السلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاته
30.10.2011
Berjumpa lagi di hari ke lima perjalanan mama dan keluarga ke Turki. Bagusnya semua memori ini dicatat oleh papa yang tidak tinggal buku notanya. Hari ni kami masih berada di Cappadocia. Di Cappadocia pelancong boleh memilih untuk menaiki belon udara panas yang akan membawa kita melawat lembah batu yang unik selama 1 jam. Memandangkan program ni tidak termasuk dalam pakej, semua ahli rombongan tidak menyertainya kerana bayaran yang dikenakan USD200 bagi seorang adalah agak mahal.
Yiltok Hotel
Selepas sarapan pagi lawatan pertama mama adalah melawat ke Castle Uchisar yang menyediakan panorama indah kawasan sekitarnya dengan Gunung Erciyes dalam jarak yang jauh. Di dalamnya terdapat banyak bilik batu yang berlubang dan disambungkan antara satu sama lain dengan tangga serta terowong. Rombongan mama kemudiannya menuju ke Garomey Valley dan melihat pemandangan unik yang terbentuk dari lanskap batuan gunung berapi. Goreme Open Air Museum adalah sebuah Gereja di dalam gua yang yang dibina sejak abad ke-2, dengan lukisan dinding yang melambangkan Agama mereka. Mama sempat juga singgah bagi mengambil gambar di Lembah Devrent yang mengandungi batu berbentuk haiwan. Pemandangan yang indah seolah-olah kita berada di zoo ukiran yang dibuat oleh alam semula jadi. Antara bentuk haiwan yang paling mudah dilihat adalah unta dan binatang-binatang lain mengikut imaginasi kita yang melihatnya.
Castle Uchisar
Jalan menuju ke Garomey Valley
Entrance to Goreme
Salah satu dari Museum Goreme
Bayangkan bagaimana mereka membina penghidupan
Lembah Devrent
Mama meneruskan perjalanan ke kota bawah tanah Kaymakli Underground City yang menjadi penempatan orang-orang Kaymakli. Letak kota ini sangatlah rendah dan sempit dan di bahagian dalam kota bawah tanah ini terdapat 8 lantai ke bawah tanah. Walaupun sempit suhu di dalamnya masih dalam keadaan baik. Pengunjung tidaklah dibawa melawat sehingga setiap lantai kerana agak berbahaya dan licin untuk pengunjung berjalan-jalan di dalamnya dan hanya lantai pertama hingga ke tiga sahaja yang dibuka. Mama tidaklah masuk ke dalamnya cuma anak-anak mama yang memasuki untuk mengambil gambar. Kepada mereka yang sudah berumur dan menghidap penyakit asma, lelah dan sewaktu dengannya, anda tidak dinasihatkan untuk pergi ke sini kerana ruang dalaman yang sempit dan possibility untuk sesak nafas adalah tinggi. Selepas menghabiskan masa hampir sejam di sini kami dibawa melawat ke kilang karpet yang diakui terbaik di dunia. Karpet di sini adalah dari tenunan tangan dan terdapat juga yang di buat dari benang sutera. Malangnya kami semua tidak membeli apa-apa kerana harganya mencecah ribuan ringgit, kasihan jugalah melihat mereka bersusah payah memberi taklimat.
Entrance to Kaymakli City
Salah satu tingkat di dalam Kaymakli Underground City
Dapur
Kedai karpet yang kami pergi
Penenun karpet
Antara karpet-karpet untuk dijual
Sebelah malamnya kami menyaksikan pertunjukan kebudayaan Turki dan Belly Dance. Tarian Kebudayaan mereka melihatkan 7 tarian semuanya yang mewakili 7 daerah. Persembahan pertama adalah Tarian Sufi yang dikenali juga sebagai The Whirling Dervishes. Ianya merupakan satu cara menerbitkan kasih sayang kepada Tuhan yang telah dipopularkan oleh pengikut Jalaluddin Rumi (mama sudah cerita sebelumnya). Semasa tarian ni semua lampu dimalapkan dan semua pengunjung tidak dibenarkan mengambil gambar (dapat juga anak mama menangkap gambar). Mereka menari dalam pusingan (memutar tubuh berlawanan dengan arah jam) secara bersama oleh sejumlah orang penari di bawah bimbingan seorang Murshid, sambil zikir dialunkan dan semakin lama tarian tersebut semakin laju. Jika mama tentu dah lama jatuh kerana pening. Selepas tarian tersebut kami di persembahkan dengan tarian kebudayaan yang lain dan paling tak disangka penghujung persembahan kami dihidangkan dengan tarian gelek. Rasa menyesal pula membawa anak menonton persembahan ni. Husband mama sudah keluar dan hanya masuk apabila persembahan hampir tamat. Ok lah tu Tuan Haji....Jika anda pergi ke Turki, jangan lupa untuk menyaksikan sendiri cultural show mereka, memang best dan menarik!
Tamat persembahan kami pulang ke hotel yang sama untuk berkemas kerana esoknya kena check-out pagi untuk meneruskan lawatan balik ke Ankara.
Tarian Sufi
Bersambung di episod seterusnya ......
Assalam puan..puan pergi turki ni ikut agensi pelancongan mna ye?
ReplyDeleteWaalaikum salam,
DeleteMasa mama pergi kali pertama ni, kami ambil pakej dengan Mahola Travel, Mama biasa ambil dengan travel ni sejak tahun 2000 lagi dan pada mama agensinya ok dan harga pun berpatutan dan harga boleh dirunding. No. telefon pengurusnya Puan Intan 03 79661555.. Mama suka pergi dengan group yang kecil lebih senang dan agensi ni selalunya group tidaklah terlalu ramai. Jjika Wiween ada group sendiri pun dia boleh tolong uruskan.