Thursday, 21 February 2013

Tips: Melancong ke Australia!

Assalamualaikum


Dulu before nak pergi Perth, apa yang kami buat - cari tips nak jalan-jalan dekat Perth. Insha Allah, kalau ada rezeki lebih bolehla berjalan ke part lain Australia. Dalam entri sebelum ni, this is our very first time jalan-jalan over the sea without hire mana-mana travel agent. Mula-mula memang parent macam nak tak nak je dengan plan ni sebab macam tak confident je kan nak jalan-jalan lagi pula bila berada kat negara orang. Tapi bila anak mereka semangat kemain nak buat itinerary sendiri, maka parent pon layankan aje. Overall, memang budget bila jalan sendiri lagi murah dan lagi bebas compared to ambil package.

Firstly, before nak masuk negara orang ni, make sure anda sebagai visitor ada passport yang valid okay! Ini memang penting or else anda akan ditahan dan tidak dibenarkan masuk ke negara asing. Lepas susah payah beli flight ticket and book accomodation, tetiba anda tak dapat pergi. Tak ke frust? Haruslah frust kan. Jadi, first and foremost, please make sure passport anda valid for at least 6 month from the respective date. Please be aware okay! :)

Secondly, sambil-sambil excited berangan nak berjalan tu, rajin-rajinkan la diri anda untuk surf Internet. Banyak info's boleh dapat kalau rajin tau. Okay okay. Back to the tips, Australia ni requires all the visitors to possess a visa. Sangat penting tau! Tiada visa, tiada la cuti di Australia. Hehe. Visa ni bukan semua negara wajibkan visa, depends la. Tapi kalau nak pergi Australia, memang kena ada visa. Nak buat visa, search je dekat sini sini! Haha. Baiklah. Jangan marah lepas click kat link tau! Effort itu penting. Hehe. Selalunya boleh contact dengan mana-mana travel agent untuk buatkan visa - memang harga berpatutan! Or else pergi directly kat Australia Embassy and obtain your visa here. :)

Thirdly, what you should know is Australian sangat strict when it comes to things yang mereka highlighted as permitted. Jadi, nak senang anda-anda yang membaca haruslah be honest okay kalau sampai negara Down Under ni. Nak pass through immigration mereka, boleh nervous nak fikir excuses tau. Lagi pula Malaysian ni comel-comel je size kan, bila facing mereka yang memang obviously lagi tinggi-tinggi ni confirm boleh buat lutut ketaq. 

Fourthly, for Muslim, please search prayer time awal-awal okay so it's easier nanti once kaki sudah jejak bumi Aussie. Yay. Kalau yang guna smartphone, lagi no worries! sebab nak cari qiblat boleh guna apps dalam smartphone. Tapi, for us, papa lagi prefer bawa compass and determine sendiri arah qiblat. Insha Allah boleh dapat arah qiblat yang betul. Bila pergi sendiri ni, susah senang kena pandai-pandai fikir sendiri. Nak tanya reception arah qiblat pon belum tentu mereka tahu tau. Anyway, better prepared earlier macam orang selalu cakap - sediakan payung sebelum hujan :) As for us, all the information and things that we should know sudah ready awal-awal. Ada je surau and masjid, but you might wish that you're lucky enough to find it. 

Enough with numbers sebab the tips getting longer without me, noticing it -.- Even for food, basically, kalau ada tanda halal dekat kedai or restaurant, Insha Allah halal sebab we can trust them on this. As what I know, Australian sangat frank and honest. Tapi, kalau nak betul-betul confirm, just asked the person yang serve anda. Or else, you can download WA Guide Book ni and memang sangat helpful especially for Muslim. Boleh kata, ada guide book ni boleh settle macam-macam. Haha. Over -.-

*Penambahan baru - oleh sebab baru je perasan yang link Guide Book kat atas tu dah tak boleh pakai, anda boleh request saja sebab tak pandai nak upload Guide Book file kat blog. Very sorry sebab sekarang baru perasan. Seriously, guide book ni memang membantu so do drop any comment or feel free to email me if you need the guide book.

