السلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاته
29.10.2011.
Hari ini merupakan hari ke empat mama dan rombongan berada di Turki. Hari ini kami di bawa ke Cappadocia yang jaraknya seperti dari Perlis ke Johor Bharu. Sepanjang perjalanan hanya terdapat ladang-ladang kapas dan gandum. Dalam perjalanan kami singgah di Konya sebuah bandar purba zaman Empire Anatolian Seljuk. Selepas makan tengah hari kami dibawa melawat Museum Mevlana yang juga dikenali sebagai Makam Green. Di sini terdapat makam Jelaleddin Rumi, pengasas pemerintahan Mevlevi daripada dervishes. Sebelum memasuki Museum ini kami diminta untuk melindungi kasut dengan plastik nipis untuk menjaga kebersihan di dalam bangunan. Selain makam Rumi, terdapat 2 bilik besar yang dibarisi dengan kaca pameran Mevlevi artifak sejarah termasuk topi kon, permaidani dan alat muzik lama darwis, termasuk ney, atau seruling Mevlevi yang diperbuat daripada buluh. Di sekitar muzium ni, terdapat banyak makam-makam yang agak menakutkan jika di waktu malam. Terlalu banyak sangat makam di sekitar ini yang kadang-kadang boleh meremangkan bulu roma kami.
Rombongan kami juga sempat singgah di Caravansaray iaitu rumah-rumah tumpangan yang dikenali sebagai Kervansaray atau Caravanserai yang telah digunakan oleh pedagang sejak abad ke 10. Bangunan-bangunan ini menyediakan penginapan dan kemudahan lain untuk para pedagang. Pembinaan bangunan ini adalah dari batu yang dipotong dari batu gunung berapi di Cappadocia. Bagi tujuan pertahanan, dinding mereka telah dibina seperti tembok istana. Walaupun hanya tinggal beberapa bangunan yang masih dijaga bagi tujuan pelancongan sempatlah juga anak2 mama bergambar buat kenangan. Cerita di sebalik Caravansaray ni sebenarnya ada kaitan dengan Ali Baba dan 40 penyamun. Kiranya, time zaman dahulu, tempat ni dijadikan tempat persembuyian dan tempat berteduh bagi mereka. Ada satu struktur bangunan di Caravansaray yang agak gelap di dalamnya, memang agak menakutkan untuk anda masuk ke dalamnya. Ketika di sini, anak mama terjumpa beberapa penduduk tetap di sini dan salah seorang dari mereka adalah owner kedai karpet yang terletak bersebelahan dengan Caravansaray ini. Sempatlah kami bertukar-tukar address supaya senang untuk kami berhubung dan bolehlah kami berjalan di sini lagi jika dimurahkan rezeki. Apabila hampir malam barulah kami sampai di Cappadocia. Bandar ini terkenal dengan tarian Whirling Dervishes atau pun tarian berpusing Sufi. Sepanjang berada di atas jalan raya di sini, memang terdapat banyak model-model sedang menari sufi sebagai trademark di sini.
Apabila sudah berada di sini buat masa yang agak lama, kadang-kadang terasa jemu juga untuk makan makanan Turki yang pada pemerhatian kami, boleh kata makanannya sama saja di mana-mana kedai di Turki.
Bersambung lagi di entri berikutnya .......

Muzium Mevlana
Makam ahli-ahli sufi
Museum Mevlana
Pintu masuk ke Sultanhani Caravanserai
Inilah sebahagian dari group mama
Berhenti minum tea di Caravanserai
Tandas sebelah cafe
Penginapan di Cappadocia
Bersambung lagi di entri berikutnya .......
No comments:
Post a Comment