Tuesday, 15 April 2014

Percutian Kansai: Part 3

السلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاته

23 Februari 2014

Hari yang ketiga di Osaka. Awal pagi lagi kami sudah keluar dari hotel kerana hari ini kami hendak menggunakan Osaka Pass dengan semaksimum yang boleh, kerana pass ini hanya boleh digunakan dua kali sahaja semasa berada di Osaka. Cuaca hari ini sekitar 5- 6 Celcius agak mencabar juga bagi mama dan husband tapi anak-anak semuanya happy. Satu yang mama perasan di Osaka ni, mereka suka menggunakan basikal dan di sepanjang jalan di hotel penginapan kami terdapat banyak tempat parking basikal, mungkin satu masa nanti Malaysia boleh mencontohi budaya begini. Sepanjang perjalanan terdapat juga komplek membeli belah dan seperti biasa sempatlah juga kami membeli serba sedikit gift untuk menjadi kenangan. Sebenarnya, aktiviti hari ini agak terhad kerana kawan anak mama akan menyertai trip kami ini hanya untuk beberapa jam sebelum balik ke Malaysia. Seronoklah anak-anak mama sebab ada tourist guide tak rasmi yang boleh teman mereka sambil-sambil mendengar tips untuk membeli makanan dan minuman di Osaka.

Jadi, untuk aktiviti di sebelah pagi, kami hanya berjalan sekitar hotel. Walaupun kami dah berada di Osaka untuk 3 hari, tapi kami masih belum berkesempatan untuk berjalan di sekitar hotel yang memang terletak berhampiran dengan Shinsaibashi dan Dotonbori. Keadaan di Dotonbori dan Shinsaibashi di waktu pagi memang agak lengang walaupun di hari minggu. Tapi, bak kata kawan anak mama ni, orang-orang di Jepun terutama area Kansai ini memang suka buka kedai lambat tetapi tutup awal. Kadang-kadang terfikir juga, yang kita selalu disogokkan dengan kehidupan orang Jepun yang sangat rajin dan menepati masa. Jadi, setibanya di Kansai, agak terkejut jugalah dengan kehidupan masyarakat di sini.

Lucky Owl Restaurant

Dotonbori in early morning

Dotonbori

A symbol of Dotonbori - octopus!

Takoyaki

Akhirnya, dapat jugalah anak-anak mama merasa makan takoyaki di Jepun. At least dapatlah mereka merasa makanan Jepun kerana sewaktu bercuti di Korea sebelum ini, tak sempat kami nak merasa makanan Korea kerana bimbang dengan status halal. Masa ini, Shinsaibashi-suji sudah mula dipenuhi dengan pelancong. Dan kebetulan juga, sewaktu anak-anak mama berjalan di Shinsaibashi, mereka telah ditegur dengan sekumpulan pelajar dari Malaysia. Sempatlah kami berbual dan berkenalan dengan mereka, lagipun, mereka juga mengenali kawan kepada anak mama. Tanpa membuang masa, sempatlah mereka berkongsi tips-tips bercuti di Osaka. Yang paling seronok, walaupun suhu ketika ini sangat sejuk, anak-anak mama sempat juga membeli ice-cream sebab mereka dah teringin sangat nak merasa matcha (green tea) ice-cream.

Glico man - morning! nothing fancy here.

Shinsaibashi Suji

Morning walk in Shinsaibashi

Ebisubashi Suji

Dotonbori Walk

Dotonbori ZAZA - free entry with Osaka pass only for selected performance 

Matcha ice cream!

Oleh kerana flight kawan anak mama akan berlepas pada pukul 1, jadi kami berehat sebentar di hotel sebelum memulakan perjalanan ke destinasi seterusnya. Kami meneruskan perjalanan ke Osaka Museum of History yang merupakan sebuah muzium 13 tingkat yang menyimpan peninggalan model-model dari 1500 tahun Osaka dalam pelbagai dimensi. Muzium ini dibuka pada tahun 2003 dan terletak berhampiran dengan Istana Osaka. Pengunjung akan diarahkan untuk bermula dari tingkat sehingga ke tingkat bawah di mana setiap tingkat mempamerkan sejarah Osaka dari zaman yang berbeza-beza. Harga untuk memasuki museum ini adalah 600 yuen dan kami masuk secara percuma dengan menggunakan Osaka pass.

Osaka Museum of History

Astro Boy Exhibition


Exhibition on the highest floor - back in Naniwa period 

Permanent exhibition

The Age of Greater Osaka Gallery

Dari muzium tersebut, kami bergerak ke Osakako Port untuk menaiki Cruise percuma dengan mengunakan pass yang ada, tetapi malangnya apabila sampai ke sini, cruise tersebut telah berlepas dan merupakan cruise terakhir untuk hari itu. Jadi bagi mengelakkan rasa terkilan anak-anak, kami menjamu selera di Bab-ul Hayat, Turkish Restaurant di Tempozan Marketplace. Hidangan disediakan secara buffet dengan harga 1,680 yen seorang. Disebabkan dah berhari-hari kami makan instant food dan canned food, sesekali dapat makan makanan panas dan halal di Jepun, memang seronoklah. Lagi pula, bayaran yang dikenakan adalah untuk makanan secara buffet selama 90 minit, jadi memang seronoklah anak-anak mama dapat jumpa makanan halal. Kami paling suka kebab ayam yang dihidangkan dan kebetulan juga, kami mendapat promosi percuma aiskrim Turki hanya pada hari itu sahaja. Sambil makan sambil kami mencuci mata melihat matahari terbenam di bumi Jepun. Pemandangan di Osaka Port sangat cantik dan tenang. Kami juga sempat berkenalan dengan seorang warga Jepun dengan keluarganya untuk ke Kaiyukan Aquarium. Sebelum balik semula ke hotel, sempatlah kami bergambar di waktu malam di Osaka Aquarium Kaiyukan. Walaupun pada malam hari, masih ramai juga orang yang berada di sekitar Tempozan Marketplace.

Tempozan Ferris Wheel

Belly Dance Show, anyone?

Turkish Restaurant in Tempozan Marketplace

Chocolate Fondue!

Buffet style

Osaka Aquarium Kaiyukan - night view

Some illumination along Tempozan

Tempozan Ferris Wheel - free with Osaka Pass


Looking for souvenirs?

Pada sebelah malam, berhampiran dengan hotel penginapan kami, dengan menggunakan Osaka pass, mama sekeluarga menaiki Tombori River Cruise yang terletak berhampiran Don Quixote yang menyususri Tombori River selama hampir 30 minit. Terlepas menaiki cruise, dapat naik ini pun jadilah. Pemandu pelancong yang berpakaian seperti renjer memperkenalkan dirinya dan sepanjang perjalanan berceloteh dengan menggunakan bahasa Inggeris yang mudah dan bahasa jepun. Sebenarnya tiada satu pun yang menyeronokkan kerana ianya menyusuri sungai yang bersebelahan dengan shopping-shopping kompleks, tetapi memandangkan ianya percuma dan termasuk dalam itinerary yang telah disediakan oleh anak2 mama kami pun mengikut saja.

Tombori River Cruise - free with Osaka Pass

Tour guide cakap ini Love Hotel - ehem.

Amerikamura at night

Glico man - night!

Hampir jam 11.00 malam selepas menaiki bot dan berjalan di sekitar Dotonbori Walk, kami pun pulang ke hotel untuk berehat. Jumpa mama di episod terakhir.............

No comments:

Post a Comment

Review: Adina Apartment Hotel Melbourne

Assalamualaikum! Just a short and simple review after long silence. Cleanliness: Since we took an apartment with kitchen facilit...