Wednesday 18 December 2013

Sejuta Ummah Tolak Comango

Assalamualaikum



Just a very short and quick entry. Copy and Paste from the webs (GoPetition.com). Macam-macam petunjuk dah ada. Wallahua'lam. You may read more about COMANGO for further details. May Allah ease our (the Muslims) journey.

Petition Background (Preamble):

Kerajaan Malaysia perlu menyekat terus aktiviti 54 NGO yang termasuk dalam gabungan Comango kerana telah melakukan fitnah yang boleh menghancurkan negara.

Mereka bukan sahaja menghasut rakyat supaya bersikap anti-establishment, bahkan mereka juga melobi negara-negara anggota PBB supaya menekan Malaysia mengiktiraf perkara-perkara yang bercanggah dengan agama Islam dan perlembagaan negara. Antaranya termasuklah:


  1. Membenarkan kebebasan untuk murtad.
  2. Mengiktiraf budaya hidup LGBT (budaya zina dan liwat)
  3. Mengiktiraf hak keistimewaan orang Melayu dalam perlembagaan dipinda
  4. Mengiktiraf ajaran sesat Syiah di Malaysia
  5. Menuntut agar mana-mana ibu bapa yang memeluk Islam tidak diberi hak penjagaan anak
  6. Mendesak penghapusan hukuman syariah
Petition:

SEJUTA UMMAH TOLAK COMANGO kerana mendesak Malaysia supaya:
  1. Membenarkan kebebasan untuk murtad
  2. Mengiktiraf budaya hidup LGBT (budaya zina dan liwat)
  3. Menuntut hak keistimewaan orang Melayu dalam perlembagaan dipinda
  4. Mengiktiraf ajaran sesat Syiah di Malaysia
  5. Menuntut agar mana-mana ibu bapa yang memeluk Islam tidak diberi hak penjagaan anak
  6. Mendesak penghapusan hukuman syariah



Wednesday 27 November 2013

Tips: Hello Korea!

Assalamualaikum


Selamat menyambut Awal Muharram! Tahun baru dalam Islam yang menandakan bertambahnya lagi tahun dalam kalendar hijrah Islam, Alhamdulillah, masih bernyawa :) Disebabkan excited sangat pergi bercuti di Seoul Korea, so agak rajin nak mencari macam-macam info kat Korea ni. Mind you, tips-tips ni kami share dengan harapan dapat membantu anda yang nak travel without tour guide, so, we'll be glad if you find it useful - thanks! but if you're not, then - mianhamnida (sorry!). Haha. Sigh. Apapun, ini hanya pandangan kami dan terpulang pada anda untuk menilainya. Yang baik itu daripada Allah dan yang buruk itu daripada kami.

Shopping Tips: Pergi SINI untuk dapat discount ketika shopping di Korea. Good bargain okay sebab anda boleh save duit dengan adanya extra benefit ini. Website ni memang best sebab anda boleh print out sebanyak mungkin discounts and if you're lucky, you'll get a great offer from the participating outlet.

Currency: Korea hanya menerima Won tapi Japanese Yen tak sure. Sila tukar duit siap-siap kat Malaysia and the exchange rate would be around 1,000won = RM3.00 or more or less. Nasib-nasiblah sebab time kami pergi, RM tengah jatuh so agak rugilah sebab nak kena spend duit lebih sedikit.

Helpful Website and Apps: Memang banyak sangat website yang boleh anda jadikan guide and reference jika nak bercuti di Korea. Some of it boleh dapat through blogwalking dan juga through Korea's Tourist website. Dari link-link website ni, anda bolehlah start plan itinerary dan jadual sepanjang percutian anda. Kadang-kadang dari sini, boleh juga jika anda nak estimate cost supaya taklah lari budget anda nanti. Kalau anda ada smartphone, bolehlah install apps yang ada kat website-website ni.
  • Visit Korea: A helpful website of describing beautiful Korea.
  • Visit Seoul: A must visit web if you travel on your own. Seoul area only!
  • Seoul City Bus: The best way to travel Seoul in a day - except if you're a truly healthy-fit-and-eager-to-walk in Seoul :)
  • Korea Be Inspired: From this website, you'll get updated with latest events happen in Korea.
  • Hi Seoul!
  • City Discovery
  • E Book: Dalam banyak-banyak website, yang ni paling best sebab boleh download Ebook for free. Ohhh, seriously. Even downloading the Ebook(s) makes me happy! There's too many and easy to browse too. Make sure you got your Ebook on your smartphone! What I did in Korea - tunjuk saja mana-mana building yang nak pergi tu kat siapa-siapa and for sure mereka akan guide anda since the Ebook provide both English and Hangul language. My sincere advices, go get this two Ebook - Korea Travel Guide and Restaurant Guide for Muslim Visitors.
  • Another Ebook!: Recommended Ebook - Seoul Travel Guide, Seoul Tourist Map and Walking Tour Guide Map.
Food & Beverage: I guess, it's never be a problem for non-muslims to travel anywhere, huh? Foods are everywhere and to some extent, you might feel bored with Korean food. Maybe our tongue used to Malaysian food kot since we met some Malaysian, and of course, non-muslims who tired with the taste of Korean food and indeed, craving for some nasi lemak. Haha. Truly Malaysian, right? But, trust me, for those yang pernah try kimchi in Malaysia and tak suka, please try kimchi in Korea. Tasted better than what we have in Malaysia. Original from Korea la katakan, mestilah lagi sedap kan. Tteokbokki is a must try food kalau pergi Korea tapi halal atau tidak, wallahualam. Some said halal and some not, maka terpulanglah kepada anda. Tapi, kalau nak beli pon, make sure kedai tu tak jual benda-benda yang tak halal - pork and alcohol. Since kami stay di apartment, makanan tak jadi masalah sangat untuk kami. Tapi, kalau travel negara asing dan tak rasa makanan mereka macam tak puas je jalan kan. So, sometimes, we had our brunch or light breakfast at Lotteria and Paris Baguette. Oh, kalau nak try halal Korean food, bolehlah pergi ke Murree Restaurant di Itaewon sebab mereka ada serve Korean dish walaupun tak banyak mana. Too bad for us sebab time kami pergi, kedai ni tutup - mesti tengah sambut raya ni, jadi tak bolehlah nak komen whether sedap atau tak masakan mereka. Jumpa satu kedai turki - Mr Kebab kalau tak salah tapi memang sedap. Even Korean pun ramai makan kat situ sampai sempatlah owner kedai tu gelak ketawa dengan mereka. Go and check it out! Islam itu mudah tapi janganlah kita rumitkan lagi. Bila dah timbul perasaan was-was tu, baik jangan makan atau beli okay. :)