Okay. Ni penambahan tips baru sebab ada orang request. Tips-tips ni banyak focus kat Western Australia je. Part lain tu kami tak boleh nak cover sangat sebab tak sampai lagi. Apapun, Australia ni sama je cuma Western Australia ni la paling murah bab cost nak melancong. Part lain kat Australia ada highway yang berbayar dan bila nak berjalan jauh-jauh tu, anda kena fikir pasal duit tol. Kalau di Western Australia, highway dipanggil freeway. Yes. Memang free. Pergila jauh mana pon tapi memang free as long as anda di dalam area Western Australia, just fikir nak topup minyak je. Kalau nak drive kat Australia ni, anda kena drive ikut had laju yang ditetapkan. Jangan drive macam kat Malaysia tau unless kalau duit dah banyak sangat nak bayar saman yang mahal tu. Saman kat Malaysia pon dah banyak, nak tambah lagi dengan saman Australia kan. Bila nampak had laju 80km/j tu, ikut je dan jangan nak cuba-cuba drive laju. Balik Malaysia nanti sampailah saman kat rumah kalau anda drive laju kat Australia. Tapi, disebabkan kereta-kereta kat Australia ni mostly drive slow, confirm anda pon jadi segan nak drive laju.

Bila dah sampai Australia, ada banyak public transportation seperti bus, feri, interchange metro dan keretapi antara bandar. Untuk pengetahuan anda, Perth dan area Western Australia boleh dikatakan bandar yang agak laid back dan memang sesuai kalau anda nak bercuti sambil-sambil release tension. Compare to bandar-bandar besar lain macam Sydney dan Melbourne, bandar ni agak bising dan orang-orangnya pon selalu busy. Memang tak macam di Western Australia. Nak kata ada traffic congestion tu, macam susah nak jumpa. Tapi, kalau anda nak complete tour di Australia dengan travel to semua bandar, anda boleh drive dari bandar ke bandar, naik bus or keretapi and lastly, naik flight. Nak pergi New Zealand dari Australia memang murah. Kalau anda bercuti panjang, bolehla visit New Zealand yang memang lawa!

Kat Western Australia ni, kalau anda drive, better isi full tank di bandar sebab harga minyak agak mahal bila di sub-bandar. Sebenarnya, nak cari petrol pump pon agak susah. Jadi, ready awal-awal tau. Kalau setakat nak drive kereta for city usage, rasa macam rugi sangat sebab kat Perth ni ada free public transport known as CAT bus. Kalau rasa nak jalan-jalan sambil ada feeling konon-konon ada tour guide, bolehla naik bas HOHO. Sila tengok SINI sebab HOHO ni affordable and accessible to most city attraction sites. Paling best, kat Western Australia ni ada Transperth and if you buy the ticket, anda boleh menggunakan perkhidmatan bus-feri-keretapi hanya menggunakan satu tiket. Faham tak? 1 tiket sahaja untuk guna semua perkhidmatan. Berbaloi-baloi tau. Tapi, depends dengan ticket yang anda beli la sebab okay, let say anda beli tiket train for 3 hour then in the mean time, you can used the ticket for ferry and bus within the permissible 3 hour. Kalau dah expired, kenalah beli tiket baru. Oh! Ada je tiket for student and senior citizen tapi hanya untuk warga Australia tau. Tak payah nak try tunjuk student card Malaysia kat sana sebab memang tak laku. Haih. Tak percaya? Kami sudah buat kat few place last-last malu sendiri sat. Hehe. Yang penting, apa-apa yang boleh dapat discount mestila kena try kan? No harm trying but in this case, tak payah la. Even entrance fee to attraction places pon ada mention special price for senior citizen and student, tapi diingatkan, hanya untuk warga Australia sahaja.

Since Australia ni besar, ada tempat yang waktunya berbeza dengan Malaysia dan ada tempat yang waktunya sama je dengan Malaysia. Sydney-Malaysia hanya 2 jam, Perth-Malaysia waktunya sama je, Melbourne-Malaysia juga 2 jam, Brisbane-Malaysia pon 2 jam, Darwin-Malaysia hanya 1.5 jam. Jadi, bila dah sampai je cepat-cepat set jam ke waktu mereka supaya tak lari plan anda. Lagi satu, bila set jam ni nanti tak la miss waktu solat kan. Tak kisah nak berjalan tapi solat tu janganla abaikan. Bila travel ni, satu keringanan yang kita dapat ialah solat jama' dan qasar. So, bila nak berjalan tu tak la rasa terkejar-kejar sangat sebab dah settle tang solat.

