Saturday, 8 March 2014

How We Survive: Kansai Trip!

Assalamualaikum


Tak larat nak update entry pergi ke Kansai, Jepun sebab balik-balik je Malaysia, terus kena komited dengan kerja. Alhamdulillah, kami dah selamat pergi dan balik dari Jepun dan lega bila the most havoc family gathering at Vietnam pun dah selesai dengan jayanya. Nak handle trip paling ramai bila pergi oversea ni bukan senang tau, dah macam private travel agent dah time bercuti di Vietnam. Baiklah, bila entry suppose cerita pasal Jepun, tapi writer dah terpesong ke Vietnam, haruslah focus semula. Tips and travelogue akan menyusul kemudian, InsyaAllah, kami akan try update as soon as possible.

Entry ini actually nak promote and recommend travel pass yang available di Jepun. Untuk pengetahuan anda, Jepun banyak menyediakan tourist pass hanya untuk para pelancong yang datang melancong di Jepun. Bab ni paling best sebab dengan penggunaan tourist pass macam ni la anda boleh save dan jimat duit untuk melancong di Jepun, ehem, Osaka and Kansai area. Kami hanya sempat cover beberapa tempat di area Kansai sebab masa dan hari yang agak limited. For first-time-being-tourist-in-Japan, I have to admit that Japan railways network are massive and much more complicated than Korea or any other place. I even took few months just to find greatest tourist pass that fits for all the densha - 'train' in Kansai, and at the same time, cursing the map for being too tough and crowded. Sangat complicated berbanding subway di Korea. Em, baru study map Kansai dah pening, kalau tengok map Tokyo mesti lagi pening.  

Let's get back to the point. Untuk percutian kami selama 5 hari di Kansai - we stayed at Namba, Osaka - kami hanya beli dua jenis tourist pass which are KANSAI THRU PASS (2 days) and OSAKA UNLIMITED PASS (2 days). Bagi kami, among all the pass, both pass definitely gives the best value! Sesuai untuk percutian bajet dan tak nak pening-pening kepala beli tiket setiap kali nak naik train. Kami boleh siap keluar masuk station banyak kali sebab sekejap nak pergi tandas la, sat lagi nampak baju nak singgah la, so, dengan adanya dua tiket ni, tak perlu nak risau salah station ke or nak naik banyak kali dalam sehari.




Kansai Thru Pass ada 2 jenis, 2 days pass and 3 days pass. What's so special about this pass? Kansai Thru Pass cover 6 area di Kansai iaitu Wakayama, Nara, Kyoto, Osaka, Shiga dan Hyogo. Jika anda nak naik densha dari Osaka ke Kyoto, bolehlah naik Hankyu Line atau Kintetsu Line. Ada juga alternatif lain untuk ke Kyoto, just study saja provided map tu. Jika anda beli 2 days pass atau 3 days pass, anda boleh gunakan pass ini untuk 2 or 3 nonconsecutive days. Contohnya, kalau anda pergi ke Kansai selama 6 hari dari Isnin hingga Sabtu, so boleh gunakan pass ni untuk hari Isnin, Rabu dan Khamis or apa-apa turutan as long as anda guna pass tu ikut pass anda (2 or 3 days pass). Kami just beli 2 days pass sebab harga pass ni boleh tahan juga. Bila dah plan itinerary dan buat bajet, kami just beli 2 days Kansai Thru Pass dan 2 days Osaka Unlimited Pass. Nak tahu kenapa? Teruskan membaca :) 

Okay. Kansai Thru Pass ni memang berbaloi jika anda plan untuk cover area Kansai dan bukan hanya berjalan di sekitar Osaka. Kalau just nak berjalan sekitar Osaka, better beli Osaka Unlimited Pass sebab pass ni hanya cover Osaka City. Tapi, diingatkan yang kedua-dua pass ni tak cover JR Line dan jika anda just nak naik JR Line saja, boleh beli tourist pass yang lain. Pergi je kat Tourist Information Center once dah sampai di Kansai Airport dan tanya mereka tourist pass yang mana sesuai untuk itinerary anda. Anda boleh tengok di website jika nak tahu jenis kemudahan yang ditawarkan kepada pelancong yang beli tourist pass ni. Bila anda dah bayar dan register di counter mereka, anda akan diberi 1 tourist pass dan 1 guide book - boleh request nak English, Chinese or Korean - memang sah la akan ambil English kan. Dalam guide book pula akan diberi 1 map dan discount coupon untuk tempat-tempat tertentu. Harga untuk 3 days pass ialah 5,000 Yen dan 2 days pass pada harga 3,800 Yen. 




