Thursday, 31 October 2013

Hello Korea! Part 2


السلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاته


14 Oktober 2013

Hari ini mama dan family akan melawat Nami Island. Setelah bersarapan pagi, kami bertolak dari apartment menuju ke Seoul Station untuk menaiki keretapi ke pulau tersebut. Pada asalnya anak mama dah booking melalui on-line untuk menaiki bas, tetapi kerana tidak sempat buat pengesahan dan pembayaran semasa hari ketibaan kami memutuskan untuk menaiki keretapi. Bagi anda yang berminat hendak menaiki bus, bolehlah email ke SINI atau SINI dan nyatakan nama, date anda hendak pergi, berapa orang, dan all inclusive ticket atau bus ticket only supaya mereka boleh reserve seat untuk anda. Selalunya, jika anda mahu menggunakan perkhidmatan Namiseom bus ni, kenalah book at least sebulan awal. Dari Seoul Station, kami menuju ke Cheongnyangni Station menggunakan Line 1. Malangnya, setibanya kami di Cheongnyangni station, train ke Gapyeong Station mengikut waktu dan tiket sebelah pagi semua dah penuh, kami hanya dapat tiket jam 11.20 tengah hari. Perbezaan waktu antara Malaysia dan Korea adalah Korea awal 1 jam. Penumpang yang mengambil tiket dari Cheongnyangni Station ke Gapyeong Station dikenakan tambang sebanyak 4000 won. Nasib baiklah di Cheongnyangni Station ini bersambung dengan shopping mall, jadi sementara menunggu train tiba, kami pergilah mencuci mata dan makan. Di sini juga kita kena berhati-berhati kerana jika tersilap train anda akan pergi ke destinasi yang lain. Yang penting jangan malu bertanya walaupun mereka tidak faham kerana mereka sangat suka membantu. Nasib baiklah anak bongsu mama yang hantu drama korea boleh bercakap dan faham sedikit bahasa korea sehinggakan dipuji kerana slang yang digunakan seperti orang yang fasih berbahasa korea. Jika anda menggunakan T money untuk membeli tiket ITX di Cheongnyangni, sila pastikan anda touch card di mesin transit bersebelahan dengan mesin membeli tiket untuk memastikan T money anda dalam keadaan transit kerana anda akan menukar laluan train.

Station terbesar di Seoul, Seoul Station

Sila naik ITX Train Cheongchun untuk ke Nami Island

Guide untuk transit card

Platform 1 untuk ke Gapyeong Station

Pemandangan sepanjang ke Gapyeong Station

Lagi pemandangan sepanjang ke Gapyeong Station

Perjalanan ke Gapyeong station mengambil masa 1 jam dan dari sini kami terpaksa menaiki teksi dengan kadar 1 teksi 3000 won. Untuk memasuki Nami Island kita dikehendaki membeli tiket berharga 8000 won seorang dan menaiki feri ke pulau tersebut. Sebenarnya tiada apa pun tarikan di pulau buatan ini hanya selepas drama Winter Sonata, barulah pulau ini dikunjungi ramai pelancong. Hampir kesemua pelancong terutamanya yang muda-muda akan bergambar di patung tersebut. Cuma satu yang mama rasa agak kecewa kerana tidak dapat menyaksikan daun-daun pokok berubah warna kerana masa ni baru permulaan musim luruh. Memandangkan ramai pengunjung dari pelbagai bangsa dan agama, mereka membina surau yang dipanggil musolla untuk kemudahan bersolat. Mussolla ini terletak agak ke tengah berhampiran dengan restoran dan terletak di Nami Library. Jika anda hendak mencari musolla di sini, sila cari Nami Library dan tanda Musolla atau prayer room ada di pintu library tersebut. Oleh kerana sign board agak kecil, make sure anda tidak terlepas Nami Library. Prayer room di Nami Library ini hanyalah satu ruang yang dijadikan ruang solat dan ruang solat antara wanita dan lelaki tidak diasingkan. 

Satu peringatan mama supaya kita lebih berhati-hati di sini kerana semasa mama dan husband duduk menunggu anak2, kami didatangi sekumpulan lelaki dan perempuan Korea yang berseluar hitam dan berkemeja putih dengan tujuan mendakyahkan ajaran kristian. Seorang daripada mereka pemuda berumur anggaran 20an  menegur mama dan husband dan mengajak kami berbual-bual sambil memberi beberapa keping risalah. Nasib baiklah mama ternampak salah satu risalah tersebut terdapat perkataan Kristian serta Jesus dan apabila dia bertanya mengenai agama, mama dah bersedia dengan jawapan. Alhamdullilah, husband dan mama dapat mematahkan hujah mereka hingga akhirnya mereka meninggalkan kami. 