Paris Baguette: Halal Certs News, kalau rasa macam was-was nak makan kat sini, janganlah makan. Kami pun tawakkal je beli roti kat Paris Baguette ni, tapi roti kat sini memang sedap! Outlet Paris Baguette ni memang banyak. Jalan sedikit saja dah jumpa lagi satu outlet. A must try drinks kat sini is Caramel Macchiato, memang sedap! Kat Paris Baguette ni pun kami hanya beli roti yang berunsur vegetarian, jadi kalau rasa tak yakin, jangan beli roti yang ada meat based. Kalau rasa was-was juga, jangan beli kat sini. Ada lagi satu bakery yang InsyaAllah halal iaitu Salam Bakery yang terdapat di Itaewon. Please please please rasa baklava kat Salam Bakery ni especially yang baklava coklat. Seriously sedap sangat. Tak pernah lagi jumpa baklava coklat macam yang ada kat sini. Haih, teringat dah rasa baklava tu. Rugi tak beli banyak sebab memang sedap. Craving for chocolate baklava, where on Malaysia can I find it? Gulp. 

Lotteria: Lotteria ni sort of McDonalds or KFC la sebab outlet Lotteria ni memang banyak. Kalau nak order kat first-fast-food-brand in Korea ni, make sure order Shrimp Set or Squid Set sahaja. Again, kalau rasa was-was, jangan makan tau. Wallahualam.

Attraction:
  • Lotte World: Admission fee are vary depending on your preference. Please click HERE for more details. 
  • Everland: Adult admission fee is 44,000 won but they gives discount to foreigner. Please click HERE for more info.
  • The Trick Museum: Similar to the one that we have in Malaysia - I City Trick Museum. But of course, this one is larger and more tricks to offer. Located in Hongdae and will cost you 15,000 won per person for entrance fee.
  • Mount Seorak: Boleh pergi ke sini dari Express Bus Terminal, beli tiket bas ke Sokcho, dan dari Sokcho Terminal Bus, naik bas 7-0 or 7-1 ke Mount Seorak. Perjalanan dari Seoul ke Sokcho lebih kurang 3+- jam sehala sahaja, so please plan betul-betul jika nak ke sini. Ada orang prefer stay 1 malam di Sokcho supaya tak terkejar-kejar. Kalau nak pergi daytrip to Mount Seorak, kena bertolak awal pagi dari Seoul sebab perjalanan agak jauh. Paling penting, kalau hari hujan, batalkan saja niat anda sebab sangat bahaya untuk anda naik ke Mount Seorak.
  • Aiins World: Miniature of attraction and historical landmarks / building from all over the world. Admission fee is 10,000 won and they got our Twin Tower here. Truly proud! Getting here is quite complicated though as it quite far from the city.
  • Jeju Island: Beautiful island with breathtaking ocean view. Best enjoyed if you spend few days here. Will visit here someday, soon! Accessible by JEJU AIR. There's a Jeju Air counter in Seoul Station.
  • Busan: Tourist love to sunbathing and relaxing at the Haeundae Beach - Busan's no. 1 beach. Busan is surrounded by mountains, beaches and seas. Thus, the best way to travel within Busan is riding the Busan City Tour.
  • 5 Palace: Entrance fee for each palace - Gyeongbokgung 3,000 won, Changdeokgung 3,000 won, Deoksugung 1,000 won, Changgyeonggung 1,000 won, Jongmyo Shrine 1,000 won. Among all these palace, only two palace were awarded under UNESCO protection which are Changdeokgung and Jongmyo Shrine. Plan your visit as some of the palace will be close on Monday or Tuesday.
  • N Seoul Tower: Also known as Namsan Tower, located at Namsan Mountain. The best building to watch scenery in Seoul. Some recommended it would be best viewed at night, but I prefer the daylight scenery. There are three way of getting here - either by Namsan bus, Seoul City bus or Namsan cable car. You can try the Namsan Oreumi for free while others will incurred cost. Admission to observatory is 9,000 won while the Teddy Bear Museum is 8,000 won. Return cable car from Namsan to N Seoul Tower is 8,000 won.
  • Hangang River Cruise: Another best way to take a look at Seoul City either during daylight or night. The cruise fare are vary according to the place you board the cruise. There are 3 docks where you can board the cruise - Yeouido, Jamsil and Ttukseom port. The fare starts as low as 11,000 won for adult. Please refer HERE.
  • Banpo Bridge Fountain: It's free and picturesque! The harmonious fountain together with the songs would soothe your mind and soul. Luckily it was just 15 minutes only. Nearby subway station is Dongjak station but advisable either to take the bus or ride the taxi if you go for the last show. 
  • Namsangol Hanok Village: A cultural and heritage place where you can see hanok village - the traditional house located in the bustling and busy Seoul city. Why you must visit this place? Because it's free! And there's cultural show some more, free tea testing ceremony, free hanbok experience and lots more. Yes, all this for free! :)

