Showing posts with label Workplace. Show all posts
Showing posts with label Workplace. Show all posts

Tuesday, 30 December 2014

STC on the Web!

السلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاته


Tidak sedar masa berlalu dengan pantas, rasanya baru saja bulan Januari 2014 dan esok tinggal satu hari lagi kita akan meninggalkan tahun 2014 dengan pelbagai peristiwa yang telah berlaku di Malaysia.

Bagi mama sepanjang tahun 2014, banyak juga kenangan manis yang dilalui terutama semasa mencari pengalaman baru ke luar negara bersama keluarga. Sebagai bekas penjawat awam yang telah berkhidmat selama 32 tahun, banyak ilmu dan pengalaman yang dapat mama kongsikan apabila mama dan family menubuhkan Sarisma Training and Consultant pada Bulan Disember tahun 2013. 

Akhirnya, berjaya juga kami menyediakan website syarikat untuk dikongsikan dengan pembaca blog Kasih Sayang Sepanjang Hayat. Bagi sesiapa yang berminat dengan kursus-kursus yang kami tawarkan, bolehlah hubungi kami melalui website, blog atau Facebook kami. InsyaAllah, kursus-kursus kami akan bermula Januari ini. Sebarang pertanyaan dan penyertaan boleh diajukan kepada kami melalui media-media berikut dan jangan segan-silu untuk hubungi kami!

P/s: Berminat untuk menyertai Kursus Pengurusan Stor yang berkesan? Hubungi kami segera!


Website Sarisma Training & Consultant: SARISMA TRAINING
Facebook: Sarisma TC


"Sampaikanlah, walaupun hanya satu ayat"


Tuesday, 22 April 2014

ATCO: Part 2

Assalamualaikum


Entry ini just nak continue kesinambungan dari cerita ATCO PART 1 di mana bila dah lepas 1st stage, second stage adalah ujian PAC. Ujian PAC ATCO tidaklah sesukar ujian PAC PTD tapi agak berbeza sedikit dengan ujian PAC PTD. Make sure anda bersedia mental dan fizikal sebab bila dah sampai stage ini, possibility untuk anda terpilih adalah tinggi. Time ujian PAC ini lah anda akan jumpa dengan pegawai-pegawai ATCO dan akan melalui beberapa ujian saringan. I went through all the stage and yes, I didn't make it sebab I'm not ready yet. Tanggungjawab nak jadi ATCO ini sangat tinggi dan anda haruslah seorang yang yakin, focus dan positif since tugas yang anda akan galas sangatlah penting dan melibatkan nyawa orang lain. Kalau interested dengan kerjaya ini, anda haruslah fasih dalam berbahasa Inggeris sebab once dah jadi ATCO, anda akan seat for English related exam. One thing that you should know, even though the salaries is trulyyyy awesome, the risk that you have to bear is also high. ATCO adalah antara kerjaya yang menawarkan gaji yang lumayan but bear in mind that, bebanan kerja dan jadual kerja ATCO bukan macam normal office hour tetapi jadual kerja syif - 2 hari kerja dan 2 hari cuti dan seterusnya. As for me, I find it hard to work on shift basis timetable sebab I really need my weekend. So, please think wisely!

PAC stage ini usually akan diadakan di DCA offices seluruh Malaysia. First sekali adalah registration and please don't be late! After dah register, there you go - waiting time. Boring and nervous since you have to wait for your number to be called. First ujian adalah colour blind test. Memang tak susah tapi bagi sesiapa yang ada masalah rabun warna memang susah nak lepas. Ujian ini serupa macam time anda nak ambil ujian memandu. InsyaAllah boleh lepas sebab tak susah mana pun.

After dah settle buat colour blind test, waiting time lagi sekali. Then, you will be asked to perform the pilot-ATCO conversation with all the weird pronunciation and basic English. What makes it hard is when you're not that familiar with the aviation language. Just google it if you want to practice and make yourself knowledgeable with aviation phrases. At this point, be confident and speaks clearly. Do commit minimal mistake and please refrain yourself from stuttering while reading the dialogue. Act fast and response to your partner. Just work in a team, and never over-powered your partner though it is okay to outstand a lil bit over your partner. Once you're done with the dialogue, you'll be given a text to read and understand. Bear in mind that, you need to remember important points from your reading as the panel's questions will be related to the topics given. Topik untuk teks ni selalunya aviation related, macam hijacking, airport or anything that has to do with aviation. And for the questions, kadang-kadang common sense, dan selalunya boleh dapat jawapan from the text given. Focus at your own text sheet sebab you gonna get different text from your partner. Jawab dengan confident, even ayat dalam English kelam kabut till the end. Never give up during the test, especially when you're in the middle of it.

