Showing posts with label Spiritual. Show all posts
Showing posts with label Spiritual. Show all posts

Thursday, 25 July 2013

Tazkirah Ramadhan

Assalamualaikum


Hari ini sudah lebih 2 week puasa dan banyak tazkirah ramadhan yang ustaz share bersama ketika di masjid. Antara tazkirah ramadhan yang patut kita ambil iktibar:

Sedekah: Hadis oleh Imam Tirmizi dan al-Baihaqi meriwayatkan "Sedekah paling baik adalah bersedekah pada bulan Ramadhan." Ustaz ada pesan time tazkirah, kejarlah harta yang kita boleh bawa bersama bila mati nanti, bukan harta yang kita terpaksa tinggalkan. Banyak mana pon harta di dunia, bukan boleh bawa ke kubur kan? Jadi, amalkan la 3 perkara ni - sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh. Biarlah urusan dunia itu diuruskan oleh tangan kita dan bukan disimpan di hati kita. 

Puasa: Selalu kita dengar, bila bulan puasa, syaitan akan dikurung tapi dalam tazkirah ada cakap yang syaitan itu sentiasa ada. Ustaz cakap "syaitan ni tak kenal maka tak benci". Unik kan? Syaitan itu tak semestinya datang dari luaran, tapi dalaman dan surrounding kita pon boleh jadi 'syaitan'. Maksud ustaz agak mendalam di mana kadang-kadang kawan-kawan kita boleh jadi pengaruh negatif untuk kita di bulan ramadhan. Tapi memang betul. Bila perut dah kenyang dan happy berbuka dengan kawan-kawan, kadang-kadang boleh lupa nak solat maghrib. Solat terawih memang tak lah kan nak buat kalau dah perut kenyang kemain. Kalau kita tak kenal betul-betul siapa syaitan, mesti kita tak benci syaitan. Jadi, kenalilah syaitan itu.

Sabda Rasulullah SAW, "Sesungguhnya syaitan berjalan dalam tubuh manusia sebagaimana perjalanan darah."
Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Sabda Rasulullah SAW, "Sesungguhnya di dalam tubuh manusia ada seketul daging, jika baik maka baiklah seluruh tubuhnya, dan jika rosak maka rosaklah seluruh tubuhnya, dan ketahuilah bahawa dialah hati."
Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Iblis berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik perbuatan maksiat di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya."
Al-Hijr:39

Sahur: Kadang-kadang nak bangun sahur pon susah. Lepas dah bangun sahur, boleh continue tidur dan sedar-sedar je dah pagi. Tak pasal-pasal dah skip solat Subuh kan. Sahur ni penting untuk bagi tenaga pada kita dan juga nak bezakan agama kita dengan agama lain. Sahur ni lagi bagus kalau dilewatkan menghampiri waktu fajar atau imsak dan menyegerakan berbuka puasa. Wallahua'lam.

Rasulullah SAW bersabda, "Bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada berkat."
Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim, Ahmad, Tirmizi, Nasai dan Ibnu Majah

Nabi bersabda lagi "Perbezaan di antara puasa kami dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) ialah adanya makan sahur."
Hadis Riwayat Imam Muslim

Tazkirah yang ini memang antara yang melekat di hati. Salah satu golongan yang dimusuhi Allah ketika di padang mahsyar ialah golongan mereka yang menggaji pekerja tapi apabila kerjanya sudah siap, pekerja itu tidak dibayar gajinya atau gajinya sengaja dilewat-lewatkan walaupun berkemampuan untuk membayarnya. Naudzubillahi min dzalik. Tanpa kita sedar, kadang-kadang mungkin perkara macam ni dekat dengan kita tapi mungkin kita tak sedar. Moga kita dijauhkan dari perkara-perkara macam ni.

