Tuesday, 10 February 2015

Review: Abjar Grand Hotel, Dubai

Assalamualaikum!

Sekarang tiba-tiba ada mood nak post as many entry as possible. Now, I'll introduce you to Abjar Grand Hotel in Dubai, United Arab Emirates. Anything in Dubai is ridiculously expensive, just name it. From hotels to metro, everything costs you a dollar.

Abjar Hotel is a 4 star hotel located in Deira, just 5 to 10 minutes drive from Dubai International Airport. The nearest metro station is Abu Hail Station which only few miles away from the hotel. Keluar saja dari hotel, sudah boleh nampak Abu Hail station. Location, I would say just okay since it's nearby to metro station but quite far away from the local market. Please read local market as souq or shopping mall. The area are quite busy during the night but fret not, it's easier to get taxi or bus around the area. This is how Abjar Hotel looks like from far, so expect some noise during the day or night if you're facing the main road. 

We stayed here for 3 nights with breakfast and lunch provided. Foods are okay as they serve local cuisines and simple Western dishes but the seating area in the restaurant seems limited during the breakfast time on peak season. Wifi is chargeable on daily basis and no free wifi even at their lobby - which we hate this part so much! We really need free wifi access everytime we are away from home so this is one of the bad side.

Rooms are dark but spacious, and their interior looks classy with a gist of Arabic and modern Western design. They only provide free shuttle to Mamzar beach so don't expect any shuttle to shopping mall. One thing for sure, upon your check-in, receptionist would request for your passport and hold it until you clear up the Tourist Tax. Yes! Starting 2014, all visitors staying at any hotels in UAE are expected to pay Tourist Tax in conjunction with their upcoming Expo 2020. Save some money on this before you splurge em'. 15 dirham per night per room, so we had to pay 45 dirham for one room for 3 nights. 

Abjar Grand Hotel

Toilet

Entrance

Room interior for Superior Twin Room

Rest area

Twin Sharing Room

Looks classy and neat

Gelap kan?

Abu Hail metro station

If you plan to stay here, do visit their rooftop swimming pool. You can get amazing view of the Dubai city at night. There will be a non-stop flight departing from Dubai Airport and you can chill out on the rooftop while seeing the flights went off the runway. Till soon! Happy reading and happy holiday!


"Travel the world, it is your choice to live the moment"



Sunday, 8 February 2015

Hong Kong & Shenzen Holiday: Full Itinerary

Assalamualaikum


Alhamdulillah, kami dah selamat pergi dan balik dari Hong Kong dan Shenzen. Kebetulan time kami pergi, kawasan pantai timur di Malaysia dah teruk dilanda banjir. Semoga semua mangsa banjir tabah dan bersabar serta banyakkan berdoa agar dipermudahkan segala urusan. Okay, back to the topic, since we keep on getting emails asking about our itinerary, cost, tips, dan lain-lain plus we need to write exactly the same thing, again and again, tapi kat orang yang berbeza...so, I decided to post our itinerary during the trip and will try to describe everything in detail for the upcoming posts. Confident je boleh tulis detail kan, nak tulis blog pon dah berbulan baru continue balik.


20 December 2014

KLIA - HKIA
Hotel Benito
Nathan Road
Parklane Boulevard
Kowloon Mosque
Avenue of Stars
Symphony of Lights

21 December 2014

Hotel Benito
Aberdeen Fishing Village
Central 
Masjid Ammar and Osman Ramju Sadick Islamic Centre
The Peak
Star Ferry Harbour Tour
Victoria Harbour Waterfront
Hotel Benito

22 December 2014

Hotel Benito
Central Exchange Square
Ocean Park
Mr Kebab Cafe
Ladies Market
Sneakers Street
Hotel Benito

23 December 2014

Hung Hom Station
Hong Kong - Shenzen Immigration
ZTL Hotel
Window of the World (WoW)
Dongmen Pedestrian Street
ZTL Hotel

24 December 2014

ZTL Hotel
Dongmen Pedestrian Street
Muslim Restaurant
Shenzen - Hong Kong Immigration
Sheung Shui Station
HKIA - KLIA


Ni lah itinerary kami sepanjang bercuti kat Hong Kong dan Shenzen. Part Star Ferry Harbour Tour tu, suppose kami memang plan nak ambil Harbour Tour tapi dah terlepas masa so inilah tempat-tempat yang sempat kami pergi. Costing untuk fees entrance dengan bus fare nanti kami cerita kat next entry okay! InsyaAllah. Till the next entry, please stay tuned! :)

p/s: This was written months ago so please bear with the outdated post. Peace!