Last stage during PAC adalah group discussion. Choose a topic among your teammates - ini group besar tau, maka persetujuan bersama adalah penting. Once dah pilih topik, speak up your mind together with your teammates. Again, work together sebab you'll be evaluated on that. Never remain silent kalau tak nak markah rendah. Share your knowledge and ideas dengan team sebab at the end of the day, anda ditugaskan untuk present. Kalau anda ada masalah gemuruh dan segan, abaikan saja muka-muka teammate anda sebab kebarangkalian untuk anda berjumpa mereka lagi adalah rendah unless, anda dan teammate anda terpilih untuk jadi ATCO. So, do your best and speak for yourself. Kalau rasa nak support argument team member anda, sangatlah digalakkan tapi please do it ethically. I mean, janganlah provoke or against point dia, kesian team member anda nanti. Lagipun, anda bukan dalam debate competition nak kena oppose and propose. Pay your friends a little respect too. Dah present, selesailah program PAC anda.

Next, kalaulah ATCO memang rezeki anda, insyaAllah anda akan dipanggil untuk last stage iaitu The Interview! Interview ini macam nak interview kerja saja. Yang penting, prepare yourself dengan aviation knowledge in case panel tanya anda aviation related questions. Panel akan terdiri dari seorang wakil DCA dan seorang lagi wakil SPA. Just ready macam nak attend interview kerja - baca pasal DCA, airport, aviation, special event di Malaysia and OH! sila ambil tahu pasal current issue dan perihal Malaysia seperti menteri-menteri di Malaysia.

p/s: Jangan risau jika anda tiada background sains tapi berminat nak kerja ini sebab saya juga pelajar business dan lulus sampai ke stage interview, tapi ATCO mungkin bukan rezeki saya! :)


GOOD LUCK!


Monday, 27 January 2014

Sarisma Training & Consultant

Assalamualaikum


Alhamdulillah. Dalam busy-busy struggle nak habiskan study, sempat lagi kami mendaftar di Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Dan akhirnya....terciptalah Sarisma Training & Consultant. Jika anda memerlukan khidmat latihan dan consultant, bolehlah hubungi kami.

Antara khidmat latihan yang ditawarkan adalah:

  • Kursus Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja
  • Kursus Penulisan Surat Rasmi dan Memo Berkualiti
  • Kursus Pengurusan Mesyuarat dan Penulisan Minit Mesyuarat Berkualiti
  • Kursus Pengurusan Fail dan Rekod
  • Kursus Pengurusan Sumber Manusia- Perlantikan, Perintah Am Bab B, Bab C, Tatakelakuan, Perintah Am Bab E,F dan G
  • Kursus Protokol, Etiket Sosial dan Keterampilan Diri
  • Kursus-kursus latihan dll

Kursus - kursus di atas merupakan kursus yang paling tinggi permintaannya di mana mama telah dijemput oleh pelbagai Jabatan sebelum mama buka Consultant. InsyaAllah harga yang kami tawarkan adalah berpatutan dan mengikut format yang telah ditetapkan oleh badan kerajaan.


Please drop your email at sarismatc@yahoo.com dan sebarang pertanyaan boleh diajukan di blog atau di emel kami. Website Sarisma masih dalam pembinaan, harap maklum. Thanks for your support, dear readers! :)

Menuntut ilmu adalah fardhu bagi setiap muslimin dan muslimat. Maka, tuntutlah ilmu kerana ilmu itu tidak pernah merugikan kita. Selagi mampu dan berminat, teruskan menuntut ilmu!


"Ilmu itu umpama binatang buruan, tulisan itu laksana ikatan, maka abadikanlah ilmu itu dengan tulisan seperti mengikat binatang buruan supaya tidak lari bertempiaran."


Review: Adina Apartment Hotel Melbourne

Assalamualaikum! Just a short and simple review after long silence. Cleanliness: Since we took an apartment with kitchen facilit...