السلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاته
Tidak sedar masa berlalu dengan pantas, rasanya baru saja bulan Januari 2014 dan esok tinggal satu hari lagi kita akan meninggalkan tahun 2014 dengan pelbagai peristiwa yang telah berlaku di Malaysia.
Bagi mama sepanjang tahun 2014, banyak juga kenangan manis yang dilalui terutama semasa mencari pengalaman baru ke luar negara bersama keluarga. Sebagai bekas penjawat awam yang telah berkhidmat selama 32 tahun, banyak ilmu dan pengalaman yang dapat mama kongsikan apabila mama dan family menubuhkan Sarisma Training and Consultant pada Bulan Disember tahun 2013.
Akhirnya, berjaya juga kami menyediakan website syarikat untuk dikongsikan dengan pembaca blog Kasih Sayang Sepanjang Hayat. Bagi sesiapa yang berminat dengan kursus-kursus yang kami tawarkan, bolehlah hubungi kami melalui website, blog atau Facebook kami. InsyaAllah, kursus-kursus kami akan bermula Januari ini. Sebarang pertanyaan dan penyertaan boleh diajukan kepada kami melalui media-media berikut dan jangan segan-silu untuk hubungi kami!
P/s: Berminat untuk menyertai Kursus Pengurusan Stor yang berkesan? Hubungi kami segera!
Website Sarisma Training & Consultant: SARISMA TRAINING
Facebook: Sarisma TC
"Sampaikanlah, walaupun hanya satu ayat"