Tuesday, 30 December 2014

STC on the Web!

السلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاته


Tidak sedar masa berlalu dengan pantas, rasanya baru saja bulan Januari 2014 dan esok tinggal satu hari lagi kita akan meninggalkan tahun 2014 dengan pelbagai peristiwa yang telah berlaku di Malaysia.

Bagi mama sepanjang tahun 2014, banyak juga kenangan manis yang dilalui terutama semasa mencari pengalaman baru ke luar negara bersama keluarga. Sebagai bekas penjawat awam yang telah berkhidmat selama 32 tahun, banyak ilmu dan pengalaman yang dapat mama kongsikan apabila mama dan family menubuhkan Sarisma Training and Consultant pada Bulan Disember tahun 2013. 

Akhirnya, berjaya juga kami menyediakan website syarikat untuk dikongsikan dengan pembaca blog Kasih Sayang Sepanjang Hayat. Bagi sesiapa yang berminat dengan kursus-kursus yang kami tawarkan, bolehlah hubungi kami melalui website, blog atau Facebook kami. InsyaAllah, kursus-kursus kami akan bermula Januari ini. Sebarang pertanyaan dan penyertaan boleh diajukan kepada kami melalui media-media berikut dan jangan segan-silu untuk hubungi kami!

P/s: Berminat untuk menyertai Kursus Pengurusan Stor yang berkesan? Hubungi kami segera!


Website Sarisma Training & Consultant: SARISMA TRAINING
Facebook: Sarisma TC


"Sampaikanlah, walaupun hanya satu ayat"


Sunday, 14 September 2014

Behind The Scene

Assalamualaikum


Selamat Hari Raya Aidilfitri, Selamat Hari Merdeka, Selamat Hari Malaysia...and coming soon... Selamat Hari Raya Aidiladha! Sorry for the long hiatus. Tiba-tiba saja minat nak tulis blog sudah ke laut. Even replying to comments and emails would take so much time. Sincere apologies to the readers and those waiting for the reply. Banyak je travel entry yang delay tapi feeling nak tulis blog tak datang-datang.

Actually, since lama sangat dah tak tulis blog, and overflowing of emails, admin blog saja nak inform siapa owner blog ni ala-ala behind the scene of 'Kasih Sayang Sepanjang Hayat'. Back then, since we were all about travelling, and seeing abundance of travel bloggers, encourage us, one happy family, to create a blog that provide information, tips and tricks to those backpackers and of course, people who loves to travel!

Kadang-kadang, ada certain people finds travellers ni macam sangat annoying sebab sibuk nak share experience la, sibuk nak tayang shopping spree time travel la..tapi, what matters are the content. Bumi Allah ini sangat luas dan rugi kalau kita tak hayati betapa indahnya ciptaan Allah. Kadang-kadang, manusia bila dah rasa berjaya, mula lupa siapa yang permudahkan jalan dan rezeki kita. Sebab itu, dalam setiap rezeki kita ada terselit rezeki orang lain. Bila kita travel, tengok kesusahan orang dan compare dengan apa yang kita ada, InsyaAllah kita mesti lebih appreciate apa yang kita ada.

Bila pergi negara yang lagi mundur, kita nampak betapa beruntungnya hidup kita...but, still, we never satisfied with what we earn. Bila pergi negara membangun, kadang-kadang kita lupa ada yang lagi berkuasa dari kita. Lagi-lagi bila ada negara yang respective citizen terlalu obses dengan pemimpin sampai rasa pemimpin itulah segala-galanya.

