Showing posts with label Japan. Show all posts
Showing posts with label Japan. Show all posts

Sunday, 18 May 2014

Percutian Kansai: Part 4


السلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاته

24 Februari 2014

Berjumpa lagi di episod terakhir mama di Osaka, sejak memulakan training consultant, mama dan anak memang tidak menang tangan nak update blog kerana penuh dengan jemputan kursus. Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah beri kepada mama sekeluarga. Pagi ini, kalau ikutkan itinerary kami, hari ini adalah hari yang paling pack sekali dengan aktiviti sebab kami akan bergerak dari Osaka ke Nara, kemudian ke Kyoto dan Arashiyama. Kami bertolak ke Nara dengan menaiki Kintetsu-Nipponbashi Line yang memang terletak berdekatan dengan hotel kami. Tak perlulah kami untuk berjalan jauh ke main station Kintetsu Line di Namba.

Awal-awal pagi lagi kami dah bergerak ke Nara. Hari ini, kami menggunakan sepenuhnya Kansai Thru Pass kerana Osaka Pass kami sudah expired. Setibanya di Nara, kami memang teruja untuk melihat kawanan rusa di Nara Park tapi anak mama yang seorang ni punyalah takut dengan rusa. Kanak-kanak lagi berani main dengan rusa berbanding dengan anak mama ni. Nara Park ini memang agak luas dan di sepanjang kawasan ini terdapatnya temple, shrine, museum dan yang paling penting, terdapat juga hampir 1000 ekor rusa. Rusa di Nara Park ini sangat jinak dan semasa berjalan, binatang ini akan mengikuti kita untuk mendapatkan makanan. Kasihan mama lihat rusa-rusa ini kesemuanya tiada tanduk kerana telah dipotong untuk mengelakkan bahaya kepada pelancong. Sebenarnya, kawasan Nara ini tidaklah sebesar mana kerana bagi mama, ianya lebih kurang seperti pekan yang terdapat di Malaysia. Kebanyakan rumah-rumah di sini juga mempunyai senibina rumah tradisional Jepun. Mama dan Hafiz tidak mengikuti anak-anak dan husband pergi ke museum dan temple kerana malas untuk melihat temple mereka, jika lihat masjid okay juga....

Kintetsu Nara Station

Lelaki yang setia berdiri berhampiran dengan entrance Nara Station

Signboard di Nara

Five Story Pagoda

The Southern Octagonal Hall

Walaupun mama dan Hafiz hanya stay di Nara Park, tetapi perjalanan percutian di Nara masih diteruskan oleh anak-anak mama dengan ditemani oleh ayahnya. Destinasi seterusnya adalah ke Todaiji Temple. Jarak perjalanan ke Todaiji Temple dari Kofukuji Temple ini tidaklah jauh sangat, tapi memandangkan kami sudah menggunakan khidmat kaki sepenuhnya dari hari pertama di Osaka, memang terasa penat dan jauh kerana keadaan kaki yang lenguh dan sakit. Sememangnya, ketika berada di Jepun, pantang saja dapat naik train atau bus, memang kami akan mencari tempat duduk walaupun jarak perjalanan untuk ke satu-satu tempat adalah pendek. Bayangkan, kalau duduk seminggu di sini pun sudah boleh turun beberapa kilo, apa lagi kalau menetap di Jepun.

Todaiji Temple merupakan antara temple yang famous di Jepun dan juga menjadi landmark di Nara. Todaiji Temple ini juga masih aktif digunakan oleh penganut beragama Buddha. Ketika anak-anak mama tiba di sini, agak ramai juga pelawat yang berada di sini. Tempat ini juga menjadi tumpuan rusa-rusa terbiar di sini kerana bilangan pengunjung yang sentiasa penuh walaupun pada hari minggu. 

Namdaimon Gate

Guardian King, I guess so..?

Todaiji Temple

Deer in Nara Park!

Selesai di Nara Park kami bertolak ke Kyoto untuk melawat Nijo Castle. Untuk pergi ke Nijo Castle dari Nara, kami perlu bertukar-tukar laluan station memandangkan destinasi seterusnya yang terletak berhampiran dengan salah satu station di Kyoto Municipal Subway. Oleh kerana kami ingin menggunakan sepenuhnya Kansai Thru Pass, jadi laluan terbaik untuk ke Nijo Castle adalah dengan menaiki Tozai subway line dan turun di Nijo-jo Mae Station. 

