Bila type tajuk entry pon dah rasa happy, apa lagi bila kita nak jadi Tetamu Allah kan? Ya Allah, pengalaman yang memang tak boleh lupa. Rasa tenang, happy, sedih, rindu, insaf - boleh kata semua cukup rasa la bila ada kat Tanah Suci. Ustaz selalu cakap, bukan semua orang dapat jadi tetamu Allah, jadi bila anda antara yang terpilih untuk dijemput Allah menjadi tetamu-Nya, Alhamdulillah! Mama pon selalu cakap, kadang-kadang orang berharta tak luak-luak pon belum tentu hati dia terbuka nak jadi tetamu Allah.
Buat entry ni buat hati rasa sayu je. Teringat time buat Umrah di Tanah Suci. Pengalaman memang takkan sama even anda sudah pergi banyak kali. Entry tips ni hanya sebagai panduan dan saja-saja nak berkongsi pengalaman kami di sana. Andai ada tersalah info harap dimaafkan sebab bukan niat kami berkongsi info yang salah kan? :)
Before nak pergi atau ada ura-ura nak plan pergi Tanah Suci, sila make sure passport anda valid tau! Benda ni paling penting sebab tiada passport yang valid 6 bulan dari tarikh anda mengerjakan umrah, memang takkan lepas la anda nak fly mana-mana. Nak buat umrah ni, banyak benda nak kena fikir. Bila passport dah siap, Eh! siapa travel agent? Haa. Travel agent ni memang penting sebab......banyak pakej disediakan and kalau pandai cari, dapatla harga yang berpatutan. Kalau Malaysia ni, bersepah travel agency buat umrah package tapi harga kadang-kadang boleh senak perut tengok. Travel agency yang memang dah establish bab-bab pakej umrah ni macam
Tabung Haji,
Rakyat Travel,
Felda Travel,
Jom Kembara,
Andalusia Travel,
Al Fajr Travel, Zahafiz Travel dan Mas Holiday. Tapi dalam banyak-banyak travel agent ni, kami pilih
Fayrooz Travel! sebab pakej yang kami dapat agak berpatutan dan hotel juga dalam lingkungan 200m+ ke Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Oh. Sila pilih travel agent yang bersesuaian sebab nanti boleh dapat mutawwif yang best and banyak majlis ilmu. Alhamdulillah 2nd trip kami dengan Fayrooz memang best sebab dapat ustaz muda (haha.okay.fine!) yang memang rajin sangat layan kerenah jemaah ni. Alhamdulillah, bila tengok group Fayrooz lain pon dapat ustaz yang okay so memang worth it la sebab pergi mana-mana pon ustaz rajin share ilmu dengan jemaah tapi jemaah je yang sampai lentok-lentok tidur dalam bas. Paling tak tahan bila dapat ustaz suka menyanyi. Yay! Oh. Lupa. First time dapat merasa hujan di Mekah. Alhamdulillah. Bukan senang nak dapat rasa hujan di Tanah Suci ni. Herm. Hujan rahmat :)
Wokeh. Enough dengan travel agent, sekarang continue dengan barang-barang. Selalu bila orang nak pergi umrah ni, confirm ramai kirim doa. Jadi, sila buat list yang senang anda nak bawa mana-mana in case takut terlupa nak sampaikan doa. Kadang-kadang bukan doa je orang kirim, salam dengan Rasulullah dan sahabat Nabi pon ada. Jadi, bila ada orang kirim salam, janganla lokek and buat-buat lupa sebab sampaikan salam tu tak susah mana pon. Yang penting ikhlas. Kan dah senang-senang dapat pahala. Kalau ada yang kirim mulut tu, cepat-cepat minta fulusnya sebab orang kena faham dengan bakal jemaah ni. Selalunya, time-time ni la banyak duit nak guna untuk keperluan kat sana. Jadi, nak meringankan beban si jemaah, anda bolehla mengirim barang beserta duitnya. Ehem. Bukan berkira tapi cuba letakkan diri anda di tempat jemaah tersebut. Nampak kan?