Paling menyentuh hati bila Ustaz cakap pasal saat-saat pemergian Nabi Allah - Rasulullah SAW. Ingatlah bahawa mati itu sangat dekat dengan kita, tak pernah jauh. Larilah pelusuk dunia mana pon, tapi kematian itu pasti. Someone quote this, "ramai orang cakap kiamat itu sudah dekat tapi kita tak sedar yang kematian itu lagi dekat dengan kita". Kalau dunia kiamat belum tentu kita dah sedia, apa lagi bila nyawa kita ditarik. Sedarlah bahawa andai diberi peluang mereka untuk bangkit semula dari kubur dan mendapat peluang kedua, sudah pasti semua orang akan bertaubat kerana takutnya dengan azab Allah SWT. Ketahuilah saat-saat kita dijemput Malaikat Maut itulah antara saat-saat getir menghadapi kematian. Ya Allah, sedangkan Nabi Muhammad SAW sendiri merasakan sakitnya ditarik nyawa, apa lagi kita hamba Allah yang selalu alpa dan lupa nak bersyukur. Sedih sangat bila ustaz cerita saat-saat kewafatan Rasulullah SAW. Malaikat maut sendiri minta izin berjumpa Rasulullah SAW tapi kita? Apa yang kita ada? Bacalah SINI untuk mengetahui peristiwa-peristiwa saat kewafatan Rasulullah SAW. Di saat-saat kewafatan Rasulullah SAW, Rasulullah SAW masih mengingati umatnya, tapi apa yang kita buat untuk mengingati Rasulullah SAW? Kita mengaku sebagai umat Nabi Muhammad SAW tapi ada tak kita ikut ajaran dan sunnahnya? Renung-renungkan dan perbanyakkanlah amalan kita. Zikrullah paling mudah untuk kita lakukan ialah "Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah" dan perbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Lagi-lagi bila nak masuk sepuluh ramadhan terakhir ni. Tak lama je lagi. Belum tentu lagi kita dapat merasa ramadhan seterusnya. Inilah kisah kewafatan Rasulullah SAW yang diceritakan Ustaz. Keseluruhan kisah boleh refer di SINI. Wallahua'lam.

"Ketika menjelangnya kewafatan Rasulullah SAW, beliau sedang terbaring di tempat tidurnya di dalam rumahnya. Tiba-tiba terdengar seseorang mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" dia bertanya kepada Saidatina Fatimah tetapi tidak diizinkan oleh Saidatina Fatimah lalu menutup pintu. Kemudian dia kembali menemani Rasulullah SAW dan baginda bertanya "Siapakah itu wahai anakku?" dan Saidatina Fatimah lalu menjawab dia tidak mengenalinya dan baru pertama kali melihatnya. Lalu, Rasulullah SAW menatap puterinya dan berkata "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikat maut." Saidatina Fatimah lantas menahan tangisnya.

Malaikat maut datang menghampiri, kemudian Rasulullah SAW menanyakan kenapa Jibril tidak ikut bersama menyertainya. Kemudian dipanggillah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut roh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. Rasulullah bertanya, "Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti rohmu dan semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu." kata Jibril.

Walaupun Jibril berkata demikian, Rasulullah SAW masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?". "Jangan khuatir wahai Rasulullah, aku mendengar Allah berfirman kepadaku: Kuharamkan syurga bagi sesiapa saja kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya." kata Jibril.

Detik-detik kewafatan Rasulullah SAW, Rasulullah SAW berkata "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Rasulullah SAW berkata lagi, "Tidak sukakah engkau melihatku sehingga kau palingkan wajahmu Jibril?" dan Jibril berkata "Siapakah yang sanggup melihat kekasih Allah direnggut ajal". Kerana sakit dan seksanya menemui ajal, Rasulullah SAW berkata "Ya Allah, dahsyat sungguh sakaratul maut, timpakan saja semua seksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku." Bayangkanlah ketika di dalam kesakitan menghadapi sakaratul maut pon, Nabi Muhammad SAW masih ingat akan umatnya.

Selamat berpuasa dan selamat beramal! Sambil-sambil kita dok shopping barang-barang raya, janganlah lupa pada mereka yang memerlukan dan jangan lupa bayar zakat tau! Jika niat kita baik dan ikhlas, InsyaAllah mendapat ganjaran pahala yang sewajarnya. Please correct me if I'm wrong. :) 


"Dari Ibnu Abbas r.a berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Seandainya umatku mengetahui pahala ibadah bulan Ramadhan, nescaya mereka menginginkan agar Ramadhan menjadi setahun penuh." 