Herm. Since ada orang tanya, budget trip nak pergi Australia ni berapa? And my answer would be - depends dengan budget anda. Kalau accomodation and flight ticket dah settle, around RM2000 per person pon are more than enough. More than enough to means maximum budget tau sebab kalau convert to AUD  baru dapat AUD670. Bila travel selalu kena ready duit lebih in case of emergency kan. Ini kalau betul-betul on strict budget la. Kalau nak shopping sakan and makan tak ingat dunia, budget anda harusla lagi banyak kan sebab harga makanan kat Australia ni kira mahal juga. Accomodation kat Perth memang banyak, from backpacking to family travel, just name it. Jadi, kalau anda backpackers, memang boleh jimat banyak.

Bila dah pergi melancong over the sea ni, harusla ada camera kan. Macam tak lengkap trip kalau tiada camera. Hehe. Kalau rasa nak demand sikit, boleh beli camera once dah ada dekat Oz. Bila sampai sini, instead of rambang mata dengan clothes etc, TERMASUK IT zone and TERNAMPAK dslr nikon. Wahhh. Okay.  Even dah convert duit AUD dengan RM pun still boleh save banyak tau. Tak masuk lagi discount after nego or bargain kan. Pergh. Sigh. Even masuk Apple Store pun boleh rasa nak borong all the gadget tau. Wahaha. The prices are slightly cheaper than Malaysia. Sobs. Time ni kalau takde duit pun rasa macam nak swipe credit card - I wish I had one. Haha. Salah satu cara penjimatan terunggul la kalau nak beli dslr or any gadget.

Nikon D3100
Another tips are - hm, you should know by now that Australia's immigration are super strict so please comply with their rules okay! Makanan yang dibenarkan dan dilarang untuk dibawa as below -as far as I can remember and sorry if I missed out anything :)

YES Maggi or any instant noodle
YES Mini rice cakes - Mini nasi impit
YES Sardine or mackerel in a tin
YES Instant soup sachet
YES Instant sachet - Perencah Nasi Goreng or Mee Goreng etc
NO Instant drinks - 3 in 1 Milo or Tea or whatever related
NO chicken or meat based
NO spices based
NO bread or flour based

Instant food yang dibawa

Okay. Maybe I left out some sebab tak ingat sangat tapi you can trust us on above list! I hope so, Insha Allah. Haha. Since we've been in Perth for almost a week, one big way to save money is to cook on your own and then you can splurge your MONEY in shopping and souvenir! YAY. We brought foods all the way from Malaysia and hoped that we could passed through the immigration 'safe and sound' and Yes! we made it. Alhamdulillah. Nasib tak kena buang macam-macam kalau tak confirm sedih nak bercuti. Anyway, maybe we came as a family and group of five and and most important is we declared everything - tak sanggup kot nak bayar denda if found guilty -.- so the immigration officer lepaskan tanpa kena check our luggage. Time before nak lepas immigration memang muka semua cuak and suddenly, muka totally changed bila dapat lepas immigration without hassle. Another YAY!

Don't worry about food if you're planning to cook tapi for backpackers, you might need to save a little bit sebab harga makanan in Australia memang boleh tahan - boleh tahan cekik darah if you convert the currency. Haha. Oh. If you're lucky enough, some food were in a big portion and it can serves up to 2 people so memang jimat la kan? Em. What we noticed, fruits and veggie sangat murah! No wonder la pavlova tu orang boleh buat with bunch of fresh fruit sebab kat sini memang murah, just name it and you'll drooling for a moment. Tapi jangan terkejut sebab bahan kering - bawang, cili etc agak mahal compared to Malaysia. Since ada bawa banyak instant food sachet sebagai perencah, we just bought veggie and fruit untuk makan as salad. Sigh. Memang rasa nak stay sini je bila tengok harga strawberry-avocado-berries-salmon-asparagus etc semua murah-murah. Kalaula kat Malaysia harga buah murah-murah, confirm every week buat pavlova! Lagi sekali exaggerate.

