah kafe di atas bukit ini mengunakan nama beliau. Dari atas bukit ni kita bolehlah mendapatkan view yang memang cantik.

Entrance to Pierre Loti

View from cable car

View dari cable car

Gerai-gerai di Pierre Loti

Mama kemudiannya melawat Turkey Miniaturk yang merupakan taman yang mempunyai model mini  struktur bangunan dari zaman Anatolia lagi. Bayaran masuk yang dikenakan adalah sebanyak 10 Lira. Tour Guide Mama seorang wanita yang fasih berbahasa Inggeris memberi penerangan yang terperinci mengenai taman ini dan seperti biasa husband mama akan menjadi jurucatatnya. Taman ini mula dibuka kepada pengunjung pada 23 April 2003 yang mengandungi 122 model di mana 52 model adalah dari zaman Anatolia 13 dari zaman Uthmaniyyah. Setiap model mini ini diberi penerangan dalam dua bahasa iaitu bahasa Turki dan Inggeris dengan mengimbas tiket di papan tanda di hadapan model tersebut.

Bersama tour guide

model-model di miniaturk



Model-model di Turkey Miniaturk

Setelah menghabiskan masa hampir 2 jam kami kemudiannya pergi ke Dolmabahce Palace. Nasib baiklah ada tour guide, jika tidak mungkin kami akan beratur hampir 1 jam kerana terlalu ramai pelancong waktu itu. Tiket masuk ke istana ni adalah 30 lira seorang. Dolmabahce Palace ini telah dibina antara tahun 1843 hingga 1856 dan istana ni merupakan istana yang terbesar dan mewah berbanding dengan Topkapi Palace. Pembinaan dan peralatan di dalamnya menggabungkan gaya Eropah dan Uthmaniyyah. Cermin-cermin yang dipasang dalam istana ni dibingkaikan dengan emas dan banyak pembinaan di dalamnya mengunakan  emas dan kristal. Istana ini dibina bagi menempatkan enam sultan-sultan terakhir di zaman pemerintahan Uthmaniyyah sebelum diambil alih Mustafa Kamal Artaturk yang akhirnya menjadikan istana ni kediaman beliau sehinggalah beliau meninggal dunia di istana tersebut. Istana ni terbahagi kepada tiga bahagian yang merangkumi keluasan 2.11 ekar dan mengandungi 285 bilik, 46 dewan, 6 tempat mandi atau dikenali dengan hamam dan 68 tandas. Sepanjang laluan yang dibawa, mama dapati kebanyakkan perabotnya adalah sepasang diletak di kiri dan kanan laluan. Setiap bahagian terdapat gantungan lampu Chandelier yang berharga puluhan ribu ringgit dan paling terbesar beratnya dimaklumkan kepada kami hampir 4.5 tan. Sayangnya pengunjung tidak dibenarkan merakam gambar di dalam istana ni.

Gambar Chandelier yang  paling besar (Sumber dari wikipedia)

Salah satu daripada pintu masuk
Pintu untuk memasuki Dolmabahce Palace
Di luar istana bersebelahan laut Marmara

Selepas menyaksikan kemewahan Dolmabahce Palace kami singgah pula ke Yildiz Royal Garden yang merupakan taman yang luas dan indah dengan pelbagai tumbuhan dan pokok-pokok bunga. Sempatlah kami merakam bunga-bunga yang sedang mekar yang ditanam di sini. Taman ni juga merupakan tempat perkelahan yang popular terutama di hujung minggu. Semasa kami merehatkan badan di sini terdapat banyak kumpulan pelajar-pelajar bersama guru-guru mereka melakukan aktiviti riadah. Sempat jugalah mama melihat dua pasang pengantin merakamkan gambar perkahwinan mereka di sini.


Yildiz Royal Garden

Tasik buatan di Yildiz Royal Garden


Merakamkan gambar pasangan berkahwin

Mama kemudiannya melalui jambatan Galata menuju ke sebelah Asia dan dari pemerhatian mama, di sebelah sini bangunannya tidaklah seperti di Eropoh side dan corak kehidupan agak tenang. Bagi kaum perempuannya, mama dapati di sini ramai yang memakai tudung.

Menuju ke sebelah Asia 

Keadaan yang tenang di Asia side

Tour kami tamat pada pukul 6.00 petang dan sebelum dihantar semula ke Hotel, sempat juga tour guide mama membawa kami ke sebuah gedung karpet yang harganya boleh membawa kami melancong semula ke Istanbul lima kali.......

