Sunday 23 March 2014

Percutian Kansai: Part 2

السلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاته

22 Februari 2014

Hari ini, walaupun kami duduk di hotel, kami tetap juga memasak. Selepas sarapan pagi yang mudah dan ringkas, bermulalah perjalanan menjelajah bandar Osaka. Untuk hari kedua, kami menggunakan Osaka Unlimited Pass untuk berjalan di sekitar bandar Osaka. Tempat pertama yang dituju adalah Osaka Shinsekai Suji, kami hanya perlu menaiki satu station saja dari Nipponbashi Station untuk ke Tsutenkaku Tower yang terletak berdekatan dengan Namba. Tsutenkaku Tower yang menjadi mercu tanda di Osaka merupakan menara lama dan tidaklah se'gah' Kobe Tower. Ianya seperti Menara Eiffel di Paris dan mempunyai ketinggiaan 103m yang dibina pada tahun 1969. Kami naik sehingga ke tingkat atas dengan menggunakan  free entrance with Osaka Pass di mana tempat-tempat yang kami lawati tidak perlu dibayar. Berhampiran dengan Tsutenkaku Tower ini, kami melalui deretan kedai di Shinsekai Suji. Tak sangka pula, sambil cuci-cuci mata boleh pula tersangkut dengan pilihan baju sejuk di sini. Sempat lagi suami mama membeli baju sejuk dengan harga 3,000 Yen. Agak murah berbanding di Malaysia. Selain itu, di Shinsekai Suji ini terdapat pasar basah dan kering di sekitar jalan, jadi, bolehlah kami nak beli barang harian. Tapi, disebabkan agak terkejar-kejar dengan masa, kami lupakan dulu misi mencari fresh salmon di pasar.

Bila berada di floor paling atas, agak gerun juga kerana boleh terasa struktur menara ini bergoyang. Walaupun tidak kuat, kami still boleh merasa gegaran apabila berdiri statik di satu-satu tempat. Memang ramai yang datang melawat Tsutenkaku Tower ini walaupun sedang musim winter.

Osaka Shinsekai Suji

Tsutenkaku Tower



View from Tsutenkaku Tower

The largest Arima Onsen in Osaka - free entrance with Osaka Pass

Another view from Tsutenkaku Tower

Hello Kitty!

Tsutenkaku Tower model

It's edible!

Smart kan? Ada scar lagi.

Seterusnya, kami menuju ke PEACE Osaka yang terletak berhampiran dengan Osaka Castle. Pada mulanya, tidak termasuk dalam itinerary pun mahu ke sini tapi memandangkan PEACE Osaka ini terletak betul-betul berhampiran dengan subway station, jadi kami pergilah ke sini hanya sekadar untuk meng'optimum'kan penggunaan Osaka Pass. Lagipun, entrance fee adalah free dengan Osaka Unlimited Pass. Suasana di PEACE Osaka ini agak sunyi berbanding dengan museum lain. Masa kami sampai pun macam tiada pelancong datang ke sini mungkin kerana suasana dan koleksi di museum ini tidaklah banyak mana. PEACE Osaka ini agak besar dan mempunyai beberapa ruang pameran dan jika anda bernasib baik, bolehlah merasa memakai baju perang mereka.

PEACE Osaka

Ruins from the World War

Selesai berjalan dan mempelajari sejarah Jepun serba sedikit, kami kemudiannya menuju ke Osaka Castle yang merupakan peninggalan istana lama dan antara mercu tanda terkenal di Osaka. Osaka Castle ini telah dibina pada separuh abad ke-16 yang mempunyai lima peringkat dengan ketiggian 40 meter, tetapi tidak semua peringkat dibuka kepada pelancong. Lucunya, walaupun dia adalah istana lama hiasan dalamannya adalah moden, tidaklah seperti kita pergi melawat istana lama di Beijing dan Seoul yang menyimpan peninggalan sejarah maharaja mereka. Apa yang kami expect bila lihat bangunan ini dari luar, memang teruja untuk melihat pamerannya tetapi kami yang terkejut. Memang struktur dalamannya telah diubah menjadi struktur moden dan mempunyai lif untuk membawa pelancong ke tingkat paling atas sekali. Memang penat nak mendaki tangga dari tingkat bawah hingga ke Observatory Floor di tingkat paling atas sekali (Level 8) kerana melihatkan barisan pelancong yang beratur menunggu lif agak ramai. Sempat lagi kami dihiburkan dengan street performer yang membuat persembahan di luar Osaka Castle. Sejuk-sejuk pun dia still boleh perform dengan selamba.

