السلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاته
28.10.2011
Cuaca pagi ni semakin sejuk, selepas breakfast sebelum bertolak ke Pamukkale sempat lagi anak2 mengambil gambar, rasanya sudah beratus gambar yang diambil walaupun baru hari yang ketiga. Lawatan pertama hari ni kami telah di bawa ke Ephesus yang merupakan satu kawasan tinggalan sejarah zaman Yunani Purba (arkeologi) yang terkenal. Di Turki ni memang banyak historical site untuk dilawati. Walaupun telah berusia beribu tahun kami masih dapat melihat lagi kesan sejarahnya. Setelah selesai lawatan, kami dibawa ke kilang membuat product daripada kulit di mana terdapat beratus fesyen daripada kulit. First time kami dapat tengok fashion show sambil minum apple tea panas. Sempat jugalah mama dan anak2 mencuba jaket daripada kulit dan nasib baiklah kilang ini merupakan lawatan awal jika tidak mungkin terbang jugalah duit mama.
Sebelah petangnya, kami dibawa ke Cotton Castle melihat keajaiban dan kebesaran ciptaan ALLAH yang Maha Esa. Ya Allah! Terbentang luas seperti marmar putih yang sebenarnya terdiri daripada pembentukan teres-teres di kawasan pergunungan hasil dari pengumpulan batu-batu kapur, berpunca dari sumber mata air panas. Tempat ini telah diwartakan sebagai keajaiban alam semulajadi oleh UNESCO. Terdapat banyak mata air panas di Pamukkale yang mengalirkan air pada suhu antara 35 hingga 100 darjah selsius. Aliran air daripada mata air yang kaya dengan mineral ini menyebabkan kemunculan teres putih yang menakjubkan lalu membentuk takungan seakan kolam renang. Tempat ni sekali pandang dari jauh memang nampak macam snow tapi sebenarnya kawasan air panas. Memang lawa dan harus dilawati jika anda sampai ke Turki. Rugi kalau tak pergi. Mama dan anak2 tidak melepaskan peluang untuk merasai kehangatan mata air dan memijak batu kapurnya. Walau bagaimanapun semua pengunjung dimestikan menanggalkan kasut dan stoking. Agak lama juga anak-anak mama bermain air di sini, sehinggalah kami perasan tour guide kami dok sibuk mengumpul jemaah-jemaahnya. Haha. Sebelah malamnya anak2 mama tidak lepas peluang menenangkan diri di dalam kolam terma air panas di hotel. Memang best sebab free jika anda menginap di sini dan paling penting, boleh release tension dan relaxkan badan. Sempat juga anak-anak mama berkenalan dengan tourist-tourist dari Korea dan Jepun ketika seronok berendam dalam air.
Entrance to Efes |
Peninggalan yang masih terpelihara
Tandas terbuka
Sebahagian dari peninggalan
Bangunan hadapan perpustakaan yang masih kukuh walaupun telah beribu tahun
Restoran makan tengah hari
Entrance to Hierapolis
Kilang yang mengeluarkan product kulit
Sebahagian daripada product yang dijual
Alangkah indahnya ciptaan ALLAH
Kawasan teres batu kapur
Di restoran makan tengah hari
Hotel yang menyediakan kolam air panas semula jadi
Seterusnya ke episod empat .......cepat-cepat click di SINI!
No comments:
Post a Comment