Wednesday 27 February 2013

Bercuti ke Turki: Part 2



والسلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاته

27.10.2011

Hari kedua ni mama dan rombongan di bawa ke Kusadasi dan untuk pengetahuan semua jarak antara satu bandar dengan bandar yang lain memang jauh. Pagi ini selepas breakfast and check out hotel, kami pergi ke kota purba akropolis untuk melawat kesan peninggalan zaman asklepion iaitu merupakan sebuah pusat terapi zaman purba. Apa yang menghairankan mama di setiap tempat bersejarah yang dilawati terdapat kucing2 yang comel seperti di bela sedangkan tiada pun penghuni di situ. Oleh sebab terlalu comel, anak-anak mama tak habis-habis tangkap gambar kucing untuk dijadikan koleksi. Selepas itu kami singgah di kedai yang menjual turkish delight dan coklat di mana semua pengunjung dibenarkan merasai sampel teh epal. Selain membeli coklat, sempat jugalah mama membeli olive oil yang memang murah dibandingkan di Malaysia. Selepas lunch, kami di bawa melawat ke House of Virgin Mary yang terletak di Gunung Koressos di mana mengikut kepercayaan mereka, Mariam telah di bawa ke sini untuk menghabiskan sisa kehidupannya. Mama rasa sedih apabila mereka telalu menyanjung tempat ni dan percaya di situlah Mariam disemadikan. Di sini juga ada The Wishing Wall di mana orang-orang yang datang ke sini akan mengikat hajat mereka di dinding dengan menggunakan cebisan kain. Malam ni kami tidur di Hotel Marina di Kusadasi yang terletak di pantai Aegean. Hotel ini berhadapan dengan pelabuhan yang terkenal dengan kapal pesiaran mewah seperti Grand Princess dan kapal mewah yang lain. Malamnya mama dan anak2 keluar berjalan-jalan di tepi pelabuhan untuk menikmati hawa malam yang sungguh dingin. Sempat jugalah anak-anak mama tangkap gambar kapal-kapal cruise yang sememangnya besar dan mewah tu. Bak kata tour guide kami, tempat ni memang famous dan antara tempat tarikan bagi VVIP dan selebriti untuk bercuti di sini.

Pemandangan ke Kusadasi

Inilah anak sulung mama

sisa-sisa peninggalan kota purba akropolis



View dari atas bukit

Binaan struktur ini memang besar berkali ganda dari kita









Produk dari olive

Untuk testing makanlah hingga kenyang

Pelbagai jenis kacang

House of Virgin Mary

Tempat yang dianggap suci bagi mereka

Tempat penyucian

Patung Virgin Mary yang di describe oleh mereka

Rumah Virgin Mary

Kertas-kertas yang mengandungi hajat pengunjung

Seorang dari group kami

Suasana malam di luar Hotel Marina di Kusadasi

Pelabuhan di Kusadasi

Bersambung di entri seterusnya...jika rajin nak membaca, silalah click SINI!

Bercuti ke Turki: Part 3

السلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاته

28.10.2011

Cuaca pagi ni semakin sejuk, selepas breakfast sebelum bertolak ke Pamukkale sempat lagi anak2 mengambil gambar, rasanya sudah beratus gambar yang diambil walaupun baru hari yang ketiga. Lawatan pertama hari ni kami telah di bawa ke Ephesus yang merupakan satu kawasan tinggalan sejarah zaman Yunani Purba (arkeologi) yang terkenal. Di Turki ni memang banyak historical site untuk dilawati. Walaupun telah berusia beribu tahun kami masih dapat melihat lagi kesan sejarahnya. Setelah selesai lawatan, kami dibawa ke kilang membuat product daripada kulit di mana terdapat beratus fesyen daripada kulit. First time kami dapat tengok fashion show sambil minum apple tea panas. Sempat jugalah mama dan anak2 mencuba jaket daripada kulit dan nasib baiklah kilang ini merupakan lawatan awal jika tidak mungkin terbang jugalah duit mama.