Kintetsu Kyoto Station, train berwarna oren tak boleh digunakan oleh pemegang Kansai Thru Pass

Nijo Castle ini telah diiktiraf sebagai Warisan dunia, dan pembinaan istana telah dibuat pada zaman Shogun Tokugawa pada tahun 1603. Di dalam istana, terdapat karya-karya seni Jepun yang dilukis di skrin-skrin terutamanya lukisan yang mengambarkan bunga, pokok, burung dan binatang harimau. Nijo Castle ini juga agak luas dan mempunyai Zen Garden yang menarik.

Nijo Castle - 600Y entrance fee

Pintu gerbang

A UNESCO World Heritage Site!



Another castle in Nijo Castle compound

Selesai saja berjalan dalam area Nijo Castle yang sangat luas itu, kami kemudiannya menuju ke Arashiyama dengan menaiki kembali Kyoto Municipal Subway. Untuk menaiki randen ke Arashiyama, kami perlu bertukar-tukar subway memandangkan laluan dan itinerary kami memerlukan kami untuk menaiki subway di station tertentu. Dari Kyoto Station, kami turun di Karasuma Oike station (Karasuma Line) untuk menukar subway di laluan Tozai Line menuju ke Nijo Castle yang terletak betul-betul bersebelahan dengan Nijojo-mae station. Kemudian, untuk ke Arashiyama, kami naik kembali subway di station tadi dan turun di station terakhir iaitu Uzumasa Tenjingawa dan di sinilah kami menukar dari subway ke Randen Tenjingawa. Apa yang spesial dengan randen? Randen train ini memang berbeza dengan train lain yang terdapat di Jepun kerana tracknya berada di laluan jalan raya dan melalui kawasan-kawasan perumahan. Station Randen Arashiyama ni memang unik dan cantik berbanding station-station yang lain. Dan jika anda menaiki randen, ianya adalah percuma dengan menggunakan Kansai Thru Pass dan juga berdekatan dengan Togetsukyo Bridge dan Arashiyama Bamboo Groves. Dengan menaiki randen, anda juga dapat merasai pengalaman menaiki keretapi zaman dulu yang tidak mempunyai banyak gerabak. Kawasan ni adalah kawasan perkampungan dan sepanjang jalan menuju ke Arashiyama banyak terdapat rumah-rumah tradisional Jepun. Stesen Arashiyama sememangnya unik kerana hiasan-hiasannya dibuat daripada batang buluh yang berwarna-warni. Memandangkan tempat lawatan ladang buluh tu agak jauh untuk mama berjalan, anak-anak saja yang pergi dan mama serta husband melawat gerai- gerai kecil yang menjual cenderahati di situ.

Kyoto Subway Map

Menaiki randen ke Arashiyama

Randen Arashiyama Station

Memang cantik!

Entrance ke Station Arashiyama

Bamboo Groves!

Bamboo Groves again!

Ninomiya Temple

Sempat juga anak-anak mama masuk ke Tenryuji Temple untuk melihat keindahan Zen Garden yang terdapat di situ kerana Tenryuji Temple agak terkenal dengan senibina Zen. Bayaran masuk ke Tenryuji Temple adalah 500Y untuk seorang dewasa. Untuk perjalanan balik ke Osaka, kami segera pulang dengan menaiki randen untuk kembali ke Kyoto Station memandangkan ada sesuatu yang menanti kami di Kyoto Station.

Tenryuji Temple

Zen Pond

Arashiyama Statue?

Shinkansen ticket!

Selesai sahaja melawat Arashiyama, kami bertolak balik ke Kyoto, dan oleh kerana husband mama teringin sangat untuk menaiki Shinkansen, kami sekeluarga pun membeli tiket untuk bertolak ke Osaka. Tiket tersebut berharga 1,380Y seorang tanpa reserved seat dengan perjalanan selama 30 minit saja. Anda hanya boleh naik di Platform 1 atau 2 saja jika anda membeli unreserved seat tiket. Dan...inilah yang menanti kami di Kyoto Station! Akhirnya, berpeluang juga kami menaiki Shinkansen walaupun hanya untuk jarak yang dekat saja. Pada mulanya, kami ingin cuba menaiki Shinkansen menuju ke Osaka-Kobe tapi harga tiketnya agak mahal sedikit berbanding dari Kyoto-Osaka. Shinkansen yang kami naiki juga bukanlah yang paling laju, tapi pengalaman itu yang penting.

Semangat nak tangkap gambar shinkansen!

Close-up shinkansen

Setibanya di Osaka, walaupun kami dah kepenatan berjalan sehari suntuk di Nara dan Kyoto, anak-anak mama masih bersemangat untuk berjalan-jalan di sekitar Namba Walk dan Dotonbori. Lagipun, hari ini merupakan hari terakhir untuk mereka berjalan-jalan di Osaka, jadi mama biarlah mereka untuk membeli-belah buat kali terakhir kerana kami akan bertolak awal pagi dari Osaka dan pulang ke Malaysia pada keesokan harinya. Anak mama, Hafiz, sempat lagi memborong barang-barang aksesori dan kereta mainan Tamiya di Den-Den Town yang terletak berdekatan dengan hotel kami.