Banpo Fountain Bridge

Transportation:
  • Subway: Subway adalah cara paling senang nak travel kat Korea ni sebab banyak transit and various line. Tapi, disebabkan terlalu banyak line, make sure anda naik subway yang betul. Fyi, subway di Korea ni terlalu banyak exit atau gate. Jadi, kalau anda tersilap gate, maybe anda akan keluar di gate yang jauh daripada destinasi anda. Maka, dengan adanya Ebook di atas - Seoul Travel Guide, ada provide map with certain nearest subway to attraction places. Tapi, jangan risau. Kalau sesat juga, di setiap subway station ni ada signboard menunjukkan each gate menuju ke mana. Tak faham juga, tanya je kat siapa-siapa. But, let me remind you. This used to be my biggest concern as we went there with our parent. Please don't expect their subways are similar to us sebab there's too much stairs! Some of the subway are not senior-friendly though. Kalau pergi dengan orang tua anda, naik bus adalah cara yang paling selesa dan menyenangkan sebab tak perlu turun naik tangga ala-ala tangga di Batu Caves. Please don't tortured or bullied your parent with the stairs punishment - it's just too tired thinking about the stairs! Haha. Memanglah setiap station ada lift, tapi bukan semua exit ada sediakan lift or escalator. Bagi mereka yang dah biasa naik LRT kat Malaysia, subway ni bukan masalah bagi anda. Subway pun salah satu cara untuk jimat tapi setiap kali anda naik even hanya untuk 1 station, still akan dicas 1050 won. Jadi, kalau larat nak jalan, better jalan je. Macam dari Seoul station ke Hoehyeon station, walaupun hanya 1 station, anda masih akan dicas 1050won. Kalau dalam sehari tu, lebih sepuluh kali anda tukar-turun-naik subway, lebih dari 10,000won dah kena charge. Jadi, kalau nak jimat, macam kami, bolehlah naik Seoul City Tour Bus. Selesa, selesa dan senang :) Kalau nak pergi long distance destination, boleh juga naik Korail, sort of keretapi laju - macam dari Seoul ke Busan.
  • Bus: Kalau nak naik bus, anda bolehlah naik di Seoul Station sebab Seoul Station ni memang macam KL Sentral. Bus, subway dan long distance train juga senang diakses dari sini. Kalau nak pergi long distance destination, anda bolehlah beli tiket bas di Express Bus Terminal. Express Bus Terminal ni macam Pudu Sentral. Nak pergi Mount Seorak, boleh beli tiket di Express Bus Terminal dan beli tiket ke Sokcho.
  • Seoul City Tour Bus: The most easiest way to travel Seoul. Up till today, Seoul City Bus ni ada 3 courses yang bawa anda to different routes. Please refer HERE. And if I'm not mistaken, the fares are vary for each course and as for me, the night course bus is the most unworthy because you just gonna had your sightseeing tour in the bus without any stops. There will be 30-minutes interval between buses or sometimes, may be more or less than that. So, plan your trip wisely okay? :) Oh! If you pay the fare using T Money card, just get in the bus and you gonna pay it on the spot. No need to queue up at the counter ticket. Easy, right? Em. Some might think it is a waste for taking up the bus courses, but if you went to Korea with elders or children, you'll know why we prefer to rode the bus. Apparently, during our visit, that was the best alternatives for us, after looking at the very-busy-subway-and-super-high-stairs! Fuhhh.
    • City Circulation Course: 12,000won (dah naik harga padahal harga minyak Malaysia yang naik, confused jap sebab budget dah lari)
    • Cheonggye and Palace Course
    • Night Course

Stopover for City Circulation Course

Accomodation: Walaupun kami tak stay kat tempat-tempat ini, we listed out hostels and guesthouses for our reference and comparison. We ended up choosing Brown Suite Residences for us to stay since the location is good and that's the best resort that we had. Since we're looking for a place where we can cook, some of the hotel listed below provide a kitchenette in hotel room. So, sesiapa yang nak cari bilik or hotel yang bagi anda memasak, bolehlah tengok senarai di bawah. Ada yang affordable, ada yang nearby to subway station dan ada juga yang near to shopping street. Do take a peek on their webs - please click on the link! 
Shopping Spree: Tell me who doesn't loves shopping? Sometimes, travelling to other countries could awake the monster inside you, especially, ladies. Korea might be the best place for shopping at a very lower price. I got myself a facial mask and it costs me 10,000 won for 10 pieces. Ain't it cheap? I love to compare the merchandise sold in other country with Malaysia before purchasing it. And most of the time, things are slightly cheaper here than Malaysia. Cosmetic, beauty and personal care, clothes - depends on your preference and of course because the discount coupon provided on their webs, and bags. Only ladies would finds these stuffs interesting! Oh, I bought scarfs and shawls in Itaewon and Myeongdong for only RM10 per piece which I regret for not buying it more. The scarfs are wider and longer than what we had in Malaysia and super cheap too! I should grab more. Sigh. In Seoul itself, there's lots of underground shopping street and also those along the subway station. Gangnam also famous for their longest underground shopping street. We bumped into many shopping area along the street to Dongdaemun. Itaewon have lots to offer since its a place for foreigner and you shall see some foreign brand boutique in here. If you're looking for bedsheets, curtains and quality clothing at cheaper price, you can do so in Dongdaemun. For souvenir and gift - brooch, necklace, fridge magnet, keychain and nail clipper etc, you can get it in Namdaemun. For beauty care and accessories lover, you really need to see the streets at Myeongdong. Other than that, like Insadong and Hongdae, it's more to culture and relaxation place.

Souvenirs!

