السلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاته
31.10.2011
Bertemu semula di percutian hari ke 6. Sebelum memulakan coretan mama hendak berkongsi perasaan hati mama dengan peserta kursus Pengurusan Minit Mesyuarat dan Penulisan Minit Berkualiti di INTENGAH. Mama telah dipanggil bagi membantu memberi ceramah di Kampus lama tempat mama bertugas sebelum pencen dulu pada 6 dan 7 Mac yang lepas. Sebenarnya mama cukup terharu dengan sambutan peserta kursus terhadap perkongsian ilmu yang mama sampaikan, terasa seperti kita berkongsi ilmu dengan anak2 sendiri yang ingin membuat perkara terbaik semasa menjalankan tugas. Mama masih ingat pesanan seorang guru masa belajar dahulu iaitu jika kita melakukan sesuatu perkara buatlah dengan penuh kesungguhan, seikhlas hati dan datang dari lubuk hati yang dalam barulah kita akan merasa kemanisan dan kepuasannya. Mama mendoakan semuga semua mereka berjaya dalam kehidupan di dunia dan akhirat. AMIN.
Pagi ini setelah dua hari berada di Cappadocia mama dan anak2 bertolak ke Ankara. Perjalanan yang jaraknya hampir 300km dengan pemandangan ladang gandum dan barli serta daun-daun pokok-pokok yang berubah kepada warna kuning dan merah menandakan penghujung musim bunga. Kami telah singgah di Tuz Lake iaitu tasik garam yang kedua terbesar di Turki dan mempunyai paras air berbeza-beza mengikut musim. Kawasannya memang luas dan kami sempat juga pergi agak jauh ke tengah melalui garam-garam yang memutih.
Daun pokok yang bertukar warna
Tasik Garam
Halusnya garam dari tasik ni
Kedai yang menjual produk dari garam
Sebelum sampai di Ankara, kami berhenti makan tengah hari di restoran tempatan yang menghidangkan menu makanan Turki. Bila sudah hari ke-6 memang kami hampir jemu dengan makanan Turki yang rata-ratanya menghidangkan makanan yang hampir sama. Tapi, bila kaki sudah jejak bumi Malaysia barulah teringat makanan di Turki.
Menaiki tangga untuk makan tengah hari
Selepas selesai makan tengah hari kami dibawa melawat Ataturk Mausoleum di mana terdapat tempat persemadian Mustafa Kamal Ataturk pengasas dan presiden pertama Republik Turki dan berakhirnya pemerintahan Uthmaniyyah. Bangunan ini telah dibina antara tahun 1944 hingga 1953. Terbahagi kepada dua bangunan yang satunya dibuka kepada pelawat. Memasuki bangunan ini dipenuhi dengan koleksi gambar dan petikan ucapan Kamal Ataturk pada ulang tahun ke 10 pemerintahannya. Terdapat juga beberapa kereta rasmi yang digunakan dan satu pertunjukan multimedia mengenai hidupnya disiarkan kepada penonton. Ataturk Mausoleum ini dibuka setiap hari dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.
Tempat persemadian Mustapa Kamal Artatuk
Tentera berbaris untuk pertukaran shift
Bendera Turki daripada bunga-bunga yang disusun
Tentera berbaris untuk pertukaran shift
Bendera Turki daripada bunga-bunga yang disusun
Kami sampai di Ankara hampir petang dan sebelum sampai di hotel sempat jugalah mencuci mata di pusat shopping complex. Sebenarnya jika hendak dibandingkan dengan Kuala Lumpur, shopping complex kita lagi hebat, mana tidaknya, orang Malaysia memang kuat berbelanja..... Kami menginap di Hotel Sergah Ankara malam ini.