25.05.2013

Hari-hari terakhir di Istanbul, kami menjelajah bandar ini dengan menggunakan tram sahaja. Memang mudah menaiki tram kerana perkhidmatan yang ditawarkan adalah memuaskan. Kebanyakkan tempat lawatan adalah sepanjang laluan tram. Laluan tram akan bermula dari stesen Kabatas dan tamat di stesen Bagcilar dengan tambang yang dikenakan sebanyak 3 Lira sahaja kecuali sekiranya kita berhenti dan turun di setiap stesen, kenalah bayar 3 lira lagi. Di laluan tram ni juga terutama dari stesen Gulhane hingga ke stesen Cemberlitas, banyak kedai-kedai yang menjual pelbagai barangan dan kami turut berjalan kaki merasakan keseronokan menyusuri kedai-kedai ini, sekiranya keletihan bolehlah singgah di kedai makan atau manisan. Kebanyakkan tempat-tempat lawatan bermula dari Beyazit dan berakhir di Kabatas. Sekiranya hendak ke Grand Bazaar, turunlah di stesen Beyazit, lawatan ke Blue Mosque, Hagia Sophia Museum, Topkapi Palace Museum, turunlah di Stesen Sultanahmet, jika hendak ke Spice Bazaar turunlah di Stesen Eminonu, untuk melawat Galata Tower di Stesen Karakoy dan untuk menaiki bot-bot turunlah di Kabatas.  

Laluan Tram

Sebelah petang mama dan husband pergi pula hingga ke Bagcilar tetapi laluan dari Yusufpasa hingga ke Bagcilar lebih kepada rumah-rumah penempatan sahaja.

Walaupun telah mengunjungi Topkapi Palace, kami pergi juga ke Museum ini sekali lagi terutama untuk melihat peninggalan Nabi Muhamad S.A.W yang tersimpan di sini. Bagi penjimatan wang kita boleh membeli tiket dengan harga 72 Lira yang boleh digunakan bagi memasuki Museum di tempat-tempat seperti di bawah. 

Iklan pakej entrance fee

26.05.2013

Pukul. 8.00 pagi, mama dan husband turut bersesak dalam tram menuju ke Spice Bazaar bagi membeli sedikit cenderamata dan buah-buahan untuk dibawa balik ke Malaysia. Sempat juga kami menjelajah kedai-kedai kecil di laluan bawah menuju ke jambatan Galata. Sayangnya, kami tidak dapat menaiki Galata Tower bagi menyaksikan pemandangan sebelum matahari terbenam kerana sedang dalam pembaikan. 

Laluan tunnel ke jambatan Galata

Kedai-kedai kat dalam tunnel - harga barangan lebih murah di sini

Bot-bot di Galata

Buah ceri yang kami beli 5 kilo kerana harganya hanya 10 Lira sekilo

Baklava yang dibeli

Setelah menghabiskan masa selama 5 hari di Istanbul kami pun berangkat balik jam 3.30 petang waktu Istanbul dan sampai di KLIA Malaysia jam 6.30 pagi pada 27.05.2013. Semoga segala kenangan yang mama perolehi di sini dapat memberi kesedaran dan keinsafan betapa besarnya kebesaran ALLAH yang tidak terjangka dan terduga di fikiran mama.....  


"Barangsiapa berhijrah di jalan Allah, nescaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang luas dan rezeki yang banyak."
An-Niza: 100

Saturday 1 June 2013

Istanbul Kami Datang: Part 1

السلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاته

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ
"Hai manusia, sesungguhnya Kami menjadikan kamu dari seorang laki-laki dan wanita, dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya saling mengenal. Sesungguhnya orang mulia di antara kamu di sisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui Lagi Maha Mengenal."
Surah Al-Hujuraat, 49 (13)


Bertemu semula di perkongsian pengalaman mama, seperti tajuk yang dipaparkan Istanbul Kami Datang, tetapi kali ini hanya berdua sahaja dengan husband tanpa ditemani oleh anak-anak sempena menyambut ulang tahun perkahwinan kami yang menjangkau 30 tahun.   Pemergian kali ini tidak mengambil mana-mana pakej, cuma mama booking satu hari lawatan dengan Karavan Travel di Istanbul melalui internet untuk tempat-tempat yang sukar dilawati dengan pengangkutan awam. Memandangkan mama telah menceritakan pengalaman hampir keseluruhan bandar di Turki di entri yang lepas, kali ini mama akan berkongsi pengalaman di Istanbul saja. Memandangkan lawatan kami ke Turki hanya enam hari sahaja maka kami tidak memerlukan Visa. Jika anda hendak melancong ke Turki tidak melebihi tempoh 90 hari atau 3 bulan, anda tidak memerlukan visa untuk ke sana.