Must-go-places:
  • Seoul Culture Centre: A place to experience Korean culture and free hanbok experience. Situated in 5th Floor, M Plaza at Myeongdong, in front of Innisfree Outlet. Need to do some reservation before 3 pm due to very packed slot. If you really want to experience the hanbok, please reserve one day earlier or you gonna miss the chance as there's too many demand for hanbok. Oh, crazy enough with K-pop dance? You can do so here by register yourself at the counter.
  • Nami Island: A must visit place to complete your trip to Korea. Should spend few hours here, in a manmade island - great scenery with breathtaking view. Best time to visit are autumn and winter. There are 2 way of getting to Nami Island - by ITX train (from Yongsan Station / Cheongnyangni Station to Gapyeong Station) or Namiseom shuttle bus (all include package, click HERE). Naik train lagi murah tapi flexible, naik shuttle bus kena make sure anda punctual kalau tak nak kena tinggal bas. So, choose wisely. Admission fee is 8,000 won including return ferry. We booked the shuttle bus few months back but since we can't make it for the payment appointment, we just took the train. And, yes, glad that we took the train! Oh. Mind you that the train ticket is selling fast, so, please buy the ticket first upon your arrival to the respective station. You surely don't want to spent your time wandering around the subway station like we did, right? Sigh.
  • Myeongdong: Fashion lover? Cosmetic maniac? Yay. It's a total heaven for youth and teenagers. Crazy about cosmetic stuff - BB Cream, Facial Mask etc? Just name it - there's too many of them. Banyak sangat accessories outlet, cosmetic and beauty outlet, cafes and shopping mall too. Bought several shawl and pashmina here, which is very cheap compared to Malaysia! Sampai sekarang still rasa tak puas nak cuci mata kat Dongdaemun. Haha. Couple dalam WGM pun pernah shooting kat sini. Woohoo! :) One great tips: Since there's too many outlet, most of them come out with good marketing ideas which is - free sample and various free gift for different outlet. Terbaik! Worth every won that you spent. What makes a girl happy? Free cosmetic gift! Kat Malaysia tak ada pun nak bagi free gift ni. I would say, free gift is the best way to attract more customers, especially for ladies. Ada kedai yang memang dah letak free gift dalam bakul, asalkan masuk tapi tak beli pun tak apa.
  • Namdaemun: Best place to shop! Orang Malaysia selalu akan cari bangunan ni untuk shopping barang secara borong dan bawa balik Malaysia. E Lengdang or E World. Susah nak bargain sebab harga barang kebanyakan sudah murah.
  • Dongdaemun: Clothes, clothes, and clothes! Another shopping spree time for fashion lover. Tapi tengok musim juga. Kalau pergi time winter, memang semua pun dok jual baju sejuk. Herm.
  • Itaewon: Muslims definitely will love this place! It's a place for foreigner. Biggest mosque in Korea - situated in Itaewon. Route to the mosque is hilly and will drained you out, so take your time and take a break at any cafe here. Great place for shopping and dining. Banyak restoran halal terdapat di Itaewon - Murree, Siti Sarah, Mr Kebab, Turkish Restaurant and many more! Em. Masjidnya terletak agak jauh kat atas bukit, jadi kalau pergi dengan orang tua anda, sila bagi mereka naik taxi dan anda menapak sampai ke masjid. Hehe.
  • Namsan Mountain: Seriously. You need to go here. Best place in town to watch the best view of Seoul. Some would say night will be the best and some will say during the day gives you the best moment. So, experience yourself! Dua-dua pun best. Ada 3 cara nak pergi sini. Naik cable car to Namsan Tower or naik Namsan Bus / Seoul City Tour Bus or exercise naik bukit sampai atas. Kereta persendirian dan taxi tak dibenarkan naik ke atas. Kalau nak jimat, sila naik Seoul City Tour Bus.
  • Hongdae: I would say Hongdae as the youth street. Lots of cafes and clubs where to some extent, you might bump with an artist if you're lucky. Why youth street? Sebab terletak berdekatan dengan Hongik University. Memang tempat pelajar lepak dan bersosial.
  • Insadong: My fave hangout place! I just love spending the night at Insadong street. Shall I compared Insadong to Central Market in Kuala Lumpur? I guess the 'feel' being at these 2 place are somewhat similar. If you're an art lover and eager to know Korean culture, please visit this street! You'll see many couples here. Insadong street tak sebusy dan sehavoc Dongdaemun tapi anda akan rasa tenang. The street musician will spice up the night at Insadong and of course, free music okay!
Nami Island

Nami Island

Must-have-and-bring-item:
  • T Money: If you're on your own, getting yourself a T Money card is really handy. T Money works exactly like the Touch and Go card except this card is much better in terms of its usefulness. Going from places to places is easy as you can just touch it and go - applicable to all the subway station, buses and train and to add the value, you can shop at selected convenience store using this card. It's great right having a card that works for two?
  • Maps and Guide Book: Upon your arrival at Incheon airport or any airport in Korea, there always a rack full of free maps and travel guide books. Make yourself comfortable by taking the free travel guide provided there. No worries as the language will be in English and Hangul.
  • Umbrella: Be it short or long legged umbrella, it's good to have one. Weather in Korea tend to change rapidly. Now you're good to go and suddenly the rain falls. Precaution action helps your holiday plan, smoothly, right? And fret not, if it rains, you can grab one at the subway. It's available everywhere! A shocking moment to me where almost everyone, including men, crossing the roads while holding a colourful umbrella. A scene that you can't get in Malaysia, I guess. I could say umbrella is the trend during the bad weather in Korea.
  • Handy calculator: Shopaholic? You gonna need this. Kalau susah sangat nak communicate, just type the figure you want. Even the owner used calculator when there is any communication breakdown.
  • Dictionary: I bought one but we never had the chance to used our dictionary. But why? Cause we get eager everytime we arrived at the destination and it's hard to always carry around the books while your hand already full with maps etc. Instead, you can just highlight or remember few Korean vocabs so it easier for you. Annyeong - hello, kamsahamnida - thanks, pali pali - faster, aniyo - no, ne - yes, olma eyo - how much?
  • Medicine: As always, please be prepared.
  • Electrical Appliances: Travel adaptor - Korea use the 2 pin plug so it's either you buy the 2 pin plug adaptor or just bring the global travel adaptor. Since we always prefer to cook on our own, we had this convenient travel cooker that is really compact and easy to use to. If you need one, just drop a comment and we'll give you the contact number. :) I can promise you that it is handy and lighter too.
  • Instant food: Pergi Korea ni selalunya tak ada halangan untuk bawa makanan kering dan instant food.
Travel Cooker

