Saturday, 19 April 2014

Tips: Musafir Travel Cooker

Assalamualaikum


Since ada yang bertanya, maka terjadilah entry ini. Sebenarnya, dah lama nak buat entry pasal travel cooker ni tapi selalu tertangguh...tertangguh ye bukan saja bertangguh. Oleh kerana, kebetulan semua laptop rosak, jadi, perfect timing untuk come out with new entry selalunya terganggu. Alhamdulillah, curi masa sikit nak post another entry. Kami bukan dapat sponsor pun untuk entry ini, just nak tolong travellers yang tengah sibuk mencari travel cooker untuk kegunaan semasa melancong. 

Bagi kami, travel cooker ini memang sangat convenient and reliable. Very compact and space saving. Actually, dapat tahu pasal travel cooker ni pun bila dalam misi food hunting with family. Kebetulan, bila nak bayar dekat cashier, nampak travel cooker kat display table mereka. Apa lagi, macam pucuk dicita ulam mendatang la. Haha. Boleh guna ke ayat ni? Tak kisahlah. Bila sesi soal jawab di cashier berlansung, rupanya mereka memang menjual travel cooker ni. Seriously, this travel cooker is highly recommended for travellers! Even kalau bukan travellers pun, travel cooker ni still convenient kepada mereka yang selalu outstation.

Front View

Side View - Sorry, most of the pictures are blurry!

Another side view - Travel cooker set

This is how it looks!

Maaf kerana gambar tak berapa nak clear sebab penulis blog gelabah nak cepat, konon-konon busy. Though the pictures was taken by slr, the outcomes wasn't that good. Siapa cakap pakai dslr, gambar mesti jadi cantik? Skill dan teknik juga penting kalau nak gambar jadi cantik. Tiada gambar close-up kerana "what you see is what you get". Gambaran yang diberi kat side view packaging travel cooker ini memang sama dengan apa yang anda akan terima. 

Bila beli travel cooker ni, anda tak perlu nak risau whether travel cooker ni boleh diguna atau tidak di negara yang berlainan voltage sebab travel cooker ini dilengkapi dengan dual voltage. Boleh adjust voltage sama ada 240V atau 110V, or more or less macam itulah. Travel cooker ni juga dilengkapi dengan adorable spoon-fork - hanya satu sahaja dan bukan set. Jadi, kalau nak guna travel cooker ni, it is advisable to bring your own spoon-fork set. Lagi senang dan tak leceh time nak makan sebab provided spoon-fork adalah sangat kecil. 

Berminat? Kami tak jual tapi boleh click SINI dan dapatkan satu untuk anda! Oh, kami dah beli 2 untuk koleksi family sebab travel cooker ni memang convenient. Sambil masak nasi, sambil panaskan lauk. Iyelah, time travel kan nak kejar masa. Bila dah penat sehari suntuk berjalan, mesti perut dah lapar. Tapi, kalau ada satu je, nak kena tunggu nasi masak dulu baru boleh reheat lauk. Boleh buat gaduh nak tunggu makanan ready ni. Haha.

Kalau anda stay area Selangor or Kuala Lumpur, maybe boleh pergi directly kat restoran Hj Sharin Low (012-373 1999) atau hubungi nombor yang tertera kat kotak Musafir Travel Cooker (03-5121 7719). Kami just pergi kat restoran je sebab alang-alang nak beli travel cooker, bolehlah alas perut sekali. Tiga iklan dalam satu entry. Haha :)


p/s: Alhamdulillah, dah ramai mula dapatkan khidmat consultant kami. Bagi mereka yang berminat untuk kursus-kursus perkhidmatan seperti MPKFM, terutama kepada jabatan-jabatan dan agensi kerajaan, bolehlah hubungi kami di sarismatc@yahoo.com :)


Tak salah berkongsi rezeki kerana dalam setiap bahagian rezeki kita 
terselit rezeki hamba Allah yang lain


No comments:

Post a Comment

Review: Adina Apartment Hotel Melbourne

Assalamualaikum! Just a short and simple review after long silence. Cleanliness: Since we took an apartment with kitchen facilit...