Oh. Selalunya few weeks before nak fly tuh, travel agent akan buat taklimat. Ini memang penting bagi jemaah-jemaah yang first time nak pergi sebab time ni la nak korek banyak-banyak ilmu pasal Tanah Suci. Selalunya travel agent akan panggil ustaz and explain macam mana nak buat Umrah. Kadang-kadang kita dok sibuk fikir takut kemain nak buat umrah sebab banyak sangat pantang larang tapi InshaAllah umrah tu akan dipermudahkan kalau niat kita baik. Time taklimat ni boleh la jumpa bakal-bakal jemaah yang akan menjadi kawan gosip 1 bas anda. Bukan apa, time ni la nak eratkan silaturrahim so nanti bila nak fly, taklah rasa awkward sangat kan. Paling penting, sebab terlalu ramainya tetamu Allah nanti, maka memang patutla anda mengenali satu sama lain sebab kita tak tahu apa dugaan kita di Tanah Suci nanti. Kalau tersesat dalam masjid tup-tup nampak makcik A kan dah lega. Boleh balik hotel sekali kan. Dah sampai Tanah Suci, sila jangan lupa minta nama hotel or sila pakai tag nama anda sepanjang masa supaya anda tidak sesat.
Haih. Hampir terlupa, masuk Arab Saudi kena ada visa and the Very Important Point is sila make sure anda pergi bersama mahram anda. Yes. Ini sangat penting sebab tanpa mahram, jika anda perempuan memang takkan lepas sebab bermula tahun 2013, kerajaan Arab Saudi dah keluarkan arahan di mana hanya wanita berumur 45 tahun ke atas je boleh pergi tanpa mahram. Kalau yang muda-mudi ni nak sangat pergi, cepat-cepatla pujuk adik or abang or hubby kumpul duit sekali ye. Sebab terlalu excited menulis, tak habis-habis cerita terpesong. Okay. Once dah confirm date dengan travel agent, sila bagi passport, gambar passport untuk umrah dan buku suntikan ye. Make sure anda pergi mana-mana clinic - cakap saja nak cucuk untuk umrah - settle! Kadang-kadang tak semua klinik ada provide suntikan untuk umrah, jadi bila cari klinik tu, terus tanya kat counter. Kalau tak silap, sekali suntikan around RM30 - RM60 depends dengan klinik la tapi suntikan tu valid for 2 years. Mesti kena ambil suntikan tau before pergi or else travel agent tak akan bagi pergi. Untuk keselamatan dan keselesaan anda juga bila tiba di Tanah Suci nanti! :)
Currency arab saudi is saudi riyal and basically, kalau kami nak tukar duit, tempat paling murah selalunya Mid Valley. Tapi, kena la rajin compare rate kat money changer sebab kadang-kadang rate tempat lain pon boleh tahan la. Normally rate tukar more or less than RM85 - SR100. Nak spend duit kat sini kira boleh lagi la tapi harus diingatkan yang makanan dan minuman kat Arab agak mahal compare to Malaysia. Herm. Nak save, tapau je air zamzam banyak-banyak. Time ni la nak minum puas-puas, nanti dah balik Malaysia kena dok jimat-jimat je air zamzam tu. Kalau nak spend duit untuk shopping or anything, budget per person around RM1000 - RM1500. Tak payah nak tukar banyak-banyak sebab mostly makan, minum, dan jalan-jalan semua dah settle dengan agent. Nak lagi jimat, tukar around RM500 pon dah sangat mencukupi if you're in a strict budget. In case banyak pesanan dan kiriman dari kawan dan saudara, RM2000 tu dah kira kaya sangat dah. Hehe.
Ubat! Sangat - sangat penting tau sebab dalam flight maybe kita sihat walafiat tapi jejak je kaki kat Tanah Suci, badan tiba-tiba sakit. Prevention is better than cure, kan? Jadi, better ready dengan stock ubat-ubat and face mask supaya anda dapat beribadat sebaiknya :) Kalau lupa bawa ubat dari Malaysia, you need not worry sebab on the way ke Masjidil Haram or Masjid Nabawi memang akan ada farmasi.