Travel Iron

Musafir Travel Cooker

Must-do-thing-before-boarding:
  • Visa: Bercuti ke Korea antara top list destination for most people disebabkan oleh tarikan yang ada di Korea, lagi-lagi pada mereka yang memang mengikuti K-Pop. K-Wave inilah antara punca kenapa ramai sangat orang nak pergi bercuti di Korea. Fyi, Malaysia - Korea tak memerlukan visa jadi mereka yang nak melancong ke Korea, be happy and no worry! I don't know about other countries, so please check with your Korea Embassy.
  • Passport: Again, for those who loves to travel, passport is no matter - sebab confirm dah alert dengan 6 months policy kan. Bagi mereka yang baru nak berkecimpung dengan dunia travel, bila dah beli ticket, make sure sebelum nak pergi tu, check passport anda. Passport anda kena valid for at least 6 month dari date anda akan berlepas or else memang tak dibenarkan terbang.
  • Money: Selalunya travel cheque tak diterima di banyak tempat, jadi jangan susahkan diri anda dan sila ready bawa duit Won siap-siap. Kadang-kadang nak exchange duit ni, kena selalu buat comparison among money changer supaya kita tak rugi. Antara money changer yang selalu kami pergi - Mid Valley Megamall, Matahari Mall kat Taman Dato' Harun, Tropicana Mall, Giant Mall Kelana Jaya. Selalunya exchange rate kat sini memang berbaloi but still, sila buat comparison. Credit card boleh diguna bila travel and sometime, exchange rate adalah lagi murah berbanding exchange rate di money changer.
  • Last sekali, before nak keluar rumah tu, bacalah doa supaya tak jadi apa-apa kat kediaman anda dan juga keselamatan anda ketika bercuti. Jangan lupa check duit, passport dan airflight ticket before keluar ye. Ini memang penting sebab pernah terjadi kat kami. Haha. Nasib baik sempat pusing balik tau. 

Hope you find this entry beneficial! Enjoy your trip to Korea and have a safe and sound trip! Annyeong. :)


P/s: Am watching Neraka Zionis at TV Al-Hijrah. Dokumentari mengenai perjuangan Palestin dan Misi Mavi Marmara. Perjuangan mereka dan kekuatan ukhuwah fillah abadan abada. MasyaAllah. A good cover-up and must watch documentary. Semoga roh mereka yang terkorban ditempatkan di kalangan mereka yang beriman :'(


Study Islam, and Love Islam. As Islam is the way of life.


Tuesday 26 November 2013

Hello Korea! Part 4

السلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاته


16 Oktober 2013

Pagi ini, jika ikut itinerary yang disediakan kami akan ke Mount Seorak, tetapi memandangkan banyak keperluan anak-anak mama yang tidak dapat dicari, kami memutuskan untuk mengelilingi bandar sekali lagi. Jika diikutkan maklumat dari seorang kawan anak mama yang dikenali ketika di Korea, kami mungkin akan dapat bermain salji di Mount Seorak kerana dijangkakan salji akan turun pada hari ini. Tiada rezeki kami untuk melihat salji terawal di Korea pada hari itu. Itulah rugi dan untungnya bila pergi sendiri, kerana ada masanya kita tidak dapat mengikut jadual yang dirancang. Seperti biasa disebabkan mama dah tidak larat menaiki tangga dan turun tangga di subway, kami menaiki Seoul City tour bas. Sebelum menaiki bas, sempatlah anak-anak bergambar di Gwanghwamun Square. Saja-saja nak tengok monument King Sejong dan General Yi Sun Shin. Kebetulan pada hari ini, ramai orang berkumpul di Gwanghwamun Square untuk mendaftar sebagai military service. Sempatlah juga anak-anak mama tangkap gambar beramai-ramai dengan mereka.

Gwanghwamun Square - King Sejong Monument

General Yi Soon Shin monument at Gwanghwamun Square


Inilah Seoul City Tour Bus

Kami pergi semula ke deretan kedai di Namdaemun Market kerana anak-anak mama tidak selesai lagi mencari barang-barang souvenir. Yang bagusnya di sini terdapat ramai Tourist guide yang akan membantu terutama kepada pelancong, jadi sekiranya tersesat carilah mereka yang memakai  baju berwarna merah dan bertopi merah. Baru-baru ini, kerajaan Korea telah mengumumkan public tourist guide ini akan diberi uniform rasmi seperti polis, jadi mungkin pakaian mereka akan berlainan dari yang kami jumpa.


Namdaemun Market di waktu pagi

Tourist guide (Public Service) di Namdaemun Market

Nichkhun 2PM - favourite anak mama

Kedai favourite anak mama

Selepas puas masuk dan keluar kedai di Namdaemun, kami pergi ke M Plaza di Myeongdong kerana anak-anak ingin memakai hanbok (pakaian tradisional Korea) secara percuma dan tidak dikenakan apa-apa bayaran. Malangnya kerana sampai lewat, pendaftaran telah ditutup dan mereka hanya dapat melihat bagaimana cara untuk memakai hanbok itu saja. Di Myeongdong ini terdapat banyak kedai-kedai yang menjual barangan kosmetik terutamanya cream muka dan mask. Mereka akan mempromosi produk di hadapan kedai dan hampir semua kedai-kedai tersebut akan memberi sampel-sampel dan pelbagai hadiah percuma bagi menarik pelanggan. Apa lagi, anak-anak mama tidak melepaskan peluang selain membeli, mereka juga mengumpul semua produk free tersebut. Sekiranya kedai-kedai yang menjual produk kecantikan di Malaysia membuat promosi begitu, tak tahulah mama nak bayangkan apa yang akan terjadi. Di sini juga terdapat kedai-kedai menjual selendang dan pashmina yang berkualiti dan boleh dibeli dengan harga RM10 sehelai. Memang rambang mata lah anak mama nak membeli selendang kerana terdapat banyak pilihan. Anak mama siap membuat koleksi facial mask yang juga sememangnya lebih murah dari di Malaysia. Bagi penggemar BB cream dan CC cream, memang terdapat banyak pilihan di Myeongdong ini jadi pastikan anda membeli produk yang bersesuaian dengan kulit anda.