Bila orang tanya, kenapa suka travel? Membazir katanya. Tapi, bila merokok tak membazir. Bila shopping tak membazir. Bila selalu tukar gadget tak membazir. Bila jalan-jalan dalam Malaysia tak membazir. Bila lepak-lepak kat mamak sambil shisha tak membazir. So, what makes them different? Rokok bukan keperluan, gadget bukan keperluan, shisha bukan keperluan, and same thing goes to travel. Lets say, you spent RM1k for a trip that tooks you a year to accomplish and compare to a box of cigarettes which costs you RM10 daily, why would people still spent dollars on smoking? All in all, respect other's passion, stop making nonsense excuses and stop pointing fingers.

Back to behind the scene, 'Kasih Sayang Sepanjang Hayat' was named after my mom's favourites saying. Bila baca title pun dah macam lemah-lemah badan sebab kenapalah title terlalu jiwang. Apparently, we want to spread the love and encourage people to enjoy whatever moment with your family. Try making the relationships better and serve your parents as much as possible before its too late. If only, human could turn back time, we would never learn from the past and things will never get better. Allah is the best planner, just have faith and live life to the fullest.

Blog ini ada 2 writer which is me and my mom. Basically, one of us akan reply email or comment from readers. Tapi, kadang-kadang dua-dua pun tak sempat nak reply email. To readers, anda boleh email pu3.lees@gmail.com or sarismasms@gmail.com. Kalau tak boleh lagi, drop a comment or your email here, so nanti bila free boleh kami contact. Nanti kalau drop email kat mama tiba-tiba anak yang reply, no worries okay as long as your email dah dijawab. Before anything, maafkan kami kalau info's dan tips melancong kami tak membantu anda sebab we just share our experiences and knowledge during the trips. Things might be different when you go..well, everything change, right? Macam bila pergi Umrah dan Haji, lain orang lain pengalaman. We can't compare apples to oranges when obviously, it's totally different. Okay, till the next entry, happy reading guys!

To adik-adik yang ambil UPSR, good luck! Don't let the news ruined your day! ;)


'When you sink, keep your spirit high but never let your guard down'


Monday, 26 May 2014

Review: City Hotel 35 Luu Van Lang St

Assalamualaikum


Entry yang dah lama sangat tertangguh. Walaupun hanya ke Ho Chi Minh,  Vietnam pada awal Mac 2014, namun, dengan bilangan ahli jemaah travel yang ramai memang menjadikan family trip kali ini sangat meriah. Alhamdulillah, ada rezeki kami sekeluarga untuk pergi bercuti beramai-ramai. Nasib masih ada bilik kerana kami book bilik pada tempoh yang agak lewat memandangkan jumlah jemaah ahli yang agak ramai.

Untuk ahli jemaah travel seramai 25 orang - 19 dewasa dan 6 kanak-kanak dan bayi, kami book 2 family room dan 6 superior room. Tapi, gambar-gambar di bawah hanya untuk family room sebab kami stay di family room. Family room di hotel ini memang highly recommended sebab sangat luas, selesa dan affordable untuk mereka yang melancong bersama ahli keluarga yang ramai. Untuk bilik superior juga, bagi kami masih selesa tetapi tandasnya tak disediakan bath tub

Hotel ini juga terletak berdekatan dengan tempat-tempat tarikan pelancongan di kota Ho Chi Minh. Untuk mereka yang datang just nak shopping, memang kami recommend hotel ni sebab selesa dan affordable. Ruang dalam bilik pun masih membolehkan anda untuk bersolat dengan selesa. Untuk mereka yang tak berapa sukakan bunyi bising, memang sesuai menginap di hotel ini sebab ianya tak terletak di jalan utama. Tak adalah bunyi bising sangat time nak tidur, lagi-lagi bila siang penuh dengan aktiviti shopping. Itupun, berapa kali ulang alik hotel - kedai sambil bawa barang dagangan yang tak pernah surut.