On the way to Osaka Castle

Osaka Castle - Winter!


View from Osaka Castle

Hologram kah?

Keluar saja dari Osaka Castle, kami menuju ke Plum Grove Garden yang terletak bersebelahan dengan Osaka Castle. Walaupun bunganya baru saja berkembang, pemandangan di sini sangat cantik dan tamannya juga agak luas. Memandangkan kaki kami semua sudah tidak larat, kami terus menuju ke destinasi seterusnya.

Plum grove!

Subhanallah! Cantik sangat!

The early bloom of Plum Grove

Sepanjang jalan menuju ke Osaka Suijyo Bus, kami terserempak dengan ramai students dan teenager yang datang ke sini untuk pergi ke Blue Impact Tour ni. Agaknya kumpulan ini famous di Jepun sebab anak-anak mama pun ada yang tahu pasal kumpulan ini. Sepatutnya, kami bercadang untuk naik Osaka  Suijyo Bus ni, tapi bila kami terpaksa menunggu untuk trip seterusnya, terpaksa kami cancelkan saja plan nak ber'cruise di sini kerana masing-masing sudah kepenatan dan lapar. Perkhidmatan Osaka Suijyo Bus (cruise) ini adalah free dengan menggunakan Osaka Unlimited Pass. Memang cantik sebenarnya pemandangan sekitar sungai ini dan permintaan agak tinggi pada musim-musim tertentu seperti Spring season kerana cruise ini akan membawa anda menyelusuri sungai di sekitar Osaka Castle dan bandar Osaka.

J Soul Brothers tour!

Osaka Suijyo Bus - Port nearby Osaka Castle

Balik saja ke hotel, semua sudah kepenatan dan tak sabar-sabar nak mencari katil. Selesai solat dan makan malam, mama dan suami hanya berehat di bilik. Anak-anak mama meneruskan misi untuk menggunakan pass se'maksimum' yang boleh. Lagipun, anak lelaki mama sibuk nak mencari kedai mainan di DenDen Town yang memang dekat dengan hotel kami. Anak-anak mama menaiki subway untuk pergi ke HEP 5 Ferris Wheel memandangkan Ferris Wheel di Tempozan Marketplace masih dalam pembaikan. Tiket masuk ke HEP 5 Ferris Wheel juga adalah free dengan menggunakan Osaka Pass. Ferris Wheel ini agak tinggi kerana terletak di tingkat atas bangunan HEP Mall ini. Ingatkan mereka sempat untuk ke Umeda Floating Garden tapi bila tengok banyak kedai dan restoran di sini sudah mula berkemas untuk tutup dan subway terakhir akan tutup pada pukul 11 malam, terpaksalah mereka cancel plan ke Umeda Floating Garden. Sebenarnya, pada hari pertama lagi kami sudah berada berhampiran dengan Umeda Floating Garden tapi disebabkan tiada kupon percuma, kami plan untuk pergi ke sini dengan menggunakan Osaka Pass. Inilah kelebihan Osaka Unlimited Pass berbanding Kansai Thru Pass kerana Kansai Thru Pass hanya memberikan discount kepada pelancong tetapi Osaka Unlimited Pass membenarkan pelancong untuk masuk secara percuma ke tempat-tempat tarikan di Osaka. Sebab itulah, kami membeli dua jenis tourist pass. Alang-alang dah berada di shopping mall dan kebetulan terdapat Starbucks di luar HEP 5 Ferris Wheel ni, anak-anak mama sempatlah beli hot drinks untuk panaskan badan. Harga minuman di Starbucks Jepun lebih murah berbanding di Malaysia, memang rambang mata lah anak-anak mama menghabiskan duit di Starbucks.

HEP Mall

View from HEP Ferris Wheel

HEP 5 Ferris Wheel

Bersambung ke episod seterusnya...

Friday 21 March 2014

Percutian Kansai: Part 1

السلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاته

20 Februari 2014

Lama sungguh mama tidak menulis kerana kesibukan menguruskan syarikat dengan jemputan memberi ceramah di jabatan kerajaan. Sebelum bercerita lebih lanjut lagi mama teringat mengenai pesawat MAS MH 370 yang sehingga hari ini masih belum ditemui. Bila bercakap mengenai pilot yang membawa pesawat tersebut, kami sekeluarga pernah ke Beijing dengan beliau sebagai pilot pada masa itu. Apa-apa pun bersama-samalah kita berdoa yang terbaik kepada semua anak kapal dan penumpang dalam pesawat tersebut.

