السلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاته
20 Februari 2014
Lama sungguh mama tidak menulis kerana kesibukan menguruskan syarikat dengan jemputan memberi ceramah di jabatan kerajaan. Sebelum bercerita lebih lanjut lagi mama teringat mengenai pesawat MAS MH 370 yang sehingga hari ini masih belum ditemui. Bila bercakap mengenai pilot yang membawa pesawat tersebut, kami sekeluarga pernah ke Beijing dengan beliau sebagai pilot pada masa itu. Apa-apa pun bersama-samalah kita berdoa yang terbaik kepada semua anak kapal dan penumpang dalam pesawat tersebut.
Percutian keluarga mama pada kali ni adalah ke Osaka, Jepun. Seperti mana kebiasaan mama sekeluarga memang memilih penerbangan MAS untuk ke sana. Bertolak pada jam 12.30 malam dari KLIA kami sampai ke Airport Kansai pada jam 7.00 pagi.
21 Februari 2014
Memandangkan kami tidak mengambil mana-mana pakej, anak-anak mamalah yang menguruskan percutian kami. Kami membeli tiket khas untuk pelancong dengan harga 6,500 Yen untuk seorang yang boleh digunakan untuk perjalanan 2 hari menggunakan Kansai thru pass dan 2 hari lagi dengan menggunakan Osaka unlimited pass, di mana kedua-dua pass ini boleh digunakan untuk melawat tempat-tempat yang biasanya menjadi tumpuan pelancong. Menggunakan tiket ini sebenarnya amatlah menguntungkan kerana kita boleh turun naik train menggunakan tiket yang sama selama 2 hari tanpa perlu menambah duit. Nasib baik anak mama ada kenalan yang belajar di Jepun, walaupun sebenarnya kami berjumpa dengannya ketika di Korea. Dengan tips-tips dan tempat-tempat menarik yang disyorkan itulah kami merancang percutian di Kansai. Dari airport, kami menuju ke Terminal 2 untuk ke Nankai Line bagi menaiki train untuk ke Namba Station sebab mama telah booking Osaka Floral Inn Namba untuk penginapan kami. Pilihan hotel yang dibuat adalah paling memuaskan kerana hotel tersebut terletak tidak jauh dari exit ke subway station. Sepanjang subway tersebut ada pintu untuk ke atas dan hotel yang kami duduki tersebut adalah di Exit B26 Namba Walk di mana bila keluar saja terus nampak hotel tersebut.
Untuk hari pertama setibanya di Osaka, kami tidak menaiki direct train dari Nankai Airport Station ke Nankai Namba Station kerana melalui pembacaan di blog-blog, kami ingatkan jarak perjalanan dari Nankai Namba Station menuju ke Namba Walk adalah jauh. Memikirkan yang kami baru tiba di Osaka dengan membawa luggage yang agak banyak, mungkin agak sukar untuk kami turun naik tangga sambil mengusung luggage. Jadi, kami pun menaiki train dari Nankai Airport Station dan turun di Tengachaya Station dan menukar laluan ke subway station Tengachaya (Sakaisuji Line) yang menuju ke Nipponbashi Station. Memang lagi dekat dengan hotel sebenarnya. Rupa-rupanya, bila hari terakhir nak balik ke Malaysia, barulah kami tahu yang Nankai Namba Station adalah bersambung dengan Namba Walk dan anda tak perlu untuk turun-naik-tangga-keluar-bangunan untuk tiba di station-station ini. Yang bagusnya di sini, memang terdapat banyak underground passageway yang menyambungkan banyak station. Sememangnya, mereka amat mementingkan keselesaan pengguna di Osaka. Jadi, sekiranya anda memilih untuk menaiki Nankai Line dan ingin pergi ke Namba Walk, anda bolehlah berjalan dengan riangnya sambil membawa luggage tanpa perlu keluar masuk dari bangunan, dan melalui laluan bawah tanah sambil mencuci mata di Namba Walk kerana terdapat banyak kedai-kedai dan restoran di Namba Walk. Hampir terlupa kami untuk ingatkan anda, jika menggunakan Kansai Thru Pass pada hari pertama, sekiranya anda ingin menaiki Nankai Line, pastikan anda menaiki train yang betul. Kansai Pass ini hanya membolehkan anda untuk menaiki local/ semi express/ express / airport express sahaja, jadi jangan tersilap platform dan train. Nak bezakan train senang saja, train berbayar akan diberi seat number dan lebih laju kerana train ini tidak berhenti di semua station. Train yang boleh dinaiki dengan menggunakan pass ini hanya train yang tiada assigned seat kepada passenger.
