Friday, 28 August 2015

Hong Kong & Shenzen Holiday: Part 2

Assalamualaikum!


21 Disember 2014.

Seperti kebiaasan sebelum mama memulakan lawatan, rutin biasa adalah menyediakan sarapan pagi untuk family. Mungkin ada yang terfikir kenapalah family mama ni mesti menyediakan makanan tidak membeli di luar sahaja. Husband dan mama ni cerewet sikit mengenai makan terutama di negara yang majoritinya bukan beragama Islam. Di Malaysia sendiri pun mama tidak masuk restoran yang tiada tanda halal walaupun terdapat ramai orang Melayu makan di situ. Pagi ini kami memulakan lawatan ke Aberdeen Fishing Village. Aberdeen Fishing ini adalah merupakan pengkalan bagi nelayan yang dijadikan sebagai salah satu tempat termasuk dalam agenda lawatan di Hong Kong. Di sini, selain daripada tongkang dan sampan nelayan, terdapat juga beberapa rumah di mana bot nelayan dan keluarga mereka tinggal di situ. Hampir sama dengan kehidupan Bajau Laut di Sabah. Untuk pergi ke sana, kami menaiki bas No. 70 daripada Terminal Bas Exchange Square dan turun di Aberdeen Promenade hanya dengan menggunakan Octopus Card. Semasa kami berpusing-pusing mencari perahu yang hendak dinaiki, seorang perempuan telah menawarkan kami bagi menaiki perahu dengan kadar HK50 seorang bagi tempoh 30 minit. Memandangkan kami tidak perlu berkongsi dengan penumpang lain, kami pun bersetuju untuk menaiki perahu tersebut dan yang paling tidak disangka perempuan tersebut yang umurnya telah mencapai 65 tahun membawa kami dengan perahunya. Mama terfikir jika di Malaysia mungkin tiada perempuan sebaya itu masih terfikir mencari rezeki cara begitu.

Area Terminal Bus Exchange Square

Central Square

Bus directory

Bas untuk ke Aberdeen Promenade 

Berhenti sebentar di Aberdeen Promenade 


Bot yang kami naiki

Kami kemudiannya menaiki bas kembali ke Central Square untuk ke Masjid Ammar and Osman Ramju Sadick Islamic Centre di Kwan Road, Wan Chai. Memandangkan hari ini adalah hari minggu yang merupakan hari cuti, dapatlah kami melihat beratus-ratus pekerja-pekerja perempuan Filipina yang tidur di perhentian-perhentian bas, siap dengan kotak-kotak sekali. Walaupun mereka berkumpul sambil berpiknik di sepanjang laluan pejalan kaki, namun mereka tidak pula diganggu oleh pegawai penguatkuasa. Mereka dalam kumpulan yang besar dan mama beranggapan mereka berkumpul di tempat itu kerana hendak berjumpa antara satu dengan yang lain, nasib baiklah pemandangan begini tidak terdapat di Malaysia. Selain menaiki bas, kami juga menaiki train yang unik kerana hanya ada 3 gerabak saja dan memang model lama. Boleh juga gunakan Octopus Card untuk membayar tram ini tetapi berhati-hati dengan barangan anda kerana tram ini sangat sesak. Kami terpaksa bersesak-sesak mungkin kerana pengangkutan tram ini agak murah berbanding yang lain. Kelihatan juga ramai pekerja asing turut menaiki tram ini. Sila pastikan anda tidak tersilap tram kerana laluan adalah berbeza. Kami naik betul-betul di Central di mana anda perlu keluar dari bangunan Central dan turun di Hentian 47E (Tonnochy Road Tram Stop). Turun saja dari tram, anda akan nampak basketball court dan naik tangga di sebelah court tersebut. Tanya saja dengan orang yang lalu-lalang di situ kerana anda sudah berada berhampiran dengan masjid itu. Kami sampai di masjid ini hampir jam 12.oo tengah hari dan memang penuh dengan orang terutama pelancong. Selain daripada untuk menunaikan solat di sini, anak2 sangat teruja hendak memakan dim sum yang terkenal di situ. Restorannya di tingkat 5 dan dibuka dari 11 pagi hingga 2.00 petang dan yang lucunya taukeh restoran itu siap bercerita dengan kami tempat itu merupakan persinggahan Rasa Halal Antarabangsa yang ditayangkan di Astro. Kami mengambil dim sum dan sejenama dengannya, tapi hati-hati sambal cilinya memang pedas.

Setelah selesai makan dan solat, kami hanya berjalan kaki menuju ke The Peak iaitu merupakan satu kawasan tinggi untuk melihat panorama bandar Hong Kong. Walau bagaimanapun, rasa menyesal juga apabila terpaksa beratur hampir 2 jam untuk menaiki Peak Tram. Peak Tram adalah seperti kereta api yang digunakan untuk menaiki Bukit Bendera di Pulau Pinang. Tiket yang dikenakan adalah HK40 seorang. Apabila sampai di Peak Tower tersebut, terasa hilang penat menunggu apabila melihat view yang cantik dengan cuaca yang sangat nyaman. Subhanallah! Nasib baik perjalanan turun dari The Peak tidaklah seteruk menunggu semasa hendak naik tadi. Dah turun pun masih ramai lagi orang menunggu untuk naik ke The Peak. Kami tidak berkesempatan untuk melihat matahari terbenam walaupun masa itu sudah hampir waktu untuk matahari terbenam, kerana mengejar masa dan malas nak beratur lama untuk turun dari The Peak.

Perjalanan balik ke Hotel kami tidak menaiki bas tetapi menaiki Star Ferry. Macam mana boleh sampai ke sini? Pada mulanya, kami bercadang untuk menaiki taxi balik ke hotel tetapi memandangkan ramai pemandu teksinya menolak kami, kami terus berjalan kaki menuju ke Star Ferry. Kebetulan terjumpa bas yang melalui Star Ferry, cepat-cepatlah kami naik kerana semua sudah kepenatan. Hentian terakhir bas itu betul-betul di Hentian Bas berhadapan dengan Terminal Star Ferry. Alhamdulillah, sempat juga kami merasa naik ferry biasa walaupun tak berkesempatan untuk mencuba Ferry Tour mereka. Pastikan anda menaiki feri yang betul menuju ke Tsim Sha Tsui. Anda juga boleh menggunakan Octopus Card untuk menaiki Star Ferry. Senang kan ada Octopus Card?

Setibanya di Tsim Sha Tsui Ferry Pier, kami memang sudah tidak larat untuk berjalan dan perut pun boleh tahan lapar. Tapi, sebelum sampai ke hotel sempat lagi mama dan anak2 masuk dan keluar kedai melihat barang-barang berjenama yang dijual. 

Bersambung dientri berikutnya! :)

Review: Adina Apartment Hotel Melbourne

Assalamualaikum! Just a short and simple review after long silence. Cleanliness: Since we took an apartment with kitchen facilit...