Thursday, 31 October 2013

Hello Korea! Part 2


السلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاته


14 Oktober 2013

Hari ini mama dan family akan melawat Nami Island. Setelah bersarapan pagi, kami bertolak dari apartment menuju ke Seoul Station untuk menaiki keretapi ke pulau tersebut. Pada asalnya anak mama dah booking melalui on-line untuk menaiki bas, tetapi kerana tidak sempat buat pengesahan dan pembayaran semasa hari ketibaan kami memutuskan untuk menaiki keretapi. Bagi anda yang berminat hendak menaiki bus, bolehlah email ke SINI atau SINI dan nyatakan nama, date anda hendak pergi, berapa orang, dan all inclusive ticket atau bus ticket only supaya mereka boleh reserve seat untuk anda. Selalunya, jika anda mahu menggunakan perkhidmatan Namiseom bus ni, kenalah book at least sebulan awal. Dari Seoul Station, kami menuju ke Cheongnyangni Station menggunakan Line 1. Malangnya, setibanya kami di Cheongnyangni station, train ke Gapyeong Station mengikut waktu dan tiket sebelah pagi semua dah penuh, kami hanya dapat tiket jam 11.20 tengah hari. Perbezaan waktu antara Malaysia dan Korea adalah Korea awal 1 jam. Penumpang yang mengambil tiket dari Cheongnyangni Station ke Gapyeong Station dikenakan tambang sebanyak 4000 won. Nasib baiklah di Cheongnyangni Station ini bersambung dengan shopping mall, jadi sementara menunggu train tiba, kami pergilah mencuci mata dan makan. Di sini juga kita kena berhati-berhati kerana jika tersilap train anda akan pergi ke destinasi yang lain. Yang penting jangan malu bertanya walaupun mereka tidak faham kerana mereka sangat suka membantu. Nasib baiklah anak bongsu mama yang hantu drama korea boleh bercakap dan faham sedikit bahasa korea sehinggakan dipuji kerana slang yang digunakan seperti orang yang fasih berbahasa korea. Jika anda menggunakan T money untuk membeli tiket ITX di Cheongnyangni, sila pastikan anda touch card di mesin transit bersebelahan dengan mesin membeli tiket untuk memastikan T money anda dalam keadaan transit kerana anda akan menukar laluan train.

Station terbesar di Seoul, Seoul Station

Sila naik ITX Train Cheongchun untuk ke Nami Island

Guide untuk transit card

Platform 1 untuk ke Gapyeong Station

Pemandangan sepanjang ke Gapyeong Station

Lagi pemandangan sepanjang ke Gapyeong Station

Perjalanan ke Gapyeong station mengambil masa 1 jam dan dari sini kami terpaksa menaiki teksi dengan kadar 1 teksi 3000 won. Untuk memasuki Nami Island kita dikehendaki membeli tiket berharga 8000 won seorang dan menaiki feri ke pulau tersebut. Sebenarnya tiada apa pun tarikan di pulau buatan ini hanya selepas drama Winter Sonata, barulah pulau ini dikunjungi ramai pelancong. Hampir kesemua pelancong terutamanya yang muda-muda akan bergambar di patung tersebut. Cuma satu yang mama rasa agak kecewa kerana tidak dapat menyaksikan daun-daun pokok berubah warna kerana masa ni baru permulaan musim luruh. Memandangkan ramai pengunjung dari pelbagai bangsa dan agama, mereka membina surau yang dipanggil musolla untuk kemudahan bersolat. Mussolla ini terletak agak ke tengah berhampiran dengan restoran dan terletak di Nami Library. Jika anda hendak mencari musolla di sini, sila cari Nami Library dan tanda Musolla atau prayer room ada di pintu library tersebut. Oleh kerana sign board agak kecil, make sure anda tidak terlepas Nami Library. Prayer room di Nami Library ini hanyalah satu ruang yang dijadikan ruang solat dan ruang solat antara wanita dan lelaki tidak diasingkan. 