21 Mei 2013

Jam 8.30 malam mama bertolak dari rumah dengan dihantar oleh anak-anak ke KLIA kerana penerbangan ke Istanbul pada jam 00.30 pagi. Sedih juga hati kami kerana berpisah dengan anak-anak kerana selalunya kami pergi sekeluarga tetapi anak-anak semuanya sporting untuk memberi peluang kepada kami kali ini. Mama ke Istanbul dengan menaiki MAS kerana offer yang diberi kepada pemegang Enrich Card untuk menukar point yang terkumpul dengan perjalanan percuma, cuma hanya perlu membayar airport tax sahaja. Memandangkan point yang terkumpul melayakkan mama untuk bercuti ke Istanbul, kami tak lepaskan peluang untuk mengunjungi Istanbul semula. Untuk menyemak mata ganjaran terkumpul bolehlah melayari ENRICH. Di kaunter semasa check-in kami ditawarkan oleh petugas untuk bertukar flight dari MAS ke flight Emirates, transit di Dubai seterusnya menaiki Turkish Airlines ke Istanbul dan dikembalikan semula RM900.00 seorang. Memandangkan kami telah mengambil perkhidmatan transport dari Airport ke Hotel, kami menolak tawaran tersebut walaupun ditawarkan beberapa kali. Penerbangan kali ini mengambil masa 10 jam 30 minit dan kami selamat sampai jam 6.30 pagi waktu Istanbul.

22 Mei 2013

Memandangkan percutian kami kali ini penghujung musim bunga, mama sampai di Istanbul walaupun jam 6.30 pagi cuaca telah terang benderang seperti jam 8.00 pagi. Kami dibawa ke Hotel Balin yang telah dibooking awal melalui Internet. Betullah seperti comment yang mama baca, petugas hotel semuanya helpful dan kami dibenarkan memasuki bilik jam 9.00 pagi walaupun sepatutnya masa check-in jam 2.00 petang. Kedudukan hotel ini sangatlah bersesuaian sekiranya setiap hari kita ingin menjamu mata di Grand Bazar kerana jaraknya hanya 250 meter. Mama sangat bernasib baik dan amat berpuas hati dengan facilities dan kedudukan hotel yang berhampiran dengan Grand Bazar dan tram stesen yang menghubungkan penumpang untuk pergi ke tempat-tempat lain. Sederet dengan hotel kami adalah Hotel Sarajevo dan Hotel  Bergama. Sekiranya ada yang berminat bolehlah melayari laman web terus ke SINI ......



Hotel Balin dan sebelahnya Hotel Bergama



Lobby Hotel

Di sepanjang jalan keluar dari hotel ke Grand Bazaar terdapat juga kedai-kedai yang menjual handbag, baju-baju dan lain-lain, jika tak kuat iman memang boleh habis RM di sini.


Kedai di sepanjang lorong keluar dari Hotel


kedai yang menjual handbag

Lagi clutch

Jam 10.00 pagi bermulalah ekspedisi pertama mama menjelajah Grand Bazaar. Grand Bazaar ini adalah merupakan tempat membeli belah yang mempunyai hampir 4,000 lot-lot kedai yang menjual barangan-barangan pakaian dari kulit, carpet buatan tangan dan sejadah, hiasan-hiasan lampu, tudung, cenderamata seperti key chain, magnet fridege dan lain-lain. Walaupun berada di sini selama 5 hari, kami tidaklah masuk kesemua lorong di dalamnya kerana kebanyakan barang yang dijual adalah sama saja. Kebanyakan dari penjual mengenali kami dari Malaysia dan perkataan yang kerap terkeluar daripada mereka adalah "apa khabar, dari Malaysia, Malaysia bagus" "murah, murah" dan memujuk kami ke dalam dan kesemua peniaga akan offer kami kopi atau epal tea yang diisi dalam gelas kecil untuk tiga kali tegukan saja dah habis. Satu tip yang mama nak kongsi untuk dapat harga yang memang berbaloi, pergilah awal pagi sebab mereka akan cuba menjual kerana mereka percaya jualan pertama adalah pembuka rezeki. Kelakarnya ada juga penjual yang mencium wang yang kita beri jika kita adalah pembeli pertama mereka. Di sini bolehlah menawar harga sehingga ke tahap yang memang memeranjatkan. Contoh sehelai baju sejuk wanita harga yang diletak pada mulanya 300 Euro boleh diturunkan sehingga 400 lira.

