السلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاته
22 Februari 2014
Hari ini, walaupun kami duduk di hotel, kami tetap juga memasak. Selepas sarapan pagi yang mudah dan ringkas, bermulalah perjalanan menjelajah bandar Osaka. Untuk hari kedua, kami menggunakan Osaka Unlimited Pass untuk berjalan di sekitar bandar Osaka. Tempat pertama yang dituju adalah Osaka Shinsekai Suji, kami hanya perlu menaiki satu station saja dari Nipponbashi Station untuk ke Tsutenkaku Tower yang terletak berdekatan dengan Namba. Tsutenkaku Tower yang menjadi mercu tanda di Osaka merupakan menara lama dan tidaklah se'gah' Kobe Tower. Ianya seperti Menara Eiffel di Paris dan mempunyai ketinggiaan 103m yang dibina pada tahun 1969. Kami naik sehingga ke tingkat atas dengan menggunakan free entrance with Osaka Pass di mana tempat-tempat yang kami lawati tidak perlu dibayar. Berhampiran dengan Tsutenkaku Tower ini, kami melalui deretan kedai di Shinsekai Suji. Tak sangka pula, sambil cuci-cuci mata boleh pula tersangkut dengan pilihan baju sejuk di sini. Sempat lagi suami mama membeli baju sejuk dengan harga 3,000 Yen. Agak murah berbanding di Malaysia. Selain itu, di Shinsekai Suji ini terdapat pasar basah dan kering di sekitar jalan, jadi, bolehlah kami nak beli barang harian. Tapi, disebabkan agak terkejar-kejar dengan masa, kami lupakan dulu misi mencari fresh salmon di pasar.
Bila berada di floor paling atas, agak gerun juga kerana boleh terasa struktur menara ini bergoyang. Walaupun tidak kuat, kami still boleh merasa gegaran apabila berdiri statik di satu-satu tempat. Memang ramai yang datang melawat Tsutenkaku Tower ini walaupun sedang musim winter.
Osaka Shinsekai Suji
Tsutenkaku Tower
View from Tsutenkaku Tower
The largest Arima Onsen in Osaka - free entrance with Osaka Pass
Another view from Tsutenkaku Tower
Hello Kitty!
Tsutenkaku Tower model
It's edible!
Smart kan? Ada scar lagi.
Seterusnya, kami menuju ke PEACE Osaka yang terletak berhampiran dengan Osaka Castle. Pada mulanya, tidak termasuk dalam itinerary pun mahu ke sini tapi memandangkan PEACE Osaka ini terletak betul-betul berhampiran dengan subway station, jadi kami pergilah ke sini hanya sekadar untuk meng'optimum'kan penggunaan Osaka Pass. Lagipun, entrance fee adalah free dengan Osaka Unlimited Pass. Suasana di PEACE Osaka ini agak sunyi berbanding dengan museum lain. Masa kami sampai pun macam tiada pelancong datang ke sini mungkin kerana suasana dan koleksi di museum ini tidaklah banyak mana. PEACE Osaka ini agak besar dan mempunyai beberapa ruang pameran dan jika anda bernasib baik, bolehlah merasa memakai baju perang mereka.
PEACE Osaka
Ruins from the World War
Selesai berjalan dan mempelajari sejarah Jepun serba sedikit, kami kemudiannya menuju ke Osaka Castle yang merupakan peninggalan istana lama dan antara mercu tanda terkenal di Osaka. Osaka Castle ini telah dibina pada separuh abad ke-16 yang mempunyai lima peringkat dengan ketiggian 40 meter, tetapi tidak semua peringkat dibuka kepada pelancong. Lucunya, walaupun dia adalah istana lama hiasan dalamannya adalah moden, tidaklah seperti kita pergi melawat istana lama di Beijing dan Seoul yang menyimpan peninggalan sejarah maharaja mereka. Apa yang kami expect bila lihat bangunan ini dari luar, memang teruja untuk melihat pamerannya tetapi kami yang terkejut. Memang struktur dalamannya telah diubah menjadi struktur moden dan mempunyai lif untuk membawa pelancong ke tingkat paling atas sekali. Memang penat nak mendaki tangga dari tingkat bawah hingga ke Observatory Floor di tingkat paling atas sekali (Level 8) kerana melihatkan barisan pelancong yang beratur menunggu lif agak ramai. Sempat lagi kami dihiburkan dengan street performer yang membuat persembahan di luar Osaka Castle. Sejuk-sejuk pun dia still boleh perform dengan selamba.