Kami book hotel melalui Agoda, itupun lepas dah puas baca review dan cari hotel dengan lokasi yang paling dekat dengan Ben Thanh Market memandangkan trip kali ini, ada ramai juga sedara-mara, kanak-kanak dan mereka yang berumur join sekali. Jadi, hotel ini antara option yang terbaik bagi kami even time nak check-in macam kelam kabut sikit. Hotel tak besar dan lobby pun kecil je. Lif pun kena tunggu and take turns time nak check-in tapi overall, still okay lagi bagi kami. Receptionist boleh speaking, so, jangan risau ye! :)

First double bed room

Second double bed room

Room with city view

Complimentary Vietnam coffee and green tea set

Toilet

With bath tub

Banyak je hotel kat Ho Chi Minh city ni, jadi terpulang pada anda nak book hotel yang mana. Untuk rm50+- semalam seorang includes breakfast, memang sangat berpatutan bagi kami yang datang ramai-ramai ni.


learn to give than to receive, not to receive without giving as the more you give, the more you'll get
InshaAllah :)


Sunday, 18 May 2014

Percutian Kansai: Part 4


السلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاته

24 Februari 2014

Berjumpa lagi di episod terakhir mama di Osaka, sejak memulakan training consultant, mama dan anak memang tidak menang tangan nak update blog kerana penuh dengan jemputan kursus. Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah beri kepada mama sekeluarga. Pagi ini, kalau ikutkan itinerary kami, hari ini adalah hari yang paling pack sekali dengan aktiviti sebab kami akan bergerak dari Osaka ke Nara, kemudian ke Kyoto dan Arashiyama. Kami bertolak ke Nara dengan menaiki Kintetsu-Nipponbashi Line yang memang terletak berdekatan dengan hotel kami. Tak perlulah kami untuk berjalan jauh ke main station Kintetsu Line di Namba.

Awal-awal pagi lagi kami dah bergerak ke Nara. Hari ini, kami menggunakan sepenuhnya Kansai Thru Pass kerana Osaka Pass kami sudah expired. Setibanya di Nara, kami memang teruja untuk melihat kawanan rusa di Nara Park tapi anak mama yang seorang ni punyalah takut dengan rusa. Kanak-kanak lagi berani main dengan rusa berbanding dengan anak mama ni. Nara Park ini memang agak luas dan di sepanjang kawasan ini terdapatnya temple, shrine, museum dan yang paling penting, terdapat juga hampir 1000 ekor rusa. Rusa di Nara Park ini sangat jinak dan semasa berjalan, binatang ini akan mengikuti kita untuk mendapatkan makanan. Kasihan mama lihat rusa-rusa ini kesemuanya tiada tanduk kerana telah dipotong untuk mengelakkan bahaya kepada pelancong. Sebenarnya, kawasan Nara ini tidaklah sebesar mana kerana bagi mama, ianya lebih kurang seperti pekan yang terdapat di Malaysia. Kebanyakan rumah-rumah di sini juga mempunyai senibina rumah tradisional Jepun. Mama dan Hafiz tidak mengikuti anak-anak dan husband pergi ke museum dan temple kerana malas untuk melihat temple mereka, jika lihat masjid okay juga....

Kintetsu Nara Station

Lelaki yang setia berdiri berhampiran dengan entrance Nara Station

Signboard di Nara

Five Story Pagoda

The Southern Octagonal Hall

Walaupun mama dan Hafiz hanya stay di Nara Park, tetapi perjalanan percutian di Nara masih diteruskan oleh anak-anak mama dengan ditemani oleh ayahnya. Destinasi seterusnya adalah ke Todaiji Temple. Jarak perjalanan ke Todaiji Temple dari Kofukuji Temple ini tidaklah jauh sangat, tapi memandangkan kami sudah menggunakan khidmat kaki sepenuhnya dari hari pertama di Osaka, memang terasa penat dan jauh kerana keadaan kaki yang lenguh dan sakit. Sememangnya, ketika berada di Jepun, pantang saja dapat naik train atau bus, memang kami akan mencari tempat duduk walaupun jarak perjalanan untuk ke satu-satu tempat adalah pendek. Bayangkan, kalau duduk seminggu di sini pun sudah boleh turun beberapa kilo, apa lagi kalau menetap di Jepun.