Okay. Nak buat penutup sudah. Rasa macam panjang sangat entry ni dengan tips-tips yang hopefully dapat assist anda upon your travelling to Australia. Oh. Please be aware that Australia and New Zealand juga ada empat musim, makanya jangan underestimate climate kat Australia tau even tiada snow. Anda yang tak tahan sejuk sila bawa baju sejuk or sweater pun okay kot sebab kadang-kadang angin kuat yang memang sejuk. Kalau summer, memang quite panas dan kadang-kadang suhunya lagi tinggi dari Malaysia. Jadi, the best time kalau nak pergi melancong kat Australia ialah musim autumn - winter - spring. Nak tengok bunga-bunga, pergi la time Spring. Nak sejuk berangin boleh pergi time winter or autumn. We highly recommend anda untuk pergi bercuti time Spring or Autumn sebab cuaca best dan nice scenery!

Summer (December to February) 
Autumn (March to May) 
Winter (June to August)
Spring (September-November) 

Selamat bercuti di Australia! Australian warmly welcomes you and hope you have a great trip and do make a good memories there! :) Sila jangan segan untuk bertanya tau, mama saya tak garang. Anda juga boleh tengok travelogue kami di Australia hanya dengan pergi ke label dan search Australia, easy peasy kan? :)

60 comments:

  1. Salam Kak

    Thank you for the TIPs!!! Its really help..:) Saya nk p Perth next month. Kami pun plan p sendiri tak guna tour guide pun..cheaper rite?!?! Musim sejuk dah..nak tak nak memang kena bawa baju tebal..saya tak tahan sejuks.....:(:(


    ReplyDelete
  2. Salam Kak

    Thank you for the TIPs!!! Its really help..:) Saya nk p Perth next month. Kami pun plan p sendiri tak guna tour guide pun..cheaper rite?!?! Musim sejuk dah..nak tak nak memang kena bawa baju tebal..saya tak tahan sejuks.....:(:(


    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,

      Memang seronok dapat bercuti pergi dengan family ke atau dengan kawan-kawan?
      sekiranya pergi sendiri tak ikut pakej, jika belum booking apartment mama recommend ambillah city stay apartment yang kat harbour town sebab senang hendak pergi mana-mana dan banyak tempat shoping.Tentang cuaca tu pada mama ok sebab family mama semua duk gila dengan cuaca sejuk, tapi mama sarankan juga jika tak tahan sejuk bawalah baju sejuk sebab anginnya memang boleh tahan sejuk.... Bagi jimat kos lebih elok masak sendiri sebab vege dan fish terutama salmon memang murah dan segar banding di Malaysia. Jika nak beli souvenier belilah kat Fremantle tempat yang mama mention dalam entri sebelum ni.

      Delete
  3. Salam,

    terima kasih for Tips yang diberikan tentang makanan yang boleh dibawa ke Perth, Australia. Agak kecewa bila nak bawa Maggie aje. Selamat boleh bawa perencah instant dan tin sadin. X kebuluh makanan melayu. saya dan kawan2 akan ke sana minggu depan.

    Agak susah nak cari blog2 yang tulis tentang tip untuk ke Australia ni.
    terima kasih!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam.

      Alhamdulillah sbb dapat membantu! Nak selamat, asingkan brg makanan dlm 1 luggage so sng nak check. Plg penting, be honest dgn immigration officer mereka sbb once caught cheated, denda tinggi yang amat. Wokeh! Have fun bercuti kat Perth! Oh. Jangan lupa pergi E Shed Market kat Fremantle tau kalau nak beli souvenir. Ada sorang chinese uncle ni mmg super peramah and please mention yang aimi tahu pasal kedai tu through blog, confirm dapat best deal dari uncle tu! Haha.

      You're most welcome! :)

      Delete
  4. Assalam....sgt2 bguna tips2 kt sini.sy sdg survey camne nk visit australia without hire any travel agent.lg best sbb x trikat dgn sebarang jadual n of course lbih murah kan....

    Hope i can get more info about australia....and really appreciate it...

    Thank you.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam.

      Thanks sebab singgah di blog kami. Memang murah sangat sebab mostly travel agent ni quote price without food. Jadi, kalau kira-kira balik, baik travel sendiri sebab price untuk pakej + makanan lagi confirm dah lebih expenses kan. InshaAllah kalau ada apa-apa lagi tips, memang kami akan share. Hope boleh assist orang lain bila melancong kan? Rajin-rajin la visit blog ni :)

      Delete
  5. Assalam.. a lot of info here thank you very much.. i akn ke perth august nnt..tengah duk search tempat-tempat menarik untuk dilawati, accomodation and also transportation nnt..but overall our trip is more on budget trip la..we are 7 people..

    cume confuse sikit City Stay apartment tu kite rent satu apartment yang boleh masuk 7 org ke or kena rent by room jgk..

