Showing posts with label Turkey. Show all posts
Showing posts with label Turkey. Show all posts

Friday, 19 July 2013

Tips: Jom ke Turki!

Assalamualaikum


Salam Ramadhan dan salam Jumaat! Bila tengok rating, antara the most popular search is tips-tips nak pergi bercuti. Since we come out with tips-tips bercuti previously, so I think it would be great kalau dapat share tips ke Turki. Actually, we went to Turki guna travel agent. Time ni still tak berani lagi nak travel on our own, so we go for travel agent. Kali kedua barulah mama dan papa pergi sendiri saja tanpa melalui travel agent, tetapi sekitar Istanbul sahaja. Hope our travel experience di Turki ni boleh tolong anda bila nak pergi bercuti. Harus diingatkan yang jarak antara satu tempat ke tempat lain adalah sangat jauh dan memenatkan. Banyak masa habis dalam bas je. Jadi lebih elok bila sampai di sana kita cari tours yang menyediakan pakej mengikut pilihan kita, atau ambil pakej yang disediakan di hotel.

Welcome to Turkey!

Flight: Memandangkan Turki merupakan tempat yang termasuk dalam senarai negara yang suka dilawati, banyak flight yang pergi ke sana. Bolehlah search di Internet flight yang menawarkan tambang terendah. Apa pun sila booking awal-awal tiket penerbangan. Travel abroad with MAS, Qatar AirwaysEmiratesEtihad, dan sekarang Turkish Airline sebab direct flight to Turkey without transit kat mana-mana. Okay. I found a useful website yang provide the listing airline company for various country. Sila tengok sini! Jadi, anda boleh buat price comparison untuk cari yang paling murah tapi selesa. Kadang-kadang ada orang suka transit few countries and tukar few flight sebab boleh visit banyak country within your holiday timeline.

Season: Beza waktu Turki dan Malaysia adalah 5 jam di mana waktu Malaysia adalah cepat 5 jam dari waktu Turki. Disebabkan Turki ada 4 season, kadang-kadang prayer time sangat berbeza contohnya bila masuk autumn and spring season. Nak tunggu masuk waktu solat untuk solat seterusnya sampai boleh tertidur. Tidur bangun balik pon belum tentu dah masuk waktu. Hehe. Exaggerated lagi. The best season to visit Turkey mestilah autumn dan spring season. November tu dah kira transitory month to winter jadi kadang-kadang cuaca sejuk melampau. Memang sejuk even pergi awal November. During our visit, even baru early November, tour guide ada mention yang malam tu adalah transitory from autumn to winter. Masuk June dah kena ready for summer time which means kadang-kadang suhu macam tak berapa best untuk berjalan, kadang-kadang lagi panas dari Malaysia. Apapun, sila pilih date according to your preference okay! :)




Spring Season: March - May
Summer Season: June - August
Autumn Season: September - November
Winter Season: December - February

Penginapan: Terpulang pada anda sama ada nak duduk di hostel, Apartment atau Hotel. Jika nak jimat bolehlah duduk di hostel tapi yang tak bagusnya tak ada privacy. Bagi kami, we prefer to stay in one room or house yang boleh accomodate semua, maka senanglah mama dan papa nak jadi alarm kepada anak-anak mereka ni. Haha. Jika bercadang nak tinggal di Hotel bolehlah search di internet, hotel-hotel yang berdekatan dengan Grand Bazaar ke, Hagia Sophia dll. Tapi pastikan juga anda membaca comment dan review dari mereka yang telah menginap di hotel berkenaan. Salah satu hotel yang boleh di recommend adalah Balin Hotel di Istanbul sebab mama telah menginap di situ masa percutian yang lepas. Balin Hotel ni memang dekat dengan Grand Bazaar dan dekat dengan tram. So, tak payah nak pening-pening lagi macam mana nak berjalan kat Istanbul.

Food: Kalau dah sampai Turki, no need to worry for food sebab inshaAllah makanan kat Turki ni halal. Tapi, kadang-kadang ada je restoran yang serve alcohol. Kalau rasa was-was, beli je kebab. Di Turki ni, memang famous dengan kebab. Jalan mana-mana mesti jumpa kedai kebab. Dah sampai Turki, mesti kena beli ice-cream tau. Memang rugi kalau tak beli sebab orang yang jual akan main-main dengan anda, lebih kurang macam tease you guna ice cream. Impressed okay! Lagi satu, dah sampai Turki kena rasa Turkey Pide. Macam pizza tapi much simpler dari pizza and memang kenyang dan sedap! Okay. Since Turki memang famous dengan apple tea, do try them! Kadang-kadang boleh dapat free bila masuk kedai mereka sebab one of their main attraction is tea serving for customer. Terbaik!