Satu peringatan mama supaya kita lebih berhati-hati di sini kerana semasa mama dan husband duduk menunggu anak2, kami didatangi sekumpulan lelaki dan perempuan Korea yang berseluar hitam dan berkemeja putih dengan tujuan mendakyahkan ajaran kristian. Seorang daripada mereka pemuda berumur anggaran 20an  menegur mama dan husband dan mengajak kami berbual-bual sambil memberi beberapa keping risalah. Nasib baiklah mama ternampak salah satu risalah tersebut terdapat perkataan Kristian serta Jesus dan apabila dia bertanya mengenai agama, mama dah bersedia dengan jawapan. Alhamdullilah, husband dan mama dapat mematahkan hujah mereka hingga akhirnya mereka meninggalkan kami. 

Gapyeong Station!

Teringin nak Bungee Jump?

Immigration Counter to Namiseom

Penyambut tetamu

Nami Island 

Nami Island

Welcome board di Nami Island

Prayer room di Gallery N

Cari Nami Library jika mahu bersolat

Special features in Nami Island

Nami Island

Nami Island- daun-daun yang mula bertukar warna

Nami Island

Hampir 3 jam di sini, kami bertolak pulang kerana mengejar train jam 4.30 petang kerana jika terlepas train ini, train seterusnya jam 5.30 petang. Disebabkan mama tidak mengambil tiket untuk balik ke Seoul semasa sampai, kami terpaksa mengambil tiket berdiri sampai ke Yongsan Station pada harga 4800won. Disarankan bagi mereka yang menaiki keretapi, rancang masa anda dengan baik dan lebih baik jika anda membeli terus tiket balik ketika tiba di Gapyeong station. Disebabkan mama hendak mencari product samsung, kami singgah di Stesen Yongsan dan di Yongsan Mall ni menjual semua peralatan eletronik seperti di Low Yat, Kuala Lumpur. Yongsan Mall ni memang terkenal sebagai Electronic Market di Seoul. Mama sempat jugalah terbeli satu product yang betul-betul original siap ada antena di product tersebut. Jika dibandingkan harga memang di sini lebih murah tapi jangan sampai lupa minta warranty card selepas selesai membeli.

Yongsan Mall

                                                     Bangunan Yongsan Mall

Sebelum balik ke apartment kami singgah mencuci mata di Namdaemun Market untuk meninjau harga-harga barang sebelum acara shopping pada hari esoknya. Kami sempatlah juga membeli cenderahati untuk adik beradik dan kawan-kawan walaupun ketika ini, banyak kedai sudah mula mengemas untuk tutup. Kami sempat mencari bangunan bernama E-Lengdang kerana di situ banyak terdapat barang dagangan pada harga yang murah. Oleh sebab kami mengejar masa, sekejap sahaja kami berada di Namdaemun Market dan bergegas untuk ke destinasi seterusnya.

Namdaemun market at night

Lawatan terakhir pada hari ni, kami menaiki teksi pergi ke Banpo Fountain Bridge dengan harga sebanyak 8000 won satu teksi. Nasib baiklah, pada waktu malam pemandu tersebut menerima kami seramai 5 orang menaiki teksinya. Banpo Fountain Bridge adalah jambatan yang terletak di sepanjang sungai Hangang yang telah dibina Moonlight Rainbow Fountain yang terpanjang di dunia yang diikitiraf oleh Guinness World of Records. Jambatan yang dilengkapi dengan jet air ini akan kelihatan menarik di waktu malam. Jet air ini boleh bergerak dengan lampu berwarna-warni dan berubah pergerakan mengikut rentak lagu yang dimainkan. Setiap lagu dimainkan dalam tempoh 15 minit. Mama difahamkan pertunjukan Moonlight ni berlangsung dari bulan April hingga Oktober sahaja. Ketika kami di sini, memang ramai orang yang melawat tempat ni kerana percuma sahaja dan oleh kerana jambatan ini berdekatan dengan taman, tempat ini menjadi tarikan bagi orang Korea untuk berbasikal dan bersenam di lewat malam.  


Banpo Fountain Bridge

Banpo Fountain Bridge

Banpo Fountain Bridge

Kami sekeluarga menyaksikan pertunjukan ini pada jam 8.30 malam dan berakhir 15 minit kemudian. Kesukaran untuk mendapatkan teksi dan bus juga antara sebab tempat ini hanya dilawati oleh orang Korea. Terdapat subway berdekatan tetapi kerana sudah lewat malam, kami berjaya akhirnya menahan sebuah teksi untuk balik ke apartment.