Myeongdong Market

Facial masks!

M Plaza in Myeongdong street

Free hanbok trial at M Plaza

Mannequins with hanbok

Dari Myeongdong, kami kemudiannya menuju ke lokasi terakhir iaitu Insadong. Sepatutnya kami bercadang untuk menaiki cruise mengelilingi bandar Seoul, tetapi kerana kesuntukan masa dan bimbang terlepas cruise terakhir, kami membatalkan hasrat menaiki cruise. Hentian terakhir kami pada hari ini ialah ke Insadong kerana Seoul City bus hanya beroperasi sehingga pukul 7pm. Hari pun sudah gelap dan trafik di kota Seoul pun boleh tahan seperti di Malaysia. Anak mama cakap ramai orang mencadangkan untuk pergi ke Ssamziegil tetapi bagi kami, Ssamziegil ini hanya memaparkan koleksi-koleksi barangan berbentuk artistik dan culture. Sememangnya Insadong terkenal dengan jolokan culture and art street. Sepanjang kami di sini, memang terdapat ramai pemuzik jalanan yang sibuk mencari rezeki. Boleh dikatakan Insadong ini seperti Central Market di Malaysia kerana suasana di sini penuh dengan pemuzik dan pelukis jalanan. Insadong ini tidaklah sesibuk market lain tetapi ianya mempunyai tarikan yang tersendiri, sesuai bagi peminat sejarah dan artistik.

Ssamziegil in Insadong

Antara kedai souvenir di Insadong street

Insadong Street di waktu malam

Antara souvenir yang terdapat di Insadong


17 Oktober 2013

Hari ni merupakan hari terakhir di Seoul. Kami bertolak menaiki teksi ke Airport jam 7.00 pagi kerana penerbangan balik ke Kuala Lumpur jam 11.00 pagi. Walaupun kami pergi untuk 5 hari, terasa banyak lagi tempat yang tak sempat pergi. Anak-anak mama yang memang peminat Korea memang bercadang nak bercuti lagi ke sini jika ada rezeki. 


Semua insan adalah pengembara, semakin banyak dan jauh kita mengembara akan bertambahlah lagi keinginan untuk mencari kekuasaan dan kebesaran ALLAH . 

Friday 8 November 2013

Hello Korea! Part 3


السلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاته

15 Oktober 2013


Hari ini adalah Hari Raya Aidil Adha, mama rasa macam tidak percaya  menyambut Aidil Adha di Seoul. Inilah masalah orang yang berpencen, masa booking tiket tak semak pun hari cuti Am di Malaysia. Yang seronoknya sempatlah juga mama menyediakan juadah nasi impit goreng dengan rendang daging. Kami keluar awal untuk menunaikan Solat Aidil  Adha di Seoul Central Mosque atau lebih dikenali sebagai Masjid Itaewon kerana terletak di daerah Itaewon. Semasa berkursus dahulu mama tidak sempat bersolat di sini, hanya peserta lelaki sahaja yang pergi ke sini untuk menunaikan solat Jumaat. Masjid ini merupakan masjid terbesar yang ada di Seoul dan telah dibuka pada tahun 1976. Semasa mama sampai, masjid ini dah dipenuhi dengan jemaah dan kami dapati ramai pelajar-pelajar Malaysia serta Indonesia bersolat di sini. Terdapat juga keluarga seperti mama yang sama-sama solat di masjid ini. Tempat solat untuk wanita di tingkat atas sekali.

Selesai bersolat, kami menyusuri jalan di Itaewon ni dan di sepanjang jalan turun dari masjid memang banyak terdapat kedai-kedai makan peniaga India muslim, Pakistan, Indonesia, Arab dan Turki yang menjual makan halal seperti Restoran Siti Sarah, Restoran Moghul, Restoran Murree dan lain-lain. Terdapat juga supermarket yang menjual barangan halal. Sempatlah mama membeli roti dan anak-anak membeli baklava yang memang menjadi kegemaran mereka. Kalau anda ke sini, singgahlah di Salam Bakery. Mereka ada menjual pelbagai perisa baklava yang dikira mengikut berat. Memang sedap sebab anak mama memang peminat baklava dan antara kelainan yang terdapat di Salam Bakery ialah mereka menjual baklava perisa coklat yang sememangnya sedap dan unik. Bagi anda yang tidak pernah merasa baklava, baklava merupakan manisan dari Turki dan amat manis.

Pintu masuk ke Masjid Itaewon

Masjid Itaewon

Lorong menuju ke masjid

Restoran Halal Moghul di Itaewon

Restoran Murree


Turkey in Korea?

Deretan kedai di Itaewon

Kami sekeluarga menaiki subway untuk mencari kemeja serta t-shirt dan barang-barang souvenir di Pyounghwa Clothing Market di Dongdaemun. Walau pun demikian, kami hanyalah mencuci mata melihat hampir kesemua kedai menjual baju-baju tebal yang dijual untuk musim sejuk. Selain di Pyounghwa Clothing Market, terdapat Dongdaemun Clothing Market yang turut menjual pelbagai pakaian dan fabrik seperti bedsheets dan langsir. Di Dongdaemun juga ada deretan underground shopping centre yang menjual pelbagai jenis barangan termasuk aksesori dan barangan cenderahati. Kami tidak lama di Dongdaemun kerana cuaca yang begitu sejuk. Walaupun hari hujan, hujannya tidaklah selebat di Malaysia tetapi rata-rata mereka akan membawa payung ke mana sahaja. Hanya kami yang memakai pashmina untuk menutup kepala. Itulah kelebihan wanita bertudung. Mama sempat membeli cadar untuk dibawa pulang ke Malaysia. Cadarnya berkualiti dan di sini juga terdapat banyak pilihan.

