Friday 14 February 2014

Slipped Disc or Herniated Disc

Assalamualaikum


It's February, finally! Can't wait for the time to come. InsyaAllah, soon. Topic untuk entry kali ini khas untuk pesakit tulang dan urat, just teringin nak share something beneficial kepada anda. Since mama adalah salah seorang pesakit slipped disc, memang tak tahan kalau tengok mama bila sakit ni tiba-tiba datang. Mama selalu cakap biar sakit beranak lagi dari sakit slipped disc. Maknanya memang sakit yang amat sebab slipped disc ini tiada ubat, jadi pesakit slipped disc hanya boleh bertahan dengan pain killer atau buat rawatan fisioterapi. Tapi, ubat pain killer ini tak digalakkan untuk daily consumption sebab takut mendatangkan sakit yang lain nanti. Whatever it is, kurangkan bergantung dengan ubat selagi anda boleh bertahan sebab terlebih consume ubat adalah bahaya lagi-lagi untuk budak-budak. Okay. Back to topic.

According to Wiki, slipped disc or herniated disc is actually grown together with the adjacent vertebrae and can be squeezed, stretched and twisted, all in small degrees. It can also be torn, ripped, herniated and degenerated. Disc herniation can result from general wear and tear, and such as when performing jobs that require constant sitting and squatting. However, herniation often resulted from jobs that require lifting.- This was taken from Wiki, please do more reading on the Internet if you're eager to know more. If you require more info and what could cause the herniation, please seek and consult the experts! I mean, doctors! :)

What am I going to share here, are some famous traditional practitioner - Pakar Tulang Tradisional Cina dan Melayu. Kadang-kadang memang kita akan was-was dengan mereka tapi sentiasalah beringat yang kita hanya mencari ikhtiar untuk sembuhkan penyakit, tapi yang sembuhkan penyakit kita hanya Allah s.w.t. Jadi, tak salah kalau kita cuba nak cari macam-macam cara - biarlah yang rasional dan halal ye - asalkan tak melampau sangat sudahlah. Mama dah pernah pergi 2 tempat ni tapi dua-dua kat Johor ye. Agak jauh bagi mereka yang duduk kat Utara sana. Tapi, kalau anda bercuti di area Johor Bahru, bolehlah pergi di tempat pakar tulang ni. Sila jangan expect mereka - pakar tulang ni as doctor ye sebab mereka adalah pengamal perubatan tradisional yang guna herba-herba dan pakar urutan untuk tulang.

Pakar Tulang Tradisional Cina ni memang famous kat Johor. Kalau tak silap, pernah keluar tv lagi sebab ramai orang pergi sini untuk dapatkan rawatan. Bayaran untuk sekali sesi rawatan hanya RM25/seorang dan walaupun anda akan terkejut time sampai sebab terlalu ramai orang, jangan risau sebab masa rawatan mereka agak cepat. Memang ramai yang dapatkan rawatan kat sini, jadi kalau anda ada masalah tulang atau slipped disc dan seumpamanya, bolehlah try datang berubat kat sini. Beroperasi dari hari Isnin hingga Sabtu dan tutup hari Ahad. Tiada nombor untuk dihubungi jadi sila gunakan khidmat GPS sebaiknya. Bila dah sampai area Kg Ungku Mohsin ni, tanya je dengan jiran tetangga di sana, InsyaAllah mereka boleh tunjukkan. Alamat rumah (name card mereka sudah hilang, harap maaf):

No 6 Lorong 1, Kg Ungku Mohsin, Johor Bahru, Johor (Uncle Chong)

Lagi satu tempat yang mama pernah pergi, still dekat area Johor Bahru tapi uncle ni adalah Melayu dan tidak mengenakan bayaran yang tetap. Ikut anda nak bagi sumbangan berapa dan masa rawatan agak lama. Pakcik ni pun famous bila bab-bab tulang dan urut-mengurut ni. Tapi, bagi perempuan yang masih muda tak digalakkan pergi sebab cara rawatannya tak berapa sesuai untuk mereka yang masih muda. Alamat rumah:


