Tuesday 7 May 2013

Kisah di Bumi Anbia

Assalamualaikum


Alhamdulillah....kami sekeluarga selamat pergi dan balik. Nak tahu ke mana kami menghilang for almost 3 week ni? Bila tajuk kat entry pon dah highlight Bumi Anbia, harusla anda boleh meneka kan? This year, rezeki keluarga kami bila dapat mengerjakan umrah sekali lagi dalam gap waktu yang agak dekat. We went for Umrah last year and Alhamdulillah, Allah perkenan doa kami :) Sukanya dapat jejak tanah haram lagi. Another thing is, Alhamdulillah sebab readers blog ni dah bertambah. That was our first intention bila sign up for blog. We just want to share our travelogue experience and stories yang might be helpful - at least to our readers. 

Kalau last year kami pergi berlapan, Alhamdulillah, tahun ni pon berlapan. Mula-mula bila mama plan nak pergi lagi, memang rasa excited tapi....banyak sangat dugaan time tu. Overlapping schedule. Haih. Itula probs jadi student ni. Nak bercuti kena arrange time betul-betul so that planning tak clash dengan timetable. Before ni bila pergi, orang selalu cakap, macam-macam dugaan bila nak pergi Tanah Suci ni. Kadang-kadang kita tak nampak pon dugaan tu tapi sebenarnya, dugaan itu boleh jadi benda yang paling dekat dalam kehidupan harian kita. 

Macam last year, sebelum nak pergi Umrah tu, punyala dalam dilema nak ambil cuti or nak resign terus dari kerja....Phew! Berpeluh gak la nak decide time tu. Lastly, ended up resign dengan jayanya! Haih. Memang mama and papa bising sebab resign - which is, I will be jobless once the flight landed kat Malaysia. I know I will be jobless but I know Allah will help me. Interviews keep coming and I succeed in SPA's examination. Both 1st and 2nd stage. Come to think of it, rezeki itu di mana-mana. Jika memang hak kita, InshaAllah akan dipermudah. Tapi...akhirnya, I went for postgraduate studies. Alhamdulillah, result boleh improve lagi and got another 1 more semester to go. Bila dah continue study, dugaan kali ni mestila nak cari time yang sesuai. Dengan test berderet-deret and class reschedule, memang rasa nak give up je. Tapi, Alhamdulillah Allah permudahkan. See? Nampak tak macam mana dugaan tu? Kita memang tak sedar tapi dugaan tu memang ada.

Ini dugaan before pergi. Dugaan bila dah sampai Tanah Suci lagi.....haru! Haha. InshaAllah akan diceritakan di entry yang lain. Apapun, to you readers, please stay tuned with our blog okay! My mom akan update travelogue while we were at Mecca and Madinah. One word to describe the trip "SubhanAllah"... how I wished that whoever read this blog will experience the Umrah. Your experience would never be the same for every trip, that's for sure. Alhamdulillah, pengalaman umrah kali ni pon memang beza dengan yang sebelumnya.....sebab ada surprise! Haha. Sila tunggu next entry wokeh. I need to prepare for test and quizzes maka sampai di sini saja entry kali ni :)


Suka sangat talbiah. Nak ambil berkat Haji :)
Sources: Google


2 comments:

Review: Adina Apartment Hotel Melbourne

Assalamualaikum! Just a short and simple review after long silence. Cleanliness: Since we took an apartment with kitchen facilit...