Gapyeong Station!

Teringin nak Bungee Jump?

Immigration Counter to Namiseom

Penyambut tetamu

Nami Island 

Nami Island

Welcome board di Nami Island

Prayer room di Gallery N

Cari Nami Library jika mahu bersolat

Special features in Nami Island

Nami Island

Nami Island- daun-daun yang mula bertukar warna

Nami Island

Hampir 3 jam di sini, kami bertolak pulang kerana mengejar train jam 4.30 petang kerana jika terlepas train ini, train seterusnya jam 5.30 petang. Disebabkan mama tidak mengambil tiket untuk balik ke Seoul semasa sampai, kami terpaksa mengambil tiket berdiri sampai ke Yongsan Station pada harga 4800won. Disarankan bagi mereka yang menaiki keretapi, rancang masa anda dengan baik dan lebih baik jika anda membeli terus tiket balik ketika tiba di Gapyeong station. Disebabkan mama hendak mencari product samsung, kami singgah di Stesen Yongsan dan di Yongsan Mall ni menjual semua peralatan eletronik seperti di Low Yat, Kuala Lumpur. Yongsan Mall ni memang terkenal sebagai Electronic Market di Seoul. Mama sempat jugalah terbeli satu product yang betul-betul original siap ada antena di product tersebut. Jika dibandingkan harga memang di sini lebih murah tapi jangan sampai lupa minta warranty card selepas selesai membeli.

Yongsan Mall

                                                     Bangunan Yongsan Mall

Sebelum balik ke apartment kami singgah mencuci mata di Namdaemun Market untuk meninjau harga-harga barang sebelum acara shopping pada hari esoknya. Kami sempatlah juga membeli cenderahati untuk adik beradik dan kawan-kawan walaupun ketika ini, banyak kedai sudah mula mengemas untuk tutup. Kami sempat mencari bangunan bernama E-Lengdang kerana di situ banyak terdapat barang dagangan pada harga yang murah. Oleh sebab kami mengejar masa, sekejap sahaja kami berada di Namdaemun Market dan bergegas untuk ke destinasi seterusnya.

Namdaemun market at night

Lawatan terakhir pada hari ni, kami menaiki teksi pergi ke Banpo Fountain Bridge dengan harga sebanyak 8000 won satu teksi. Nasib baiklah, pada waktu malam pemandu tersebut menerima kami seramai 5 orang menaiki teksinya. Banpo Fountain Bridge adalah jambatan yang terletak di sepanjang sungai Hangang yang telah dibina Moonlight Rainbow Fountain yang terpanjang di dunia yang diikitiraf oleh Guinness World of Records. Jambatan yang dilengkapi dengan jet air ini akan kelihatan menarik di waktu malam. Jet air ini boleh bergerak dengan lampu berwarna-warni dan berubah pergerakan mengikut rentak lagu yang dimainkan. Setiap lagu dimainkan dalam tempoh 15 minit. Mama difahamkan pertunjukan Moonlight ni berlangsung dari bulan April hingga Oktober sahaja. Ketika kami di sini, memang ramai orang yang melawat tempat ni kerana percuma sahaja dan oleh kerana jambatan ini berdekatan dengan taman, tempat ini menjadi tarikan bagi orang Korea untuk berbasikal dan bersenam di lewat malam.  


Banpo Fountain Bridge

Banpo Fountain Bridge

Banpo Fountain Bridge

Kami sekeluarga menyaksikan pertunjukan ini pada jam 8.30 malam dan berakhir 15 minit kemudian. Kesukaran untuk mendapatkan teksi dan bus juga antara sebab tempat ini hanya dilawati oleh orang Korea. Terdapat subway berdekatan tetapi kerana sudah lewat malam, kami berjaya akhirnya menahan sebuah teksi untuk balik ke apartment.


Bersambung di entry hari ketiga.......


No comments:

Post a Comment

Review: Adina Apartment Hotel Melbourne

Assalamualaikum! Just a short and simple review after long silence. Cleanliness: Since we took an apartment with kitchen facilit...