Percutian keluarga mama pada kali ni adalah ke Osaka, Jepun. Seperti mana kebiasaan mama sekeluarga memang memilih penerbangan MAS untuk ke sana. Bertolak pada jam 12.30 malam dari KLIA kami sampai ke  Airport Kansai pada jam 7.00 pagi.

21 Februari 2014

Memandangkan kami tidak mengambil mana-mana pakej, anak-anak mamalah yang menguruskan percutian kami. Kami membeli tiket khas untuk pelancong dengan harga 6,500 Yen untuk seorang yang boleh digunakan untuk perjalanan 2 hari menggunakan Kansai thru pass dan 2 hari lagi dengan menggunakan Osaka unlimited pass, di mana kedua-dua pass ini boleh digunakan untuk melawat tempat-tempat yang biasanya menjadi tumpuan pelancong. Menggunakan tiket ini sebenarnya amatlah menguntungkan kerana kita boleh turun naik train menggunakan tiket yang sama selama 2 hari tanpa perlu menambah duit. Nasib baik anak mama ada kenalan yang belajar di Jepun, walaupun sebenarnya kami berjumpa dengannya ketika di Korea. Dengan tips-tips dan tempat-tempat menarik yang disyorkan itulah kami merancang percutian di Kansai. Dari airport, kami menuju ke Terminal 2 untuk ke Nankai Line bagi menaiki train untuk ke Namba Station sebab mama telah booking Osaka Floral Inn Namba untuk penginapan kami. Pilihan hotel yang dibuat adalah paling memuaskan kerana hotel tersebut terletak tidak jauh dari exit ke subway station. Sepanjang subway tersebut ada pintu untuk ke atas dan hotel yang kami duduki tersebut adalah di Exit B26 Namba Walk di mana bila keluar saja terus nampak hotel tersebut. 

Untuk hari pertama setibanya di Osaka, kami tidak menaiki direct train dari Nankai Airport Station ke Nankai Namba Station kerana melalui pembacaan di blog-blog, kami ingatkan jarak perjalanan dari Nankai Namba Station menuju ke Namba Walk adalah jauh. Memikirkan yang kami baru tiba di Osaka dengan membawa luggage yang agak banyak, mungkin agak sukar untuk kami turun naik tangga sambil mengusung luggage. Jadi, kami pun menaiki train dari Nankai Airport Station dan turun di Tengachaya Station dan menukar laluan ke subway station Tengachaya (Sakaisuji Line) yang menuju ke Nipponbashi Station. Memang lagi dekat dengan hotel sebenarnya. Rupa-rupanya, bila hari terakhir nak balik ke Malaysia, barulah kami tahu yang Nankai Namba Station adalah bersambung dengan Namba Walk dan anda tak perlu untuk turun-naik-tangga-keluar-bangunan untuk tiba di station-station ini. Yang bagusnya di sini, memang terdapat banyak underground passageway yang menyambungkan banyak station. Sememangnya, mereka amat mementingkan keselesaan pengguna di Osaka. Jadi, sekiranya anda memilih untuk menaiki Nankai Line dan ingin pergi ke Namba Walk, anda bolehlah berjalan dengan riangnya sambil membawa luggage tanpa perlu keluar masuk dari bangunan, dan melalui laluan bawah tanah sambil mencuci mata di Namba Walk kerana terdapat banyak kedai-kedai dan restoran di Namba Walk. Hampir terlupa kami untuk ingatkan anda, jika menggunakan Kansai Thru Pass pada hari pertama, sekiranya anda ingin menaiki Nankai Line, pastikan anda menaiki train yang betul. Kansai Pass ini hanya membolehkan anda untuk menaiki local/ semi express/ express / airport express sahaja, jadi jangan tersilap platform dan train. Nak bezakan train senang saja, train berbayar akan diberi seat number dan lebih laju kerana train ini tidak berhenti di semua station. Train yang boleh dinaiki dengan menggunakan pass ini hanya train yang tiada assigned seat kepada passenger.

Memandangkan waktu check-in adalah pukul 3.00pm, mengikut itinerary pertama kami akan ke Kobe. Dengan menggunakan Kansai Thru Pass (untuk hari pertama), kami menaiki train ke Kobe dari Osaka. Nasib baiklah ada anak-anak yang faham membaca peta di station subway untuk ke tempat2 yang hendak dituju. Pada masa ini cuaca adalah sekitar 5-9 celcius dan memang suhu yang selesa untuk berjalan-jalan. Ditambah pula dengan hujan renyai-renyai, memang suhu ketika itu amat sejuk. Sempatlah juga kami berharap yang salji akan turun tetapi hampa. Nasib baiklah hujan tak lebat dan kami boleh meneruskan perjalanan seperti biasa. Sepanjang jalan untuk ke Kobe terdapat bunga-bunga tulip yang ditanam. Kami menaiki Hankyu Line untuk ke Kobe, dan jika anda ingin menggunakan pass ini, terdapat juga alternative lain untuk ke Kobe. 