Friday, 28 June 2013

Jom Faham Makna Solat

Assalamualaikum


Found a good video on how to focus in your prayer. Kadang-kadang, mesti senang otak kita nak terganggu dari focus time solat kan? Lagi-lagi kalau kat kepala tu tengah serabut dengan masalah duniawi. Lagi kita nak focus, lagi banyak yang kita fikir, kan? Sigh. Selalu dengar orang cakap, nak khusyuk dalam solat senang je. Tahu apa makna surah-surah dan setiap bacaan dalam solat tapi mesti cepat lupa. So, do spend a few minutes on this short vids untuk renungan kita bersama. I didn't own the video and I took it from Youtube. Spread the words so that we can perform the prayer, better. InshaAllah :)


Sources: Youtube


Firman Allah SWT: "Telah berjayalah orang-orang yang beriman iaitu orang-orang yang khusyuk dalam sembahyangnya."
Surah Al-Mukminun: 1-2

Peliharalah segala solatmu dan peliharalah solat utama (Asar & Subuh) dan berdirilah untuk Allah dengan khusyuk."
Surah Al-Baqarah:238

Rasulullah SAW bersabda: "Berapa banyak orang yang mendirikan solat, tetapi yang diperolehi hanya penat dan letih, kerana mereka itu lalai dalam solatnya."
"Aku selalu mengingati mati dalam solat dan apabila kamu solat, anggaplah solat ini solat perpisahan."


Thursday, 4 April 2013

Seharian di Rumah Anak Yatim

Assalamualaikum


Best! Experience yang memang susah nak dapat. Nak tahu kenapa? Haaa. Hari Sabtu bersamaan 23 March 2013, pihak AAGBS telah menganjurkan program amal bertempat di Rumah Anak Yatim & Asnaf As Solihin. Excited dapat join program community service. Bas bergerak dari UiTM sepatutnya pukul 7 tapi macam biasa la, tak semua orang sampai awal. Sebelum nak masuk dalam UiTM, gerak pergi ambil kawan. Sampai-sampai je bus stop, kawan dah nangis-nangis sebab kena ragut. What a hectic day. Tak sangka time-time macam ni la nak jadi. Lecturer pon baru je bagi contoh pasal statistik ragut kan. Haih. So, ended up dengan kami 6 orang je as wakil dari student part 2.

Bila dah gerak keluar dari UiTM, still tak rasa excited sangat. Bila dah masuk highway....WAHHHH! The best thing is, kami di'escort' oleh encik-encik polis. Rasa privilege yang amat. Terkejut bila tahu polis pon escort trip kami sebab tak expect program amal ni ramai participant. Bila dalam bus, tak nampak lagi kereta yang berderet tapi once dah sampai rumah anak yatim ni, berderet rupanya kereta. No wonder la polis escort trip ni. Haha. Boleh bayangkan tak macam mana best nya bila kena escort? Hee. Sampai orang kat kedai semua pandang okeh. Wahaha. Excited! Itu takpe lagi. Bila traffic light merah pon boleh jalan. Haha. Mekaseh encik polis! Bukan apa, program amal kali ni adalah collaboration AAGBS UiTM dengan Ayusutra and suppose trip sampai di rumah anak yatim pada pukul 9 tapi oleh kerana rombongan terlalu ramai, bantuan encik polis diperlukan.

The long queue. Taken from Ayusutra. Mine was gone -.-
Bila dah sampai, jakun sekejap tengok deretan kereta masuk ke rumah anak yatim. Agak-agak almost 15 above la kereta yang berkonvoi. Yang student-student AAGBS ni, mestila naik bus kan. Alhamdulillah. Kutipan dari student dan ayusutra ni dah mencecah rm15 ribu. Seronok tengok barang-barang diagihkan. Siap buat human chain nak angkat beras. First time non stop angkat beras berat-berat. Haih. Mula-mula memangla human chain ni akak-akak dan abang-abang, last-last dorang surrender. Adik-adik yang ganti. Haih. Esoknya badan sengal-sengal. Kalau akak-akak ni badan sengal, apa lagi yang adik-adik ni kan. Semangat dorang join buat human chain. Kecil-kecil je adik-adik kat sini. Oh. Lupa nak bagitau. Mostly dorang ni kira budak-budak lagi la. Dari sekecil-kecil 4 tahun sampaila sebesar-besar 16 tahun and almost 63 orang and still counting. Ada je yang form 5 sorang and form 6 tapi di sekolah asrama kot. Before trip ni, organizer cakap ramai dah besar. Rupanya budak-budak bawah 7 tahun pon ramai.