Osaka Unlimited Pass pula hanya cover Osaka city which means anda hanya boleh naik Osaka municipal subway saja jika anda beli 2 days pass dan certain train lines and Osaka subway jika anda beli 1 day pass. Agak membazir la kalau nak beli 1 day pass saja sebab harga tak banyak beza dengan 2 days pass. Please be aware that Osaka Pass can only be use for consecutive days, so plan your itinerary properly or else you gonna waste your money for nothing. The best part is, Osaka Pass ni bagi free entrance to many attraction place kat Osaka ni. Totally worth it! Sebab itu la kami still beli Osaka Pass ni hanya untuk dapatkan free entrance, dan nak bagi lagi excited, anda boleh naik cruise for free! Cakap sikit, negara mana ada bagi Cruise free? Memanglah kena bayar time nak beli pass ni tapi anda akan dapat jimat banyak jika beli pass ni. Sangat banyak beza jika anda beli tourist pass ni berbanding beli direct ticket dan entrance fee. Lagipun, cara perkiraan ticket subway dan train di Jepun agak berlainan dan mungkin akan ada kesilapan dalam membeli tiket. Prices for 1 day pass and 2 days pass are 2,000 Yen and 2,700 Yen, respectively. Bila anda beli Osaka Pass ni, anda akan diberi 1 pass, 1 guide book dan 1 envelope coupon seperti di atas.

Kami hanya spend RM215 untuk seorang bagi kedua-dua pass sepanjang berada di Kansai hanya untuk pengangkutan dan kami memang just bergantung kat pass-pass ni je untuk berjalan. Memang puas hati! Kalau anda nak ikut itinerary kami pun okay saja. Kami guna Kansai Pass untuk hari pertama dan hari keempat sebab nak save duit naik Nankai Line dari airport sampai ke Nankai-Namba Station.

Day 1: Osaka - Kobe - Mt. Rokko - Osaka
Day 2: Osaka City
Day 3: Osaka City
Day 4: Osaka - Nara - Kyoto - Osaka

Kedua-dua pass ini hanya boleh dibeli sekali sahaja sepanjang percutian anda dan hanya pelancong selain warganegara Jepun saja dibenarkan untuk membeli. Anda perlukan passport dan jangan lupa flight ticket in case mereka nak tengok. Jadi, jika nak belikan untuk orang lain, make sure anda ada passport mereka dan flight ticket. Tourist pass ni ada banyak jenis, so kalau anda rasa tak berbaloi, boleh la beli tourist pass yang lain. Kalau tak tahu nak plan itinerary, boleh tengok recommended course dalam website tourist pass ni. Let me remind you again, that you gonna walk all day long, going up and down the stairs just to catch the trains - surely drain you out cause that's what happened to us. Penat yang teramat sampai everytime dapat seat dalam train or subway mesti lepak habis. Itu tak apa lagi, yang bagusnya kat Jepun ni, di setiap station mesti ada lift or escalator. Lega bila dapat jumpa escalator bila kaki dah totally lenguh. Oh, both pass need to go through the usual lane and didn't work like Touch & Go card or T money card, so please insert the pass at the right place. Do visit their webs if you want to know more about this fantastic Osaka Pass and Kansai Pass!


What matters the most when travelling is not where you go, it's who you travel with instead.

Alhamdulillah - Thank you Allah for the happiness and blessing :)

1 comment:

  1. sis..nk tnye kalau yang kansai thru pass tu contoh dari kobe ke himeji-kobe guna pass tu, xyah bayar la kan sebab pass tu cover betul tak? still pening pasl pass ni..hehe

    ReplyDelete

Review: Adina Apartment Hotel Melbourne

Assalamualaikum! Just a short and simple review after long silence. Cleanliness: Since we took an apartment with kitchen facilit...