Kalau anda dapat pakej Jeddah-Mecca-Madinah bermakna anda akan berihram dalam flight. Selalunya taklimat akan di beri supaya nanti jemaah dah boleh bersiap dari rumah or airport dan nanti pilot akan inform jemaah-jemaah untuk berniat umrah ketika di miqat Qarnul Manazil. Jadi, bila dah berniat umrah ni, time-time ni la pantang larang dah kena jaga. Perempuan nak senang, ready je telekung and socks dalam handbag so nanti bila nak berniat, terus sarung je dalam flight. Hehe. Untuk lelaki selalunya agent akan suruh berihram di airport. Jika pakej anda Jeddah-Madinah-Mecca means anda tak perlu berniat umrah di miqat sebab bila dah sampai airport Jeddah, selalunya mesti naik bas menuju ke Madinah. Haih. Memang badan dah kebas kemain la bila tak gerak-gerak dalam flight 8 jam then pergi Madinah lagi. Tapi nak cakap mana lagi best, terpulangla. Dua-dua pon best. Masuk Mecca dulu best, masuk Madinah dulu pon best. Macam kami, since this year kat Mecca tengah renovation so we had our shopping kat Madinah then bila sampai Mecca memang tak rasa nak shopping pon. So, bila rasa nak shopping tu dah tak ada or maybe less, we only focus on our ibadah. Bagus juga macam tu kan? Ya Allah! Memang rindu sangat nak pergi sana :(
Final preparation before nak pergi umrah is lengkapkan diri dengan macam-macam solat sunat. Bukan apa, dah sampai rumah Allah takkan nak solat fardu je kan? Macam rugi je. Paling-paling pon, ikutla solat jenazah. Kat Malaysia macam susah je kan kalau perempuan nak solat jenazah sekali, so kat Mekah and Madinah ni la time paling sesuai nak ikut solat jenazah. Nak tahu tak? Sekali amalan di Masjid Nabawi adalah 1,000 kali ganda pahala berbanding di masjid-masjid lain. Kalau sekali bersolat di Masjidil Haram pula adalah 100,000 kali ganda pahala berbanding di masjid lain. Nampak tak? Bayangkan. Jadi, bila dah sampai sini, perbanyakkan la amal ibadat anda. Bukan senang nak dapat peluang jadi Tetamu Allah kan? Kalau malas, baca je Al-Quran. Kalau lagi malas, tolongla ikut solat jenazah. Rugi sangat kalau tak ikut sebab kat Malaysia memang susah sangat nak merasa solat jenazah. Solat jenazah empat takbir je tapi pahalanya adalah satu qirat - sebesar Bukit Uhud. Okay. Bukit Uhud tu memang besar dan luas tau. Bayangkan la pahala yang anda dapat tanpa perlu sujud dan ruku' dan hanya empat takbir. Boleh kata setiap kali lepas solat fardu mesti ada solat jenazah. Jadi, time solat subuh tu, kalau mengantuk or lapar sangat, tunggu sat je sampai imam buat solat jenazah. Tak lama mana pon. Bila dah sampai Masjidil Haram tu, tengokla Kaabah sebanyak yang boleh. Cara paling senang nak dapat pahala. Kalau dah tak sabar nak tawaf kedai, tengok Kaabah sat pon jadila. See? Allah Maha Pemurah kan?
Dari Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang menguruskan jenazah orang Muslim atas rasa iman dan ikhlas, turut solat jenazah bersama-sama dan menguruskan pengebumiannya sehingga selesai, maka orang itu pulang membawa pahala sebanyak dua qirat - satu qirat adalah sebesar Bukit Uhud. Dan sesiapa mengikut solat jenazah sahaja, kemudian dia pulang sebelum dikebumikan, maka orang itu pulang membawa pahala satu qirat."