Dessert: Di Turki ni, dessert famous mereka is baklava. Rasanya pernah mention pasal baklava. Even though baklava ni boleh jadi too sweet for your liking, it was rich with nuts - I mean, pistachio. Kat Malaysia ni nak beli pistachio je dah mahal, apa lagi nak beli baklava. Let me remind you again yang baklava ni super sweet. Lagi satu - Turkish Delight. Tak tahu nak describe macam mana tapi ala-ala macam jelly and sometimes, macam nougat pon ada. And sangat kaya dengan pistachio. Memang mereka sangat generous dengan kacang. Kalau anda allergic to nuts, jangan beli dessert mereka sebab mostly ada kacang. 

Baklava

Try this! Opium seed with honey and yogurt. Sedap!

Shopping: Biasanya nak shopping macam-macam, better shopping kat Istanbul sebab the other part of Turki tak banyak bazaar macam kat Istanbul. Lagipun, kalau pergi Turki tak pergi Istanbul rasa macam rugi je. Turki ni sangat besar and banyak region. Since Istanbul the only region within Europe side, memang boleh nampak perbezaan culture, food, attire dan macam-macam lagi. Istanbul more to western tapi Ankara, Cappadocia, Pamukkale, Bursa dan lain-lain are more to Eastern culture. Kalau kita travel sebelah Eastern region, makanan mereka lebih sesuai dengan selera orang Malaysia. Back to shopping again. Since the best place for shopping banyak di Istanbul, I will recommend bazaar-bazaar di Istanbul je. Macam mama pernah mention dalam previous entry, the best time to shop adalah awal pagi. Nak tahu kenapa? Mereka sangat seronok cari first customer sampai nak request best price dari mereka pun kadang-kadang boleh dapat dengan senang. Satu lagi tips shopping, kalau anda keep on bargain tapi at one stage orang kedai tu dah malas layan means they are not making any profit and you're not going to get more discount - I guess la. So, kalau nak beli, get a good price and buy. Kalau tak nak, stop bargain and find another shop. Adat orang berniaga kan? Ada untung ada rugi, kalau kita je nak untung, orang kedai tu pon malas nak layan dah. Jadi, bila bargain tu agak-agak la logik atau tak.
  • Spice Bazaar(Egyptian Bazaar) -  kat sini, macam-macam spice boleh jumpa. Nak bawa balik Malaysia pon boleh sebab mereka akan vacuum packaging supaya tak rosak dan masuk angin. Other than spice, nak cari tea and coffee various flavour pon banyak kat sini and way cheaper dari Grand Bazaar. Cheese and nuts pon memang murah di sini. Eg: Hazelnut, Oregano, Dried Chilli Powder, Pistachio, Turkey Coffee, Apple Tea, Flower Tea. 
  • Grand Bazaar - Kalau tak nak shopping pon tak apa tapi mesti pergi. Kira tak lengkap la trip kalau tak pergi Grand Bazaar ni. Grand Bazaar ni luas sangat dan ada more than 4000 small shop yang jual macam-macam. Nak beli keychain, fridge magnet, shawl and pashmina, shirts, leather bag and jacket, macam-macam la. Senang cakap, nak beli souvenir pergilah sini.
  • Bazaar di lorong bawah ke Galata Bridge - Disini juga banyak menjual barang-barang seperti kasut, t-shirt, handbag dan sebagainya.
  • Along the way to Masjid Biru juga terdapat banyak shop lot yang menjual barang-barang cenderamata, yang penting kena pandai menawar.
Currency: Turki menggunakan Turkey Lira, USD dan Euro. Lagi jimat kalau anda menukar duit lira di Istanbul dari di Malaysia tapi jangan tukar di Airport kerana pertukaran mata wang yang rendah. Kadang-kadang mereka menerima duit Euro tapi anda akan rugi jika membayar menggunakan mata wang Euro. Bila dah sampai Turki, tukarlah duit anda ke Lira, lagi senang nak berurusan tau. Jika ada master card atau visa lagi okay jika digunakan untuk nilai pembelian yang besar kerana pertukaran duit yang rendah.

Travel: Di Istanbul, Tram adalah pengangkutan yang termudah dan pantas serta jimat kos. Disediakan juga bas dan jika hendak lagi cepat ada juga teksi tapi kami tak pernah menggunakan bas dan teksi jadi tak bolehlah nak buat ulasan. Untuk ke district lain di Turki, anda boleh menggunakan perkhidmatan long distance bus or drive sendiri di sana. Since jarak sangat jauh, anda bolehlah pack makanan ringan untuk dimakan di dalam bus. Kat Turki bukan ada R&R lawa macam Malaysia, kadang-kadang bus driver tu stop kat mana-mana petrol pump untuk refill tank dan toilet break. Tapi, memang rumah Rehat & Rawat Malaysia juga yang best di hati. Yay!