SK II sold in pharmacy? Sempat lagi berjalan di Namba Walk.

Saki baki illumination event. Ini je yang tinggal.

Night street yang happening

Takoyaki

Another Starbucks session!

Late supper during our last night in Osaka

Deretan basikal di parking yang disediakan

25 Februari 2014

Pagi ini adalah hari terakhir kami di Osaka dan disebabkan mama tidak mengambil teksi untuk ke Airport, kami bertolak awal dari hotel ke Nankai-Namba Station dan bertolak ke Kansai Airport dengan menaiki train sahaja. Hari ini terpaksalah kami menggunakan cash kerana kesemua pass yang dibeli sudah expired.

Kami sekeluarga selamat sampai di Malaysia hampir jam 6.00 petang. Insha-Allah, jika dipanjangkan umur dan murah rezeki kami akan pergi pula ke pulau-pulau lain di Jepun.

Tiket Nankai-Namba train

Nankai Information Board

Last airport scenery :)

p/s: Akhirnya, berjaya habiskan entry Kansai yang tertangguh. Phewww.


'Berkongsilah ilmu, kerana ia tidak akan pernah habis dan ambillah manafaat daripada ilmu tersebut sekiranya baik'


Tuesday, 15 April 2014

Percutian Kansai: Part 3

السلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاته

23 Februari 2014

Hari yang ketiga di Osaka. Awal pagi lagi kami sudah keluar dari hotel kerana hari ini kami hendak menggunakan Osaka Pass dengan semaksimum yang boleh, kerana pass ini hanya boleh digunakan dua kali sahaja semasa berada di Osaka. Cuaca hari ini sekitar 5- 6 Celcius agak mencabar juga bagi mama dan husband tapi anak-anak semuanya happy. Satu yang mama perasan di Osaka ni, mereka suka menggunakan basikal dan di sepanjang jalan di hotel penginapan kami terdapat banyak tempat parking basikal, mungkin satu masa nanti Malaysia boleh mencontohi budaya begini. Sepanjang perjalanan terdapat juga komplek membeli belah dan seperti biasa sempatlah juga kami membeli serba sedikit gift untuk menjadi kenangan. Sebenarnya, aktiviti hari ini agak terhad kerana kawan anak mama akan menyertai trip kami ini hanya untuk beberapa jam sebelum balik ke Malaysia. Seronoklah anak-anak mama sebab ada tourist guide tak rasmi yang boleh teman mereka sambil-sambil mendengar tips untuk membeli makanan dan minuman di Osaka.

Jadi, untuk aktiviti di sebelah pagi, kami hanya berjalan sekitar hotel. Walaupun kami dah berada di Osaka untuk 3 hari, tapi kami masih belum berkesempatan untuk berjalan di sekitar hotel yang memang terletak berhampiran dengan Shinsaibashi dan Dotonbori. Keadaan di Dotonbori dan Shinsaibashi di waktu pagi memang agak lengang walaupun di hari minggu. Tapi, bak kata kawan anak mama ni, orang-orang di Jepun terutama area Kansai ini memang suka buka kedai lambat tetapi tutup awal. Kadang-kadang terfikir juga, yang kita selalu disogokkan dengan kehidupan orang Jepun yang sangat rajin dan menepati masa. Jadi, setibanya di Kansai, agak terkejut jugalah dengan kehidupan masyarakat di sini.

Lucky Owl Restaurant

Dotonbori in early morning

Dotonbori

A symbol of Dotonbori - octopus!

Takoyaki

Akhirnya, dapat jugalah anak-anak mama merasa makan takoyaki di Jepun. At least dapatlah mereka merasa makanan Jepun kerana sewaktu bercuti di Korea sebelum ini, tak sempat kami nak merasa makanan Korea kerana bimbang dengan status halal. Masa ini, Shinsaibashi-suji sudah mula dipenuhi dengan pelancong. Dan kebetulan juga, sewaktu anak-anak mama berjalan di Shinsaibashi, mereka telah ditegur dengan sekumpulan pelajar dari Malaysia. Sempatlah kami berbual dan berkenalan dengan mereka, lagipun, mereka juga mengenali kawan kepada anak mama. Tanpa membuang masa, sempatlah mereka berkongsi tips-tips bercuti di Osaka. Yang paling seronok, walaupun suhu ketika ini sangat sejuk, anak-anak mama sempat juga membeli ice-cream sebab mereka dah teringin sangat nak merasa matcha (green tea) ice-cream.