    One more thing, psl car rental dia kira macam mana ye..because when i search some company need to pay for a deposit yg agk bole tahan mahal jgk la..and must use a credit card when make a payment..any info or maybe advice frm u?? really appreciate it..hehe.. :)

    Thank you so much.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam.

      Thanks! Kalau apartment tu tak sure sebab we pay for 5 orang. Suppose dapat extra foldable bed tapi since muat je jadi kami tak minta la. Kira ikut per person kalau tak silap. Maybe boleh tapi better deal terus dengan admin hotel. Oh. Dalam entry baru ada mention pasal airbnb. Lagi worth it kot kalau ramai :)

      Part car rental, memang leceh sebab dorang memang minta deposit in case kalau kereta tu accident or pape kan. Alamak. Rate tu tak ingat tapi ada pakej. Try pergi Aries Car Rental next to Bayswater kat Perth City tu then kena pandai nego. Owner Malaysia so kalau dia tahu dari Malaysia, confirm dia bagi murah. Then, cakap la ada orang rekomen. Kalau ambil dengan car rental lain, memang mahal tau dorang cas. Kalau tak dapat kat Aries, lain pon boleh. Lagi satu, bila ambil kereta, check betul-betul condition kereta tu sebab takut dorang take advantage nanti. Yup. Memang cas credit card, bayar cash habis pon boleh. Kalau kat Aries ni selalunya mesti ada kereta sebab dorang tak famous sangat compare yang lain, kadang-kadang kereta tak ada.

      Place to go: Caversham Wildlife Park kalau nak tengok koala + kangaroo. Margaret River Choc Factory pon kena pergi, ada choc free tapi nak beli choc kena tengok la ingredients dulu. Lake Clifton pon lawa tapi kalau minat la cuma agak jauh ke dalam. Abingdon Miniature Village tu pon lawa. Cottesloe Beach tapi kena jaga mata sikit la. Hehe. Sandboarding kat Lancelin. Pinnacle Dessert. AQWA. Fremantle ni banyak tempat best, selalunya untuk jalan-jalan cuci mata la. Pergi Fremantle ni, pergi la Kaili's or Cicerello's sebab ni antara restoran paling famous tapi mahal. Nak share-share pon boleh sebab portion besar. :)

      Delete
  6. wah, sgt membantu. hehe..

    thank you very much..masih tgh survey price yg kena bayar utk kereta tu.. sebab bile tanya dorang ada bagi quotes rate, vehicle type semua, tiba-tiba tgk ada Excess comprehensive cover beside deposit upon pick up, tapi tak pasti yang tu kena bayar jugak ke or dia just mention jer, since dia belum reply email lagi itu yg duk survey tanya payment tu..hehe

    Place yang you mention tu antara yg light, free and easy to visit la kan di perth..because pergi dengan orang tua tak berapa boleh nak advantures sangat la..plan asal pergi bertiga nak menjelajah albany..but since org tua saya nak ikut..terpaksa tukar aktiviti light,free and easy..hehe

    by the day, TQ very much for your info..really appreciated it :)

    P/s : Tertarik dengan entry Turkey pulak..semoga berkesempatan untuk visit. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalunya dorg cas deposit je, tapi nnt dorg pulangkan balik duit. Kalau ada gps, better bawa sendiri dari Malaysia lagi murah.

      Yg atas tu agak adventure juga, kalau lama bolehlah jalan jauh2 tapi kalau sekejap je, jalan2 area perth + fremantle pon okay dah.

      InshaAllah ada rezeki sampailah ke Turkey. Memang negara yang lawa. Bagi mama, antara Australia dgn Turki, memang lagi seronok pergi ke Turki lagi-lagi kalau bawa mak dan ayah sebab nanti tak nak balik dah. Hehe.