Sesi penyerahan tak rasmi. Baru je lepas adik-adik ni berselawat.

Inilah Abi mereka, pengurus @ owner.
First aktiviti lepas sampai, adik-adik ni dah get ready nak salam. Then, sorang adik dipanggil untuk baca doa dan mereka berselawat. Alhamdulillah. Sayu je dengar tapi muka adik-adik ni maintain je. Dah habis mukadimah, semua pakat serang toilet. Haha. After breakfast, start la human chain ni. Memang lenguh gak la nak angkut barang-barang kan. Tengok pantry dorang pon betul-betul just tinggal stok makanan yang nak habis. Memang tepat la timing program amal ni kan. Berpeluh tu tak payah habaq la. Semua lecak kemain. Adik-adik kat situ pon kemain happy tengok macam-macam ada.

Haaaa. Part ni paling best. Dah penat-penat transfer barang and main-main ala-ala human train, sesi motivasi la paling kepala ligat pusing-pusing. Tak pasal-pasal jadi bidan terjun nak mem'fasilitator'kan dorang. Group lain combine laki and perempuan tapi group ni mencabar keimanan sikit. Semua hero. Memang hero betul la. Akak fasi yang paling banyak bebel. Haha. Berat mulut betul dorang ni. At first memang awkward la kan, tapi since first acara kena buat model baju, layankan aje adik-adik ni. Awal-awal tu semua malu-malu. Tanak cakap and macam nak tanak je join kan. Haaa. Dapat akak fasi yang banyak mulut ni, terus sorang-sorang laju je buat model dorang. Okay. Kids kan, memang la kreatif. Dah ala-ala transformer dah dorang kerjakan budak ni. I'm so so teruk. I can't even remember a single name and keep calling them dengan nama yang salah. Siap ada adik yang merajuk lagi. Haha. Sorry la adik. Adik yang jadi model ni pon, si akak ni dah tak ingat nama. My bad -.- tapi memang by the time posing-posing time start, dah hilang sikit segan dorang. Nasib dapat akak fasi mulut bising ni kan. Haha. Tapi dalam ramai-ramai ni, ada sorang budak ni. Mak aih. Banyak pula cekadak dia. Asal nak tangkap gambar, perut sakit la. Nak pergi toilet la. Memanjang nak buang je kerja dia. Banyak pula idea dia nak skip dari sesi motivasi kan. Sampai habis pon tak dapat tangkap gambar dengan dia. Iyela dik oi. Jual mahal la konon. Haha.  

Adik ala-ala transformer tu representative group ye!
Next activity adalah sukaneka! Yay. Tapi since timing tak berapa nak best plus organizer kurang aware dengan itinerary program so nampak macam a bit unorganized la. Pity those kids yang kena main tengah-tengah panas and even fasilitator pon macam blur-blur dengan flow program. Since cuaca memang panas yang amat, we head to another place. Join gotong royong sebab tak tahan nak berdiri bawah panas. Classmate dah halfway bersihkan pantry dan next mission? Bersihkan periuk belanga. Wahaha. Penat memang penat tapi I missed this kind of situation. Kat kampung pon bila ada kenduri, meriah kemain. The best part is - the whole family's gathering! Memang sure havoc la with kids playing around and suddenly the burst of laughter akan kedengaran from emak-emak's. And being me, memang nampak macam kakak tiri yang kejam and kaki buli. Haha. Ada sorang adik ni memang ringan tulang betul. Time sesi motivasi, tanak pula cakap. Tup-tup dia join akak-akak ni bersihkan pantry. Part paling kelakar when this boy named Farid show me something and I heard him saying something weird. It was dulang but seriously, I thought I heard something else. Of course I knew it was a dulang btw, tapi when I asked him to repeat again that weird name - he's asking me "Akak. Ini dulang la. Takkan akak tak kenal dulang?" Amboi Farid ni. Bab nak kenakan orang pandai. Malu sekejap. Tapi serious la. I heard something else. Sigh.