Riwayat al Bukhari
Dari Jabir r.a berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Sekali solat di masjidku adalah lebih afdhal daripada seribu solat di masjid-masjid yang lain, kecuali Masjidil Haram di mana sekali solat di Masjidil Haram pula adalah lebih afdhal daripada seratus ribu solat di masjid-masjid yang lain."
HR Imam Ahmad
Bila type Abu Hurairah r.a, teringat ustaz cakap Abu Hurairah ni sukakan kucing. Terlalu sukakan kucing. Di Mecca ada satu masjid dipanggil masjid kucing or Masjid Abu Hurairah sebab sentiasa ada kucing di sana. Masjid Jin pon ada. Nak tahu kenapa dipanggil masjid jin, sila tanya dengan mutawif anda ye. :)
Bab-bab preparation macam mana nak buat umrah tu, kat Google or Youtube banyak. InshaAllah akan membantu anda. Selalunya, pihak agent akan buat taklimat sebelum bertolak ke Jeddah. Paling senang, beli buku panduan haji dan umrah. Tak mahal pon. Invest duit untuk amal ibadat confirm rezeki anda melimpah ruah satu hari nanti. Hehe.
Herm. Rasa macam panjang sangat dah write-ups ni. Kalau anda rasa ada unsur-unsur yang tak elok dalam entry-entry kami, maafkan la kami ye. We are just a human being yang kadang-kadang ke laut juga -.- Tengah berkira-kira nak continue or stop entry ni and post kat entry lain. Haha. Oh. Kalau ada jemaah yang nak bawa sesiapa yang menggunakan wheelchair, boleh saja bawa dari Malaysia. Tak pon, bagi je tahu kat mutawif anda yang anda memerlukan wheelchair. No worries! Kat Mecca memang ramai sangat tukang tolak tapi kalau anda mampu nak sedekah SR20 - SR30 untuk sekali tolak, terpulangla. Perkhidmatan tukang tolak nak buat umrah pon ada tapi nak selamat, biar mutawif carikan. Confirm anda tak mahu ibu/ayah/saudara anda ditolak macam ala-ala roller coaster. Hehe. Memang bahaya juga la kalau anda ambil perkhidmatan orang arab ni sebab dorang selalunya tolak laju kemain. Tahu nak cepat habis je tapi tak fikir jemaah lain. Kalau nak upah orang tolong tolakkan, selalunya dalam SR250 - SR300. Jadi, ready la duit kalau teringin nak buat Umrah banyak kali.
Time packing-packing barang ni, selalunya memang kami bawa hanger baju banyak-banyak sebab nanti senang nak sidai baju bila kita basuh. Ada je laundry services tapi takkan semua nak hantar laundry kan? Em. Nak masuk masjid ni kan tak boleh bawa masuk selipar so anda dinasihatkan supaya bawa la bag kasut. Nanti senang la nak bawa kasut pergi mana-mana tanpa perlu ingat and cari mana kasut kita.
La ni nak cerita kalau masuk Madinah dulu ye. Bila dah sampai Madinah ni, part paling best bila pergi Raudhah. Raudhah ni adalah kawasan karpet hijau dan keluasan untuk bahagian wanita adalah sangat limited. Bagi lelaki, rasanya bila-bila boleh pergi ke Raudhah tapi untuk wanita, ada masa-masa tertentu je. Kalau tak silap, untuk perempuan, queue akan dibuka selepas solat subuh. Dalam pukul 9am selalunya confirm dah ramai menunggu. Next turn adalah selepas solat isya' around 9pm. Group orang asia selalunya masuk dalam pukul 12 above. Hee. Memang tak berani nak masuk time group Europe dan Arabs sebab saiz mereka yang memang obviously lagi besar dari saiz orang Malaysia. Nak masuk Raudhah part perempuan, MasyaAllah. Susah kemain. Nak senang, jika anda menolak atau menolong orang yang menggunakan wheelchair, adalah lebih senang dan selesa. Ya Allah. Bayangkan orang semua berebut-rebut nak dapat spot karpet hijau. Keadaan di part lelaki mungkin tak seperti perempuan sebab hanya waktu-waktu tertentu je Raudhah dibuka untuk perempuan. Itula kelebihan lelaki maka gunakanla