      Delete
  7. :) owh..ok2..thanks for the info...insyAllah kalau ada rezeki memang nak travel menjelajah turkey jugak..kalau ikut kan memang nak terus ke turkey jer tapi kewangan masih belum mengizinkan..hehe :)

    ReplyDelete
  8. salam...boleh cerita kan skit tentang keadaan semasa di imigrasen mereka...sya dengar , mcm2 jugak mereka soal...harap boleh dikongsikan..thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. erm, time kami pergi, maybe sebab dengan family, so mereka tak berapa strict sangat..yang penting, be honest. Dalam declaration form tu, declare je apa2 yang rasa was-was boleh ke tak bawa. Kalau pergi backpackers yang kena extra careful sebab mereka akan tanya stay kat mana, berapa lama, ada contact dengan siapa2 kat sana or tak, tujuan pergi sana, transport sepanjang cuti, ada bawa apa2 barang basah ke and berapa banyak cash. Time kat imigresen, kami pergi as family, so mereka tahu la kot family trip and jawab kena confident. Itu je kot. Welcome :)

      Delete
    2. Oh lupa. Ada banyak checkpoint. Kalau tak bawa apa2, terus ke laluan keluar, tapi kalau ad bawa chicken stock or apa chicken or meat based, kena pegi checkpoint seterusnya. Banyak checkpoint tu yang leceh, tapi time kami pergi, even bawa mcm2 dapat terus keluar maybe sebab family vacation kot. Hehe.

      Delete
  9. salam...
    ..insyaAllah bulan dpan sya akn pergi perth...tapi sya tak tahu mcm mna nk booking syarikat pengankutan di sana...klau ad info boleh ceritakn skit..;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam..waa bestnya! selamat bercuti! kami tak book pon mana-mana car rental, sampai sana walk in terus pergi any car rental. Kat exit Perth Airport pon ada banyak car rental, boleh terus deal dengan agent kat situ. boleh je kalau nak book from website, selalunya yang famous Bayswater + Hertz. Tapi since kami tak book awal sebab itinerary bebas, kereta semua fully booked so end up pergi Aries Car Rental. Betul-betul depan Bayswater Car Rental kat Perth City. Price pon still boleh nego sebab owner from Malaysia. Kereta pon still in good condition. Kalau nak try Aries ni, naik CAT bus turun kat bus stop nearby to Bayswater Car Rental. Kalau tak sure, tanya je driver bus nanti mereka mesti tolong. Bila hire car rental ni, kena ready deposit so plan betul-betul nak guna kereta sampai bila sebab nanti deposit tu boleh guna utk jalan-jalan kat sana. Rasanya kat entry Perth ada mention pasal no. tel Aries Car Rental, boleh refer kat entry tu. Just nak ingatkan bila nak rent car ni, make sure check condition kereta before guna, ada scratch or kemik ke so nanti tak kena tipu.

      Tapi kalau setakat nak jalan within Perth City je, better naik HOHO triple tour or sightseeing bus je sebab quite worth it dengan price and cover most attraction place kat Perth. So, terpulangla nak amik mana. :)

      Delete
  10. Salam. nak tanya sikit bos.

    1. hanfon/ laptop/ kamera nanti kena declare x?
    2. kalau saya tidak membawa apa-apa barang makanan nanti tick "no" kat passenger card tu kan? kerana saya nak dtg melenggang je.. bawak pakaian + kamera + hanfon.
    3. gel rambut REVIVE tu kena declare x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam.

      1. Gadget selalunya tak payah declare sbb nanti still kena lalu imigresen checkpoint.
      2. Yup. As long as tak bawa benda-benda dilarang dgn makanan, tick NO je.
      3. Hehe. Part gel rambut REVIVE tu tak sure la tapi selalunya memang lepas je dan tak perlu declare.

      Enjoy your holiday trip! :)

      Delete
  11. Assalamualaikum...
    Hi.. saya akan ke Perth on 26-30 Nov... bley tak bg tips2 utk ke sana.. sy ke sana 4 dewasa n 4 kanak2... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. السلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاته

      Seronok bila pergi dengan group yang kecil tak pening kepala. Bagi keselesaan berjalan mama cadangkan puan sewalah kereta dan bolehlah menyewa dengan Aries Car Rental sebab lebih senang berurusan dengan orang Malaysia. Sekiranya puan tinggal di Apartment mungkin boleh memasak kerana jika makan di restoran untuk tempoh 4 hari boleh lari juga budget dengan kadar tukaran wang yang agak tinggi pada masa ni. Mama ada tulis di siri 1, barang-barang yang boleh dibawa bila kesana, yang penting kita beritahu apa barang-barang yang di bawa dan asingkan dalam satu beg.