Kansai Thru Pass dan Osaka Unlimited Pass

Terminal 2 untuk ke Nankai Line

Nankai Line, bersebelahan dengan JR Airport Line

Tengachaya Station

Namba Walk

Pemandangan pertama selepas keluar Exit B26 Namba Walk

Osaka Floral Inn Namba

Laluan sekitar hotel

Subway station - macam KTM tapi lagi laju!

Signboard - kalau sesat, cari saja signboard

Umeda Station - antara station yang terbesar di Osaka

Kami sampai di Kobe jam 11.00 pagi , pada mulanya husband dan anak mama hendak bersolat jumaat di masjid di sini tapi malangnya tak jumpa masjid tersebut. Kalau hendak diikutkan, sepatutnya kami memang di tempat yang betul tetapi perjalanan ke Masjid Kobe dari Sannomiya Station agak jauh. Dengan cuaca yang sejuk dan perut yang lapar, kami pun berhenti makan di tengah-tengah bandar Sannomiya. Berbekalkan nugget dan sosej yang dibawa dari Malaysia, nasib baik makanan kami tak dirampas Kastam Jepun. Lega sebenarnya bila makanan kami selamat dan walaupun sudah sejuk, memang laju saja kami makan. Selesai berjalan-jalan sekitar bandar Sannomiya, kami seterusnya pergi ke Mount Rokko kerana anak2 teringin sangat hendak bermain salji.

Bandar Kobe, Sannomiya

Tulips!

Flowers!

Untuk ke Mount Rokko, kami hanya naik balik dari Sannomiya Station (Hankyu Line) dan turun di Rokko Station (Hankyu Line). Dari Rokko Station, anda hanya perlu menaiki bus No. 16 dan turun di Rokko Cable Car. Jangan risau kerana tambang perjalanan semuanya telah dicover dengan Kansai Thru Pass. Alhamdulillah, memang rezeki mereka akhirnya tercapai juga kerana di sepanjang jalan menuju ke Mt Rokko tersebut diliputi salji. Tetapi, untuk naik ke Mt Rokko anda perlu membeli tiket asing dan harganya mengikut pakej yang anda mahu. Kami hanya ambil tiket Rokko Cable Car ke Mt Rokko dan shuttle bus berharga 1,300 Yen seorang (dewasa). Seronok melihat kegembiraan anak-anak walaupun kesemuanya telah dewasa. Hampir 2 jam di situ kami pun pulang semula ke hotel untuk check in dan apalagi tugas mama seterusnya untuk masak makan tengah hari + makan malam sekali. Memang tak rugi pergi ke Mt Rokko kerana pemandangannya yang lawa dan tempat ini memang terkenal dengan pemandangan 'Million Dolar Nightscape'. Pemandangan ketika sunset sehingga ke waktu malam merupakan tarikan utama di sini.

Cable Car ke Mt Rokko

Classic!

Finally, it's snow!

Tiba di puncak pertama Mt Rokko


First snow view!

Another breathtaking view!

Bandar Kobe dari Mt Rokko

First time dapat main salji :)


Lagi pemandangan bandar Kobe

Mt Rokko Ski Resort


Menggigil-gigil tangan tapi gigih nak pegang. Snow! :)

Inilah Mt Rokko Cable Car station!

Back to Namba Walk again. Bye snow!

Segala tambang perjalanan (Nankai Airport Line/ Osaka Municipal Subway/ Hankyu Line/ Kobe Bus) di Osaka dan Kobe dah termasuk dalam Kansai Thru Pass, hanya tiket masuk ke Mt Rokko saja yang perlu ditambah. Berbaloi kan? Jumpa di catatan perjalanan seterusnya .........


Lihatlah di mana-mana kita berjalan di bumi Allah ini, semakinlah rasa betapa 
kerdilnya kita sebagai insan dan hambaNya. Oleh itu, janganlah kita lupa dan 
alpa akan kebesaran pencipta langit dan bumi.


Review: Adina Apartment Hotel Melbourne

Assalamualaikum! Just a short and simple review after long silence. Cleanliness: Since we took an apartment with kitchen facilit...