peluang sebaiknya ketika anda di Masjid Nabi :) Kalaula anda tahu betapa sukarnya kami yang kecil-kecil ni nak menyelit dan bertahan dengan asakan dorang. Lagi satu, disebabkan Raudhah ni sangat limited, masa untuk anda berdoa juga sangat limited. Bila dapat bersolat kat Raudhah, doa banyak-banyak time sujud terakhir sebelum duduk tahiyat akhir. Nak tahu kenapa? Kalau anda nak berdoa lepas bagi salam, selalunya penjaga di Raudhah akan menyuruh anda bangun dan beri laluan kat jemaah lain. Jadi, kalau nak doa dengan selesa, buatla time sujud terakhir. Herm. Lagi satu, Masjid Nabawi ni hanya dibuka untuk lelaki sahaja after 11pm kot kalau tak silap. Jadi, kalau yang perempuan ni nak datang after 11pm tu tak sure la dapat masuk or tak. Oh! Raudhah ini adalah di antara tempat yang mustajab berdoa. Jadi, apa lagi? Usahakan la supaya dapat masuk ke Raudhah. InshaAllah! :)
Em. Nasib tak lupa. Handphone ada kamera tidak dibenarkan masuk masjid tau. Biasanya akan ada pemeriksaan di pintu masuk wanita. Lelaki boleh je tapi perempuan tak dibenarkan. Jika anda membawa handphone with camera or camera, anda kena bersolat di kawasan luar masjid tapi jangan risau kalau terlupa sebab dorang takkan rampas, dorang just suruh anda bersolat di luar.
Budaya bersedeqah di Masjid Nabawi dengan Masjidil Haram adalah perkara biasa tau. Jangan terkejut kalau tiba-tiba ada orang offer anda macam-macam. Kalau nak tolak, tolak elok-elok ye. Lagi satu, ustaz pon ada pesan. Bila dah sampai sini, kalau solat sebelah orang berlainan mazhab, janganla anda sibuk-sibuk nak dok tangkap gambar or dok gosip-gosip cara solat dorang. Ingatkah anda yang kita anda empat mazhab? Jadi, terima saja cara mereka dan janganla nak dok pertikai cara solat dorang. Orang tu dok solat punya khusyuk tiba-tiba anda kat sebelah bising-bising. Kan tak elok menilai orang macam tu? Pelik mana pon cara mereka, kita masih saudara seIslam kan, jadi senyum je la.
Kalau anda nak waqaf al-Quran, beli je kat mana-mana kedai sepanjang Masjid Nabi or Masjidil Haram and make sure dicop "waqaf lillahi ta'ala". Nak waqaf benda lain pon boleh. Pergi je kat Bin Dawood tu, then beli folding chair or kerusi boleh lipat-lipat tu and letak je dalam masjid. Selalunya ada one or two big box kat every prayer section yang stored semua folding chair tu. Kalau anda nak guna, kena cepat-cepat sebab kerusi waqaf ni laju je habis. Stok tak banyak jadi agak-agak rasa macam nak waqaf something tapi tak tahu apa, beli je la kerusi lipat tu. Setiap kali orang guna kerusi tu, anda akan dapat pahala, InshaAllah! Jadi, waqaf la kerusi sebab kerusi tu memang laku habis.
Pernah tak anda terfikir nak rasa solat Jumaat? Ni untuk perempuan je okay. Lelaki memang sah-sah la kena solat Jumaat. Jadi, untuk perempuan, kalau anda bernasib baik, dapatla dua kali solat Jumaat. Satu di Madinah dan satu di Mecca. Kalau dapat peluang ni, ikut je solat Jumaat di Masjid Nabawi or Masjidil Haram. Kat Malaysia bukan boleh solat Jumaat, nanti orang pandang semacam je kan? Jadi, kat Mecca or Madinah ni, kalau ada peluang mesti kena ikut. Tapi, kena ingat, anda kena gerak ke masjid lebih awal dari biasa supaya dapat tempat yang lagi selesa sebab memang ramai orang akan pergi solat Jumaat and masjid akan pack dengan cepatnya. Kalau tak dapat solat kat dalam masjid or pekarangan masjid, solat la kat dalam bangunan menara jam or hotel-hotel berdekatan. Jangan terkejut tengok dalam hotel pon dorang solat berjemaah. Memang pengalaman yang totally different dengan Malaysia tau.