      Selamat bercuti dan bergembira.

      Delete
  12. salam semua, kami mahira holiday homes and car rental pvt ltd mempunyai 4 buah holiday bungalows untuk org2 islam yang ingin melancong ke perth australia. harga amat berpatutan dan kami menyediakan free pick up and drop off airport services apabila anda menyewa kenderaan berserta penginapan kami. sila layari you tube : http://www.youtube.com/watch?v=_B4EbBRJth0

    pls do not hesitate to contact me 0123360098 atau watsapp saya jika perlukan maklumat lanjut. tq

    ReplyDelete
  13. One simple question. Kalau bawak 350aud mmg budget gila gila punya cukup x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Yang itu tak sure la. Depends berapa hari kat sana dan kalau just nak pergi bercuti makan angin je, memang cukup la. Yang penting, accomodation and flight settle sebab barang kat sana quite pricey. Agak-agak nak selamat, bawa la credit card. :D

      Delete
  14. salam bos. kalau p sana guna credit/debit card ada extra charge tak? ni budget punya ni, risau jugak kena caj lebih, nayo pakcik... apa pendapat bos?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam, pengalaman mama semasa bercuti di luar negara ni jangan bershopping sampai tak ingat dunia, belilah barang2 yang memang tiada di Malaysia atau sedikit souvenir untuk keluarga dan kawan2. Ada juga masa di luar negara, mama guna credit/debit card dan rasanya lebih untung gunakan card untuk buat bayaran kerana pertukaran matawang yang lebih rendah jika dibandingkan dengan tukar duit di money changer dan jika tak silap tiada caj yang dikenakan. Boleh je kalau nak guna, tapi jangan seronok sangat masa nak swipe card. Nanti balik Malaysia mesti pening kepala nak bayar bil. Selamat bercuti!

      Delete
    2. terima kasih diatas nasihat tersebut. InsyaAllah beli yg patut je hehe... mmg niat hati nak guna card je... debit card sbb takmau nak bawak cash on hand byk2... kalau ada tips2 atau tpt2 menarik dari brisbane ke sydney bolehlah share dgn saya. Saya dan family insyaAllah p sana end of May tahun depan sampai mid June.. touchdown kat Gold Coast p Brisbane then baru p turun bawah ke Sydney... terima kasih kembali atas tips2 yg telah diberikan...:)

      Delete
    3. Hehe. Wah. Ingatkan nak pergi Western Australia. Seronoklah nak berjalan kat seluruh Australia. Jika pergi ke Sydney, boleh stay di Malaysia Hall. Murah dan senang nak dapat makanan halal tapi kena booking awal. Kami pun memang bercadang nak pergi Brisbane dan gold cost tahun depan, tapi kena tunggu semua dapat cuti.

      Delete
  15. menginap kat mana ye..boleh bagi info skt..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami stay kat City Stay Apartment Hotel sbb nak masak sendiri. Kalau pergi ramai plus ramai budak, okay je stay sini. Lokasi pun betul2 kat depan Harbour Town. Kalau nak naik HOHO and CAT bus pun sebelah hotel je. Kalau nak sewa kereta, hotel ada sediakan tempat parking. Overall, for us, memang satisfied la dgn apartment tu ;)

      Delete
  16. Sambil pergi holidy..nk cari jugak set pinggan corell. ..kat ner nak shoping tu...

    ReplyDelete
  17. Kalu nk gie sdyney mmg selamat ye negara diorg nie...x yah risau ye kalu x pegi tru travel agent...tak la pandai sgt bahasa inggeris nie....stakat ayat yg simple 2 tu bolela...

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah selamat dan boleh survive kat Aussie. Signboard pon banyak kalau takut lost. Hehe. First time dengar orang nak shopping corelle tapi tak sure la kat mana..sorry! ;)

      Delete
    2. Kalau x silap ada baca blog yg shopping correle kat sydney murah. Boleh dpt separuh harga dari kat Malaysia.

      Thanks.. byk tips info utk ke Australia.

