Friday, 14 June 2013

Istanbul Kami Datang: Part 2


السلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاته

24.05.2013

Hari ketiga mama di Istanbul. Hari ni kami berjalan-jalan di Istanbul menggunakan khidmat pelancongan yang telah mama booking dari Malaysia. Di hotel-hotel penginapan juga banyak yang menawarkan pakej-pakej lawatan sama ada hendak melawat sekitar Istanbul bagi tempoh setengah hari atau satu hari atau keluar dari Istanbul dan bermalam dengan harga yang berpatutan. Pada pandangan mama jika untuk lebih relax dan santai, lebih baik pergi sendiri sebenarnya kerana tidak terbeban dengan jadual yang disediakan dan amat menjimatkan, serta kita boleh memilih pakej-pakej yang lebih murah di Istanbul tanpa perlu booking dari Malaysia.

Pukul 9.00 pagi, tour guide kami telah sedia menunggu di lobby hotel dan setelah berbincang kami memilih untuk ke Pierre Loti Cable Car, Turkey Miniaturk, Istana Dolmabahce, Yildiz Royal Garden dan menyeberangi jambatan ke sebelah Asia.


                                         Wow! Inilah kenderaan yang disediakan bagi mama dan husband

Bagi menaiki cable car, tiket yang dikenakan adalah sebanyak 2 lira seorang dan jaraknya tidaklah terlalu tinggi. Di sepanjang pendakian atau menaiki cable car kita akan melalui tanah perkuburan Eyup. Kita boleh memilih untuk menaiki Pierre Loti dengan berjalan kaki atau mengunakan cable car. Nama Pierre Loti ini  diambil sempena nama penulis Perancis yang tinggal di Istanbul pada penghujung abad ke 19 dan terdapat juga sebuah kafe di atas bukit ini mengunakan nama beliau. Dari atas bukit ni kita bolehlah mendapatkan view yang memang cantik.

Entrance to Pierre Loti

View from cable car

View dari cable car

Gerai-gerai di Pierre Loti

Mama kemudiannya melawat Turkey Miniaturk yang merupakan taman yang mempunyai model mini  struktur bangunan dari zaman Anatolia lagi. Bayaran masuk yang dikenakan adalah sebanyak 10 Lira. Tour Guide Mama seorang wanita yang fasih berbahasa Inggeris memberi penerangan yang terperinci mengenai taman ini dan seperti biasa husband mama akan menjadi jurucatatnya. Taman ini mula dibuka kepada pengunjung pada 23 April 2003 yang mengandungi 122 model di mana 52 model adalah dari zaman Anatolia 13 dari zaman Uthmaniyyah. Setiap model mini ini diberi penerangan dalam dua bahasa iaitu bahasa Turki dan Inggeris dengan mengimbas tiket di papan tanda di hadapan model tersebut.

Bersama tour guide

model-model di miniaturk



Model-model di Turkey Miniaturk

Setelah menghabiskan masa hampir 2 jam kami kemudiannya pergi ke Dolmabahce Palace. Nasib baiklah ada tour guide, jika tidak mungkin kami akan beratur hampir 1 jam kerana terlalu ramai pelancong waktu itu. Tiket masuk ke istana ni adalah 30 lira seorang. Dolmabahce Palace ini telah dibina antara tahun 1843 hingga 1856 dan istana ni merupakan istana yang terbesar dan mewah berbanding dengan Topkapi Palace. Pembinaan dan peralatan di dalamnya menggabungkan gaya Eropah dan Uthmaniyyah. Cermin-cermin yang dipasang dalam istana ni dibingkaikan dengan emas dan banyak pembinaan di dalamnya mengunakan  emas dan kristal. Istana ini dibina bagi menempatkan enam sultan-sultan terakhir di zaman pemerintahan Uthmaniyyah sebelum diambil alih Mustafa Kamal Artaturk yang akhirnya menjadikan istana ni kediaman beliau sehinggalah beliau meninggal dunia di istana tersebut. Istana ni terbahagi kepada tiga bahagian yang merangkumi keluasan 2.11 ekar dan mengandungi 285 bilik, 46 dewan, 6 tempat mandi atau dikenali dengan hamam dan 68 tandas. Sepanjang laluan yang dibawa, mama dapati kebanyakkan perabotnya adalah sepasang diletak di kiri dan kanan laluan. Setiap bahagian terdapat gantungan lampu Chandelier yang berharga puluhan ribu ringgit dan paling terbesar beratnya dimaklumkan kepada kami hampir 4.5 tan. Sayangnya pengunjung tidak dibenarkan merakam gambar di dalam istana ni.

Gambar Chandelier yang  paling besar (Sumber dari wikipedia)

Salah satu daripada pintu masuk
Pintu untuk memasuki Dolmabahce Palace
Di luar istana bersebelahan laut Marmara

Selepas menyaksikan kemewahan Dolmabahce Palace kami singgah pula ke Yildiz Royal Garden yang merupakan taman yang luas dan indah dengan pelbagai tumbuhan dan pokok-pokok bunga. Sempatlah kami merakam bunga-bunga yang sedang mekar yang ditanam di sini. Taman ni juga merupakan tempat perkelahan yang popular terutama di hujung minggu. Semasa kami merehatkan badan di sini terdapat banyak kumpulan pelajar-pelajar bersama guru-guru mereka melakukan aktiviti riadah. Sempat jugalah mama melihat dua pasang pengantin merakamkan gambar perkahwinan mereka di sini.