Sebelum ke Istanbul mama tidaklah menukar wang Lira, USD atau Euro di Malaysia kerana harga yang agak tinggi iaitu antara RM2.20/2.00 bersamaan dengan 1 Lira. Semasa kunjungan pertama dahulu wang lira mama masih tersimpan dan mama dapati banyak money changer di sekitar Grand Bazaar yang menerima RM Malaysia. Pertukaran di Istanbul adalah RM100 bersamaan dengan Lira 53.00 iaitu RM1.88 bagi 1 Lira. Pengalaman membeli belah disekitar Grand Bazaar ni kadang-kadang melucukan juga kerana mereka berebut-rebut untuk menarik perhatian pelanggan bagi memasuki kedai mereka walaupun tidak membeli apa-apa. Yang tak seronoknya semasa perjalanan pulang ke Hotel kami telah ditangkap oleh penjual-penjual jalanan yang memujuk kami membeli barangan mereka. Disebabkan kasihan kami membelilah barangan dengan niat untuk bersedekah.

23 Mei 2013

Memandangkan penghujung Musim Bunga waktu subuh di Istanbul adalah jam 3.45 pagi dan waktu Syuruk jam 5.40 pagi. Rasanya terlalu panjang waktu siang kerana waktu Maghribnya jam 8.30 malam dan satu perkara yang tidak mengembirakan kami kerana  tiada tanda Qiblat di hotel yang kami duduki. Selepas breakfast di hotel yang bermula jam 8.00 hingga 10.00 pagi mama memulakan ekspedisi ke dua iaitu mencari Spice Bazaar atau dikenali juga sebagai Egyptian Bazaar. Staf-staf hotel yang sedia membantu menyuruh kami menaiki tram dari Benyazit (terlalu dekat dengan Balin Hotel) dan turun di stesen Eminonu.  Stesen tram ini samalah seperti stesen komuter di Malaysia dan tiket yang dikenakan adalah sebanyak 3 Lira tidak kira sama ada perjalanan jauh atau dekat yang pasti bila keluar dari stesen untuk ke satu stesen lain kenalah bayar semula 3 lira. Bagusnya tram di sini waktu hari bekerja sebelah pagi dan petang kita tidak perlu menunggu lama kerana setiap 5 minit akan ada tram yang lain. 



Laluan Tram


Stesen Tram Beyazit menuju ke Eminonu

Keadaan Stesen tram di Beyazit

Untuk mencari Spice Bazaar ini tidaklah sukar, kita boleh naik di mana-mana stesen tram tetapi yang penting mesti turun di stesen tram Eminonu dan sekiranya tidak pasti bolehlah bertanya petugas disitu. Sebelum sampai ke Bazaar ini kami melalui dulu Masjid Eminonu yang dibina pada tahun 1597. Spice Bazaar atau dikenali juga dengan nama Egyptian Bazaar yang dibina pada tahun 1664 dan di dalamnya terdapat lot-lot kedai  cuma jumlahnya tidaklah terlalu banyak seperti di Grand Bazaar. Dari segi harga di sini lebih murah berbanding dengan harga di Grand Bazaar. Di sebelah luar bangunan Bazaar juga terdapat pasar terbuka. Bazaar ini menjual rempah, buah-buahan kering, kacang, keju, dan yang paling banyak adalah Lokum (Turkey Delight). Bazaar ini dibuka 7 hari seminggu dan pada musim panas ini dapatlah mama membeli strawberry dan buah ceri dengan harga yang sangat murah iaitu 12 Lira sekilogram.

Jika rajin bolehlah juga berjalan di lorong Hasırcılar Caddesi iaitu jalan belakang yang agak sempit dari Bazaar yang menjual pelbagai rempah, makanan ringan dan peralatan rumah.



Masjid Eminonu bersebelahan dengan Spice Bazaar


Spice Bazaar


barangan cenderamata

kedai yang menjual kacang dan rempah-rempah


Pelbagai tea


Manisan yang dipanggil Lokum (Turkey Delight )


Buah-buahan yang terlalu murah harganya

Di lorong belakang dan kanan Spice Bazaar

Kami menunggu hingga waktu solat Zohor untuk menunaikan solat di Masjid Eminonu ni. Di Istanbul ni terdapat ribuan masjid yang dibina semasa zaman Kesultanan Ottomaniah dan reka bentuknya adalah hampir sama antara satu dengan yang lain. Di setengah-setengah tempat jarak masjid tidak sampai satu kilometer. Terasa sangat sedih bila mengingatkan betapa gemilangnya Islam semasa zaman Uthmaniyyah tetapi bertukar setelah diambil oleh Mustafa Kamal Ataturk. Apabila azan berkumandang hanya segelintir sahaja yang menunaikan solat.    



Bersolat di Masjid Eminonu



Bersambung di entry seterusnya .......

Review: Adina Apartment Hotel Melbourne

Assalamualaikum! Just a short and simple review after long silence. Cleanliness: Since we took an apartment with kitchen facilit...