Maaflah kerana mama ambil masa yang lama untuk berkongsi cerita melancong ke Perth. Walaupun mama dah pencen ada masanya mama masih lagi menerima jemputan untuk memberi ceramah di jabatan. Yalah dah menjadi sebati dan hobi mama bantu sajalah. Ok, mama sambung cerita bercuti hari seterusnya.
03.11.2012
Pagi ni mama buat sarapan nasi dengan sambal sardin adabi, asparagus dan button mushroom, nasib baiklah dah beli periuk nasi kembara tu, banyak jasanya pada kami. Seronok berebut makan dengan anak2 walaupun masaknya simple saja sebab tak ada benda lain yang hendak dimakan hehe. Kat Perth ni, harga barang-barang kering seperti cili dan bawang agak mahal, nasib baik kami bawa perencah instant dari Malaysia, berselera je makan. Mengikut jadual yang telah disediakan oleh Ili, hari ni kami akan menjelajah ke chocolate factory yang terletak di Swan Valley. Chocolate factory ni ada 3 branch, setiap satunya kat Margaret River, Swan Valley dan Perth City. Tempat ni memang famous jika kita ikut pakej pun mereka akan bawa ke sini. Mama sampai jam 9.00 am dah ramai pelancong di situ. Walaupun kita boleh makan coklat dengan percuma tapi lebih baik berhati-hati kerana ada juga coklat yang tidak halal. Untuk itu pastikan baca ingredients, jika hendak pasti kita tak was-was carilah yang mengunakan soy lecithin. Coklatnya memang berlemak dan di branch Swan Valley ada viewing gallery di mana anda boleh melihat sendiri macam mana coklat dibuat. Terpegun sekejap! Chocolate drinks mereka memang sangat pekat dan mereka hanya menggunakan chocolate di bawah yang dibancuh panas-panas. Pure hot chocolate!
|
Free Chocolate Tasting *_* |
|
Hot Dark Chocolate Drinks |
Sebelah petang husband dan anak lelaki mama memandu pula ke Fremantle iaitu sebuah bandar pelabuhan lama untuk berjalan-jalan bagi memudahkan perjalanan untuk hari esoknya. Kami hanya singgah sebentar untuk membeli barang-barang makanan dan ambil angin sekejap di pelabuhan. Di Fremantle ni memang ramai pelancong dan jangan risau kerana makanan halal ada terdapat di sekitar Fremantle. Fremantle market ni buka hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja. Jadi jika hendak ke sini kena rancang terlebih dahulu program kita. Yang tak seronoknya kebanyakan kedai tutup pukul 5.00 petang. Keadaan di Fremantle ni lagi relax dari di Perth City. Memang suasananya sesuai untuk bersantai dan kadang-kadang terasa seperti di bandar lama oleh kerana susun atur kedai dan lokasi yang berhampiran dengan laut. Sampai di apartment, mama and my son berjalan kaki je ke Harbour Town kerana tempatnya di seberang hotel je. Di sini shopping complexnya tutup sehingga jam 9.00 malam tetapi hanya untuk hari sabtu. Memang sunyi je Perth City ni, berbeza dengan di Kuala Lumpur.
No comments:
Post a Comment