Sebelah petangnya, kami dibawa ke Cotton Castle melihat keajaiban dan kebesaran ciptaan ALLAH yang Maha Esa. Ya Allah! Terbentang luas seperti marmar putih yang sebenarnya terdiri daripada pembentukan teres-teres di kawasan pergunungan hasil dari pengumpulan batu-batu kapur, berpunca dari sumber mata air panas. Tempat ini telah diwartakan sebagai keajaiban alam semulajadi oleh UNESCO. Terdapat banyak mata air panas di Pamukkale yang mengalirkan air pada suhu antara 35 hingga 100 darjah selsius. Aliran air daripada mata air yang kaya dengan mineral ini menyebabkan kemunculan teres putih yang menakjubkan lalu membentuk takungan seakan kolam renang. Tempat ni sekali pandang dari jauh memang nampak macam snow tapi sebenarnya kawasan air panas. Memang lawa dan harus dilawati jika anda sampai ke Turki. Rugi kalau tak pergi. Mama dan anak2 tidak melepaskan peluang untuk merasai  kehangatan mata air dan memijak batu kapurnya. Walau bagaimanapun semua pengunjung dimestikan menanggalkan kasut dan stoking. Agak lama juga anak-anak mama bermain air di sini, sehinggalah kami perasan tour guide kami dok sibuk mengumpul jemaah-jemaahnya. Haha. Sebelah malamnya anak2 mama tidak lepas peluang menenangkan diri di dalam kolam terma air panas di hotel. Memang best sebab free jika anda menginap di sini dan paling penting, boleh release tension dan relaxkan badan. Sempat juga anak-anak mama berkenalan dengan tourist-tourist dari Korea dan Jepun ketika seronok berendam dalam air.

Entrance to Efes


Peninggalan yang masih terpelihara



Tandas terbuka 

Sebahagian dari peninggalan

Bangunan hadapan perpustakaan yang masih kukuh walaupun telah beribu tahun

Restoran makan tengah hari

Entrance to Hierapolis





Kilang yang mengeluarkan product kulit

Sebahagian daripada product yang dijual




Alangkah indahnya ciptaan ALLAH

Kawasan teres batu kapur

Di restoran makan tengah hari

Hotel yang menyediakan kolam air panas semula jadi

Seterusnya ke episod empat .......cepat-cepat click di SINI!

Tuesday 26 February 2013

Bercuti ke Turki: Part 1



والسلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاته


25.10.2011 (Klia-Istanbul)

Bertemu semula di trip melancong mama, kali ini keTurki negara yang memang telah lama hendak mama lawati. Syukur Alhamdulilah dengan rezeki yang ALLAH kurniakan akhirnya berjaya juga dan yang paling seronok mama pergi bersama hubby dan tiga anak serta Azia, best friend Ili. Sebelum mama bercerita lebih panjang lebar, mama hendak kenalkan anak2 mama. Sulung lelaki sedang berkhidmat di Kastam Di Raja Malaysia, yang kedua, sedang menyambung pengajian di peringkat Master dan yang bongsu, akan menyambung pengajian di peringkat Degree. Semuanya masih single dan mama sedang sibuk untuk mencari calon menantu hehe. Kami berkumpul di KLIA 3 jam sebelum flight bertolak dengan pakej pelancongan dari MAHOLA travel. Group kami tidaklah ramai hanya seramai 15 orang, ok juga tu jika terlalu ramai kadang-kadang pening juga hendak menyesuaikan diri. Seperti biasa sebelum pergi anak mama terutama Ili telah membuat persediaan awal dengan membeli buku tour Guide bagi memudahkan lawatan kami di sana. Mama dan anak juga sibuk search di Internet mengenai budaya, cuaca dan tempat-tempat yang akan dilawati sepanjang lawatan tersebut.

26.10.2011

Kami tiba di Ataturk International Airport jam 6.30 pagi waktu Istanbul setelah berada hampir 9 jam bangun dan tidur di sepanjang perjalanan. Istanbul merupakan bandar yang terletak di antara dua benua iaitu Asia dan Eropah. Setelah selesai semua pemeriksaan Imigresen kami menaiki bus pelancongan yang sememangnya cukup besar berbanding dengan penumpangnya yang hanya seramai 15 orang tu. Pemandu Pelancong kami, Abdul Kadir dari Dorak Tour menyambut kami dengan ucapan Gunaiden iaitu bermaksud selamat pagi. Orangnya okay peramah dan rajin melayan kerenah kami. Anak-anak mama memang excited sangat bila sampai di sini maklumlah first time mereka melancong ke negara sebelah Euro. Cuaca masa ni memang sungguh nyaman sekitar 12-15C iaitu penghujung musim Autumn.