Okay. Sekarang nak cerita bila dah masuk Mekah al Mukarramah pula. Ya Allah. Masuk Mecca ni, memang tenang even kadang-kadang ada traffic congestion tapi entahla. Tenang dia tak sama macam tenang kalau kita pergi bercuti kat pulau or tengok laut, bukit, or apa-apalah. Apa-apa pon, bila pergi Tanah Suci ni tak kisahla Mekah or Madinah, memang rasa lain je tau. Rasa tenang, best, nak cakap or fikir benda tak baik pon kita kena jaga-jaga sebab bila kat Tanah Suci ni, orang selalu cakap Allah bayar cash. Kalau ada terlintas benda tak elok dalam otak tu, cepat-cepat la istighfar supaya kita dijauhkan dari benda-benda tak elok.
Oh! Harus diingatkan ye yang hotel-hotel di sini tak macam hotel kat Malaysia. Yang penting selesa dan boleh tidur tu kira dah cukup baik la tu. Kalau tengok jemaah-jemaah lain, ada yang tidur tepi jalan or tidur kat masjid je. Jadi bersyukurla even tak seberapa. Kalau nak room service, kena bagitahu dengan mereka sebab bilik memang tak akan dibersihkan unless upon request. Jadi, agak-agak nak tukar towel ke, nak mintak extra tissue paper ke, nak minta bersih bilik ke, or nak buang sampah, sila request sebab mereka tak akan masuk bilik anda tanpa orang di dalam bilik. Jadi, bila nak bersihkan bilik, anda mesti berada dalam bilik ye then bagi la tips. Tak banyak pon tak apa yang penting ikhlas. Anggap macam sedeqah je. :)
Satu benda yang orang paling suka buat or memang jemaah digalakkan buat ialah bersedeqah. Nak sedeqah ikutla kemampuan kita. Nak senang pecahkan duit time shopping-shopping tu so nanti senang kita nak sedeqah. Ustaz ada cakap, pekerja-pekerja pembersihan di Masjid Nabi or Masjidil Haram ni gaji tak banyak tapi kerja penat. Jadi, elokla kalau kita nak bersedeqah kat mereka sebab tahu tak betapa luasnya Masjidil Haram tu? Sepanjang masa dibuka dan memang penat mereka bekerja tau. Tak salah kalau nak bersedeqah pada mereka even mereka dibayar gaji. What I did - as a student yang tak bekerjaya ni, just hulur je berapa riyal yang ada asalkan ikhlas. Amount tu tak penting, yang penting sedeqah anda tu. Jangan risau dengan duit anda, InshaAllah mencukupi sebab ganjaran Allah itu sudah pasti. :)
Selalunya, masuk-masuk Mecca, memang akan buat umrah. So, first umrah tu selalunya akan diiringi dengan ustaz jadi tak payah risau macam mana nak buat umrah sebab ada orang guide kita. Then, kalau next time nak buat lagi tapi sendirian berhad, boleh la naik bus or van-van depan hotel yang akan bawa anda pergi bermiqat di Masjid Taneem. Masjid ni je antara tempat miqat yang paling dekat. Tapi selalunya travel agent akan buat ziarah luar pergi Hudaibiyah dan Ji'ranah jadi bolehla bermiqat di sana.
