Dulu before nak pergi Perth, apa yang kami buat - cari tips nak jalan-jalan dekat Perth. Insha Allah, kalau ada rezeki lebih bolehla berjalan ke part lain Australia. Dalam entri sebelum ni, this is our very first time jalan-jalan over the sea without hire mana-mana travel agent. Mula-mula memang parent macam nak tak nak je dengan plan ni sebab macam tak confident je kan nak jalan-jalan lagi pula bila berada kat negara orang. Tapi bila anak mereka semangat kemain nak buat itinerary sendiri, maka parent pon layankan aje. Overall, memang budget bila jalan sendiri lagi murah dan lagi bebas compared to ambil package.
Firstly, before nak masuk negara orang ni, make sure anda sebagai visitor ada passport yang valid okay! Ini memang penting or else anda akan ditahan dan tidak dibenarkan masuk ke negara asing. Lepas susah payah beli flight ticket and book accomodation, tetiba anda tak dapat pergi. Tak ke frust? Haruslah frust kan. Jadi, first and foremost, please make sure passport anda valid for at least 6 month from the respective date. Please be aware okay! :)
Secondly, sambil-sambil excited berangan nak berjalan tu, rajin-rajinkan la diri anda untuk surf Internet. Banyak info's boleh dapat kalau rajin tau. Okay okay. Back to the tips, Australia ni requires all the visitors to possess a visa. Sangat penting tau! Tiada visa, tiada la cuti di Australia. Hehe. Visa ni bukan semua negara wajibkan visa, depends la. Tapi kalau nak pergi Australia, memang kena ada visa. Nak buat visa, search je dekat
sini sini! Haha. Baiklah. Jangan marah lepas click kat link tau! Effort itu penting. Hehe. Selalunya boleh contact dengan mana-mana travel agent untuk buatkan visa - memang harga berpatutan! Or else pergi directly kat Australia Embassy and obtain your visa here. :)
Thirdly, what you should know is Australian sangat strict when it comes to things yang mereka highlighted as permitted. Jadi, nak senang anda-anda yang membaca haruslah be honest okay kalau sampai negara Down Under ni. Nak pass through immigration mereka, boleh nervous nak fikir excuses tau. Lagi pula Malaysian ni comel-comel je size kan, bila facing mereka yang memang obviously lagi tinggi-tinggi ni confirm boleh buat lutut ketaq.
Fourthly, for Muslim, please search prayer time awal-awal okay so it's easier nanti once kaki sudah jejak bumi Aussie. Yay. Kalau yang guna smartphone, lagi no worries! sebab nak cari qiblat boleh guna apps dalam smartphone. Tapi, for us, papa lagi prefer bawa compass and determine sendiri arah qiblat. Insha Allah boleh dapat arah qiblat yang betul. Bila pergi sendiri ni, susah senang kena pandai-pandai fikir sendiri. Nak tanya reception arah qiblat pon belum tentu mereka tahu tau. Anyway, better prepared earlier macam orang selalu cakap - sediakan payung sebelum hujan :) As for us, all the information and things that we should know sudah ready awal-awal. Ada je surau and masjid, but you might wish that you're lucky enough to find it.
Enough with numbers sebab the tips getting longer without me, noticing it -.- Even for food, basically, kalau ada tanda halal dekat kedai or restaurant, Insha Allah halal sebab we can trust them on this. As what I know, Australian sangat frank and honest. Tapi, kalau nak betul-betul confirm, just asked the person yang serve anda. Or else, you can download
WA Guide Book ni and memang sangat helpful especially for Muslim. Boleh kata, ada guide book ni boleh settle macam-macam. Haha. Over -.-
*Penambahan baru - oleh sebab baru je perasan yang link Guide Book kat atas tu dah tak boleh pakai, anda boleh request saja sebab tak pandai nak upload Guide Book file kat blog. Very sorry sebab sekarang baru perasan. Seriously, guide book ni memang membantu so do drop any comment or feel free to email me if you need the guide book.
Okay. Ni penambahan tips baru sebab ada orang request. Tips-tips ni banyak focus kat Western Australia je. Part lain tu kami tak boleh nak cover sangat sebab tak sampai lagi. Apapun, Australia ni sama je cuma Western Australia ni la paling murah bab cost nak melancong. Part lain kat Australia ada highway yang berbayar dan bila nak berjalan jauh-jauh tu, anda kena fikir pasal duit tol. Kalau di Western Australia, highway dipanggil freeway. Yes. Memang free. Pergila jauh mana pon tapi memang free as long as anda di dalam area Western Australia, just fikir nak topup minyak je. Kalau nak drive kat Australia ni, anda kena drive ikut had laju yang ditetapkan. Jangan drive macam kat Malaysia tau unless kalau duit dah banyak sangat nak bayar saman yang mahal tu. Saman kat Malaysia pon dah banyak, nak tambah lagi dengan saman Australia kan. Bila nampak had laju 80km/j tu, ikut je dan jangan nak cuba-cuba drive laju. Balik Malaysia nanti sampailah saman kat rumah kalau anda drive laju kat Australia. Tapi, disebabkan kereta-kereta kat Australia ni mostly drive slow, confirm anda pon jadi segan nak drive laju.