Tram di Istanbul

Must-bring-item:
  • Camera memang kena bawa. Biasalah kan kalau nak melancong kenalah bawa camera kan? Tapi, kalau pergi Turki tak bawa camera memang rugi sebab scenery di Turki memang cantik. 
  • Instant food ready je la in case anda dah tak larat nak makan makanan mereka. Kalau sampai seminggu makan makanan Turki, confirm tak larat dan jemu. Macam kami, awal-awal memanglah happy kemain, tapi bila tengok hari-hari benda sama dan cheese je memanjang, dah jemu nak makan.
  • Okay. Kat Turki, electrical plug tak sama macam Malaysia. Nak senang beli je international travel adaptor so nanti nak pergi travel mana-mana pon boleh dan tak payah fikir dah. Nak cari travel adaptor ni senang je. Pergi kedai travel yang jual luggage memang ada tapi mahal. Nak murah boleh pergi Ace Hardware or Harvey Norman. Banyak je tempat ada jual, just mahal or murah saja. 
  • Medicine: Jangan lupa ready segala jenis ubat okay. Kat sini, kalau anda travel jauh-jauh dan since tempat pelancongan pon banyak naik turun bukit, at the end of the day, kaki anda mesti lenguh-lenguh dan sebab cuaca yang terlalu berangin, kulit anda mungkin akan kering dan mengelupas. So, bawa la apa-apa ubat yang bersesuaian. Vaseline or any lotion pon boleh. 
  • Hygiene: For Muslims, better bawa je pergi mana-mana mineral bottle. Lagi-lagi kalau nak jalan jauh-jauh, for instance, from Istanbul to Konya sebab bila kat R&R, toilet mereka tak macam toilet kat Malaysia. Mesti kena ready botol ye kalau travel jauh-jauh.
  • Masjid: Orang cakap Turki ni banyak masjid tapi kadang-kadang tempat solat untuk perempuan pon tak ada. Pelik kan? Maybe masjid-masjid kat bandar besar ada sediakan tempat solat wanita, tapi kalau bahagian pedalaman Turki, maybe kaum wanita mereka solat di rumah kot sebab itu tak ada tempat solat wanita. Kalau dah tempat solat pon tak ada, apa lagi tempat wudhu' kan? So, ended up ambil wudhu' kat tempat lelaki atau toilet.
Must-go-places:
  • Istanbul: Hagia Sophia, Blue Mosque, Grand Bazaar (kena pergi sebab tempat shopping), Spice Bazaar (best kalau nak borong herbs, spice or tea at affordable price), Galata Tower, Turkey Miniaturk (mesti kena pergi sebab macam-macam binaan di Turki yang anda boleh tengok di sini), Pierre Loti (the best place with a good scenery, tak mahal pon tapi memang berbaloi pergi sebab anda boleh view pemandangan yang memang cantik from a hill), Topkapi Palace (ini wajib pergi, compulsory sebab banyak sangat tinggalan sejarah di sini, even pedang dan jubah-jubah sahabat Nabi pon ada kat sini - serious best!), Cruise Tour (kalau autumn or spring season paling best sebab sejuk dan part ni lah anda boleh cuci mata - cantik sangat!), Berleybeyi Palace, Sultanahmet Meydani. Kalau anda just plan bercuti di Istanbul, pergilah ke Turk Miniaturk sebab macam-macam struktur model tempat-tempat bersejarah di seluruh Turki ada kat sini. Memang berbaloi and at least ada la gambaran tempat-tempat bersejarah di Turki tanpa perlu pergi jauh-jauh.
  • Ankara: Anitkabir or Ataturk's Mausoleum (kalau nak tahu siapa yang telah memodenkan Turki ni, silalah pergi sini sebab ada makam Ataturk dalam bangunan ini dan anda boleh tengok history Turki di sini - siapa Mustafa Kemal Ataturk ni? Haa, nak tahu siapa dia, sila pergi sini), Museum of Anatolian Civilizations (dalam museum ni anda boleh tengok artifacts and history pasal Turki dan boleh kata banyak tinggalan sejarah seperti Troy City dan Ephesus ada dipamerkan di sini. Tak payah pergi Troy pon boleh tahu history Troy tau)
  • Anatolia: Troy City - kalau anda sukakan sejarah, you should go here. Anda boleh tengok tinggalan sejarah dari pelbagai zaman Troy. Tapi, ada orang tak berapa minat pergi tempat-tempat macam ni sebab just ada batu-batu. Haha.
  • Konya: Mevlana Muzesi (ni adalah antara tempat-tempat yang famous kat Turki, mesti anda pernah dengar pasal Mawlana Jalaleddin Rumi kan? So, tempat inilah bermulanya The Whirling Dervishes of Rumi), Alaeddin Mosque and Night Cultural Show (ini mesti pergi sebab kat Turki ni banyak cultural show, just tanya je kat hotel anda mana-mana tempat cultural show - rugi tak tengok tau kalau dah sampai sini)
  • Kusadasi: Best place for summer and the beaches are really awesome. Banyak luxury and grand cruise will board here. Kiranya tempat ni macam Port Klang tapi in an exclusive way dan antara tempat persinggahan VIP's and celebrity.
  • Ephesus or Seljuk: Meryem ana or House of Virgin Mary (a holy place for Christian tapi visitor boleh datang and while we were here, macam ada bau yang kurang menyenangkan. Tempat ni dipercayai as tempat Maryam disemadikan dan ada tempat The Wishing Wall), The ancient city of Efes (Celcus Library yang sangat besar dan antara tempat-tempat bersejarah)
  • Bergama: The ancient city of Pergamon (anda boleh ke sini menggunakan cable car atau menaiki taxi tapi tak digalakkan untuk berjalan kaki ye sebab tempatnya jauh di atas bukit. Nak naik bus lagi scary sebab jalan sempit)
  • Pamukkale: Cotton Castle or Hierapolis (okay. Tempat ni pon wajib pergi sebab tempat ini telah diklasifikasikan sebagai UNESCO World Heritage. Memang cantik dan kalau tengok dari jauh macam snow je), Hot Spring (area sini memang terkenal dengan thermal hot springs which is naturally dari alam semulajadi dan bukan pakai heater ye. Memang panas tapi best sebab boleh hilang penat dan lenguh badan)
  • Cappadocia: Goreme National Park (bila sampai sini, mesti anda akan impress dengan tempat ni sebab binaannya hanyalah daripada batu dan merupakan termasuk dalam UNESCO World Heritage), Kaymakli Underground City (ini lagi impress sebab ianya seperti satu perkampungan bawah tanah tapi hanya 3 level ke bawah saja dibuka, yang level lain-lain tu tak dibuka untuk pengunjung sebab bahaya. Oh, kalau anda lelah, cepat sesak nafas, dan takut dengan tempat sempit, amatlah tak digalakkan sebab udara kat tempat ni macam limited dan ruang berjalannya juga agak sempit), Rock Site (kat sini anda dapat tengok batu-batuan berbentuk binatang. Bayangkan batu boleh terhakis sampai meyerupai binatang? Hebatnya kekuasaan Allah) and Hot Air Balloon Tour (ini pon kira perkara yang best untuk dilakukan tapi paling menghakis kewangan anda. Mahal tau nak naik ni tapi kalau anda dah teringin, naik je sebab bila lagi nak pergi kan?)