Time bersihkan pantry, ada tiga adik join si akak-akak ni. Farid, Shahrul and Haikal. Kisah dorang semua berbeza. Tapi bila raya, selalunya adik-adik ni balik rumah saudara. Adik-adik ni bukan asal dari Banting je. Nak kenal dorang lagi rapat, sila la ke Banting. Memang ramai kids kat sini. Comel-comel je. Ada yang nakal tapi tak nakal tu bukan budak la kan. Nama pon budak. I miss this one lil' adik named Shahirah. Memang manja tapi I knew that she's holding the tears inside. Memang sedih bila adik ni tanya.. "Tak tidur sini ke? Bila nak datang lagi? Nanti akak tipu. Akak stay la sini". Adik ni baru 6 tahun and abang dia yang baru 8 tahun pon stay kat rumah ni. Herm. Kecil-kecil dah tinggal kat sini.

Program pon dah nak habis and after the Zohor prayer, we shall get ready to balik. Part closing memang sedih. For me, I love the adik-adik here sebab dorang memang very warm and polite la. Will visit this rumah one day, I hope! Insha Allah. Jika anda-anda berminat nak menjemput mereka ke majlis-majlis sangat la dialu-alukan. Kalau sebelum ni, asal dengar rumah anak yatim mesti nak bagi duit. Baju. Makanan. Tapi, dorang sangat memerlukan kelengkapan harian macam kita. Tak mampu nak beli deodorant, boleh bagi bedak. Tak mampu nak beli beras, boleh bagi bihun. Tak mampu nak bagi baju, bagi la towel or telekung. Yang penting niat tu ada :) Insha Allah ada bahagian anda nanti.

Sebelum terlupa, ni nak habaq mai sikit. Kalau interested nak melawat adik-adik or nak contribute apa-apa, sila contact ini ye. Sometime, what we heard is not what we saw. Do come and visit them.

Sorry. The picture a bit blur. If tak nampak, just leave a comment! :) 

Some of the adik-adik kat sini. Comei je.

Rasulullah SAW bersabda, "Setiap awal pagi, semasa terbit matahari, ada dua malaikat menyeru kepada manusia di bumi. Yang satu menyeru, "Ya Allah, kurniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya kepada Allah" dan yang satu lagi menyeru "musnahkanlah orang yang menahan hartanya".

Abu Hurairah r.a reported Allah's Messenger as saying, "The generous man is near Allah, near paradise, near men and far from hell, but the miserly man is far from Allah, far from paradise, far from men and near hell. Indeed, an ignorant man who is generous is dearer to Allah than a worshiper who is miserly". (Tirmizi)

Friday, 15 March 2013

A good surah to start a day

Assalamualaikum


10 Surah yang harus diamalkan dalam kehidupan seharian :)

  • Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.
  • Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
  • Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
  • Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
  • Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.
  • Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.
  • Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
  • Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
  • Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
  • Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.

It feels good to share good things and let us recite these surah's in our daily life. None is perfect as perfection only belongs to Allah the Almighty. Oh btw, if you happen to read this post while I'm posting it, you might want to drop by here which was held in DATC, UiTM Shah Alam. Most of the inventor are the staff and lecturers of UiTM as well as students and you might ended up leaving the expo amazed - at least it works for me! Oh again! Matta Fair is currently happen at PWTC, so hurry up and get your cheapest trip here!






Saturday, 9 February 2013

Berhijab?

Assalamualaikum


Hijab is a woman's real beauty, it doesn't mean that you're outdated and being oppressed. Donned the hijab with faith and you'll be grateful on the power of hijab, someday. Insha Allah.


(Sources: Youtube)


Stop judging people and let us share the beauty of Islam for the sake of Allah. Am sorry if this video might offence you in any way but trust me, I had no bad intention towards anyone while sharing this. It's just a gentle reminder for me and whoever that might came across this blog :)


Daripada Abu Hurairah r.a berkata: "...Dan sesiapa yang menutup keaiban seorang muslim maka Allah SWT akan menutup keaibannya di dunia dan di akhirat. Dan Allah SWT akan sentiasa menolong seorang hambanya selama ia menolong saudaranya..." 
(Hadis Riwayat Muslim)


Review: Adina Apartment Hotel Melbourne

Assalamualaikum! Just a short and simple review after long silence. Cleanliness: Since we took an apartment with kitchen facilit...