Monday, 26 May 2014

Review: City Hotel 35 Luu Van Lang St

Assalamualaikum


Entry yang dah lama sangat tertangguh. Walaupun hanya ke Ho Chi Minh,  Vietnam pada awal Mac 2014, namun, dengan bilangan ahli jemaah travel yang ramai memang menjadikan family trip kali ini sangat meriah. Alhamdulillah, ada rezeki kami sekeluarga untuk pergi bercuti beramai-ramai. Nasib masih ada bilik kerana kami book bilik pada tempoh yang agak lewat memandangkan jumlah jemaah ahli yang agak ramai.

Untuk ahli jemaah travel seramai 25 orang - 19 dewasa dan 6 kanak-kanak dan bayi, kami book 2 family room dan 6 superior room. Tapi, gambar-gambar di bawah hanya untuk family room sebab kami stay di family room. Family room di hotel ini memang highly recommended sebab sangat luas, selesa dan affordable untuk mereka yang melancong bersama ahli keluarga yang ramai. Untuk bilik superior juga, bagi kami masih selesa tetapi tandasnya tak disediakan bath tub

Hotel ini juga terletak berdekatan dengan tempat-tempat tarikan pelancongan di kota Ho Chi Minh. Untuk mereka yang datang just nak shopping, memang kami recommend hotel ni sebab selesa dan affordable. Ruang dalam bilik pun masih membolehkan anda untuk bersolat dengan selesa. Untuk mereka yang tak berapa sukakan bunyi bising, memang sesuai menginap di hotel ini sebab ianya tak terletak di jalan utama. Tak adalah bunyi bising sangat time nak tidur, lagi-lagi bila siang penuh dengan aktiviti shopping. Itupun, berapa kali ulang alik hotel - kedai sambil bawa barang dagangan yang tak pernah surut.

Kami book hotel melalui Agoda, itupun lepas dah puas baca review dan cari hotel dengan lokasi yang paling dekat dengan Ben Thanh Market memandangkan trip kali ini, ada ramai juga sedara-mara, kanak-kanak dan mereka yang berumur join sekali. Jadi, hotel ini antara option yang terbaik bagi kami even time nak check-in macam kelam kabut sikit. Hotel tak besar dan lobby pun kecil je. Lif pun kena tunggu and take turns time nak check-in tapi overall, still okay lagi bagi kami. Receptionist boleh speaking, so, jangan risau ye! :)

First double bed room

Second double bed room

Room with city view

Complimentary Vietnam coffee and green tea set

Toilet

With bath tub

Banyak je hotel kat Ho Chi Minh city ni, jadi terpulang pada anda nak book hotel yang mana. Untuk rm50+- semalam seorang includes breakfast, memang sangat berpatutan bagi kami yang datang ramai-ramai ni.


learn to give than to receive, not to receive without giving as the more you give, the more you'll get
InshaAllah :)


4 comments:

  1. hihi sukalah quote last tuh :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Tetibe je terlintas. Kalau boleh like komen ni, mst kita dah like tau ;)

      Delete
  2. Assalamualaikum ly, xde entry baru ke? skrgkan musim haji, kongsikanlah pengalaman parent g haji, mesti ada pengalaman yg menyentuh hati kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam kasu. Mood nak menulis tu takde la kasu. Nak reply comment org pun take time tau. Kesian mereka2 yg drop email. Hehe. InsyaAllah kasu. Nak share experience parent on behalf mixed up sikit dgn experience buat umrah :D

      Thanks kasu bg idea!

      Delete

Review: Adina Apartment Hotel Melbourne

Assalamualaikum! Just a short and simple review after long silence. Cleanliness: Since we took an apartment with kitchen facilit...