Model Blue Mosque di Turk Miniaturk

Port in Kusadasi

Banyak je tempat-tempat nak melawat bila sampai Turki ni. Yang penting, buat itinerary awal-awal kalau pergi tanpa travel agent. Medium of communication, kalau di Istanbul and Ankara, bolehlah speaking dengan mereka tapi kalau area lain di Turki, English bukanlah medium yang terbaik untuk anda berkomunikasi tau sebab bukan semua yang pandai speaking. Tapi, part best bila pergi Turki, orang-orangnya sangatlah baik lagi-lagi makcik-makcik yang agak berumur ni. Jangan terkejut pula kalau mereka dok pegang-pegang muka atau badan anda sambil cakap macam-macam dalam bahasa Turki sambil senyum-senyum. Haha. Awkward pada mulanya tapi bila dah lama, maybe memang macam tu kot cara mereka bermesra dan bergaul di sana. Paling best, bila berjalan kat Turki, orang boleh bagi salam tanpa mengira perbezaan bangsa dan bahasa di mana anda susah nak dapat situasi ini di Europe, eh, Malaysia juga. Islam itu mudah dan ukhwah itu boleh terbina semudah ucapan "Assalamualaikum". :) 


Sabda Rasulullah, "Orang mukmin itu adalah cermin bagi mukmin yang lain."
Hadis Hasan

"Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, serta peliharalah kami daripada seksa api neraka."
Surah al-Baqarah: 201

Friday, 14 June 2013

Istanbul Kami Datang: Part 2


السلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاته

24.05.2013

Hari ketiga mama di Istanbul. Hari ni kami berjalan-jalan di Istanbul menggunakan khidmat pelancongan yang telah mama booking dari Malaysia. Di hotel-hotel penginapan juga banyak yang menawarkan pakej-pakej lawatan sama ada hendak melawat sekitar Istanbul bagi tempoh setengah hari atau satu hari atau keluar dari Istanbul dan bermalam dengan harga yang berpatutan. Pada pandangan mama jika untuk lebih relax dan santai, lebih baik pergi sendiri sebenarnya kerana tidak terbeban dengan jadual yang disediakan dan amat menjimatkan, serta kita boleh memilih pakej-pakej yang lebih murah di Istanbul tanpa perlu booking dari Malaysia.