On the way to Osaka Castle
Osaka Castle - Winter!
View from Osaka Castle
Hologram kah?
Keluar saja dari Osaka Castle, kami menuju ke Plum Grove Garden yang terletak bersebelahan dengan Osaka Castle. Walaupun bunganya baru saja berkembang, pemandangan di sini sangat cantik dan tamannya juga agak luas. Memandangkan kaki kami semua sudah tidak larat, kami terus menuju ke destinasi seterusnya.
Plum grove!
Subhanallah! Cantik sangat!
The early bloom of Plum Grove
Sepanjang jalan menuju ke Osaka Suijyo Bus, kami terserempak dengan ramai students dan teenager yang datang ke sini untuk pergi ke Blue Impact Tour ni. Agaknya kumpulan ini famous di Jepun sebab anak-anak mama pun ada yang tahu pasal kumpulan ini. Sepatutnya, kami bercadang untuk naik Osaka Suijyo Bus ni, tapi bila kami terpaksa menunggu untuk trip seterusnya, terpaksa kami cancelkan saja plan nak ber'cruise di sini kerana masing-masing sudah kepenatan dan lapar. Perkhidmatan Osaka Suijyo Bus (cruise) ini adalah free dengan menggunakan Osaka Unlimited Pass. Memang cantik sebenarnya pemandangan sekitar sungai ini dan permintaan agak tinggi pada musim-musim tertentu seperti Spring season kerana cruise ini akan membawa anda menyelusuri sungai di sekitar Osaka Castle dan bandar Osaka.
J Soul Brothers tour!
Osaka Suijyo Bus - Port nearby Osaka Castle
Balik saja ke hotel, semua sudah kepenatan dan tak sabar-sabar nak mencari katil. Selesai solat dan makan malam, mama dan suami hanya berehat di bilik. Anak-anak mama meneruskan misi untuk menggunakan pass se'maksimum' yang boleh. Lagipun, anak lelaki mama sibuk nak mencari kedai mainan di DenDen Town yang memang dekat dengan hotel kami. Anak-anak mama menaiki subway untuk pergi ke HEP 5 Ferris Wheel memandangkan Ferris Wheel di Tempozan Marketplace masih dalam pembaikan. Tiket masuk ke HEP 5 Ferris Wheel juga adalah free dengan menggunakan Osaka Pass. Ferris Wheel ini agak tinggi kerana terletak di tingkat atas bangunan HEP Mall ini. Ingatkan mereka sempat untuk ke Umeda Floating Garden tapi bila tengok banyak kedai dan restoran di sini sudah mula berkemas untuk tutup dan subway terakhir akan tutup pada pukul 11 malam, terpaksalah mereka cancel plan ke Umeda Floating Garden. Sebenarnya, pada hari pertama lagi kami sudah berada berhampiran dengan Umeda Floating Garden tapi disebabkan tiada kupon percuma, kami plan untuk pergi ke sini dengan menggunakan Osaka Pass. Inilah kelebihan Osaka Unlimited Pass berbanding Kansai Thru Pass kerana Kansai Thru Pass hanya memberikan discount kepada pelancong tetapi Osaka Unlimited Pass membenarkan pelancong untuk masuk secara percuma ke tempat-tempat tarikan di Osaka. Sebab itulah, kami membeli dua jenis tourist pass. Alang-alang dah berada di shopping mall dan kebetulan terdapat Starbucks di luar HEP 5 Ferris Wheel ni, anak-anak mama sempatlah beli hot drinks untuk panaskan badan. Harga minuman di Starbucks Jepun lebih murah berbanding di Malaysia, memang rambang mata lah anak-anak mama menghabiskan duit di Starbucks.
HEP Mall
View from HEP Ferris Wheel
HEP 5 Ferris Wheel
Bersambung ke episod seterusnya...