Kami menyusuri jalan di sepanjang pesisir Laut Marmara ke Semenanjung Galipoli. Mama dan rombongan menaiki feri yang mengambil masa hampir 30 minit ke Canakkale dan mama serta anak2 memilih untuk berdiri di deck atas yang terbuka bagi menikmati cuaca sejuk dan melihat burung seagull. Wah, memang sejuk sangat sampai terbang-terbang tudung dan kebas tangan kami menahan sejuk. Bila dah sejuk sangat, kami masuk ke dalam dek untuk menikmati apple tea panas. Memang terbaik cuaca sejuk, kita layan dengan teh dan kopi panas. Sempatlah juga berbual-bual dengan sepasang suami isteri yang berhasrat untuk sambung belajar di Malaysia. Apa lagi promo habis tentang negara mama yang tercinta. Berhenti makan tengah hari di restoran yang semuanya hidangan more ke Western. Oleh sebab ini adalah hentian pertama dan first time jumpa makanan Turki, apa lagi anak2 mama yang memang kuat makan tak lepas peluang semua hendak dicuba walaupun tidaklah sesedap mana. Nasib baik hidangan secara buffet tidaklah ketara sangat buruk makan mereka. Masa melancong ke Beijing, segan juga mama dengan kawan kerana masa tu makan secara hidang anak2 mama semua yang menghabiskan makanan, tak boleh buat menantu betul.....

Late supper dalam MAS! *slurp*
Tour guide kami!
Gelibolu - View dari feri
View sepanjang jalan
Barley farm
Selepas makan tengah hari, kami bertolak ke kota purba arkeologi Troy untuk melawat kesan peninggalan sejarah di mana berlakunya pertempuran antara pahlawan Yunani dan Trojan dalam Perang Trojan walaupun hanya untuk melihat wooden horse of troy yang dibina semula kerana Troy yang asal telah runtuh disebabkan gempa bumi. Seronok juga kalau tahu sejarah Troy City ni. To describe with, chill and historical are the best word to describe tempat ini. Siap ada movie dilakonkan semula untuk menceritakan semula suasana perang ketika itu. Jangan terkejut bila anda sampai di sini, anda terjumpa kucing yang sihat-sihat kerana most historical site di Turkey ni memang banyak kucing-kucing ni. Yang peliknya, siapa yang jaga kucing-kucing terbiar ni? Kerana keadaan kucing-kucing ini sangat terjaga dan sihat belaka. Selepas habis lawatan kami bertolak ke Canakkale untuk bermalam di Iris Hotel. Satu saja yang mama tak happy kerana sukarnya hendak bersolat di sini. Walaupun banyak terdapat masjid tapi mereka tidak berhenti untuk bersolat. Walaupun boleh solat jamak, mama memang tak selesa. Nasib baiklah selepas mama bising dan complaint dengan tour guide hari kedua dan seterusnya barulah dapat bersolat awal. Satu lagi yang menyedihkan mama, di Turki ini semua hotelnya tidak ada arah kiblat, jika kita bertanya dengan staff hotel pun mereka teragak-agak menunjukkan arah. Oleh itu, pesan mama bawalah kompas kerana ianya lebih tepat jika dibandingkan qiblat yang terdapat di hand phone. 

Troia or Troy City! - A must have in all the historical site. Bagus kan?
Kuda Perang Troy
Mama dan papa
Kota peninggalan Troy
Kota Peninggalan Troy mengikut zaman pemerintahan
bahasa pelik - ancient Greek kot
tempat nak sacrifice ......
Iris Hotel
Bersambung di entri seterusnya....sila baca di SINI!

Review: Adina Apartment Hotel Melbourne

Assalamualaikum! Just a short and simple review after long silence. Cleanliness: Since we took an apartment with kitchen facilit...