Bersambung di entry hari ketiga.......


Wednesday, 30 October 2013

Hello Korea! Part 1

السلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاته


Berjalanlah di muka bumi, maka perhatikanlah bagaimana Allah menciptakan (manusia),dari permulaannya, kemudian Allah menjadikannya sekali lagi. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu -  Surah al-'Ankabut ayat 20



Lamanya mama tidak menulis di blog ni kerana kesibukan masa dengan aktiviti selepas persaraan. Dalam pada sibuk tersebut, dapat juga mama melarikan diri bersama keluarga bercuti di Seoul, Korea. Perancangan untuk bercuti timbul apabila terlihat di newspaper dan iklan di tv, MAS buat promosi tambang murah dengan tiket pergi balik bawah RM 1000 termasuk bagasi seberat 30 kg serta makanan yang menjadi keutamaan bagi anak-anak mama, dan peluang ni mama gunakan untuk percutian keluarga penutup hujung tahun 2013. Bagi mama, ini adalah kali kedua ke Seoul kerana mama pernah berkursus di Korea pada tahun 2003. Seperti biasa disebabkan kami pergi tiada mengambil mana-mana pakej dan kesukaran untuk mendapatkan makanan halal, mama telah menempah apartment yang mempunyai dapur untuk memasak. Walaupun begitu semua peralatan memasak, mama bawa dari Malaysia. Kami telah menempah Brown Suites Residences yang berhampiran dengan subway bagi memudahkan perjalanan. Memandangkan tempoh masa percutian ini awal musim luruh, kami tidaklah membawa pakaian yang tebal kerana suhu masa tu lingkungan dalam 17-19C. 

Pada 12 Oktober mama sekeluarga bertolak menuju ke KLIA kerana flight ke Seoul berlepas jam 11.30 malam. Time ni anak-anak mama dah rasa excited nak rasa kesejukan di Seoul.


13 Oktober 2013

Tepat jam 12.00 tengah malam, mama, husband, abang serta adik wish selamat hari lahir kepada ili yang menyambut hari kelahiran ke 25, dah bertambah dewasa anak mama ni.  Anak mama, Ili memang seronok sangat dapat celebrate birthday di Seoul. Setelah berada hampir 6 jam dalam penerbangan, kami pun mendarat di lapangan terbang Incheon. Korea ni kita tidaklah perlu risau dengan kastam dan imigresen kerana mereka tidak membuat pemeriksaan bagasi seperti di Perth, Australia. Sebelum keluar dari airport, anak2 membeli T money card yang boleh digunakan untuk menaiki bus, subway dan membeli barang di tempat-tempat tertentu. Harga T money card ini 2500 won dan terpulang kepada kita untuk menambah dengan jumlah ribu won yang akan digunakan sepanjang berada di sana. Semasa kami sampai dan masih lagi tercari-cari sama ada nak naik airport bus or taxi, ada seorang ahjusshi offer untuk membawa kami. Tapi disebabkan pernah terbaca yang driver taxi ni kemungkinan illegal, jadi kami teruskan niat naik airport bus. Selesa dan senang sebab tak payah berebut.  Just make sure anda bertanya di kaunter pertanyaan  dan nyatakan tempat yang dituju supaya  bus yang dinaiki betul dan tidak sesat.



















T money card

Tambang bas dari Airport ke apartment hanyalah 10,000 won saja seorang. Seronoknya dengan bas yang boleh memuatkan 40 orang penumpang tapi hanya diisi oleh kami seramai 5 orang dan 2 lagi pelancong kerana bas ini akan menghantar penumpang berdasarkan perhentian terakhirnya. Perjalanan dari airport ke Seoul City mengambil masa sejam Yang lucunya, bila kami diturunkan di perhentian bas tersebut, kami tak tahu pula nak cari apartment. Walaupun dah print map siap-siap, tapi bila dah sampai sana terus jadi blur sebab surrounding macam lain dari dalam map. Nasib baiklah terjumpa dengan seorang wanita korea yang boleh bercakap Inggeris yang amat membantu kami mencari apartment tersebut. Disebabkan waktu check-in jam 3.00 pm kami meninggalkan semua bagasi di lobby dan bermulalah acara menjelajah Seoul.