Pukul 9.00 pagi, tour guide kami telah sedia menunggu di lobby hotel dan setelah berbincang kami memilih untuk ke Pierre Loti Cable Car, Turkey Miniaturk, Istana Dolmabahce, Yildiz Royal Garden dan menyeberangi jambatan ke sebelah Asia.


                                         Wow! Inilah kenderaan yang disediakan bagi mama dan husband

Bagi menaiki cable car, tiket yang dikenakan adalah sebanyak 2 lira seorang dan jaraknya tidaklah terlalu tinggi. Di sepanjang pendakian atau menaiki cable car kita akan melalui tanah perkuburan Eyup. Kita boleh memilih untuk menaiki Pierre Loti dengan berjalan kaki atau mengunakan cable car. Nama Pierre Loti ini  diambil sempena nama penulis Perancis yang tinggal di Istanbul pada penghujung abad ke 19 dan terdapat juga sebuah kafe di atas bukit ini mengunakan nama beliau. Dari atas bukit ni kita bolehlah mendapatkan view yang memang cantik.

Entrance to Pierre Loti

View from cable car

View dari cable car

Gerai-gerai di Pierre Loti

Mama kemudiannya melawat Turkey Miniaturk yang merupakan taman yang mempunyai model mini  struktur bangunan dari zaman Anatolia lagi. Bayaran masuk yang dikenakan adalah sebanyak 10 Lira. Tour Guide Mama seorang wanita yang fasih berbahasa Inggeris memberi penerangan yang terperinci mengenai taman ini dan seperti biasa husband mama akan menjadi jurucatatnya. Taman ini mula dibuka kepada pengunjung pada 23 April 2003 yang mengandungi 122 model di mana 52 model adalah dari zaman Anatolia 13 dari zaman Uthmaniyyah. Setiap model mini ini diberi penerangan dalam dua bahasa iaitu bahasa Turki dan Inggeris dengan mengimbas tiket di papan tanda di hadapan model tersebut.

Bersama tour guide

model-model di miniaturk



Model-model di Turkey Miniaturk

Setelah menghabiskan masa hampir 2 jam kami kemudiannya pergi ke Dolmabahce Palace. Nasib baiklah ada tour guide, jika tidak mungkin kami akan beratur hampir 1 jam kerana terlalu ramai pelancong waktu itu. Tiket masuk ke istana ni adalah 30 lira seorang. Dolmabahce Palace ini telah dibina antara tahun 1843 hingga 1856 dan istana ni merupakan istana yang terbesar dan mewah berbanding dengan Topkapi Palace. Pembinaan dan peralatan di dalamnya menggabungkan gaya Eropah dan Uthmaniyyah. Cermin-cermin yang dipasang dalam istana ni dibingkaikan dengan emas dan banyak pembinaan di dalamnya mengunakan  emas dan kristal. Istana ini dibina bagi menempatkan enam sultan-sultan terakhir di zaman pemerintahan Uthmaniyyah sebelum diambil alih Mustafa Kamal Artaturk yang akhirnya menjadikan istana ni kediaman beliau sehinggalah beliau meninggal dunia di istana tersebut. Istana ni terbahagi kepada tiga bahagian yang merangkumi keluasan 2.11 ekar dan mengandungi 285 bilik, 46 dewan, 6 tempat mandi atau dikenali dengan hamam dan 68 tandas. Sepanjang laluan yang dibawa, mama dapati kebanyakkan perabotnya adalah sepasang diletak di kiri dan kanan laluan. Setiap bahagian terdapat gantungan lampu Chandelier yang berharga puluhan ribu ringgit dan paling terbesar beratnya dimaklumkan kepada kami hampir 4.5 tan. Sayangnya pengunjung tidak dibenarkan merakam gambar di dalam istana ni.

Gambar Chandelier yang  paling besar (Sumber dari wikipedia)

Salah satu daripada pintu masuk
Pintu untuk memasuki Dolmabahce Palace
Di luar istana bersebelahan laut Marmara

Selepas menyaksikan kemewahan Dolmabahce Palace kami singgah pula ke Yildiz Royal Garden yang merupakan taman yang luas dan indah dengan pelbagai tumbuhan dan pokok-pokok bunga. Sempatlah kami merakam bunga-bunga yang sedang mekar yang ditanam di sini. Taman ni juga merupakan tempat perkelahan yang popular terutama di hujung minggu. Semasa kami merehatkan badan di sini terdapat banyak kumpulan pelajar-pelajar bersama guru-guru mereka melakukan aktiviti riadah. Sempat jugalah mama melihat dua pasang pengantin merakamkan gambar perkahwinan mereka di sini.


Yildiz Royal Garden

Tasik buatan di Yildiz Royal Garden


Merakamkan gambar pasangan berkahwin

Mama kemudiannya melalui jambatan Galata menuju ke sebelah Asia dan dari pemerhatian mama, di sebelah sini bangunannya tidaklah seperti di Eropoh side dan corak kehidupan agak tenang. Bagi kaum perempuannya, mama dapati di sini ramai yang memakai tudung.