Todaiji Temple merupakan antara temple yang famous di Jepun dan juga menjadi landmark di Nara. Todaiji Temple ini juga masih aktif digunakan oleh penganut beragama Buddha. Ketika anak-anak mama tiba di sini, agak ramai juga pelawat yang berada di sini. Tempat ini juga menjadi tumpuan rusa-rusa terbiar di sini kerana bilangan pengunjung yang sentiasa penuh walaupun pada hari minggu. 

Namdaimon Gate

Guardian King, I guess so..?

Todaiji Temple

Deer in Nara Park!

Selesai di Nara Park kami bertolak ke Kyoto untuk melawat Nijo Castle. Untuk pergi ke Nijo Castle dari Nara, kami perlu bertukar-tukar laluan station memandangkan destinasi seterusnya yang terletak berhampiran dengan salah satu station di Kyoto Municipal Subway. Oleh kerana kami ingin menggunakan sepenuhnya Kansai Thru Pass, jadi laluan terbaik untuk ke Nijo Castle adalah dengan menaiki Tozai subway line dan turun di Nijo-jo Mae Station. 

Kintetsu Kyoto Station, train berwarna oren tak boleh digunakan oleh pemegang Kansai Thru Pass

Nijo Castle ini telah diiktiraf sebagai Warisan dunia, dan pembinaan istana telah dibuat pada zaman Shogun Tokugawa pada tahun 1603. Di dalam istana, terdapat karya-karya seni Jepun yang dilukis di skrin-skrin terutamanya lukisan yang mengambarkan bunga, pokok, burung dan binatang harimau. Nijo Castle ini juga agak luas dan mempunyai Zen Garden yang menarik.

Nijo Castle - 600Y entrance fee

Pintu gerbang

A UNESCO World Heritage Site!



Another castle in Nijo Castle compound

Selesai saja berjalan dalam area Nijo Castle yang sangat luas itu, kami kemudiannya menuju ke Arashiyama dengan menaiki kembali Kyoto Municipal Subway. Untuk menaiki randen ke Arashiyama, kami perlu bertukar-tukar subway memandangkan laluan dan itinerary kami memerlukan kami untuk menaiki subway di station tertentu. Dari Kyoto Station, kami turun di Karasuma Oike station (Karasuma Line) untuk menukar subway di laluan Tozai Line menuju ke Nijo Castle yang terletak betul-betul bersebelahan dengan Nijojo-mae station. Kemudian, untuk ke Arashiyama, kami naik kembali subway di station tadi dan turun di station terakhir iaitu Uzumasa Tenjingawa dan di sinilah kami menukar dari subway ke Randen Tenjingawa. Apa yang spesial dengan randen? Randen train ini memang berbeza dengan train lain yang terdapat di Jepun kerana tracknya berada di laluan jalan raya dan melalui kawasan-kawasan perumahan. Station Randen Arashiyama ni memang unik dan cantik berbanding station-station yang lain. Dan jika anda menaiki randen, ianya adalah percuma dengan menggunakan Kansai Thru Pass dan juga berdekatan dengan Togetsukyo Bridge dan Arashiyama Bamboo Groves. Dengan menaiki randen, anda juga dapat merasai pengalaman menaiki keretapi zaman dulu yang tidak mempunyai banyak gerabak. Kawasan ni adalah kawasan perkampungan dan sepanjang jalan menuju ke Arashiyama banyak terdapat rumah-rumah tradisional Jepun. Stesen Arashiyama sememangnya unik kerana hiasan-hiasannya dibuat daripada batang buluh yang berwarna-warni. Memandangkan tempat lawatan ladang buluh tu agak jauh untuk mama berjalan, anak-anak saja yang pergi dan mama serta husband melawat gerai- gerai kecil yang menjual cenderahati di situ.

