Alangkah seronoknya dapat merasakan kehidupan yang sebenar setelah mama bersara dari perkhidmatan kerajaan pada bulan Julai 2012, setelah berkhidmat selama 32 tahun. Mama terfikir sepatutnya tidak perlu ambil pencen paksa 55 tahun, masa umur 40 tahun dulu mama dah bersara. Hari terakhir bekerja dan bila sampai dirumah semua family gembira terutama anak mama yang kedua sebab boleh makan sedap-sedap setiap hari. Kegiatan pertama selepas jadi suri rumah tangga sepenuh masa mestilah membeli pokok-pokok bunga di Sungai Buluh. Berpasu-pasu bunga dibeli untuk menjadikan rumah ku syurga ku. Setiap pagi jika tiada aktiviti luar mama akan menghabiskan masa hingga 2 jam membelai pokok2 bunga mama.
SEMUGA ALLAH MEMPERMUDAHKAN DAN MEMBERKATI KEHIDUPAN MAMA DI PENGHUJUNG PERJALANAN ...........
SEMUGA ALLAH MEMPERMUDAHKAN DAN MEMBERKATI KEHIDUPAN MAMA DI PENGHUJUNG PERJALANAN ...........
No comments:
Post a Comment