Brown Suites Residence

Memandangkan mama hendak berpusing bandar dengan menaiki Seoul Tour Bus, mama mengunakan subway untuk ke stesen Gwanghwamun yang terletak bersebelahan dengan Koreana Hotel. Sebenarnya memang berbaloi mengunakan perkhidmatan bas ini walaupun kita membayar sebanyak 12,000 won seorang. Disediakan seorang pemandu pelancong yang bercakap bahasa korea dan  sedikit bahasa Inggeris. Walaupun demikian kita juga boleh mendapat maklumat dengan memasang rekoder yang disediakan. Bas ini memulakan perkhidmatan mulai jam 9.00 am dan tamat jam 7.00 pm. Jika bercadang untuk menggunakan perkhidmatan bas ini rancanglah perjalanan kerana hari Isnin bas tersebut tidak beroperasi. Penumpang boleh turun di mana-mana laluan dan menaiki semula bas ini dengan tiket yang sama kerana tiket akan valid untuk sehari dengan anggaran masa pusingan setiap perhentian selama 30 minit. Jika di Malaysia samalah dengan perkhidmatan HOHO Bas. 


Sepanjang jalan di City Hall area


Seoul City Tour Bus

Destinasi pertama mama adalah di Namsangol Traditional Korean Village atau dikenali juga sebagai Kampung Rumah Tradisional di Lembah Namsan. Hanok merupakan perkataan yang menggambarkan rumah yang dibina secara tradisional yang telah dipulihkan untuk mengekalkan suasana asal kawasan tersebut. Di dalam kawasan ini, terdapat lima buah rumah tradisional yang dibina semula terdiri dari rumah-rumah kelas kelas tinggi, kelas menengah, dan kelas bawahan. Kita boleh melihat pembinaan rumah kelas atasan yang mempunyai bumbung berjubin. Di sini banyak acara di adakan bagi pengunjung yang melawat antaranya persembahan Kebudayaan Tarian Tradisional Klasik dan Muzik, watak Hanok Village dan sebagainya. Mama sekeluarga sempatlah menonton beberapa persembahan pada hari itu dan kebetulan juga kami bertembung dengan sekumpulan pelancong dari Malaysia. Tempat ini dibuka pada 9.00am hingga 9.00 malam dan ditutup setiap hari Selasa.

Pintu masuk ke Hanok Village dan tiada bayaran dikenakan


 Pemandangan di dalam Traditional Korean Village

Lokasi Village 


Salah satu hanok di Namsangol Village


Pertunjukan Bonsai


Pertunjukan Kebudayaan


Setelah menghabiskan masa hampir 2 jam di sini, dengan menaiki Seoul Tour Bus kami terus ke Namsan Tower. Tiba di Namsan Mountain ni, kami just berhenti untuk menangkap gambar dan cuci mata sahaja kerana pada hari Ahad, N Seoul Tower ni memang akan dipenuhi pelancong. Lagipun, kami tak bercadang untuk naik ke Seoul Tower kerana pemandangan dari bilik hotel kami juga menghadap ke city centre.


Pemandangan sekitar Namsan Mountain

Hentian Seoul City Tour Bus di Namsan Mountain

Lagi pemandangan dari Namsan Mountain

Disebabkan kami agak kesuntukan masa, kami terus menuju ke Changdeokgung Palace yang merupakan istana utama bagi kediaman kebanyakan raja-raja Joseon. Changdeokgung Palace ni juga antara yang patut dilawati kerana mendapat pengiktirafan UNESCO. Dari pemerhatian mama, seni pembinaan istana di Korea ni hampir sama dengan pembinaan istana di Beijing, China. Sekiranya mereka yang suka menonton filem sejarah kebanyakan pengambaran dibuat di sini. Harga tiket untuk memasuki taman ni adalah sebanyak 3,000 won seorang dan untuk kawasan Secret Garden dikenakan tambahan sebanyak 5,000 won. Kami tak berkesempatan untuk masuk ke Huwon atau Secret Garden kerana masa lawatan untuk ke Huwon adalah terhad. Kebetulan pada hari tu, Seoul menganjurkan Pedestrian Day di mana mereka menggalakkan kita untuk berjalan kaki dan mengurangkan penggunaan kereta. Oleh sebab itu, jalan untuk ke Cheong Wa Dae, Gwanghwamun dan Gyeongbokgung Palace ditutup kerana terdapat perarakan di sekitar jalan tersebut. Gwangwhamun Square ni memang luas, boleh kata seperti Dataran Merdeka di Malaysia.


