السلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاته
Berjalanlah di muka bumi, maka perhatikanlah bagaimana Allah menciptakan (manusia),dari permulaannya, kemudian Allah menjadikannya sekali lagi. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu - Surah al-'Ankabut ayat 20
Lamanya mama tidak menulis di blog ni kerana kesibukan masa dengan aktiviti selepas persaraan. Dalam pada sibuk tersebut, dapat juga mama melarikan diri bersama keluarga bercuti di Seoul, Korea. Perancangan untuk bercuti timbul apabila terlihat di newspaper dan iklan di tv, MAS buat promosi tambang murah dengan tiket pergi balik bawah RM 1000 termasuk bagasi seberat 30 kg serta makanan yang menjadi keutamaan bagi anak-anak mama, dan peluang ni mama gunakan untuk percutian keluarga penutup hujung tahun 2013. Bagi mama, ini adalah kali kedua ke Seoul kerana mama pernah berkursus di Korea pada tahun 2003. Seperti biasa disebabkan kami pergi tiada mengambil mana-mana pakej dan kesukaran untuk mendapatkan makanan halal, mama telah menempah apartment yang mempunyai dapur untuk memasak. Walaupun begitu semua peralatan memasak, mama bawa dari Malaysia. Kami telah menempah Brown Suites Residences yang berhampiran dengan subway bagi memudahkan perjalanan. Memandangkan tempoh masa percutian ini awal musim luruh, kami tidaklah membawa pakaian yang tebal kerana suhu masa tu lingkungan dalam 17-19C.
Pada 12 Oktober mama sekeluarga bertolak menuju ke KLIA kerana flight ke Seoul berlepas jam 11.30 malam. Time ni anak-anak mama dah rasa excited nak rasa kesejukan di Seoul.
Pada 12 Oktober mama sekeluarga bertolak menuju ke KLIA kerana flight ke Seoul berlepas jam 11.30 malam. Time ni anak-anak mama dah rasa excited nak rasa kesejukan di Seoul.
13 Oktober 2013
Tepat jam 12.00 tengah malam, mama, husband, abang serta adik wish selamat hari lahir kepada ili yang menyambut hari kelahiran ke 25, dah bertambah dewasa anak mama ni. Anak mama, Ili memang seronok sangat dapat celebrate birthday di Seoul. Setelah berada hampir 6 jam dalam penerbangan, kami pun mendarat di lapangan terbang Incheon. Korea ni kita tidaklah perlu risau dengan kastam dan imigresen kerana mereka tidak membuat pemeriksaan bagasi seperti di Perth, Australia. Sebelum keluar dari airport, anak2 membeli T money card yang boleh digunakan untuk menaiki bus, subway dan membeli barang di tempat-tempat tertentu. Harga T money card ini 2500 won dan terpulang kepada kita untuk menambah dengan jumlah ribu won yang akan digunakan sepanjang berada di sana. Semasa kami sampai dan masih lagi tercari-cari sama ada nak naik airport bus or taxi, ada seorang ahjusshi offer untuk membawa kami. Tapi disebabkan pernah terbaca yang driver taxi ni kemungkinan illegal, jadi kami teruskan niat naik airport bus. Selesa dan senang sebab tak payah berebut. Just make sure anda bertanya di kaunter pertanyaan dan nyatakan tempat yang dituju supaya bus yang dinaiki betul dan tidak sesat.
Memandangkan mama hendak berpusing bandar dengan menaiki Seoul Tour Bus, mama mengunakan subway untuk ke stesen Gwanghwamun yang terletak bersebelahan dengan Koreana Hotel. Sebenarnya memang berbaloi mengunakan perkhidmatan bas ini walaupun kita membayar sebanyak 12,000 won seorang. Disediakan seorang pemandu pelancong yang bercakap bahasa korea dan sedikit bahasa Inggeris. Walaupun demikian kita juga boleh mendapat maklumat dengan memasang rekoder yang disediakan. Bas ini memulakan perkhidmatan mulai jam 9.00 am dan tamat jam 7.00 pm. Jika bercadang untuk menggunakan perkhidmatan bas ini rancanglah perjalanan kerana hari Isnin bas tersebut tidak beroperasi. Penumpang boleh turun di mana-mana laluan dan menaiki semula bas ini dengan tiket yang sama kerana tiket akan valid untuk sehari dengan anggaran masa pusingan setiap perhentian selama 30 minit. Jika di Malaysia samalah dengan perkhidmatan HOHO Bas.
T money card
Tambang bas dari Airport ke apartment hanyalah 10,000 won saja seorang. Seronoknya dengan bas yang boleh memuatkan 40 orang penumpang tapi hanya diisi oleh kami seramai 5 orang dan 2 lagi pelancong kerana bas ini akan menghantar penumpang berdasarkan perhentian terakhirnya. Perjalanan dari airport ke Seoul City mengambil masa sejam Yang lucunya, bila kami diturunkan di perhentian bas tersebut, kami tak tahu pula nak cari apartment. Walaupun dah print map siap-siap, tapi bila dah sampai sana terus jadi blur sebab surrounding macam lain dari dalam map. Nasib baiklah terjumpa dengan seorang wanita korea yang boleh bercakap Inggeris yang amat membantu kami mencari apartment tersebut. Disebabkan waktu check-in jam 3.00 pm kami meninggalkan semua bagasi di lobby dan bermulalah acara menjelajah Seoul.