Bila dah sampai Australia, ada banyak public transportation seperti bus, feri, interchange metro dan keretapi antara bandar. Untuk pengetahuan anda, Perth dan area Western Australia boleh dikatakan bandar yang agak laid back dan memang sesuai kalau anda nak bercuti sambil-sambil release tension. Compare to bandar-bandar besar lain macam Sydney dan Melbourne, bandar ni agak bising dan orang-orangnya pon selalu busy. Memang tak macam di Western Australia. Nak kata ada traffic congestion tu, macam susah nak jumpa. Tapi, kalau anda nak complete tour di Australia dengan travel to semua bandar, anda boleh drive dari bandar ke bandar, naik bus or keretapi and lastly, naik flight. Nak pergi New Zealand dari Australia memang murah. Kalau anda bercuti panjang, bolehla visit New Zealand yang memang lawa!
Kat Western Australia ni, kalau anda drive, better isi full tank di bandar sebab harga minyak agak mahal bila di sub-bandar. Sebenarnya, nak cari petrol pump pon agak susah. Jadi, ready awal-awal tau. Kalau setakat nak drive kereta for city usage, rasa macam rugi sangat sebab kat Perth ni ada free public transport known as CAT bus. Kalau rasa nak jalan-jalan sambil ada feeling konon-konon ada tour guide, bolehla naik bas HOHO. Sila tengok
SINI sebab HOHO ni affordable and accessible to most city attraction sites. Paling best, kat Western Australia ni ada Transperth and if you buy the ticket, anda boleh menggunakan perkhidmatan bus-feri-keretapi hanya menggunakan satu tiket. Faham tak? 1 tiket sahaja untuk guna semua perkhidmatan. Berbaloi-baloi tau. Tapi, depends dengan ticket yang anda beli la sebab okay, let say anda beli tiket train for 3 hour then in the mean time, you can used the ticket for ferry and bus within the permissible 3 hour. Kalau dah expired, kenalah beli tiket baru. Oh! Ada je tiket for student and senior citizen tapi hanya untuk warga Australia tau. Tak payah nak try tunjuk student card Malaysia kat sana sebab memang tak laku. Haih. Tak percaya? Kami sudah buat kat few place last-last malu sendiri sat. Hehe. Yang penting, apa-apa yang boleh dapat discount mestila kena try kan? No harm trying but in this case, tak payah la. Even entrance fee to attraction places pon ada mention special price for senior citizen and student, tapi diingatkan, hanya untuk warga Australia sahaja.
Since Australia ni besar, ada tempat yang waktunya berbeza dengan Malaysia dan ada tempat yang waktunya sama je dengan Malaysia. Sydney-Malaysia hanya 2 jam, Perth-Malaysia waktunya sama je, Melbourne-Malaysia juga 2 jam, Brisbane-Malaysia pon 2 jam, Darwin-Malaysia hanya 1.5 jam. Jadi, bila dah sampai je cepat-cepat set jam ke waktu mereka supaya tak lari plan anda. Lagi satu, bila set jam ni nanti tak la miss waktu solat kan. Tak kisah nak berjalan tapi solat tu janganla abaikan. Bila travel ni, satu keringanan yang kita dapat ialah solat jama' dan qasar. So, bila nak berjalan tu tak la rasa terkejar-kejar sangat sebab dah settle tang solat.
Herm. Since ada orang tanya, budget trip nak pergi Australia ni berapa? And my answer would be - depends dengan budget anda. Kalau accomodation and flight ticket dah settle, around RM2000 per person pon are more than enough. More than enough to means maximum budget tau sebab kalau convert to AUD baru dapat AUD670. Bila travel selalu kena ready duit lebih in case of emergency kan. Ini kalau betul-betul on strict budget la. Kalau nak shopping sakan and makan tak ingat dunia, budget anda harusla lagi banyak kan sebab harga makanan kat Australia ni kira mahal juga. Accomodation kat Perth memang banyak, from backpacking to family travel, just name it. Jadi, kalau anda backpackers, memang boleh jimat banyak.