Menuju ke sebelah Asia 

Keadaan yang tenang di Asia side

Tour kami tamat pada pukul 6.00 petang dan sebelum dihantar semula ke Hotel, sempat juga tour guide mama membawa kami ke sebuah gedung karpet yang harganya boleh membawa kami melancong semula ke Istanbul lima kali.......

25.05.2013

Hari-hari terakhir di Istanbul, kami menjelajah bandar ini dengan menggunakan tram sahaja. Memang mudah menaiki tram kerana perkhidmatan yang ditawarkan adalah memuaskan. Kebanyakkan tempat lawatan adalah sepanjang laluan tram. Laluan tram akan bermula dari stesen Kabatas dan tamat di stesen Bagcilar dengan tambang yang dikenakan sebanyak 3 Lira sahaja kecuali sekiranya kita berhenti dan turun di setiap stesen, kenalah bayar 3 lira lagi. Di laluan tram ni juga terutama dari stesen Gulhane hingga ke stesen Cemberlitas, banyak kedai-kedai yang menjual pelbagai barangan dan kami turut berjalan kaki merasakan keseronokan menyusuri kedai-kedai ini, sekiranya keletihan bolehlah singgah di kedai makan atau manisan. Kebanyakkan tempat-tempat lawatan bermula dari Beyazit dan berakhir di Kabatas. Sekiranya hendak ke Grand Bazaar, turunlah di stesen Beyazit, lawatan ke Blue Mosque, Hagia Sophia Museum, Topkapi Palace Museum, turunlah di Stesen Sultanahmet, jika hendak ke Spice Bazaar turunlah di Stesen Eminonu, untuk melawat Galata Tower di Stesen Karakoy dan untuk menaiki bot-bot turunlah di Kabatas.  

Laluan Tram

Sebelah petang mama dan husband pergi pula hingga ke Bagcilar tetapi laluan dari Yusufpasa hingga ke Bagcilar lebih kepada rumah-rumah penempatan sahaja.

Walaupun telah mengunjungi Topkapi Palace, kami pergi juga ke Museum ini sekali lagi terutama untuk melihat peninggalan Nabi Muhamad S.A.W yang tersimpan di sini. Bagi penjimatan wang kita boleh membeli tiket dengan harga 72 Lira yang boleh digunakan bagi memasuki Museum di tempat-tempat seperti di bawah. 

Iklan pakej entrance fee

26.05.2013

Pukul. 8.00 pagi, mama dan husband turut bersesak dalam tram menuju ke Spice Bazaar bagi membeli sedikit cenderamata dan buah-buahan untuk dibawa balik ke Malaysia. Sempat juga kami menjelajah kedai-kedai kecil di laluan bawah menuju ke jambatan Galata. Sayangnya, kami tidak dapat menaiki Galata Tower bagi menyaksikan pemandangan sebelum matahari terbenam kerana sedang dalam pembaikan. 

Laluan tunnel ke jambatan Galata

Kedai-kedai kat dalam tunnel - harga barangan lebih murah di sini

Bot-bot di Galata

Buah ceri yang kami beli 5 kilo kerana harganya hanya 10 Lira sekilo

Baklava yang dibeli

Setelah menghabiskan masa selama 5 hari di Istanbul kami pun berangkat balik jam 3.30 petang waktu Istanbul dan sampai di KLIA Malaysia jam 6.30 pagi pada 27.05.2013. Semoga segala kenangan yang mama perolehi di sini dapat memberi kesedaran dan keinsafan betapa besarnya kebesaran ALLAH yang tidak terjangka dan terduga di fikiran mama.....  


"Barangsiapa berhijrah di jalan Allah, nescaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang luas dan rezeki yang banyak."
An-Niza: 100

Saturday, 1 June 2013

Istanbul Kami Datang: Part 1

السلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاته

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ
"Hai manusia, sesungguhnya Kami menjadikan kamu dari seorang laki-laki dan wanita, dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya saling mengenal. Sesungguhnya orang mulia di antara kamu di sisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui Lagi Maha Mengenal."
Surah Al-Hujuraat, 49 (13)


Bertemu semula di perkongsian pengalaman mama, seperti tajuk yang dipaparkan Istanbul Kami Datang, tetapi kali ini hanya berdua sahaja dengan husband tanpa ditemani oleh anak-anak sempena menyambut ulang tahun perkahwinan kami yang menjangkau 30 tahun.   Pemergian kali ini tidak mengambil mana-mana pakej, cuma mama booking satu hari lawatan dengan Karavan Travel di Istanbul melalui internet untuk tempat-tempat yang sukar dilawati dengan pengangkutan awam. Memandangkan mama telah menceritakan pengalaman hampir keseluruhan bandar di Turki di entri yang lepas, kali ini mama akan berkongsi pengalaman di Istanbul saja. Memandangkan lawatan kami ke Turki hanya enam hari sahaja maka kami tidak memerlukan Visa. Jika anda hendak melancong ke Turki tidak melebihi tempoh 90 hari atau 3 bulan, anda tidak memerlukan visa untuk ke sana.

