Assalamualaikum
Asal sebut durian je, dah boleh meleleh air liur. Haih. Family sarisma ni memang kira die hard fan durian lah. Pantang nampak durian, confirm parent berhenti beli. Time tuh memang tak ingat la darah tinggi or kencing manis or sewaktu dengannya kan. Bila time musim durian, kat rumah sentiasa ada stok durian. Dalam seminggu, dua tiga kali beli. Haih. Tapi, kadang kadang bila silap beli durian or dapat durian yang tak berapa nak best, mama mesti fully utilize semua balance durian tu.
Benda paling famous mama selalu buat:
- Tempoyak! Haha. Yang ini paling best. Durian sedap sedap buat tempoyak rasa macam rugi je kan. Tapi kalau kena cara and simpan dengan elok, tempoyak boleh kekal lama. Nak bagi tempoyak lagi sedap? Tumbuk cili basah and cili api, then makan sekali. Makan tanpa nasi pon sodap tau.
- Bubur! Yes. Dalam banyak-banyak benda, kalau masak bubur atau pengat letak durian, memang sedap berkali ganda lah. Haha. *agak exaggerated di sini tapi memang sedap tak ingat* All time favourite? Mestilah bubur kacang and durian.
- Lempuk! Okay. Nak buat lempuk kena ada cara yang betul, kalau tak nanti lempuk cepat berkulat. Lempuk ni la paling berguna bila musim durian dah habis. Time ni nak beli durian memang mahal so, memang lempuk la alternatives lain nak gantikan durian. Lempuk ni macam dodol tapi tak seleceh macam buat dodol. Bahan tak banyak tapi penat yang banyak. Haha.
- Ini paling best.........KOPI DURIAN! This one memang our all time favourite lah. Bila stok durian banyak kat rumah, hari-hari buat kopi durian. Terbaik! :) dan resepi ini bila cerita kat member semua hairan kerana tak pening atau pitam sebabkan durian panas, air kopi pun panas. Haha tapi tak pernah pula family kami pengsan walaupun minum pagi dan petang.
- Durian crepe! Yay. Since sekarang durian crepe tengah IN sangat, let's make our own durian crepe. Memang senang dan lagi jimat.
- Pulut Durian! Haih. Sedapnya -.-
- Cekodok durian! wallah. Memang superb kalau buat cekodok durian. Tekstur memang lembut dan confirm sedap.
- Jika jemu makan ikan boleh juga buat sambal ikan bilis digoreng dengan tempoyak, potong cili api banyak-banyak, resepi ni anak mama siap promote kat pensyarah dia di UITM. Sedap banget!
Rasa macam banyak sangat cakap pasal makanan, perut pon dah tak boleh tahan. Haha. Insha Allah nanti nak suruh mama buat resepi-resipi di atas. For durian lovers, lepas makan durian and ada banyak balance, sila jangan membazir! Macam-macam boleh buat dengan durian ni, rajin tak rajin je. I got few friends yang tak boleh makan durian, sentuh memang lagi tak lah kan. Rasa rugi yang amat kalau tak makan durian. Sebab durian lah, orang Human Resource pernah sound and bagi warning. Haha. Bukan warning sangat pon, tapi bau durian tu kuat sangat sampai orang pening. Okay, my bad! Sorry kawan-kawan :)
No comments:
Post a Comment