Tuesday, 26 February 2013

Bercuti ke Turki: Part 1



والسلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاته


25.10.2011 (Klia-Istanbul)

Bertemu semula di trip melancong mama, kali ini keTurki negara yang memang telah lama hendak mama lawati. Syukur Alhamdulilah dengan rezeki yang ALLAH kurniakan akhirnya berjaya juga dan yang paling seronok mama pergi bersama hubby dan tiga anak serta Azia, best friend Ili. Sebelum mama bercerita lebih panjang lebar, mama hendak kenalkan anak2 mama. Sulung lelaki sedang berkhidmat di Kastam Di Raja Malaysia, yang kedua, sedang menyambung pengajian di peringkat Master dan yang bongsu, akan menyambung pengajian di peringkat Degree. Semuanya masih single dan mama sedang sibuk untuk mencari calon menantu hehe. Kami berkumpul di KLIA 3 jam sebelum flight bertolak dengan pakej pelancongan dari MAHOLA travel. Group kami tidaklah ramai hanya seramai 15 orang, ok juga tu jika terlalu ramai kadang-kadang pening juga hendak menyesuaikan diri. Seperti biasa sebelum pergi anak mama terutama Ili telah membuat persediaan awal dengan membeli buku tour Guide bagi memudahkan lawatan kami di sana. Mama dan anak juga sibuk search di Internet mengenai budaya, cuaca dan tempat-tempat yang akan dilawati sepanjang lawatan tersebut.

26.10.2011

Kami tiba di Ataturk International Airport jam 6.30 pagi waktu Istanbul setelah berada hampir 9 jam bangun dan tidur di sepanjang perjalanan. Istanbul merupakan bandar yang terletak di antara dua benua iaitu Asia dan Eropah. Setelah selesai semua pemeriksaan Imigresen kami menaiki bus pelancongan yang sememangnya cukup besar berbanding dengan penumpangnya yang hanya seramai 15 orang tu. Pemandu Pelancong kami, Abdul Kadir dari Dorak Tour menyambut kami dengan ucapan Gunaiden iaitu bermaksud selamat pagi. Orangnya okay peramah dan rajin melayan kerenah kami. Anak-anak mama memang excited sangat bila sampai di sini maklumlah first time mereka melancong ke negara sebelah Euro. Cuaca masa ni memang sungguh nyaman sekitar 12-15C iaitu penghujung musim Autumn.

Kami menyusuri jalan di sepanjang pesisir Laut Marmara ke Semenanjung Galipoli. Mama dan rombongan menaiki feri yang mengambil masa hampir 30 minit ke Canakkale dan mama serta anak2 memilih untuk berdiri di deck atas yang terbuka bagi menikmati cuaca sejuk dan melihat burung seagull. Wah, memang sejuk sangat sampai terbang-terbang tudung dan kebas tangan kami menahan sejuk. Bila dah sejuk sangat, kami masuk ke dalam dek untuk menikmati apple tea panas. Memang terbaik cuaca sejuk, kita layan dengan teh dan kopi panas. Sempatlah juga berbual-bual dengan sepasang suami isteri yang berhasrat untuk sambung belajar di Malaysia. Apa lagi promo habis tentang negara mama yang tercinta. Berhenti makan tengah hari di restoran yang semuanya hidangan more ke Western. Oleh sebab ini adalah hentian pertama dan first time jumpa makanan Turki, apa lagi anak2 mama yang memang kuat makan tak lepas peluang semua hendak dicuba walaupun tidaklah sesedap mana. Nasib baik hidangan secara buffet tidaklah ketara sangat buruk makan mereka. Masa melancong ke Beijing, segan juga mama dengan kawan kerana masa tu makan secara hidang anak2 mama semua yang menghabiskan makanan, tak boleh buat menantu betul.....

Late supper dalam MAS! *slurp*
Tour guide kami!
Gelibolu - View dari feri
View sepanjang jalan
Barley farm
Selepas makan tengah hari, kami bertolak ke kota purba arkeologi Troy untuk melawat kesan peninggalan sejarah di mana berlakunya pertempuran antara pahlawan Yunani dan Trojan dalam Perang Trojan walaupun hanya untuk melihat wooden horse of troy yang dibina semula kerana Troy yang asal telah runtuh disebabkan gempa bumi. Seronok juga kalau tahu sejarah Troy City ni. To describe with, chill and historical are the best word to describe tempat ini. Siap ada movie dilakonkan semula untuk menceritakan semula suasana perang ketika itu. Jangan terkejut bila anda sampai di sini, anda terjumpa kucing yang sihat-sihat kerana most historical site di Turkey ni memang banyak kucing-kucing ni. Yang peliknya, siapa yang jaga kucing-kucing terbiar ni? Kerana keadaan kucing-kucing ini sangat terjaga dan sihat belaka. Selepas habis lawatan kami bertolak ke Canakkale untuk bermalam di Iris Hotel. Satu saja yang mama tak happy kerana sukarnya hendak bersolat di sini. Walaupun banyak terdapat masjid tapi mereka tidak berhenti untuk bersolat. Walaupun boleh solat jamak, mama memang tak selesa. Nasib baiklah selepas mama bising dan complaint dengan tour guide hari kedua dan seterusnya barulah dapat bersolat awal. Satu lagi yang menyedihkan mama, di Turki ini semua hotelnya tidak ada arah kiblat, jika kita bertanya dengan staff hotel pun mereka teragak-agak menunjukkan arah. Oleh itu, pesan mama bawalah kompas kerana ianya lebih tepat jika dibandingkan qiblat yang terdapat di hand phone. 

Troia or Troy City! - A must have in all the historical site. Bagus kan?
Kuda Perang Troy
Mama dan papa
Kota peninggalan Troy
Kota Peninggalan Troy mengikut zaman pemerintahan
bahasa pelik - ancient Greek kot
tempat nak sacrifice ......
Iris Hotel
Bersambung di entri seterusnya....sila baca di SINI!

No comments:

Post a Comment

Review: Adina Apartment Hotel Melbourne

Assalamualaikum! Just a short and simple review after long silence. Cleanliness: Since we took an apartment with kitchen facilit...