Yildiz Royal Garden

Tasik buatan di Yildiz Royal Garden


Merakamkan gambar pasangan berkahwin

Mama kemudiannya melalui jambatan Galata menuju ke sebelah Asia dan dari pemerhatian mama, di sebelah sini bangunannya tidaklah seperti di Eropoh side dan corak kehidupan agak tenang. Bagi kaum perempuannya, mama dapati di sini ramai yang memakai tudung.

Menuju ke sebelah Asia 

Keadaan yang tenang di Asia side

Tour kami tamat pada pukul 6.00 petang dan sebelum dihantar semula ke Hotel, sempat juga tour guide mama membawa kami ke sebuah gedung karpet yang harganya boleh membawa kami melancong semula ke Istanbul lima kali.......

25.05.2013

Hari-hari terakhir di Istanbul, kami menjelajah bandar ini dengan menggunakan tram sahaja. Memang mudah menaiki tram kerana perkhidmatan yang ditawarkan adalah memuaskan. Kebanyakkan tempat lawatan adalah sepanjang laluan tram. Laluan tram akan bermula dari stesen Kabatas dan tamat di stesen Bagcilar dengan tambang yang dikenakan sebanyak 3 Lira sahaja kecuali sekiranya kita berhenti dan turun di setiap stesen, kenalah bayar 3 lira lagi. Di laluan tram ni juga terutama dari stesen Gulhane hingga ke stesen Cemberlitas, banyak kedai-kedai yang menjual pelbagai barangan dan kami turut berjalan kaki merasakan keseronokan menyusuri kedai-kedai ini, sekiranya keletihan bolehlah singgah di kedai makan atau manisan. Kebanyakkan tempat-tempat lawatan bermula dari Beyazit dan berakhir di Kabatas. Sekiranya hendak ke Grand Bazaar, turunlah di stesen Beyazit, lawatan ke Blue Mosque, Hagia Sophia Museum, Topkapi Palace Museum, turunlah di Stesen Sultanahmet, jika hendak ke Spice Bazaar turunlah di Stesen Eminonu, untuk melawat Galata Tower di Stesen Karakoy dan untuk menaiki bot-bot turunlah di Kabatas.  

Laluan Tram

Sebelah petang mama dan husband pergi pula hingga ke Bagcilar tetapi laluan dari Yusufpasa hingga ke Bagcilar lebih kepada rumah-rumah penempatan sahaja.

Walaupun telah mengunjungi Topkapi Palace, kami pergi juga ke Museum ini sekali lagi terutama untuk melihat peninggalan Nabi Muhamad S.A.W yang tersimpan di sini. Bagi penjimatan wang kita boleh membeli tiket dengan harga 72 Lira yang boleh digunakan bagi memasuki Museum di tempat-tempat seperti di bawah. 

Iklan pakej entrance fee

26.05.2013

Pukul. 8.00 pagi, mama dan husband turut bersesak dalam tram menuju ke Spice Bazaar bagi membeli sedikit cenderamata dan buah-buahan untuk dibawa balik ke Malaysia. Sempat juga kami menjelajah kedai-kedai kecil di laluan bawah menuju ke jambatan Galata. Sayangnya, kami tidak dapat menaiki Galata Tower bagi menyaksikan pemandangan sebelum matahari terbenam kerana sedang dalam pembaikan. 

Laluan tunnel ke jambatan Galata

Kedai-kedai kat dalam tunnel - harga barangan lebih murah di sini

Bot-bot di Galata

Buah ceri yang kami beli 5 kilo kerana harganya hanya 10 Lira sekilo

Baklava yang dibeli

Setelah menghabiskan masa selama 5 hari di Istanbul kami pun berangkat balik jam 3.30 petang waktu Istanbul dan sampai di KLIA Malaysia jam 6.30 pagi pada 27.05.2013. Semoga segala kenangan yang mama perolehi di sini dapat memberi kesedaran dan keinsafan betapa besarnya kebesaran ALLAH yang tidak terjangka dan terduga di fikiran mama.....  


"Barangsiapa berhijrah di jalan Allah, nescaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang luas dan rezeki yang banyak."
An-Niza: 100

2 comments:

  1. mama, mcamana nak contact tour guide mama tu?

    ReplyDelete
  2. Maaf kerana mama dah terbuang nama tour guide tu. Pada pandangan mama kita boleh pergi sendiri ketempat2 tersebut,taklah susah sangat. Terdapat juga travel agensi berhampiran setesen Sultahanamet yang menyediakan pakej lawatan dan kita boleh runding harga. Hotel yang mama duduk itupun terdapat banyak brochure pakej lawatan. Untuk lebih detail bolehlah e-mel mama di sarismasms@yahoo.com

    ReplyDelete

Review: Adina Apartment Hotel Melbourne

Assalamualaikum! Just a short and simple review after long silence. Cleanliness: Since we took an apartment with kitchen facilit...