السلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاته
16 Oktober 2013
Pagi ini, jika ikut itinerary yang disediakan kami akan ke Mount Seorak, tetapi memandangkan banyak keperluan anak-anak mama yang tidak dapat dicari, kami memutuskan untuk mengelilingi bandar sekali lagi. Jika diikutkan maklumat dari seorang kawan anak mama yang dikenali ketika di Korea, kami mungkin akan dapat bermain salji di Mount Seorak kerana dijangkakan salji akan turun pada hari ini. Tiada rezeki kami untuk melihat salji terawal di Korea pada hari itu. Itulah rugi dan untungnya bila pergi sendiri, kerana ada masanya kita tidak dapat mengikut jadual yang dirancang. Seperti biasa disebabkan mama dah tidak larat menaiki tangga dan turun tangga di subway, kami menaiki Seoul City tour bas. Sebelum menaiki bas, sempatlah anak-anak bergambar di Gwanghwamun Square. Saja-saja nak tengok monument King Sejong dan General Yi Sun Shin. Kebetulan pada hari ini, ramai orang berkumpul di Gwanghwamun Square untuk mendaftar sebagai military service. Sempatlah juga anak-anak mama tangkap gambar beramai-ramai dengan mereka.
Gwanghwamun Square - King Sejong Monument
General Yi Soon Shin monument at Gwanghwamun Square
Inilah Seoul City Tour Bus
Kami pergi semula ke deretan kedai di Namdaemun Market kerana anak-anak mama tidak selesai lagi mencari barang-barang souvenir. Yang bagusnya di sini terdapat ramai Tourist guide yang akan membantu terutama kepada pelancong, jadi sekiranya tersesat carilah mereka yang memakai baju berwarna merah dan bertopi merah. Baru-baru ini, kerajaan Korea telah mengumumkan public tourist guide ini akan diberi uniform rasmi seperti polis, jadi mungkin pakaian mereka akan berlainan dari yang kami jumpa.
Namdaemun Market di waktu pagi
Tourist guide (Public Service) di Namdaemun Market
Nichkhun 2PM - favourite anak mama
Kedai favourite anak mama
Selepas puas masuk dan keluar kedai di Namdaemun, kami pergi ke M Plaza di Myeongdong kerana anak-anak ingin memakai hanbok (pakaian tradisional Korea) secara percuma dan tidak dikenakan apa-apa bayaran. Malangnya kerana sampai lewat, pendaftaran telah ditutup dan mereka hanya dapat melihat bagaimana cara untuk memakai hanbok itu saja. Di Myeongdong ini terdapat banyak kedai-kedai yang menjual barangan kosmetik terutamanya cream muka dan mask. Mereka akan mempromosi produk di hadapan kedai dan hampir semua kedai-kedai tersebut akan memberi sampel-sampel dan pelbagai hadiah percuma bagi menarik pelanggan. Apa lagi, anak-anak mama tidak melepaskan peluang selain membeli, mereka juga mengumpul semua produk free tersebut. Sekiranya kedai-kedai yang menjual produk kecantikan di Malaysia membuat promosi begitu, tak tahulah mama nak bayangkan apa yang akan terjadi. Di sini juga terdapat kedai-kedai menjual selendang dan pashmina yang berkualiti dan boleh dibeli dengan harga RM10 sehelai. Memang rambang mata lah anak mama nak membeli selendang kerana terdapat banyak pilihan. Anak mama siap membuat koleksi facial mask yang juga sememangnya lebih murah dari di Malaysia. Bagi penggemar BB cream dan CC cream, memang terdapat banyak pilihan di Myeongdong ini jadi pastikan anda membeli produk yang bersesuaian dengan kulit anda.
Myeongdong Market
Facial masks!
M Plaza in Myeongdong street
Free hanbok trial at M Plaza
Mannequins with hanbok
Dari Myeongdong, kami kemudiannya menuju ke lokasi terakhir iaitu Insadong. Sepatutnya kami bercadang untuk menaiki cruise mengelilingi bandar Seoul, tetapi kerana kesuntukan masa dan bimbang terlepas cruise terakhir, kami membatalkan hasrat menaiki cruise. Hentian terakhir kami pada hari ini ialah ke Insadong kerana Seoul City bus hanya beroperasi sehingga pukul 7pm. Hari pun sudah gelap dan trafik di kota Seoul pun boleh tahan seperti di Malaysia. Anak mama cakap ramai orang mencadangkan untuk pergi ke Ssamziegil tetapi bagi kami, Ssamziegil ini hanya memaparkan koleksi-koleksi barangan berbentuk artistik dan culture. Sememangnya Insadong terkenal dengan jolokan culture and art street. Sepanjang kami di sini, memang terdapat ramai pemuzik jalanan yang sibuk mencari rezeki. Boleh dikatakan Insadong ini seperti Central Market di Malaysia kerana suasana di sini penuh dengan pemuzik dan pelukis jalanan. Insadong ini tidaklah sesibuk market lain tetapi ianya mempunyai tarikan yang tersendiri, sesuai bagi peminat sejarah dan artistik.
Ssamziegil in Insadong
Antara kedai souvenir di Insadong street
Insadong Street di waktu malam
Antara souvenir yang terdapat di Insadong
17 Oktober 2013
Hari ni merupakan hari terakhir di Seoul. Kami bertolak menaiki teksi ke Airport jam 7.00 pagi kerana penerbangan balik ke Kuala Lumpur jam 11.00 pagi. Walaupun kami pergi untuk 5 hari, terasa banyak lagi tempat yang tak sempat pergi. Anak-anak mama yang memang peminat Korea memang bercadang nak bercuti lagi ke sini jika ada rezeki.
Semua insan adalah pengembara, semakin banyak dan jauh kita mengembara akan bertambahlah lagi keinginan untuk mencari kekuasaan dan kebesaran ALLAH .
No comments:
Post a Comment