Kyoto Subway Map

Menaiki randen ke Arashiyama

Randen Arashiyama Station

Memang cantik!

Entrance ke Station Arashiyama

Bamboo Groves!

Bamboo Groves again!

Ninomiya Temple

Sempat juga anak-anak mama masuk ke Tenryuji Temple untuk melihat keindahan Zen Garden yang terdapat di situ kerana Tenryuji Temple agak terkenal dengan senibina Zen. Bayaran masuk ke Tenryuji Temple adalah 500Y untuk seorang dewasa. Untuk perjalanan balik ke Osaka, kami segera pulang dengan menaiki randen untuk kembali ke Kyoto Station memandangkan ada sesuatu yang menanti kami di Kyoto Station.

Tenryuji Temple

Zen Pond

Arashiyama Statue?

Shinkansen ticket!

Selesai sahaja melawat Arashiyama, kami bertolak balik ke Kyoto, dan oleh kerana husband mama teringin sangat untuk menaiki Shinkansen, kami sekeluarga pun membeli tiket untuk bertolak ke Osaka. Tiket tersebut berharga 1,380Y seorang tanpa reserved seat dengan perjalanan selama 30 minit saja. Anda hanya boleh naik di Platform 1 atau 2 saja jika anda membeli unreserved seat tiket. Dan...inilah yang menanti kami di Kyoto Station! Akhirnya, berpeluang juga kami menaiki Shinkansen walaupun hanya untuk jarak yang dekat saja. Pada mulanya, kami ingin cuba menaiki Shinkansen menuju ke Osaka-Kobe tapi harga tiketnya agak mahal sedikit berbanding dari Kyoto-Osaka. Shinkansen yang kami naiki juga bukanlah yang paling laju, tapi pengalaman itu yang penting.

Semangat nak tangkap gambar shinkansen!

Close-up shinkansen

Setibanya di Osaka, walaupun kami dah kepenatan berjalan sehari suntuk di Nara dan Kyoto, anak-anak mama masih bersemangat untuk berjalan-jalan di sekitar Namba Walk dan Dotonbori. Lagipun, hari ini merupakan hari terakhir untuk mereka berjalan-jalan di Osaka, jadi mama biarlah mereka untuk membeli-belah buat kali terakhir kerana kami akan bertolak awal pagi dari Osaka dan pulang ke Malaysia pada keesokan harinya. Anak mama, Hafiz, sempat lagi memborong barang-barang aksesori dan kereta mainan Tamiya di Den-Den Town yang terletak berdekatan dengan hotel kami.

SK II sold in pharmacy? Sempat lagi berjalan di Namba Walk.

Saki baki illumination event. Ini je yang tinggal.

Night street yang happening

Takoyaki

Another Starbucks session!

Late supper during our last night in Osaka

Deretan basikal di parking yang disediakan

25 Februari 2014

Pagi ini adalah hari terakhir kami di Osaka dan disebabkan mama tidak mengambil teksi untuk ke Airport, kami bertolak awal dari hotel ke Nankai-Namba Station dan bertolak ke Kansai Airport dengan menaiki train sahaja. Hari ini terpaksalah kami menggunakan cash kerana kesemua pass yang dibeli sudah expired.

Kami sekeluarga selamat sampai di Malaysia hampir jam 6.00 petang. Insha-Allah, jika dipanjangkan umur dan murah rezeki kami akan pergi pula ke pulau-pulau lain di Jepun.

Tiket Nankai-Namba train

Nankai Information Board

Last airport scenery :)

p/s: Akhirnya, berjaya habiskan entry Kansai yang tertangguh. Phewww.


'Berkongsilah ilmu, kerana ia tidak akan pernah habis dan ambillah manafaat daripada ilmu tersebut sekiranya baik'


Review: Adina Apartment Hotel Melbourne

Assalamualaikum! Just a short and simple review after long silence. Cleanliness: Since we took an apartment with kitchen facilit...