السلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاته
Lama sangat kami tidak menulis peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang tahun 2014 yang telah berlalu kerana kesibukan mengendalikan kursus dan bengkel di pelbagai jabatan. Kebiasaannya pada hujung tahun kurang permintaan untuk kursus, terlintas di hati mama hendak bercuti bersama anak-anak dan destinasi yang dipilih adalah Hong Kong dan Shenzen, China. Setelah membuat perbandingan harga antara MAS dan Air Asia, kami memilih MAS kerana perbezaan harganya RM50.00 saja.
Seperti biasa kami tidak menggunakan khidmat dari agensi pelancongan, pemandu pelancong kami, Ili akan menyediakan itinerari sepanjang berada di sana dari hari pertama hinggalah pulang semula ke Malaysia. Memasuki Hong Kong tidaklah memerlukan Visa tetapi kerana kami akan ke Shenzen yang disyaratkan mesti mempunyai Visa, mama mengambil Visa di Malaysia. Walaupun pada mulanya, kami hanya bercadang ke Hong Kong saja, tapi memandangkan Shenzen terletak bersempadan dengan Hong Kong, maka, termasuklah Shenzen dalam plan kami. Walaupun Macau juga berdekatan dengan Hong Kong, tapi mama tidak mahu ke sana kerana Macau terkenal sebagai tempat perjudian. Bersambung kembali ke permohonan visa China, tidaklah sukar untuk menguruskan Visa ini kerana borangnya boleh diisi melalui online di SINI (Click Me!) dan dicetak untuk dihantar ke China Visa Application Service Centre Kuala Lumpur yang terletak di Hamsphire Place Office, Jalan Mayang Sari dari pukul 9.00 am hingga 3.00 pm. Bagi penghantaran borang di tingkat 5 dan untuk pengambilan Visa di tingkat 6. Sebelum penghantaran borang kenalah pastikan ada sekeping gambar berukuran passport, passport asal yang sah lakunya melebihi 6 bulan, salinan tiket penerbangan dan salinan tempahan hotel semasa berada di China. Bayaran Visa yang dikenakan adalah RM85.00 untuk single entry dan RM105.00 untuk double entry. Satu yang mama puji cara mereka bekerja adalah cepat dan teratur, tidak perlulah menunggu berjam-jam seperti di kebanyakan pejabat yang menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan. Ini merupakan kunjungan kali kedua kami ke China tapi yang membezakan trip kali ini ialah kami akan ke Hong Kong dan Shenzen. Trip pertama kami ke Beijing beberapa tahun dulu, kami mengambil pakej pelancongan kerana masih lagi tak confident untuk travel sendiri lagi-lagi di China di mana warganya tidak fasih berbahasa Inggeris. Beza visa single entry dan double entry ialah single entry hanya untuk anda yang nak masuk China sekali sahaja sepanjang percutian anda dan double entry untuk anda yang bercuti di China tapi mahu ke Hong Kong dan balik ke China semula. Sila pastikan anda mengambil visa yang betul kerana kadar bayaran juga berbeza.
