Saturday, 19 January 2013

Bercuti ke Perth: Part 1

assalamualaikum

Sudah lama mama ingin menulis mengenai pengalaman-pengalaman dari perjalanan bersama family dan akhirnya masa yang sesuai telah mama perolehi setelah duduk sepenuh masa di rumah. Percutian bersama suami dan anak-anak ke Perth, Australia merupakan percutian yang tidak dirancang tetapi kerana tambang murah yang ditawarkan oleh Air Asia, mama tak lepas peluang untuk bercuti bersama family dari 31 oktober hingga 5 November 2012.

Percutian kali ni kami memutuskan tidak mengambil mana-mana pakej tetapi pergi sendiri berdasarkan membaca dari blog-blog yang ditulis. Pertama sekali selepas booking tiket, mama menguruskan visa untuk family dengan agen pelancongan Mahola Travel. Bukannya tidak boleh buat sendiri melalui on-line tetapi sebab sudah biasa dengan agen tersebut, mama minta tolong agen tersebut uruskan semua. Anak mama Ili sibuk membuat itinerary bagi tempoh tersebut, restoran-restoran halal dan tempat-tempat yang patut dilawati. Bagi tempoh 5 hari tersebut, kami tinggal di City Stay Apartment Hotel yang mempunyai kelengkapan untuk memasak dengan kadar sewa AUD205.00 sehari. Mama booking melalui on-line dengan cara search di Google dan taip hotel/apartment di Perth. Bagi mama, apartment ni memang highly recommended sebab sangat selesa, complete dengan semua kelengkapan memasak, ironing, toiletries, laundry dan sesuai untuk keluarga. Staf di City Stay juga agak mesra dan kalau anda bernasib baik, dapat jumpa pekerja dari Malaysia. Kalau nak booking City Stay Apartment Hotel, bolehlah ke SINI dan juga wi-fi free disediakan di setiap bilik. Memang berbaloi sangat dengan harganya. Mama juga membeli periuk nasi untuk travel dari Hj Sharin Loh dan keperluan lain. Berdasarkan pengalaman mereka yang telah pergi ke sana semua menyatakan Imigresen dan kastam di Airport tersebut tersangatlah strict. Bagi mengelakkan semua beg mama dipunggah oleh mereka, mama asingkan barang-barang yang perlu dideclare dalam satu beg sahaja berdasarkan nasihat anak mama yang bertugas di kastam. Memang berdasarkan syarat-syarat untuk travel di sana adalah dilarang membawa makanan yang mengandungi rempah, tepung, daging rendang dll. Jika nak tahu lebih lanjut bolehlah search di  Internet. Yang penting, declare saja benda-benda yang anda bawa dan janganlah nervous sangat ketika diperiksa. Kalau pergi bersama family mungkin lebih senang untuk melepasi imigresen dan kastam mereka dan juga kurang sesi soal jawab.


Instant food yang dibawa
City Stay Apartment Hotel

31.10.2012

Kami bertolak dari LCCT pada jam 11.50 malam  dengan perjalanan yang mengambil masa selama 6 jam dan kami sampai di Perth International Airport pada jam 5.30 pagi. 

01.11.2012

Waktu kami sampai cuaca sudah terang benderang kerana waktu itu penghujung musim bunga dan memang sejuk! Semasa pemeriksaan Kastam dan Imigresen kami bimbang juga takut diperiksa 100% tetapi kami declare semua barang yang dibawa dalam beg yang diasingkan dan yang paling seronoknya semasa pemeriksaan terakhir kami dipersilakan keluar tanpa dibuka pun beg. Alhamdulillah. Lega rasanya sebab makanan kami selamat. Selamatlah beras nasi impit, mi maggi, tin sardin, soup dll yang dibawa. Mama rasa sebab kami pergi satu family jadi dia taklah fikir mama akan bawa benda-benda yang dilarang. Tetapi, visitor di depan kami ditahan dan terpaksa melalui pemeriksaan seterusnya. Mungkin kerana mereka backpackers atau travel sendirian. Kami tidak mengunakan perkhidmatan Perth Shuttle dari Airport ke hotel kerana apabila dibandingkan dengan teksi, harganya lebih murah iaitu AuD80.00. Lagi murah bagi 5 penumpang jika dibandingkan dengan menaiki Perth Shuttle. Nak naik Perth Shuttle ni kena queue yang agak panjang sambil menunggu bas sampai, jadi lebih baik kami memilih menaiki teksi. Memandangkan check in pukul 2.00 pm mama meninggalkan beg-beg di bilik yang disediakan dan mengikut jadual yang disediakan oleh anak2, kami pun memulakan lawatan pertama ke Caversham Wildlife Park yang sama seperti Zoo kita. Yang senangnya di Perth ni kita boleh menaiki bas dengan percuma iaitu bas yang tertulis Cat Bus yang akan stop di laluan yang telah ditetapkan. Laluan bas ni boleh didapati di Hotel yang diduduki. Kami menaiki train Transperth untuk ke Caversham dengan harga AuD20.00 seorang yang boleh digunakan bagi pengangkutan awam yang lain seperti bas dan feri selama 3 jam. Sebenarnya boleh beli tiket yang lebih murah tetapi kerana kami masih blur lagi, kami terbeli tiket yang boleh cover banyak kawasan. 

