Assalamualaikum
Hari ini sudah lebih 2 week puasa dan banyak tazkirah ramadhan yang ustaz share bersama ketika di masjid. Antara tazkirah ramadhan yang patut kita ambil iktibar:
Sedekah: Hadis oleh Imam Tirmizi dan al-Baihaqi meriwayatkan "Sedekah paling baik adalah bersedekah pada bulan Ramadhan." Ustaz ada pesan time tazkirah, kejarlah harta yang kita boleh bawa bersama bila mati nanti, bukan harta yang kita terpaksa tinggalkan. Banyak mana pon harta di dunia, bukan boleh bawa ke kubur kan? Jadi, amalkan la 3 perkara ni - sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh. Biarlah urusan dunia itu diuruskan oleh tangan kita dan bukan disimpan di hati kita.
Puasa: Selalu kita dengar, bila bulan puasa, syaitan akan dikurung tapi dalam tazkirah ada cakap yang syaitan itu sentiasa ada. Ustaz cakap "syaitan ni tak kenal maka tak benci". Unik kan? Syaitan itu tak semestinya datang dari luaran, tapi dalaman dan surrounding kita pon boleh jadi 'syaitan'. Maksud ustaz agak mendalam di mana kadang-kadang kawan-kawan kita boleh jadi pengaruh negatif untuk kita di bulan ramadhan. Tapi memang betul. Bila perut dah kenyang dan happy berbuka dengan kawan-kawan, kadang-kadang boleh lupa nak solat maghrib. Solat terawih memang tak lah kan nak buat kalau dah perut kenyang kemain. Kalau kita tak kenal betul-betul siapa syaitan, mesti kita tak benci syaitan. Jadi, kenalilah syaitan itu.
Sabda Rasulullah SAW, "Sesungguhnya syaitan berjalan dalam tubuh manusia sebagaimana perjalanan darah."
Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim
Sabda Rasulullah SAW, "Sesungguhnya di dalam tubuh manusia ada seketul daging, jika baik maka baiklah seluruh tubuhnya, dan jika rosak maka rosaklah seluruh tubuhnya, dan ketahuilah bahawa dialah hati."
Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim
Iblis berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik perbuatan maksiat di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya."
Al-Hijr:39
Sahur: Kadang-kadang nak bangun sahur pon susah. Lepas dah bangun sahur, boleh continue tidur dan sedar-sedar je dah pagi. Tak pasal-pasal dah skip solat Subuh kan. Sahur ni penting untuk bagi tenaga pada kita dan juga nak bezakan agama kita dengan agama lain. Sahur ni lagi bagus kalau dilewatkan menghampiri waktu fajar atau imsak dan menyegerakan berbuka puasa. Wallahua'lam.
Paling menyentuh hati bila Ustaz cakap pasal saat-saat pemergian Nabi Allah - Rasulullah SAW. Ingatlah bahawa mati itu sangat dekat dengan kita, tak pernah jauh. Larilah pelusuk dunia mana pon, tapi kematian itu pasti. Someone quote this, "ramai orang cakap kiamat itu sudah dekat tapi kita tak sedar yang kematian itu lagi dekat dengan kita". Kalau dunia kiamat belum tentu kita dah sedia, apa lagi bila nyawa kita ditarik. Sedarlah bahawa andai diberi peluang mereka untuk bangkit semula dari kubur dan mendapat peluang kedua, sudah pasti semua orang akan bertaubat kerana takutnya dengan azab Allah SWT. Ketahuilah saat-saat kita dijemput Malaikat Maut itulah antara saat-saat getir menghadapi kematian. Ya Allah, sedangkan Nabi Muhammad SAW sendiri merasakan sakitnya ditarik nyawa, apa lagi kita hamba Allah yang selalu alpa dan lupa nak bersyukur. Sedih sangat bila ustaz cerita saat-saat kewafatan Rasulullah SAW. Malaikat maut sendiri minta izin berjumpa Rasulullah SAW tapi kita? Apa yang kita ada? Bacalah SINI untuk mengetahui peristiwa-peristiwa saat kewafatan Rasulullah SAW. Di saat-saat kewafatan Rasulullah SAW, Rasulullah SAW masih mengingati umatnya, tapi apa yang kita buat untuk mengingati Rasulullah SAW? Kita mengaku sebagai umat Nabi Muhammad SAW tapi ada tak kita ikut ajaran dan sunnahnya? Renung-renungkan dan perbanyakkanlah amalan kita. Zikrullah paling mudah untuk kita lakukan ialah "Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah" dan perbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Lagi-lagi bila nak masuk sepuluh ramadhan terakhir ni. Tak lama je lagi. Belum tentu lagi kita dapat merasa ramadhan seterusnya. Inilah kisah kewafatan Rasulullah SAW yang diceritakan Ustaz. Keseluruhan kisah boleh refer di SINI. Wallahua'lam.