Memandangkan waktu check-in adalah pukul 3.00pm, mengikut itinerary pertama kami akan ke Kobe. Dengan menggunakan Kansai Thru Pass (untuk hari pertama), kami menaiki train ke Kobe dari Osaka. Nasib baiklah ada anak-anak yang faham membaca peta di station subway untuk ke tempat2 yang hendak dituju. Pada masa ini cuaca adalah sekitar 5-9 celcius dan memang suhu yang selesa untuk berjalan-jalan. Ditambah pula dengan hujan renyai-renyai, memang suhu ketika itu amat sejuk. Sempatlah juga kami berharap yang salji akan turun tetapi hampa. Nasib baiklah hujan tak lebat dan kami boleh meneruskan perjalanan seperti biasa. Sepanjang jalan untuk ke Kobe terdapat bunga-bunga tulip yang ditanam. Kami menaiki Hankyu Line untuk ke Kobe, dan jika anda ingin menggunakan pass ini, terdapat juga alternative lain untuk ke Kobe.
Kansai Thru Pass dan Osaka Unlimited Pass
Terminal 2 untuk ke Nankai Line
Nankai Line, bersebelahan dengan JR Airport Line
Tengachaya Station
Namba Walk
Pemandangan pertama selepas keluar Exit B26 Namba Walk
Osaka Floral Inn Namba
Laluan sekitar hotel
Subway station - macam KTM tapi lagi laju!
Signboard - kalau sesat, cari saja signboard
Umeda Station - antara station yang terbesar di Osaka
Kami sampai di Kobe jam 11.00 pagi , pada mulanya husband dan anak mama hendak bersolat jumaat di masjid di sini tapi malangnya tak jumpa masjid tersebut. Kalau hendak diikutkan, sepatutnya kami memang di tempat yang betul tetapi perjalanan ke Masjid Kobe dari Sannomiya Station agak jauh. Dengan cuaca yang sejuk dan perut yang lapar, kami pun berhenti makan di tengah-tengah bandar Sannomiya. Berbekalkan nugget dan sosej yang dibawa dari Malaysia, nasib baik makanan kami tak dirampas Kastam Jepun. Lega sebenarnya bila makanan kami selamat dan walaupun sudah sejuk, memang laju saja kami makan. Selesai berjalan-jalan sekitar bandar Sannomiya, kami seterusnya pergi ke Mount Rokko kerana anak2 teringin sangat hendak bermain salji.
Bandar Kobe, Sannomiya
Tulips!
Flowers!
Untuk ke Mount Rokko, kami hanya naik balik dari Sannomiya Station (Hankyu Line) dan turun di Rokko Station (Hankyu Line). Dari Rokko Station, anda hanya perlu menaiki bus No. 16 dan turun di Rokko Cable Car. Jangan risau kerana tambang perjalanan semuanya telah dicover dengan Kansai Thru Pass. Alhamdulillah, memang rezeki mereka akhirnya tercapai juga kerana di sepanjang jalan menuju ke Mt Rokko tersebut diliputi salji. Tetapi, untuk naik ke Mt Rokko anda perlu membeli tiket asing dan harganya mengikut pakej yang anda mahu. Kami hanya ambil tiket Rokko Cable Car ke Mt Rokko dan shuttle bus berharga 1,300 Yen seorang (dewasa). Seronok melihat kegembiraan anak-anak walaupun kesemuanya telah dewasa. Hampir 2 jam di situ kami pun pulang semula ke hotel untuk check in dan apalagi tugas mama seterusnya untuk masak makan tengah hari + makan malam sekali. Memang tak rugi pergi ke Mt Rokko kerana pemandangannya yang lawa dan tempat ini memang terkenal dengan pemandangan 'Million Dolar Nightscape'. Pemandangan ketika sunset sehingga ke waktu malam merupakan tarikan utama di sini.