      Delete
    3. Agus, thanks for sharing! Maybe kat Sydney je kot org shopping Corelle. And, thanks for reading too! ;)

      Delete
  18. as salam boleh dapatkan guide book? puas cari email awk x jmpe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Tak jumpa eh? Email kat pu3_lees@yahoo.com keh. Senang sikit nak bagi ;)

      Delete
  19. kalau bawak ubat macam mana?macam untuk diabetes and hypertension etc

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde masalah. Kami pon ada bawa ubat tp letak dlm 1 tempat khas utk ubat2.

      Delete
    2. salam, kalau bawak ubat nak declare ke dalam incoming passengger card tu?

      Delete
  20. Replies
    1. Nak guide book, boleh email ke pu3_lees@yahoo.com :)

      Delete
  21. Replies
    1. Nak guide book, boleh email ke pu3_lees@yahoo.com :)

      Delete
  22. Fadzirul Awang Damit16 June 2015 at 18:29

    Salam Ili, thanks so much for the informative post. Saya akan ke Perth this coming November with my wife and baby < 2 years old. Sangat blur sebab I never been there and I'm in dilemma either to subscribe the travel agent or DIY tour but after read your blog, I think we will go there by our own. First thing first, I heard that susu baby x lepas kat immigration checking tu, yekeh? second thing is, boleh overnight stay x kat airport tu atau ada nearby hotel? because our flight back to KL sangat awal jam 6 pagi macam tu.tu yang den dok bingung berapa bulan ni cik Ili.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Sorry for the late reply. Dairy products selalunya tak lepas tapi tak sure for babies. Just prepare je checklist and declare. Overnight kat airport pon takut tak lepas je. Ada certain airport tak bagi overnight stay. Tapi ada je closest hotel or bed & breakfast kat area situ, maybe boleh consider stay. Don't worry. Travel sendiri je kat Perth is way cheaper than ambil pakej.

      Delete
  23. Urusan VISA ONLINE memang susah dan mahal biar kami urusakan. Saya bekerja di Travel Agent (Kay Anista Holidays Sdn Bhd) Urusan visa biar kami yang uruskan. Paling cepat 1 hari paling lambat 24jam. Dokumen yang diperlukan hanya muka hadapan passport bagi clear. Whats app di no +60173349218 atau email di haniff.hk@gmail.com. Harga Visa hanya RM20.00 sekiranya lebih 10 orang harga adik beradik RM10.00 free sorang hanya bayar 9 orang sahaja. PROMO CODE "VISARM20"

    ReplyDelete
  24. Blh nk guidebook? Email ke zulaikhaian@gmail.com. terima kasih :)

    ReplyDelete
  25. Salam ili...sye nk pegi GC march ni..mmg serunding x bleh ke? Satu lg kat area GC Mne yg Murah souvenir? Restoren halal kat area surf paradise KT Mne ya..ingt lg tak nama2 restoren tu..thanks ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Maaf, tak pernah sampai GC lagi. X dapat nak tolong sgt.

      Delete
  26. Visa Eta Australia
    Maximum 3 month stay
    Valid setahun ( pm +6013 2953641 -RM 20.00 sahaja promosi terhad kepada 100 terawal - normal price RM 30.00...ingat Nilai kami RM bukan AUD. Terima Kasih..

    ReplyDelete
  27. Salam boleh share guide book di email ieda_nor94@yahoo.com

    ReplyDelete
  28. Thanks. really helpful. boleh share guide book ke ina_uob@hotmail.my

    ReplyDelete
  29. Boleh share guide book kt saya tak? puterihalimhakim@yahoo.com tq 😊

    ReplyDelete
  30. Panduan yang menarik dan bermanfaat untuk mereka yang merancang ke sana...

    ReplyDelete
  31. Salam boleh share guide book di email rodziana85@gmail.com

    ReplyDelete
  32. Salam,sy akn ke perth september 2017.. nk tanya kalau memandu sendiri di perth macam mana harga untuk parking kereta? tq..

    ReplyDelete
  33. salam. kalau bawak ubat nak kene declare ke dalam incoming passenger card tu?

    ReplyDelete
  34. Hi salam. Ran into your blog and thanks for the useful tips! By the way for the budget tu kan (rm2k per person), itu untuk berapa period of stay ya? Thanks!

    ReplyDelete

Review: Adina Apartment Hotel Melbourne

Assalamualaikum! Just a short and simple review after long silence. Cleanliness: Since we took an apartment with kitchen facilit...