Jadi, terpulang kepada anda nak pergi yang mana satu sebab dua-dua pun okay juga. Biasanya rawatan ni memerlukan masa yang agak lama, tak ada lah pergi sekali terus dah sihat kan. Yang penting kita usaha untuk merawat penyakit, yang menyembuhkan semuanya kerja Allah. Kalau rasa nak try buat rawatan di atas, bolehlah cuba di pakar tulang cina sebab memang senang nak cari rumahnya. InsyaAllah, kalau tak dapat sembuh, sekurang-kurangnya dapat kurangkan sakit anda. :)


"Sesungguhnya sakit dan ujian itu adalah penghapus dosa bagi seseorang muslim."


Thursday 6 February 2014

Cari transport di Perth?

Assalamualaikum


Hari ni first day teman mama bagi ceramah under consultant. Alhamdulillah, berjalan dengan lancar. Siapa-siapa yang berminat untuk kursus-kursus latihan, silalah hubungi kami! Baiklah. Sempat promote lagi. Since entry untuk kali ini adalah holiday tips and tricks, we gonna introduce you to Mr. Idrus. Kami baru saja terima email dari En Idrus ni berkaitan transportation di Perth, Australia. Maybe kalau tahu dari awal, mesti kami dah cuba service yang disediakan oleh En Idrus ni.

En. Idrus ni merupakan warganegara Malaysia yang menetap di Perth, Australia dan dia ada menyediakan khidmat transport termasuk driver kepada mereka yang berminat dan ingin melancong ke Perth. En. Idrus ni mempunyai mini bus untuk 9 - 10 orang dan amat sesuai sekali untuk family trip macam kami ni dan En Idrus ni sendiri yang akan drive mini-bus tersebut. Rate yang ditawarkan adalah AUD150/sehari termasuk minyak dan parking. Kalau anda berminat maybe boleh negotiate dengan En Idrus ni untuk rate yang lagi berpatutan.

Untuk pengetahuan anda, kami bukan saja-saja nak promote orang tapi memandangkan ramai orang Malaysia memang suka ke Australia, lagi-lagi ke Perth, jadi, niat kami hanya nak membantu anda. Sekadar berkongsi rezeki di bumi Allah. Bila kita bantu orang lain, InsyaAllah orang akan bantu kita satu hari nanti. Hehe. Tapi, janganlah selalu nak harapkan balasan je kan, nampak sangat tak ikhlas nanti. Em. Digalakkan untuk menghubungi directly kepada En. Idrus sama ada nak Whatsapp atau Viber. Jangan hubungi kami sebab kami pun tak kenal En. Idrus ni. Hehe. Maybe En. Idrus ni boleh jadi tour guide tak rasmi anda ketika bercuti di Perth? Siapa tahu kan. Bagi mereka yang beragama Islam, InsyaAllah En Idrus ni sedia membantu anda. Apapun, sila negotiate dengan dia okay untuk sebarang pertanyaan. Seronok sebenarnya bercuti sambil tengok perkembangan Islam kat negara lain.

Apapun, terpulang kepada anda sebab kat Perth memang banyak public transport dan agak senang untuk diakses dari mana-mana. Tapi, kadang-kadang kalau one big family plus ada anak kecil berderet, memang penat la nak handle mereka kan. Sebab tu, ramai yang bercuti ke Perth prefer untuk cari kereta sewa. Jadi, buatlah pilihan yang terbaik untuk anda! :)

Perlukan khidmat En. Idrus? Atau, ingin bertanya lebih lanjut? Sila hubungi +61411536495 melalui Whatsapp atau Viber.

Alhamdulillah, we seem to have our own silent readers, as well as abundance of email(s)! Thanks for your support, readers! Let the ukhuwah remains and expands throughout the world! :)


"Ukhuwah is the best connection for human, we learn as we grow and we cherish every relationships in the name of Islam"


Review: Adina Apartment Hotel Melbourne

Assalamualaikum! Just a short and simple review after long silence. Cleanliness: Since we took an apartment with kitchen facilit...