Pintu masuk Changdeokgung Palace

Pelan struktur Changdeokgung Palace

Antara senibina di Changdeokgung Palace

Pintu masuk Istana Deoksugung

Memandangkan jam hampir 5.00 pm, mama tidak meneruskan lawatan ke tempat lain tetapi terus ke apartment untuk check in. Oleh kerana kami berjalan balik ke hotel, kami sempat singgah sebentar di Deoksugung Palace untuk menangkap gambar. Antara tarikan yang terdapat di Deoksugung Palace ni ialah pertukaran pengawal dan jika anda berminat untuk melihat pertunjukan ini, make sure anda datang pada masa yang ditetapkan. Rasa hilang letih dan lega apabila melihat keadaan apartment yang bersih serta kemas dan sangat teruja melihat view dari tingkat 39 di mana kami diberi tingkat paling atas di apartment ni. Sebab itulah mama tidak pergi ke N Seoul Tower kerana dari atas ni pun mama dah dapat melihat bandar Seoul.

Pemandangan dari bilik apartment


Bersambung di entri seterusnya...

Tuesday, 22 October 2013

Review: Brown Suite Residence

Assalamualaikum


Bertemu lagi kita di entry terbaru. Kerja tak buat tapi mengada nak buat entry baru. We just came back from Seoul and it was a super fun trip! Rasa macam sekejap sangat bercuti di Korea. Serius tak puas. Harus pergi lagi sebab banyak tempat tak sempat cover. Oh, the travelogue will be written by my mom ye. Okay, let's continue with the review. Since ada orang tanya kat mana kami stay di Korea, so here it goes!


Brown Stone Building @ Twin Tower

Apartment ni memang the best option untuk kami yang konon-konon nak privacy dan ada tempat memasak. Disebabkan tak reti nak cakap Hangul, maka kami amat memerlukan dapur. Parent memang tak berani nak makan kat mana-mana kedai or even stalls tepi jalan. Maka, memang penuhlah luggage dengan segala makanan yang kami angkut dari Malaysia. Oh, imigresen or kastam Korea tak strict sangat. Again, maybe because we're on family vacation. Selamatlah segala makanan kami.

We booked the apartment for 4 nights through AGODA and I guessed we got the best price here. Sangat berbaloi sebenarnya sebab we need kitchen, we need our own ensuite bathroom, we need space to relax, dan segala macam ' we needs' la. So, we chose the 2 bedroom apartment with quite affordable price. And, yes, we requested a city view facing apartment at a very high floors without any extra charges. Sepatutnya memang kena cas pun tapi budak mengada ni pandai mengayat maka dapatlah for free. Haha.

Facilities provided in this apartment was great. Boleh kata complete serba serbi. Worth every penny that you spent. Erm, if you need guidance and tips, don't hesitate to ask the reception. You can communicate with them even with some basic English. Security itself are okay. Memang rasa selamat sebab jiran-jiran semua adalah Korean. Oh, ada surveillance camera kat ding-dong bell tu, jadi bolehlah nampak siapa yang datang melawat anda. Tapi, ada ke yang nak datang melawat? Hurm. TV channel sangat banyak and of course lah totally in Hangul kan. Buat-buat faham lah. Sempat tengok Running Man dan We Got Married lagi. Haha. Excited! Peralatan memasak ada disediakan tapi kami memang bawa semua dari Malaysia. Malas nak samak or sertu benda-benda ni. Orang tengah lapar, time-time tu lah nak samak or sertu semua kan. Dari was-was baik bawa je dari rumah. Toilettries pun ada disediakan tapi maybe basic je kot. Mind you, the check in will be at 3 pm and the check out time will be at 11 am. But, no worries as you can drop your luggage at the lobby upon your arrival. Overall, memang okay sangat la sebab 'we get what we want'. Affordable, privacy, city view, safety and kitchen too!