Glico man - morning! nothing fancy here.

Shinsaibashi Suji

Morning walk in Shinsaibashi

Ebisubashi Suji

Dotonbori Walk

Dotonbori ZAZA - free entry with Osaka pass only for selected performance 

Matcha ice cream!

Oleh kerana flight kawan anak mama akan berlepas pada pukul 1, jadi kami berehat sebentar di hotel sebelum memulakan perjalanan ke destinasi seterusnya. Kami meneruskan perjalanan ke Osaka Museum of History yang merupakan sebuah muzium 13 tingkat yang menyimpan peninggalan model-model dari 1500 tahun Osaka dalam pelbagai dimensi. Muzium ini dibuka pada tahun 2003 dan terletak berhampiran dengan Istana Osaka. Pengunjung akan diarahkan untuk bermula dari tingkat sehingga ke tingkat bawah di mana setiap tingkat mempamerkan sejarah Osaka dari zaman yang berbeza-beza. Harga untuk memasuki museum ini adalah 600 yuen dan kami masuk secara percuma dengan menggunakan Osaka pass.

Osaka Museum of History

Astro Boy Exhibition


Exhibition on the highest floor - back in Naniwa period 

Permanent exhibition

The Age of Greater Osaka Gallery

Dari muzium tersebut, kami bergerak ke Osakako Port untuk menaiki Cruise percuma dengan mengunakan pass yang ada, tetapi malangnya apabila sampai ke sini, cruise tersebut telah berlepas dan merupakan cruise terakhir untuk hari itu. Jadi bagi mengelakkan rasa terkilan anak-anak, kami menjamu selera di Bab-ul Hayat, Turkish Restaurant di Tempozan Marketplace. Hidangan disediakan secara buffet dengan harga 1,680 yen seorang. Disebabkan dah berhari-hari kami makan instant food dan canned food, sesekali dapat makan makanan panas dan halal di Jepun, memang seronoklah. Lagi pula, bayaran yang dikenakan adalah untuk makanan secara buffet selama 90 minit, jadi memang seronoklah anak-anak mama dapat jumpa makanan halal. Kami paling suka kebab ayam yang dihidangkan dan kebetulan juga, kami mendapat promosi percuma aiskrim Turki hanya pada hari itu sahaja. Sambil makan sambil kami mencuci mata melihat matahari terbenam di bumi Jepun. Pemandangan di Osaka Port sangat cantik dan tenang. Kami juga sempat berkenalan dengan seorang warga Jepun dengan keluarganya untuk ke Kaiyukan Aquarium. Sebelum balik semula ke hotel, sempatlah kami bergambar di waktu malam di Osaka Aquarium Kaiyukan. Walaupun pada malam hari, masih ramai juga orang yang berada di sekitar Tempozan Marketplace.

Tempozan Ferris Wheel

Belly Dance Show, anyone?

Turkish Restaurant in Tempozan Marketplace

Chocolate Fondue!

Buffet style

Osaka Aquarium Kaiyukan - night view

Some illumination along Tempozan

Tempozan Ferris Wheel - free with Osaka Pass


Looking for souvenirs?

Pada sebelah malam, berhampiran dengan hotel penginapan kami, dengan menggunakan Osaka pass, mama sekeluarga menaiki Tombori River Cruise yang terletak berhampiran Don Quixote yang menyususri Tombori River selama hampir 30 minit. Terlepas menaiki cruise, dapat naik ini pun jadilah. Pemandu pelancong yang berpakaian seperti renjer memperkenalkan dirinya dan sepanjang perjalanan berceloteh dengan menggunakan bahasa Inggeris yang mudah dan bahasa jepun. Sebenarnya tiada satu pun yang menyeronokkan kerana ianya menyusuri sungai yang bersebelahan dengan shopping-shopping kompleks, tetapi memandangkan ianya percuma dan termasuk dalam itinerary yang telah disediakan oleh anak2 mama kami pun mengikut saja.

Tombori River Cruise - free with Osaka Pass

Tour guide cakap ini Love Hotel - ehem.

Amerikamura at night

Glico man - night!

Hampir jam 11.00 malam selepas menaiki bot dan berjalan di sekitar Dotonbori Walk, kami pun pulang ke hotel untuk berehat. Jumpa mama di episod terakhir.............

Review: Adina Apartment Hotel Melbourne

Assalamualaikum! Just a short and simple review after long silence. Cleanliness: Since we took an apartment with kitchen facilit...