21 Mei 2013

Jam 8.30 malam mama bertolak dari rumah dengan dihantar oleh anak-anak ke KLIA kerana penerbangan ke Istanbul pada jam 00.30 pagi. Sedih juga hati kami kerana berpisah dengan anak-anak kerana selalunya kami pergi sekeluarga tetapi anak-anak semuanya sporting untuk memberi peluang kepada kami kali ini. Mama ke Istanbul dengan menaiki MAS kerana offer yang diberi kepada pemegang Enrich Card untuk menukar point yang terkumpul dengan perjalanan percuma, cuma hanya perlu membayar airport tax sahaja. Memandangkan point yang terkumpul melayakkan mama untuk bercuti ke Istanbul, kami tak lepaskan peluang untuk mengunjungi Istanbul semula. Untuk menyemak mata ganjaran terkumpul bolehlah melayari ENRICH. Di kaunter semasa check-in kami ditawarkan oleh petugas untuk bertukar flight dari MAS ke flight Emirates, transit di Dubai seterusnya menaiki Turkish Airlines ke Istanbul dan dikembalikan semula RM900.00 seorang. Memandangkan kami telah mengambil perkhidmatan transport dari Airport ke Hotel, kami menolak tawaran tersebut walaupun ditawarkan beberapa kali. Penerbangan kali ini mengambil masa 10 jam 30 minit dan kami selamat sampai jam 6.30 pagi waktu Istanbul.

22 Mei 2013

Memandangkan percutian kami kali ini penghujung musim bunga, mama sampai di Istanbul walaupun jam 6.30 pagi cuaca telah terang benderang seperti jam 8.00 pagi. Kami dibawa ke Hotel Balin yang telah dibooking awal melalui Internet. Betullah seperti comment yang mama baca, petugas hotel semuanya helpful dan kami dibenarkan memasuki bilik jam 9.00 pagi walaupun sepatutnya masa check-in jam 2.00 petang. Kedudukan hotel ini sangatlah bersesuaian sekiranya setiap hari kita ingin menjamu mata di Grand Bazar kerana jaraknya hanya 250 meter. Mama sangat bernasib baik dan amat berpuas hati dengan facilities dan kedudukan hotel yang berhampiran dengan Grand Bazar dan tram stesen yang menghubungkan penumpang untuk pergi ke tempat-tempat lain. Sederet dengan hotel kami adalah Hotel Sarajevo dan Hotel  Bergama. Sekiranya ada yang berminat bolehlah melayari laman web terus ke SINI ......



Hotel Balin dan sebelahnya Hotel Bergama



Lobby Hotel

Di sepanjang jalan keluar dari hotel ke Grand Bazaar terdapat juga kedai-kedai yang menjual handbag, baju-baju dan lain-lain, jika tak kuat iman memang boleh habis RM di sini.


Kedai di sepanjang lorong keluar dari Hotel


kedai yang menjual handbag

Lagi clutch

Jam 10.00 pagi bermulalah ekspedisi pertama mama menjelajah Grand Bazaar. Grand Bazaar ini adalah merupakan tempat membeli belah yang mempunyai hampir 4,000 lot-lot kedai yang menjual barangan-barangan pakaian dari kulit, carpet buatan tangan dan sejadah, hiasan-hiasan lampu, tudung, cenderamata seperti key chain, magnet fridege dan lain-lain. Walaupun berada di sini selama 5 hari, kami tidaklah masuk kesemua lorong di dalamnya kerana kebanyakan barang yang dijual adalah sama saja. Kebanyakan dari penjual mengenali kami dari Malaysia dan perkataan yang kerap terkeluar daripada mereka adalah "apa khabar, dari Malaysia, Malaysia bagus" "murah, murah" dan memujuk kami ke dalam dan kesemua peniaga akan offer kami kopi atau epal tea yang diisi dalam gelas kecil untuk tiga kali tegukan saja dah habis. Satu tip yang mama nak kongsi untuk dapat harga yang memang berbaloi, pergilah awal pagi sebab mereka akan cuba menjual kerana mereka percaya jualan pertama adalah pembuka rezeki. Kelakarnya ada juga penjual yang mencium wang yang kita beri jika kita adalah pembeli pertama mereka. Di sini bolehlah menawar harga sehingga ke tahap yang memang memeranjatkan. Contoh sehelai baju sejuk wanita harga yang diletak pada mulanya 300 Euro boleh diturunkan sehingga 400 lira.