Rasulullah SAW bersabda, "Bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada berkat."
Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim, Ahmad, Tirmizi, Nasai dan Ibnu Majah
Nabi bersabda lagi "Perbezaan di antara puasa kami dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) ialah adanya makan sahur."
Hadis Riwayat Imam Muslim
Tazkirah yang ini memang antara yang melekat di hati. Salah satu golongan yang dimusuhi Allah ketika di padang mahsyar ialah golongan mereka yang menggaji pekerja tapi apabila kerjanya sudah siap, pekerja itu tidak dibayar gajinya atau gajinya sengaja dilewat-lewatkan walaupun berkemampuan untuk membayarnya. Naudzubillahi min dzalik. Tanpa kita sedar, kadang-kadang mungkin perkara macam ni dekat dengan kita tapi mungkin kita tak sedar. Moga kita dijauhkan dari perkara-perkara macam ni.
Paling menyentuh hati bila Ustaz cakap pasal saat-saat pemergian Nabi Allah - Rasulullah SAW. Ingatlah bahawa mati itu sangat dekat dengan kita, tak pernah jauh. Larilah pelusuk dunia mana pon, tapi kematian itu pasti. Someone quote this, "ramai orang cakap kiamat itu sudah dekat tapi kita tak sedar yang kematian itu lagi dekat dengan kita". Kalau dunia kiamat belum tentu kita dah sedia, apa lagi bila nyawa kita ditarik. Sedarlah bahawa andai diberi peluang mereka untuk bangkit semula dari kubur dan mendapat peluang kedua, sudah pasti semua orang akan bertaubat kerana takutnya dengan azab Allah SWT. Ketahuilah saat-saat kita dijemput Malaikat Maut itulah antara saat-saat getir menghadapi kematian. Ya Allah, sedangkan Nabi Muhammad SAW sendiri merasakan sakitnya ditarik nyawa, apa lagi kita hamba Allah yang selalu alpa dan lupa nak bersyukur. Sedih sangat bila ustaz cerita saat-saat kewafatan Rasulullah SAW. Malaikat maut sendiri minta izin berjumpa Rasulullah SAW tapi kita? Apa yang kita ada? Bacalah SINI untuk mengetahui peristiwa-peristiwa saat kewafatan Rasulullah SAW. Di saat-saat kewafatan Rasulullah SAW, Rasulullah SAW masih mengingati umatnya, tapi apa yang kita buat untuk mengingati Rasulullah SAW? Kita mengaku sebagai umat Nabi Muhammad SAW tapi ada tak kita ikut ajaran dan sunnahnya? Renung-renungkan dan perbanyakkanlah amalan kita. Zikrullah paling mudah untuk kita lakukan ialah "Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah" dan perbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Lagi-lagi bila nak masuk sepuluh ramadhan terakhir ni. Tak lama je lagi. Belum tentu lagi kita dapat merasa ramadhan seterusnya. Inilah kisah kewafatan Rasulullah SAW yang diceritakan Ustaz. Keseluruhan kisah boleh refer di SINI. Wallahua'lam.
"Ketika menjelangnya kewafatan Rasulullah SAW, beliau sedang terbaring di tempat tidurnya di dalam rumahnya. Tiba-tiba terdengar seseorang mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" dia bertanya kepada Saidatina Fatimah tetapi tidak diizinkan oleh Saidatina Fatimah lalu menutup pintu. Kemudian dia kembali menemani Rasulullah SAW dan baginda bertanya "Siapakah itu wahai anakku?" dan Saidatina Fatimah lalu menjawab dia tidak mengenalinya dan baru pertama kali melihatnya. Lalu, Rasulullah SAW menatap puterinya dan berkata "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikat maut." Saidatina Fatimah lantas menahan tangisnya.