Bila dah pergi melancong over the sea ni, harusla ada camera kan. Macam tak lengkap trip kalau tiada camera. Hehe. Kalau rasa nak demand sikit, boleh beli camera once dah ada dekat Oz. Bila sampai sini, instead of rambang mata dengan clothes etc, TERMASUK IT zone and TERNAMPAK dslr nikon. Wahhh. Okay. Even dah convert duit AUD dengan RM pun still boleh save banyak tau. Tak masuk lagi discount after nego or bargain kan. Pergh. Sigh. Even masuk Apple Store pun boleh rasa nak borong all the gadget tau. Wahaha. The prices are slightly cheaper than Malaysia. Sobs. Time ni kalau takde duit pun rasa macam nak swipe credit card - I wish I had one. Haha. Salah satu cara penjimatan terunggul la kalau nak beli dslr or any gadget.
 |
| Nikon D3100 |
Another tips are - hm, you should know by now that Australia's immigration are super strict so please comply with their rules okay! Makanan yang dibenarkan dan dilarang untuk dibawa as below -as far as I can remember and sorry if I missed out anything :)
YES Maggi or any instant noodle
YES Mini rice cakes - Mini nasi impit
YES Sardine or mackerel in a tin
YES Instant soup sachet
YES Instant sachet - Perencah Nasi Goreng or Mee Goreng etc
NO Instant drinks - 3 in 1 Milo or Tea or whatever related
NO chicken or meat based
NO spices based
NO bread or flour based
 |
| Instant food yang dibawa |
Okay. Maybe I left out some sebab tak ingat sangat tapi you can trust us on above list! I hope so, Insha Allah. Haha. Since we've been in Perth for almost a week, one big way to save money is to cook on your own and then you can splurge your MONEY in shopping and souvenir! YAY. We brought foods all the way from Malaysia and hoped that we could passed through the immigration 'safe and sound' and Yes! we made it. Alhamdulillah. Nasib tak kena buang macam-macam kalau tak confirm sedih nak bercuti. Anyway, maybe we came as a family and group of five and and most important is we declared everything - tak sanggup kot nak bayar denda if found guilty -.- so the immigration officer lepaskan tanpa kena check our luggage. Time before nak lepas immigration memang muka semua cuak and suddenly, muka totally changed bila dapat lepas immigration without hassle. Another YAY!
Don't worry about food if you're planning to cook tapi for backpackers, you might need to save a little bit sebab harga makanan in Australia memang boleh tahan - boleh tahan cekik darah if you convert the currency. Haha. Oh. If you're lucky enough, some food were in a big portion and it can serves up to 2 people so memang jimat la kan? Em. What we noticed, fruits and veggie sangat murah! No wonder la pavlova tu orang boleh buat with bunch of fresh fruit sebab kat sini memang murah, just name it and you'll drooling for a moment. Tapi jangan terkejut sebab bahan kering - bawang, cili etc agak mahal compared to Malaysia. Since ada bawa banyak instant food sachet sebagai perencah, we just bought veggie and fruit untuk makan as salad. Sigh. Memang rasa nak stay sini je bila tengok harga strawberry-avocado-berries-salmon-asparagus etc semua murah-murah. Kalaula kat Malaysia harga buah murah-murah, confirm every week buat pavlova! Lagi sekali exaggerate.
Okay. Nak buat penutup sudah. Rasa macam panjang sangat entry ni dengan tips-tips yang hopefully dapat assist anda upon your travelling to Australia. Oh. Please be aware that Australia and New Zealand juga ada empat musim, makanya jangan underestimate climate kat Australia tau even tiada snow. Anda yang tak tahan sejuk sila bawa baju sejuk or sweater pun okay kot sebab kadang-kadang angin kuat yang memang sejuk. Kalau summer, memang quite panas dan kadang-kadang suhunya lagi tinggi dari Malaysia. Jadi, the best time kalau nak pergi melancong kat Australia ialah musim autumn - winter - spring. Nak tengok bunga-bunga, pergi la time Spring. Nak sejuk berangin boleh pergi time winter or autumn. We highly recommend anda untuk pergi bercuti time Spring or Autumn sebab cuaca best dan nice scenery!
Summer (December to February)
Autumn (March to May)
Winter (June to August)
Spring (September-November)
Selamat bercuti di Australia! Australian warmly welcomes you and hope you have a great trip and do make a good memories there! :) Sila jangan segan untuk bertanya tau, mama saya tak garang. Anda juga boleh tengok travelogue kami di Australia hanya dengan pergi ke label dan search Australia, easy peasy kan? :)