Brown Suites Residence
Memandangkan mama hendak berpusing bandar dengan menaiki Seoul Tour Bus, mama mengunakan subway untuk ke stesen Gwanghwamun yang terletak bersebelahan dengan Koreana Hotel. Sebenarnya memang berbaloi mengunakan perkhidmatan bas ini walaupun kita membayar sebanyak 12,000 won seorang. Disediakan seorang pemandu pelancong yang bercakap bahasa korea dan sedikit bahasa Inggeris. Walaupun demikian kita juga boleh mendapat maklumat dengan memasang rekoder yang disediakan. Bas ini memulakan perkhidmatan mulai jam 9.00 am dan tamat jam 7.00 pm. Jika bercadang untuk menggunakan perkhidmatan bas ini rancanglah perjalanan kerana hari Isnin bas tersebut tidak beroperasi. Penumpang boleh turun di mana-mana laluan dan menaiki semula bas ini dengan tiket yang sama kerana tiket akan valid untuk sehari dengan anggaran masa pusingan setiap perhentian selama 30 minit. Jika di Malaysia samalah dengan perkhidmatan HOHO Bas.
Seoul City Tour Bus
Destinasi pertama mama adalah di Namsangol Traditional Korean Village atau dikenali juga sebagai Kampung Rumah Tradisional di Lembah Namsan. Hanok merupakan perkataan yang menggambarkan rumah yang dibina secara tradisional yang telah dipulihkan untuk mengekalkan suasana asal kawasan tersebut. Di dalam kawasan ini, terdapat lima buah rumah tradisional yang dibina semula terdiri dari rumah-rumah kelas kelas tinggi, kelas menengah, dan kelas bawahan. Kita boleh melihat pembinaan rumah kelas atasan yang mempunyai bumbung berjubin. Di sini banyak acara di adakan bagi pengunjung yang melawat antaranya persembahan Kebudayaan Tarian Tradisional Klasik dan Muzik, watak Hanok Village dan sebagainya. Mama sekeluarga sempatlah menonton beberapa persembahan pada hari itu dan kebetulan juga kami bertembung dengan sekumpulan pelancong dari Malaysia. Tempat ini dibuka pada 9.00am hingga 9.00 malam dan ditutup setiap hari Selasa.
Pemandangan di dalam Traditional Korean Village
Lokasi Village
Salah satu hanok di Namsangol Village
Pertunjukan Bonsai
Pertunjukan Kebudayaan
Salah satu hanok di Namsangol Village
Pertunjukan Bonsai
Pertunjukan Kebudayaan
Setelah menghabiskan masa hampir 2 jam di sini, dengan menaiki Seoul Tour Bus kami terus ke Namsan Tower. Tiba di Namsan Mountain ni, kami just berhenti untuk menangkap gambar dan cuci mata sahaja kerana pada hari Ahad, N Seoul Tower ni memang akan dipenuhi pelancong. Lagipun, kami tak bercadang untuk naik ke Seoul Tower kerana pemandangan dari bilik hotel kami juga menghadap ke city centre.
Pemandangan sekitar Namsan Mountain
Hentian Seoul City Tour Bus di Namsan Mountain
Lagi pemandangan dari Namsan Mountain
Disebabkan kami agak kesuntukan masa, kami terus menuju ke Changdeokgung Palace yang merupakan istana utama bagi kediaman kebanyakan raja-raja Joseon. Changdeokgung Palace ni juga antara yang patut dilawati kerana mendapat pengiktirafan UNESCO. Dari pemerhatian mama, seni pembinaan istana di Korea ni hampir sama dengan pembinaan istana di Beijing, China. Sekiranya mereka yang suka menonton filem sejarah kebanyakan pengambaran dibuat di sini. Harga tiket untuk memasuki taman ni adalah sebanyak 3,000 won seorang dan untuk kawasan Secret Garden dikenakan tambahan sebanyak 5,000 won. Kami tak berkesempatan untuk masuk ke Huwon atau Secret Garden kerana masa lawatan untuk ke Huwon adalah terhad. Kebetulan pada hari tu, Seoul menganjurkan Pedestrian Day di mana mereka menggalakkan kita untuk berjalan kaki dan mengurangkan penggunaan kereta. Oleh sebab itu, jalan untuk ke Cheong Wa Dae, Gwanghwamun dan Gyeongbokgung Palace ditutup kerana terdapat perarakan di sekitar jalan tersebut. Gwangwhamun Square ni memang luas, boleh kata seperti Dataran Merdeka di Malaysia.
Pintu masuk Changdeokgung Palace
Pelan struktur Changdeokgung Palace
Antara senibina di Changdeokgung Palace
Pintu masuk Istana Deoksugung
Memandangkan jam hampir 5.00 pm, mama tidak meneruskan lawatan ke tempat lain tetapi terus ke apartment untuk check in. Oleh kerana kami berjalan balik ke hotel, kami sempat singgah sebentar di Deoksugung Palace untuk menangkap gambar. Antara tarikan yang terdapat di Deoksugung Palace ni ialah pertukaran pengawal dan jika anda berminat untuk melihat pertunjukan ini, make sure anda datang pada masa yang ditetapkan. Rasa hilang letih dan lega apabila melihat keadaan apartment yang bersih serta kemas dan sangat teruja melihat view dari tingkat 39 di mana kami diberi tingkat paling atas di apartment ni. Sebab itulah mama tidak pergi ke N Seoul Tower kerana dari atas ni pun mama dah dapat melihat bandar Seoul.
No comments:
Post a Comment