Sebelum ke Istanbul mama tidaklah menukar wang Lira, USD atau Euro di Malaysia kerana harga yang agak tinggi iaitu antara RM2.20/2.00 bersamaan dengan 1 Lira. Semasa kunjungan pertama dahulu wang lira mama masih tersimpan dan mama dapati banyak money changer di sekitar Grand Bazaar yang menerima RM Malaysia. Pertukaran di Istanbul adalah RM100 bersamaan dengan Lira 53.00 iaitu RM1.88 bagi 1 Lira. Pengalaman membeli belah disekitar Grand Bazaar ni kadang-kadang melucukan juga kerana mereka berebut-rebut untuk menarik perhatian pelanggan bagi memasuki kedai mereka walaupun tidak membeli apa-apa. Yang tak seronoknya semasa perjalanan pulang ke Hotel kami telah ditangkap oleh penjual-penjual jalanan yang memujuk kami membeli barangan mereka. Disebabkan kasihan kami membelilah barangan dengan niat untuk bersedekah.

23 Mei 2013

Memandangkan penghujung Musim Bunga waktu subuh di Istanbul adalah jam 3.45 pagi dan waktu Syuruk jam 5.40 pagi. Rasanya terlalu panjang waktu siang kerana waktu Maghribnya jam 8.30 malam dan satu perkara yang tidak mengembirakan kami kerana  tiada tanda Qiblat di hotel yang kami duduki. Selepas breakfast di hotel yang bermula jam 8.00 hingga 10.00 pagi mama memulakan ekspedisi ke dua iaitu mencari Spice Bazaar atau dikenali juga sebagai Egyptian Bazaar. Staf-staf hotel yang sedia membantu menyuruh kami menaiki tram dari Benyazit (terlalu dekat dengan Balin Hotel) dan turun di stesen Eminonu.  Stesen tram ini samalah seperti stesen komuter di Malaysia dan tiket yang dikenakan adalah sebanyak 3 Lira tidak kira sama ada perjalanan jauh atau dekat yang pasti bila keluar dari stesen untuk ke satu stesen lain kenalah bayar semula 3 lira. Bagusnya tram di sini waktu hari bekerja sebelah pagi dan petang kita tidak perlu menunggu lama kerana setiap 5 minit akan ada tram yang lain. 



Laluan Tram


Stesen Tram Beyazit menuju ke Eminonu

Keadaan Stesen tram di Beyazit

Untuk mencari Spice Bazaar ini tidaklah sukar, kita boleh naik di mana-mana stesen tram tetapi yang penting mesti turun di stesen tram Eminonu dan sekiranya tidak pasti bolehlah bertanya petugas disitu. Sebelum sampai ke Bazaar ini kami melalui dulu Masjid Eminonu yang dibina pada tahun 1597. Spice Bazaar atau dikenali juga dengan nama Egyptian Bazaar yang dibina pada tahun 1664 dan di dalamnya terdapat lot-lot kedai  cuma jumlahnya tidaklah terlalu banyak seperti di Grand Bazaar. Dari segi harga di sini lebih murah berbanding dengan harga di Grand Bazaar. Di sebelah luar bangunan Bazaar juga terdapat pasar terbuka. Bazaar ini menjual rempah, buah-buahan kering, kacang, keju, dan yang paling banyak adalah Lokum (Turkey Delight). Bazaar ini dibuka 7 hari seminggu dan pada musim panas ini dapatlah mama membeli strawberry dan buah ceri dengan harga yang sangat murah iaitu 12 Lira sekilogram.

Jika rajin bolehlah juga berjalan di lorong Hasırcılar Caddesi iaitu jalan belakang yang agak sempit dari Bazaar yang menjual pelbagai rempah, makanan ringan dan peralatan rumah.



Masjid Eminonu bersebelahan dengan Spice Bazaar


Spice Bazaar


barangan cenderamata

kedai yang menjual kacang dan rempah-rempah


Pelbagai tea


Manisan yang dipanggil Lokum (Turkey Delight )


Buah-buahan yang terlalu murah harganya

Di lorong belakang dan kanan Spice Bazaar

Kami menunggu hingga waktu solat Zohor untuk menunaikan solat di Masjid Eminonu ni. Di Istanbul ni terdapat ribuan masjid yang dibina semasa zaman Kesultanan Ottomaniah dan reka bentuknya adalah hampir sama antara satu dengan yang lain. Di setengah-setengah tempat jarak masjid tidak sampai satu kilometer. Terasa sangat sedih bila mengingatkan betapa gemilangnya Islam semasa zaman Uthmaniyyah tetapi bertukar setelah diambil oleh Mustafa Kamal Ataturk. Apabila azan berkumandang hanya segelintir sahaja yang menunaikan solat.    



Bersolat di Masjid Eminonu



Bersambung di entry seterusnya .......

Review: Adina Apartment Hotel Melbourne

Assalamualaikum! Just a short and simple review after long silence. Cleanliness: Since we took an apartment with kitchen facilit...