Connect Bus @ Perth Shuttle
CAT Route
Caversham Wildlife Park
Koala
Main attraction - Kangaroo
Kami di Caversham ini hampir pukul 3.00pm dan bertolak balik ke bandar. Sempatlah makan tengah hari fish & chips, kebab ayam dan daging di ISPA restoran Arab. Kami  juga membeli sayur dan ikan salmon yang agak murah berbanding di KL untuk dimasak. Sebelah petang mama dan husband keluar berjalan-jalan di sekitar Apartment. Memandangkan kedudukan apartment yang betul-betul terletak berhadapan dengan Harbour Town, ini memang peluang terbaik untuk berjalan-jalan. Just cross jalan dah sampai ke Harbour Town. Di sini, anda bolehlah mendapatkan barang-barang seperti pakaian dan souvenir pada harga yang murah.


Dapur dilengkapi peralatan memasak 
02.11.2012

Satu kelebihan tidak mengikut travel agent ni kita bebas nak keluar pukul berapa dan tidak terikat dengan jadual yang telah ditetapkan. Kami pernah kecewa sangat semasa bercuti di Turki kerana masa untuk membeli belah di Grand Bazar hanya 2 jam sahaja sehingga tak sempat hendak membeli. Mama akan coretkan pengalaman bercuti di Turki di masa yang lain. Selepas bersarapan sambil menikmati angin sejuk di pagi hari, kami meneruskan misi mencari car rental. Pada mulanya memang plan untuk naik HOHO triple tour tapi memandangkan harga yang ditawarkan agensi car rental agak murah, jadi kami teruskan dengan car rental.

Pada mulanya kami memang bercadang untuk memilih Bayswater yang betul-betul terletak di bandar Perth, tapi kerana kami hanya walk-in, kereta semua sudah fully book. Nak pergi ke Bayswater ni, naik je CAT bus dan tanya driver di mana anda perlu turun. Kami naik CAT bus dari Harbour Town dan turun di Bennett St, dan anda hanya perlu berjalan menuju ke Bayswater yang tidak jauh dari situ. Bagi memudahkan perjalanan, kami menyewa kereta di Aries car rental berdekatan Bayswater Car Rental yang ownernya pasangan suami isteri China dari Malaysia dengan kadar AUD75.00 sehari. Rasa seronok juga dapat bercakap mengunakan bahasa Malaysia. Nasib baik kereta di Bayswater ni dah fully booked jadi terpaksalah kami memilih Aries Car Rental yang stafnya lagi peramah dan harga juga lebih murah. Bagi membolehkan kita membawa kereta di Australia ni sebelum ke sana pergilah ke JPJ atau ke Mahkamah untuk pengesahan lesen, tetapi untuk lebih murah pergilah ke Mahkamah untuk nak tahu ratenya. Tapi, tak ambil pengesahan lesen pun tak apa kerana ada certain tempat menerima lesen memandu asal. Tempat-tempat yang mama lawati adalah seperti di bawah.

Nissan Tiida yang masih tip top
Aries Car Rental
Thrombolites at Lake Clifton (Mandurah) - Lake Clifton ni agak jauh ke dalam dan kebarangkalian anda akan sesat adalah tinggi. Jikalau anda berjalan seorang, dinasihatkan supaya tak pergi sini sebab agak sunyi.
Fresh fruit & veggie
Abingdon Miniature Village - Banyak miniature-miniature terdapat di sini. Kalau tengah spring memang lawa.
Pokok kegemaran mama

Bersambung episod seterusnya di Perth...di SINI! Jangan lupa follow travelogue kami. :)

44 comments:

  1. sy pernah ke perth awal 2011, kena tipu dgn pemandu pelancong org malaysia pula tu.....sakitnya hatiiiii....reda je lee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagaimana kena tipu, itu sebab mama selalunya pergi sendiri, jika nak gunakan pemandu pelancong pun mama minta travel agent yg sudah biasa dengan mama uruskan. Biasanya ada travel yg telah terkenal uruskan pakej untuk ground saja. Cuma nasihat mama utk lain kali kena lebih berhati-hati.