20 Disember 2014
Kami bertolak dari KLIA pada jam 9.00 am dengan jarak masa hampir 4 jam dan sampai di Hong Kong International Airport pada jam 1.00 pm. Setibanya di Airport, anak2 mama mengambil brochure di Hong Kong Tourism Board. Tourism Board ini terletak betul-betul di depan pintu keluar airport selepas laluan kastam. Seterusnya, kami membeli Octopus Card di Customer Service Centre dengan harga 150HKD di mana 50 HKD adalah deposit yang akan dipulangkan semula setelah kita mengembalikan semula kad tersebut, bermakna hanya 100HKD saja amaun yang ada dalam card itu. Anda perlu keluar ke Terminal 2 HKIA barulah anda akan jumpa Customer Service Centre. Ada beberapa pilihan untuk ke bandar dan jika anda mahukan yang murah, bolehlah naik taxi, airport bus atau train. Mama dan anak2 prefer menaiki bas dari menaiki train kerana harga yang jauh lebih murah. Airport Bus terletak di Hall B Arrival Hall (level 5). Kami menaiki bas no. A21 (HKD33) menghala ke Hunghom station dan turun di Stop 13 Nathan Road. Jangan risau jika anda tak sure hentian mana yang harus anda turun kerana ada dipaparkan laluan hentian bus dalam setiap bas. Perjalanan mengambil masa 50 minit ke 1 jam terpulang pada keadaan trafik. Nasib baiklah kami tidak perlu membawa beg berat dan menempuh orang ramai kerana hotel yang kami duduk berhampiran dengan hentian bas airport. Kami menginap di Hotel Benito yang kedudukannya berhampiran dengan masjid. Agak strategik dan juga dekat dengan Exit B2 Tsim Sha Tsui MTR station.
Puas juga kami mahu mencari Hotel Benito walaupun dah yakin kami berada di lorong yang betul. Rupa-rupanya, signboard Hotel Benito agak tersorok dari pandangan kami dan jalan besar. Nasib baiklah kami berhenti betul-betul berhampiran hotel, sempat lagi bertanya dengan pekerja-pekerja kedai walhal hotel betul-betul di belakang kami. Agak kelakar jugalah sebab kebetulan Ili lupa untuk print out address hotel tersebut memandangkan Hotel Benito ini kami buat direct booking to the hotel kerana harga yang ditawarkan mereka lebih murah berbanding di Agoda dan lain-lain. Kadang-kadang lebih untung jika kita buat direct booking dengan hotel berbanding menggunakan agent.
Bila dah jumpa hotel dan check-in, perut pun mula lapar balik walaupun kami baru saja lepas makan dalam flight. Sempat jugalah kami masak dalam bilik hotel dan untungnya apabila anda membuat direct booking dengan hotel, anda akan mendapat lebih banyak benefit seperti wi-fi, access to lounge @ cafe dan free breakfast. Cafe mereka ada menyediakan unlimited juice and instant hot drinks, jadi memang kami gunakan dengan sepenuhnya. Hampir setiap hari tak kira malam atau siang, mesti kami lepak di cafe ini. Bila perut dah kenyang dan solat pun selesai, aktiviti seterusnya adalah mencuci mata sepanjang Nathan Road.
Symphony of Light di Avenue of Stars adalah tempat yang menjadi tarikan kepada pelancong dan kebiasaannya ia bermula pada jam 8.00 malam selama 10-15 minit sahaja. Kami berjalan kaki dari hotel hingga ke Tsim Sha Tsui Promenade dan mencari lokasi yang paling strategik sambil menanti Symphony of Light bermula. Mungkin nasib tidak menyebelahi kami malam itu, tidaklah terdapat banyak sangat pancaran laser dari tempat kami menunggu. Ataupun, mungkin hanya itu saja show mereka. Tidaklah seseronok yang orang cakap. Bagi kami, best lagi show di Banpo Bridge Korea berbanding di Hong Kong. Indah khabar dari rupa. Semasa perjalanan pulang ke hotel, sempat lagi mama dan anak-anak mencuci mata melihat barang-barang yang dipamerkan sepanjang jalan sambil tangan laju je mengambil brosur-brosur makanan halal yang diagihkan oleh pekerja-pekerja kedai itu.
Bersambung lagi di Part 2!

Hong Kong Tourism Board
Sila keluar ke Terminal 2
Customer Service Centre turut menjual tiket-tiket masuk ke Disneyland dan tempat tarikan lain
Laluan keluar dari HKIA
Bus Terminal Info Board
View from connecting bridge of Chek Lap Kok island
Kowloon Mosque
Sogo
Sogo during Christmas Eve
The Peninsula Hotel
Before the Symphony of Lights
During the Symphony of Light..any different?
Nights along the Avenue of Stars