Malaikat maut datang menghampiri, kemudian Rasulullah SAW menanyakan kenapa Jibril tidak ikut bersama menyertainya. Kemudian dipanggillah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut roh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. Rasulullah bertanya, "Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti rohmu dan semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu." kata Jibril.
Walaupun Jibril berkata demikian, Rasulullah SAW masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?". "Jangan khuatir wahai Rasulullah, aku mendengar Allah berfirman kepadaku: Kuharamkan syurga bagi sesiapa saja kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya." kata Jibril.
Detik-detik kewafatan Rasulullah SAW, Rasulullah SAW berkata "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Rasulullah SAW berkata lagi, "Tidak sukakah engkau melihatku sehingga kau palingkan wajahmu Jibril?" dan Jibril berkata "Siapakah yang sanggup melihat kekasih Allah direnggut ajal". Kerana sakit dan seksanya menemui ajal, Rasulullah SAW berkata "Ya Allah, dahsyat sungguh sakaratul maut, timpakan saja semua seksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku." Bayangkanlah ketika di dalam kesakitan menghadapi sakaratul maut pon, Nabi Muhammad SAW masih ingat akan umatnya.
Selamat berpuasa dan selamat beramal! Sambil-sambil kita dok shopping barang-barang raya, janganlah lupa pada mereka yang memerlukan dan jangan lupa bayar zakat tau! Jika niat kita baik dan ikhlas, InsyaAllah mendapat ganjaran pahala yang sewajarnya. Please correct me if I'm wrong. :)
"Dari Ibnu Abbas r.a berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Seandainya umatku mengetahui pahala ibadah bulan Ramadhan, nescaya mereka menginginkan agar Ramadhan menjadi setahun penuh."
Terbaeklah.ilmu yg sgt bermanfaat utk dikongsi..saya suke saya suke...hehehe..ank sapela ni kan....mudahan kita hmbaNya terpilih menemui mlm lailatulqadarkan...ayuh!sebarkan kebaikan...
ReplyDeleteThanks Anissa! moga kita dapat malam lailatulqadar, insyaAllah!
DeleteHaha.macam kenal je anissa syuhada ni :) salam nuzul quran!
Hehe.ksu la ni ly..blog masih dlm construction..adeh,xpasan pkai blog ni.lupa nk logout.dh publish br pasan..salam nuzul alquran to u too (:
ReplyDeleteHehe.dah agak dah!cara komen mmg mcm suliza rashid :D
DeleteNape blog ksu under construction lak?
Ni blog baru.konsep dia ttntg ilmu agama..sirah,sunah,kekeluargaan islam.materials dah ada.tp sblm publish kena refer org yg lbh expert.takot tersebarnya kesesatan dan kekeliruaan...huhuhu..
ReplyDeletemana link blog baru ksu? itula kan..kadang2 takut salah info. cuak gak tapi niat tu penting. hehe. hope benda yg kita share ni benda yg betul kan, insyaAllah :)
DeleteNnti eh bila da complete ksu bg..ilmu yg bmanfaat ni jela yg bole share mdhn dpt mbntu diakhirat nnti..nk wakaf harta xde,ank soleh xbleh ckp le lg...apapun insyallah..niat yg baik ALLAH bantu....
ReplyDeleteWokeh! Haha, anak soleh? cepat-cepatla ksu! :P
DeleteAwak,ni link blog ksu http://anissasyuhada.blogspot.com/ .Setakat ni jela entry yang dapat dikongsi.mudahan ada manfaatnya..lama xdengar cerita orang tu..hilang terus...huhuhu :p
ReplyDeleteNape anissyuhada eh ksu? Maseh di bumi,bulan puasa kena jaga mulut.nanti bisa gado lagi dong :P
Deletecuba convertkan dia kepada bahasa arab,akan temui jawapannya kot..mgape mahu gadoh2,berdosa tau!!eh,baru pasan nape mcm penah je tgk life is just a blog ni----------------->
Deletetapi kat blog sape ehhh....????
Suliza apa maksud?haha.laa.bnd tu besepah la ksu.byk blog ada,before wujudnya blog mis lg tau :)
Delete