      Delete
  2. Assalamualaikum, untuk sebarang maklumat tambahan yang hendak dimasukkan mama harap mintalah dahulu keizinan kami bagi mengelakkan salah faham dan kesulitan.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum... tumpang tanya. Lesen memandu kite yang skrg ni xleh pakai ke d Perth? Perlukan tukar kpd lesen memandu antarabangsa ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Ada some car rent agency nak driving license yang dah translate ke English, tapi ada je yang terima lesen memandu Msia. Macam kami, just translate je license tu ke English sebab takut nanti dah book kereta tapi lesen tak valid. Kami just pergi translate lesen kat Mahkamah je. Rasanya tak perlu tukar international license kalau setakat bercuti di Australia.

      Delete
  4. salam nak tnya klu nk sewa bilik saje ade x ek??pening la...sbb ade kwn kat sane...die ajak p sane...tup2 suruh cari bilik sendri..adussss...klu blh nk bilik budget je...pegi 4 org ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam. Kalau apartment city stay ni takde untuk sewa bilik je. Kalau tak ramai, boleh je duduk kat backpackers hostel. Kat area Perth city memang banyak je hostel utk backpackers. Lagi jimat kalau stay kat hostel ni. Boleh try Britannia hostel tak pun YMCA backpackers pon boleh. Mostly backpackers hostel ni betul2 kat Perth city, jadi senang la nak jalan2. Hehe. Jgn risau sbb banyak je hostel kat Perth yang murah2 ;)

      Delete
  5. Salam...
    Boleh share tak ape brg makanan yang tak boleh bwk...Dilla akan pergi 22hb ni...tQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam,

      Seperti yang mama nyatakan, Australia negara yang agak strict mengenai makanan yang kita bawa. Masa mama pergi dulu kami asingkan barang-barang makanan yang dibawa dalam satu beg dan declare barang tersebut. Janganlah bawa barang yang mengandungi rempah dan susu. Rasanya Dilla boleh tengok kat entry tips melancong kami ;)

      Delete
  6. Asalammualaikum. Kalau sewa kete, kita kena swipe CC tak utk excess payment? Sy takut sbb kat confirmation voucher ada mention kena deposit AUD3300 utk excess...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam,

      Jika mama tak silap masa husband gunakan cc dulu, car rental akan charge termasuk deposit tetapi itu hanya untuk tujuan guarantee saja,nanti bila puan kembalikan kereta dalam keadaan baik dia akan isu bil yang baru utk tujuan pembayaran. Jika rasa ragu-ragu, puan bolehlah bertanya lebih detail kepada car rental tersebut.

      Delete
    2. Mama nak tanya kenapa mahal sangat sewa kereta dan deposit,ambil syarikat mana. Syarikat yang mama ambil dulu taklah mahal sangat. Puan dah booking ke?

      Delete
  7. Salam, sya akan ke perth hujung bulan nie. nak tanya kalau tak drive sendiri, pengangkutan apa yg paling sesuai utk tujuan lawatan ke tempat2 menarik. cab mungkin terlalu mahal. nak drive masalah license.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Kalau sekadar nak jalan-jalan dlm area Perth, boleh je naik CAT bus for free. Tapi, kalau nak jalan ke luar dari Perth, ada certain tempat je yg boleh access dari train. Itupun kna tukar2 naik bus. Before ni, ada entry psl transport kat Perth. Boleh try call org tu utk nego harga kalau interested.

      Delete
  8. Wsalam. Kalau setakat nak jalan2 kat area Perth, boleh naik CAT bus for free. Kalau naik train, ada certain tempat je boleh access. Itupun kena tukar2 naik train dgn bus. Tapi, kalau nak cover Western Australia, selalunya org rent kereta. Before ni, kami ada post 1 entry psl transport di Perth. Kami tak kenal dia, tapi maybe boleh contact and negotiate harga dgn dia.

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum.. kak.. saya nak tnaya mcam mana nk book accomondation di sana? ada contact tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam.

      Selalunya kalau kami nak travel, kami survey hotel or apartment kat agoda.com, hostelworld dgn booking.com. Akak boleh try survey dulu hotel then buat comparison price. Kdg2 kami book direct to hotel's management sbb ada certain hotel lagi murah kalau book directly. Area Perth city mmg banyak guesthouse dan hostel, akak bole survey dulu kalau nak murah. Mcm apartment yg kami stay kat Perth ni, kami book directly to hotel. Masuk web dia pastu book macam biasa. :)

      Delete
  10. Salam kak.
    Sya nak tanya betul ker hotel kat sana sgt strict? Kalau saya 1 famili 2adult 3kids boleh ker amik 1 bilik jer?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam.
      Hehe. From what I know, memang sana strict sikit. Tapi, you can try mana tahu boleh lepas. Lagi2 kalau kids..maybe okay sikit. Kalau adults, mungkin susah sikit nak lepas. Tapi, kids pun kena tgk..kalau dah besar maybe kena additional charge for bedding la kot.