Haaa. Pergi Jabal Rahmah jangan lupa naik atas, itupon kalau mutawif anda bagi la. Tak naik pon tak apa. Bukan ada kewajipan pon naik sampai atas tapi janganla buat benda-benda pelik. Benda apa? Tak payah nak tulis-tulis nama anda kat tiang or batu-batu Jabal Rahmah tu tau. Dari rebut-rebut tulis nama, baik anda ambil masa lebih untuk doa-doa. Kan lebih baik berdoa or snap gambar sekitar Padang Arafah tu. Dari puncak Jabal Rahmah tu, memang view lawa kalau nak tengok Padang Arafah. Betapa luasnya padang Arafah tu. Cuba bayangkan Padang Mahsyar? Betapa kerdilnya kita di sisi Allah jadi janganla kita sombong dengan kejayaan kita sekarang.
Kalau anda tak nak upah orang, anda boleh pergi ke bahagian luar Masjidil Haram - berdekatan dengan kawasan Sa'ie - istana raja - perpustakaan @ rumah Nabi Muhammad SAW dilahirkan - just pergi kat area situ, anda akan nampak longgokan wheelchair. Ada tempat registration di situ, just tunjukkan kad jemaah anda dan anda akan dipinjamkan wheelchair. Bagus kan mereka? Kami pon baru je tahu pasal tempat wheelchair tu. So, nanti tak payah pening-pening fikir nak beli wheelchair. Sampai Mecca, cepat-cepat pergi pinjam and return it on the day before anda bertolak.
Since entry ni macam terlalu panjang, I might stop typing in a few minutes. Okay. Ni agak penting bagi anda yang pergi tapi nak contact orang-orang kampung or orang-orang tersayang yang nun jauh di Malaysia kan. Nak buat roaming boleh je tapi lebih murah kalau beli SIM card di Arab ni. Macam-macam ada. Tapi kalau nak yang boleh online, pakaila Friendi or Mobily. Pakej agak murah la. Kadang-kadang ada kedai nak suruh anda register baru boleh activate SIM card. Kan leceh kalau nak kena register, jadi disarankan beli je dengan mana-mana pak arab kat airport pon boleh. Hehe.
Em. Kalau anda menjadi tetamu Allah, bersyukurla sebab bukan senang nak jadi Tetamu Allah di Tanah Suci ni. Orang-orang terpilih je Allah buka hatinya untuk dijemput ke rumah Allah. Sesungguhnya pengalaman dan perasaan menjadi tetamu Allah ni memang unik. Betapa ramainya orang menyembah Allah, betapa ramainya umat Islam, betapa hebatnya perjuangan Nabi, betapa bertuahnya orang-orang di Arab ni sebab sentiasa dekat dengan rumah Allah dan Nabi Muhammad SAW, betapa agungnya kekuasaan Allah. Bila sampai sini, macam-macam anda akan fikir. Dan bila di sini, anda akan nampak Islam itu mudah dan Islam itu suci. Haih. Rindu sangat! InshaAllah kita semua akan jadi tetamu Allah suatu hari nanti. Teruskan berdoa dan kumpul duit cepat-cepat! :) Ikutkan hati macam-macam nak tulis sebab mood tengah rajin, tapi macam panjang sangat entry ni dengan words memanjang. Kalau anda nak tanya apa-apa or nak share, silakan dan jangan segan-segan tau! Akhir kata, maafkan kami jikalau penulisan ini berunsur negatif dan sewaktu dengannya. Mungkin entry ni lebih bersifat kepada pengalaman kami dan hope pengalaman kami dapat membantu anda. InshaAllah. Yang buruk itu dari kami dan yang baik itu dari Allah. :)
2012
2013
"Dari Abu Dzar Jundub r.a berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Bertakwalah kepada Allah di mana saja kamu berada. Iringilah perbuatan buruk dengan perbuatan baik kerana kebaikan tersebut akan menghapuskannya. Dan pergaulilah manusia dengan akhlak yang mulia."
Hadis Riwayat at-Tirmidzi
"Akan datang kepada manusia suatu masa, umatku melakukan haji kerana empat perkara. Orang kaya melaksanakan ibadah haji kerana melancong. Orang pertengahan menunaikan haji kerana berniaga. Orang miskin menunaikan haji kerana meminta-minta. Orang qari' dan para ilmuwan menunaikan haji kerana riak dan nama."
Hadis Riwayat al-Dailamy