Entrance

Kitchen and Dining Hall

Main Bedroom

Walk-in Closet

Main Bedroom lagi

Living Room

Let's continue with the location. Since bangunan ini tinggi, memang senang nak spot dari jauh. Tapi, most Korean tak berapa aware sangat dengan tempat ni. Even though it's called Brown Suite, but the building itself is 'Brown Stone'. Nak senang sila print out gambar bangunan ini dan cari address dalam Hangul. Oh, jangan lupa nombor telefon sebab senang kalau anda nak minta tolong sesiapa macam kami. Sampai-sampai je blur sebab tak nampak bangunan, bila tanya orang, mereka pun tak tahu. Then, we met an adorable Korean whom willing to show us the direction. Sangat friendly and I guess this Korean lady rasa bersalah sebab left us without any direction. Mula-mula plan nak naik taxi straight dari airport, then kami tukar plan naik airport bus. Bila dia drop tepi jalan, terus blur mana nak cari bangunan tu. Airport bus tu akan drop anda betul-betul dekat Chungjeongno Station tapi tak sure exit berapa sebab tak perasan. Then, depan anda akan ada satu building tapi itu bukan Brown Stone. Disebabkan oleh warna bangunan tu, kami pun confident je ingat itu Brown Stone tapi ianya bukan. Bila bus dah drop anda, jangan cross jalan dan sila menghala ke kiri. Jangan jalan menghala ke bangunan warna coklat tapi jalan ke arah bangunan tinggi - tinggi tu. Jalan straight sampai jumpa Brown Suite Residence betul - betul depan jalan besar. Ada faham? Tiba-tiba jadi confused. Sigh. Oh. Kalau berminat nak naik airport bus, sila naik bus 6015 dan bayar time nak naik. Kalau nak naik taxi, anda kena ready duit tol sebab excluded dari taxi fare. Yes, pay the tolls on your own.

Kalau anda plan nak naik subway untuk sightseeing, the nearby station are Chungjeongno Station and Seoul Station. Orang cakap City Hall station tu dekat je, tapi jalan-jalan tak sampai-sampai. Salah siapa ni? Haha. Orang Korea punya 5 minit berjalan macam orang Malaysia punya 30 minit berjalan. Sigh. Alangkan kami yang muda belia ni pun penat, apalagi mama dan papa kan. Siapa yang selalu berjalan dan naik public transport kat Malaysia, memang tak ada masalah. Macam kami, we prefer to take the subway from Seoul Station. Seoul Station ni betul-betul macam KL Sentral kat Malaysia. Macam lautan manusia. You can go anywhere from Seoul Station. Banyak transit ada kat Seoul Station, just make sure you ride the right train. Once you're in the right track, you never get lost. Kalau nak naik bus, boleh pergi ke Seoul Station or Chungjeongno Station or jalan menghala ke Seoul Station. Nanti ada bus stop dekat nearby area. Nak naik taxi pun boleh tapi kalau anda lebih dari 4 orang, kenalah ambil 2 taxi sebab satu taxi boleh ambil up to 4 passenger only.  Disebabkan kami 5 orang, kami naik taxi malam-malam je sebab time-time macam ni la taxi driver berani ambil 5 orang. Make sure anda ambil hotel card dekat lobby so that it's easier for you to travel.





If you're not a Muslims, then foods is not a matter. You can dine at any restaurant or stalls nearby the apartment. There's a lot of restaurant and shops nearby and I bet the restaurant is open till late night. The ahjumma's and ahjussi's were friendly too! Don't worry about the safety as I saw some schoolkids and youngsters having their dinner or supper without any hassle. Last but not least, don't forget to check on the forecast weather as if it's raining all day long, you gonna need an umbrella to walk around. Though the rain are not as heavy as we have in Malaysia, the temperature could be as low as minus, and plus the windy? You surely need the sweater!  


Fly wherever you want but still you gonna miss your home.
Alhamdulillah. Safely arrived. Thank You Allah!


Review: Adina Apartment Hotel Melbourne

Assalamualaikum! Just a short and simple review after long silence. Cleanliness: Since we took an apartment with kitchen facilit...