Pyounghwa Clothing Market di Dongdaemun 

Dongdaemun Market

Kami teruskan perjalanan ke Namdaemun lagi sekali untuk mencari bangunan E-Lengdang yang famous terutama kepada pelancong Malaysia yang suka bershopping. Ramai menyarankan untuk pergi ke sini jika hendak membeli barangan secara pukal pada harga yang murah. Bangunannya terdiri daripada 4 tingkat di mana di setiap aras menjual barangan yang berlainan. Kebanyakan aksesori seperti rantai dan cincin banyak dijual di tingkat 1 manakala brooch di tingkat 2. Ketika di sini, memang rambang mata hendak memilih brooch yang berkenan di hati dan berbaloi dengan harga yang ditawarkan. Kedai yang menjual brooch agak tersorok dan jauh ke dalam sedikit. Jangan membeli di gerai hadapan kerana harganya agak mahal dan sukar untuk menawar. Disebabkan terlalu seronok membeli, mama tidak perasaan ada brooch yang kecil dan sederhana dijual dengan harga yang sama, dah sampai di rumah rasa menyesal pula terbeli banyak yang kecil. Oleh kerana dua bangunan ini bersambung, bangunan berwarna hijau menjual barangan secara pukal dan bangunan oren menjual barangan untuk kegunaan persendirian. Kami banyak membeli souvenir di bangunan oren kerana terdapat banyak pilihan dan juga senang untuk meminta discount. Jika anda membeli barangan di bangunan hijau, anda tidak dibenarkan untuk membeli hanya satu barangan tetapi hendaklah mengambil banyak secara pukal bagi tujuan menjual. 

E-Lengdang di Namdaemun Market

Namdaemun Market

E World atau E Lengdang

Antara koleksi brooch yang dibeli

Jika anda menaiki subway atau Seoul City Tour Bus, carilah Gate 6 Namdaemun Market kerana bangunan E World ini terletak berdekatan dengan Gate 6. Jangan risau jika anda tak jumpa, tanya sahaja mereka bangunan E World atau E Lengdang. Disebabkan Namdaemun Market ini agak luas, memang senang untuk anda sesat sambil mencuci mata dengan barangan yang terdapat di sepanjang Namdaemun street ini.

Nak senang cari E Lengdang, sila cari Gate 6 Namdaemun Market

Selesai bershopping di Namdaemun, kami segera balik ke apartment untuk berehat. Tak larat nak mengangkut barang belian ke sana sini dengan menaiki subway. Inilah kali pertama kami balik awal ke apartment. Sempatlah juga untuk melihat pemandangan senja dan matahari terbenam di Korea. Suhu ketika ini sudah semakin sejuk dan nyaman.

Pemandangan dari apartment di waktu senja

Pemandangan senja


SubhanAllah, cantik kan pemandangan senja di sini? Bersambung di entry seterusnya..


Thursday 31 October 2013

Hello Korea! Part 2


السلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاته


14 Oktober 2013

Hari ini mama dan family akan melawat Nami Island. Setelah bersarapan pagi, kami bertolak dari apartment menuju ke Seoul Station untuk menaiki keretapi ke pulau tersebut. Pada asalnya anak mama dah booking melalui on-line untuk menaiki bas, tetapi kerana tidak sempat buat pengesahan dan pembayaran semasa hari ketibaan kami memutuskan untuk menaiki keretapi. Bagi anda yang berminat hendak menaiki bus, bolehlah email ke SINI atau SINI dan nyatakan nama, date anda hendak pergi, berapa orang, dan all inclusive ticket atau bus ticket only supaya mereka boleh reserve seat untuk anda. Selalunya, jika anda mahu menggunakan perkhidmatan Namiseom bus ni, kenalah book at least sebulan awal. Dari Seoul Station, kami menuju ke Cheongnyangni Station menggunakan Line 1. Malangnya, setibanya kami di Cheongnyangni station, train ke Gapyeong Station mengikut waktu dan tiket sebelah pagi semua dah penuh, kami hanya dapat tiket jam 11.20 tengah hari. Perbezaan waktu antara Malaysia dan Korea adalah Korea awal 1 jam. Penumpang yang mengambil tiket dari Cheongnyangni Station ke Gapyeong Station dikenakan tambang sebanyak 4000 won. Nasib baiklah di Cheongnyangni Station ini bersambung dengan shopping mall, jadi sementara menunggu train tiba, kami pergilah mencuci mata dan makan. Di sini juga kita kena berhati-berhati kerana jika tersilap train anda akan pergi ke destinasi yang lain. Yang penting jangan malu bertanya walaupun mereka tidak faham kerana mereka sangat suka membantu. Nasib baiklah anak bongsu mama yang hantu drama korea boleh bercakap dan faham sedikit bahasa korea sehinggakan dipuji kerana slang yang digunakan seperti orang yang fasih berbahasa korea. Jika anda menggunakan T money untuk membeli tiket ITX di Cheongnyangni, sila pastikan anda touch card di mesin transit bersebelahan dengan mesin membeli tiket untuk memastikan T money anda dalam keadaan transit kerana anda akan menukar laluan train.