Cable Car ke Mt Rokko
Classic!
Finally, it's snow!
Tiba di puncak pertama Mt Rokko
First snow view!
Another breathtaking view!
Bandar Kobe dari Mt Rokko
First time dapat main salji :)
Lagi pemandangan bandar Kobe
Mt Rokko Ski Resort
Menggigil-gigil tangan tapi gigih nak pegang. Snow! :)
Inilah Mt Rokko Cable Car station!
Back to Namba Walk again. Bye snow!
Lihatlah di mana-mana kita berjalan di bumi Allah ini, semakinlah rasa betapa
kerdilnya kita sebagai insan dan hambaNya. Oleh itu, janganlah kita lupa dan
alpa akan kebesaran pencipta langit dan bumi.
Salam
ReplyDeleteSalam...
ReplyDeleteNak tanye...di mt.rokko tu...pakage ape yg ade lg selain cable car...?
ReplyDeleteWaalaikumsalam. Mt Rokko x banyak package. Best pergi time winter kalau nak main snow tapi not so thick macam kat area lain. Kalau just nak sightseeing, Mt Rokko gives you the best view. Memang lawa sgt scenery dari Mt Rokko. Basically, org pergi sini nak tgk Kobe waktu malam and sunset view.
DeleteOwhhh...okey..sy ke sane 25/2/2015...ase2 time tu snow lg ke...? Sy nk main ski kt sne...kawasan mane yg paling dekat yee...sy dr KL tros ke Haneda....
ReplyDeleteOh, paan pergi Tokyo eh? Kami ke Osaka, so Mt Rokko agak dekat la compare to Tokyo. Kalau pergi Tokyo, selalu org pergi Mt Fuji kan? View Mt Fuji lagi lawa i think unless Paan pergi Jepun lama. Dari pergi Mt Rokko better pergi Mt Fuji and if u're lucky, dapat la jumpa snow. Area Tokyo byk sikit skiing area tapi still miles away from Tokyo la. Ni betul2 excited nak pergi ni sebab still ada few months lagi kan? :) Tokyo to Osaka pun dah berjam2 kalau naik regular train, so better pergi Mt Fuji je. Hehe.
DeleteAssalamualaikum puan, nak tanya hotel tu dekat dengan namba station ke? Plan ke sana may nanti
ReplyDeleteWaalaikum salam,
DeleteHotel Osaka Floral Inn yang kami duduk memang dekat dengan Namba Station. Hotel tersebut terletak tidak jauh dari exit ke subway station. Untuk sampai ke hotel tersebut kena berjalan disepanjang subway tersebut sehingga terjumpa Exit B26 Namba Walk dan naik tangga ke atas di mana bila keluar saja terus nampak hotel tersebut.
Salam,
ReplyDeleteSangat Menarik itinerary ni. Saya hanya pergi ke Osaka waktu summer 2015.
Waktu saya di Osaka, saya gunakan 2 day pass. Dapat masuk banyak tempat menarik dan x perlu bayar fees. Untuk transportation saya gunakan pass yang sama dan boleh naik subway unlimited selama pass tersebut aktif.
Saya kongsikan sedikit itinerary saya semasa melawat Osaka, Kobe dan Ikoma di blog saya.
Salam.. kansai thru pass n osaka unlimited pass nk beli dimana?
ReplyDelete