      Delete
  11. salam saya nak tnya perencah2 boleh bawa ke?..huhu awal bulan 10 ni nak pergi..sy pun tempah hotel yg sama mcm akak..

    ReplyDelete
  12. Assalammualaikum
    Mama utk apatment boleh msk brapa org ya?
    Cy nk pg 6 dewasa 1 baby

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam, maaf kerana lambay reply, agak sibuk sampai tak sempat nak buku blog. Selalunya 1 apartment 4 orang, jika nak masukkan semua mereka charge ikut person. Puan boleh juga cari apartment yang boleh menginap untuk lebih 4 orang.

      Delete
  13. As salam mama
    Kt apartment tu ada provide periuk nasi skali tak? Sebab sy tak plan nk bawak rice cooker mcm mama
    Lagi satu, perencah instant yg mama bawa tu sebenarnya boleh bawa ke tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam eliz. Alaa. Yang itu kami tak sure. Rasa tak perasan pula kalau kat apart. ni ada rice cooker tapi pinggan mangkuk lain sume ada la. Perencah instant boleh je bawa. Macam cukup rasa ke takpun instant soup ke.

      Delete
  14. Assalam mama.saya dan suami akan ke perth pada 7/11/14 ni..kmi bcadang tuk tggl di backpacker hostel.agak2 mama lau walkin ada byk backpaker hostel yg kosong x..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Kat area Perth City ni banyak je hotel backpackers. Walkin selalunya ada je tapi takut rate mahal la. Better lagi book awal2 so nanti tak payah nak pikir stay mana lagi dah. At least boleh plan untuk transportation dll. Tapi, terpulanglah kat puan ;)

      Delete
  15. Salam. Bole saya tahu hotel ni ada parking lot tak? Saya nak ke sana april 2015..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Apartment ni ada parking lot so jgn risau kalau nak sewa kereta. Free lagi. ;)

      Delete
  16. As salam..
    Sy nk tya.mcm mana klu sy nak travel ke perth tp sy x fasih berbahasa inggeris.akan timbul masalah ke ketika di kaunter imigresen nnt?dan sy akan travel dgn anak yg masih kecil tanpa suami ikut tetapi bersama dgn adik beradik yg lain?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Boleh je as long as tahu basic english pon okay je. InsyaAllah takde masalah :)

      Delete
  17. salam puan.
    1. saya nak tahu puan beli dimana rice cooker travel tu?
    2. sewa kereta secara walk in perlu guna cc juga ke? saya tak mahu booking online sebab kena guna cc.

    ReplyDelete
  18. Memang best jalan-jalan kat tempat orang....

    Kami dah try kat Melbourne haritu naik Motorhome....

    ReplyDelete
  19. Salam. Saya akan bercuti ke Perth hujung nov ni. Kami dah tempah "City Stay Apartment Hotel". Saya cuma tempah aparment kapasiti untuk 2 orang, sedang kami sebenarnya berlima, 2 dewasa 3 kanak2. Masa nak tempah tu tengok kat polisi All Children are welcome and stay free. Tapi bila tengok kat confirmation email, tertera max 3 people sahaja. Agaknya ada masalah tak nanti?

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Assalamualaikum. Saya pun ingin bertanya soalan yg sama. 2 dewasa 3 kanak² & baby. Jika Encik dah dpt info boleh tak share dgn saya. Email saya amirazura.sawarie@gmail.com. Trip kami ke Perth bulan May 2016. Terima kasih.

      Delete
  20. mohon email address akak

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum puan. Boleh tak puan list down tempat mana yg Patut kami lawat dulu supaya tidak confused. Takut nanti perjalanan Dari satu tempat ke satu tempat tidak teratur. Trip kami sekeluarga ke Perth pada bulan May 2016.

    ReplyDelete
  22. assalam blh x email kan route untuk di perth..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mohon puan email ke email saya mohammaddanishthaqif@gmail.com

      Delete
  23. perkongsian yang menarik..ralit sy baca, macam saya ikut sekali trip puan :) semoga ada rezeki nak ke sana..amin

    ReplyDelete
  24. Assalam, apa nama hotel puan stay tu ya

    ReplyDelete
  25. assalamualaikum...sy ada kenanlan yg buat hmsaty melayu murah...di perth..

    https://homestaymuslimmurahperth.blogspot.com/

    ReplyDelete
  26. Jom ke PERTH AUSTRALIA 2020!!!!!! Hanya RM1970/pax termasuk flight + transport + hotel + tour guide ✈ Haaa jom cepat2 booking trip ke Perthl! Promosi valid sehingga 31/10/19. Kalau nak tahu full itinerary boleh ws di no 018-9581995 or email najwaakutravel@gmail.com.

    ReplyDelete

Review: Adina Apartment Hotel Melbourne

Assalamualaikum! Just a short and simple review after long silence. Cleanliness: Since we took an apartment with kitchen facilit...