Thursday, 30 April 2020

Free Post Travel Review!

Assalamualaikum.


Since banyak sangat terima komen dan email dari anonymous, maka dengan ini terhasil la post ini. Tak larat nak tulis panjang since it's past midnight tapi masih lagi rajin nak menulis. 

Ada buat homestay di dalam Malaysia? Ada jual baju bundle sweater, parka, winter boot shoes dan lain-lain? Ada jual instant food yang senang reheat dan ready to eat? Tak kisah la apa yang anda buat asalkan ada manfaat untuk mereka yang suka travel.

Back to the topic, jika ada yang berminat nak kami buat post untuk anda secara percuma, boleh la email kami. Tapi since setiap entri adalah percuma, please expect some delay. Nak tahu kenapa boleh rajin nak tolong promote business orang? Sebab kami terima terlalu banyak komen dan email. Adoi. Bagi mereka yang berminat nak share barang or services berkaitan travel, cepat-cepat email tau. Mana tahu silap-silap kami sendiri yang jadi pelanggan pertama. Haha.

Bila cakap pasal instant food, terus teringat satu local brand yang bagi kami memang sangat memudahkan orang yang nak pergi bercuti. Idea dorang memang terbaik. I introduce to you the Kembara Meals! Taraaa. Honestly, this is our first time trying their packed food. Apa yang menarik pasal Kembara Meals adalah anda hanya perlukan air sahaja untuk panaskan makanan anda. Yes, you heard me. Only water, any kind as long as it is water. Nak tahu kenapa? Sebab anda hanya perlu tuang air dalam paket makanan dan dalam masa beberapa minit, semua dah siap dan sedia dimakan. Pergi tempat sejuk beku, salji sepah-sepah tepi jalan pun still boleh makan makanan panas tau. Dan, paling penting HALAL okay. Tahu tak feeling dapat makan makanan favourite orang Malaysia di luar negara itu adalah heaven? Okay. Over sikit. Haha. Harga dan portion untuk satu paket Kembara Meals bagi kami agak berpatutan. Menu yang dibuat juga sesuai dengan tekak orang Malaysia, especially bagi mereka yang beragama Islam sebab Kembara Meals menggunakan barang masakan yang halal. Nak komen lebih pasal rasa masakan, so far tak pedas dan sesuai la untuk hilangkan lapar di kala sejuk salji. Oh. Jangan lupa bawa bekas siap-siap untuk anda makan sebab Kembara Meals menyediakan makanan di dalam paket kecil yang perlu dituang untuk dimakan. Ini bukan sponsored post tau sebab kami dah cuba sendiri dan so far not bad la. Boleh contact direct dengan team Kembara Meals, just search Kembara Meals on instagram and there you go. Nak attach gambar tapi terlupa langsung, maklumlah perut semua dah berlagu.

Lately, kami selalu stay di Airbnb bila bercuti di luar negara sebab nak jimat dan lagi selesa. Bila travel dengan keluarga, memang kami akan cuba cari apartment atau studio so senang nak plan untuk itinerary dan food preparation. Kebetulan kami baru balik bercuti di Balkan, betul-betul sebelum Covid19 outbreak dan Alhamdulillah semuanya selamat. Kami hanya spend kurang dari RM1,000 untuk penginapan 7 orang sepanjang di Balkan. Jimat kan? Semuanya kami stay di Airbnb dan rupanya, harga penginapan di Balkan tidaklah semahal yang dijangka. Masih dalam budget kami. Ada yang berminat nak baca kisah kami di Balkan? Tunggu update di post seterusnya!

Selamat menyambut Ramadhan Mubarak dan semoga kita semua terhindar dari wabak Covid19. Amin. Semoga Allah permudahkan segala urusan hambanya. Together, we can fight this. InsyaAllah. Stay safe and take care everyone!


"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu daripada penyakit gila, kusta, sopak dan sebarang jenis penyakit yang menggerunkan."

(Riwayat al Nasa'i no. 5493)

Review: Adina Apartment Hotel Melbourne

Assalamualaikum! Just a short and simple review after long silence. Cleanliness: Since we took an apartment with kitchen facilit...