Station terbesar di Seoul, Seoul Station

Sila naik ITX Train Cheongchun untuk ke Nami Island

Guide untuk transit card

Platform 1 untuk ke Gapyeong Station

Pemandangan sepanjang ke Gapyeong Station

Lagi pemandangan sepanjang ke Gapyeong Station

Perjalanan ke Gapyeong station mengambil masa 1 jam dan dari sini kami terpaksa menaiki teksi dengan kadar 1 teksi 3000 won. Untuk memasuki Nami Island kita dikehendaki membeli tiket berharga 8000 won seorang dan menaiki feri ke pulau tersebut. Sebenarnya tiada apa pun tarikan di pulau buatan ini hanya selepas drama Winter Sonata, barulah pulau ini dikunjungi ramai pelancong. Hampir kesemua pelancong terutamanya yang muda-muda akan bergambar di patung tersebut. Cuma satu yang mama rasa agak kecewa kerana tidak dapat menyaksikan daun-daun pokok berubah warna kerana masa ni baru permulaan musim luruh. Memandangkan ramai pengunjung dari pelbagai bangsa dan agama, mereka membina surau yang dipanggil musolla untuk kemudahan bersolat. Mussolla ini terletak agak ke tengah berhampiran dengan restoran dan terletak di Nami Library. Jika anda hendak mencari musolla di sini, sila cari Nami Library dan tanda Musolla atau prayer room ada di pintu library tersebut. Oleh kerana sign board agak kecil, make sure anda tidak terlepas Nami Library. Prayer room di Nami Library ini hanyalah satu ruang yang dijadikan ruang solat dan ruang solat antara wanita dan lelaki tidak diasingkan. 

Satu peringatan mama supaya kita lebih berhati-hati di sini kerana semasa mama dan husband duduk menunggu anak2, kami didatangi sekumpulan lelaki dan perempuan Korea yang berseluar hitam dan berkemeja putih dengan tujuan mendakyahkan ajaran kristian. Seorang daripada mereka pemuda berumur anggaran 20an  menegur mama dan husband dan mengajak kami berbual-bual sambil memberi beberapa keping risalah. Nasib baiklah mama ternampak salah satu risalah tersebut terdapat perkataan Kristian serta Jesus dan apabila dia bertanya mengenai agama, mama dah bersedia dengan jawapan. Alhamdullilah, husband dan mama dapat mematahkan hujah mereka hingga akhirnya mereka meninggalkan kami. 

Gapyeong Station!

Teringin nak Bungee Jump?

Immigration Counter to Namiseom

Penyambut tetamu

Nami Island 

Nami Island

Welcome board di Nami Island

Prayer room di Gallery N

Cari Nami Library jika mahu bersolat

Special features in Nami Island

Nami Island

Nami Island- daun-daun yang mula bertukar warna

Nami Island

Hampir 3 jam di sini, kami bertolak pulang kerana mengejar train jam 4.30 petang kerana jika terlepas train ini, train seterusnya jam 5.30 petang. Disebabkan mama tidak mengambil tiket untuk balik ke Seoul semasa sampai, kami terpaksa mengambil tiket berdiri sampai ke Yongsan Station pada harga 4800won. Disarankan bagi mereka yang menaiki keretapi, rancang masa anda dengan baik dan lebih baik jika anda membeli terus tiket balik ketika tiba di Gapyeong station. Disebabkan mama hendak mencari product samsung, kami singgah di Stesen Yongsan dan di Yongsan Mall ni menjual semua peralatan eletronik seperti di Low Yat, Kuala Lumpur. Yongsan Mall ni memang terkenal sebagai Electronic Market di Seoul. Mama sempat jugalah terbeli satu product yang betul-betul original siap ada antena di product tersebut. Jika dibandingkan harga memang di sini lebih murah tapi jangan sampai lupa minta warranty card selepas selesai membeli.

Yongsan Mall

                                                     Bangunan Yongsan Mall

Sebelum balik ke apartment kami singgah mencuci mata di Namdaemun Market untuk meninjau harga-harga barang sebelum acara shopping pada hari esoknya. Kami sempatlah juga membeli cenderahati untuk adik beradik dan kawan-kawan walaupun ketika ini, banyak kedai sudah mula mengemas untuk tutup. Kami sempat mencari bangunan bernama E-Lengdang kerana di situ banyak terdapat barang dagangan pada harga yang murah. Oleh sebab kami mengejar masa, sekejap sahaja kami berada di Namdaemun Market dan bergegas untuk ke destinasi seterusnya.

Namdaemun market at night

Lawatan terakhir pada hari ni, kami menaiki teksi pergi ke Banpo Fountain Bridge dengan harga sebanyak 8000 won satu teksi. Nasib baiklah, pada waktu malam pemandu tersebut menerima kami seramai 5 orang menaiki teksinya. Banpo Fountain Bridge adalah jambatan yang terletak di sepanjang sungai Hangang yang telah dibina Moonlight Rainbow Fountain yang terpanjang di dunia yang diikitiraf oleh Guinness World of Records. Jambatan yang dilengkapi dengan jet air ini akan kelihatan menarik di waktu malam. Jet air ini boleh bergerak dengan lampu berwarna-warni dan berubah pergerakan mengikut rentak lagu yang dimainkan. Setiap lagu dimainkan dalam tempoh 15 minit. Mama difahamkan pertunjukan Moonlight ni berlangsung dari bulan April hingga Oktober sahaja. Ketika kami di sini, memang ramai orang yang melawat tempat ni kerana percuma sahaja dan oleh kerana jambatan ini berdekatan dengan taman, tempat ini menjadi tarikan bagi orang Korea untuk berbasikal dan bersenam di lewat malam.  


Banpo Fountain Bridge

Banpo Fountain Bridge

Banpo Fountain Bridge

Kami sekeluarga menyaksikan pertunjukan ini pada jam 8.30 malam dan berakhir 15 minit kemudian. Kesukaran untuk mendapatkan teksi dan bus juga antara sebab tempat ini hanya dilawati oleh orang Korea. Terdapat subway berdekatan tetapi kerana sudah lewat malam, kami berjaya akhirnya menahan sebuah teksi untuk balik ke apartment.


Bersambung di entry hari ketiga.......


Review: Adina Apartment Hotel Melbourne

Assalamualaikum! Just a short and simple review after long silence. Cleanliness: Since we took an apartment with kitchen facilit...