Saturday, 25 May 2013

Bersujud di Tanah Haram: Part 2


السلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاته


الْعُمْرَةُ إِلَى الْعُمْرَةِ كَفَّارَةٌ لِمَا بَيْنَهُمَا وَالْحَجُّ الْمَبْرُورُ لَيْسَ لَهُ جَزَاءٌ إِلَّا الْجَنَّةُ

Maksudnya "Antara satu umrah ke satu umrah yang lain menghapuskan dosa di antara keduanya, dan haji yang mabrur tidak ada ganjaran baginya melainkan syurga."
(Riwayat al Bukhari dan Muslim)

28 April  hingga 2 Mei 2013

Apabila kita berada di Tanah suci ini terutama dapat beribadah di Masjidil Haram ambillah peluang untuk banyak menunaikan solat sendiri. Bagi mama inilah peluang untuk kita melakukan sebanyak mana yang terdaya melakukan solat dhuha, tahajud, solat Taubat dan Hajat serta membaca Al-Quran. Selain daripada menjalankan ibadah, jemaah juga telah dibawa melawat sekitar bandar Mekah seperti Jabal Thur, Padang Arafah, Mina, dan Jabal Nur. Jemaah kami beruntung dapat Mutawif yang rajin mengadakan Jalan - Jalan Tambah Iman dan membawa kami di sebelah malam melawat tempat-tempat bersejarah di sekitar Masjidil Haram. Dari pemerhatian mama yang tidak akan terdapat di mana-mana negara pun, semua pekerja-pekerja dan peniaga akan menutup kedai apabila masuk waktu solat dan menyatakan solat, solat jika kita memasuki kedai mereka. Pada hari Jumaat sebelum pulang ke Malaysia, mama dan keluarga yang perempuan sempat bersolat Jumaat, walaupun tidak dapat memasuki masjid kerana jam 11.00 pagi masjid sudah dipenuhi dengan jemaah, kami bersolat di ruang hotel. Memang beginilah keadaan di Masjidil Haram dan juga Masjid Nabawi ketika solat Jumaat. Memang disarankan untuk pergi ke masjid 2 jam lebih awal supaya dapat bersolat dengan selesa di dalam masjid. Apabila imam yang membaca Khutbah Jumaat tersebut sebak dan menangis, mama juga turut mengalirkan air mata walaupun tidak memahami sepenuhnya penyampaian khutbah tersebut. Kalau di Malaysia, jika perempuan mengikuti solat Jumaat adalah perkara yang janggal, tetapi jika di Mekah dan Madinah, ianya adalah perkara biasa.

3 Mei 2013

Hari ini terjadilah satu peristiwa yang tidak dapat dijangka oleh mama sekeluarga. Seorang dari jemaah umrah kami telah berjumpa dengan suami untuk meminang anak perempuan mama. Apabila difikirkan semula adakah Allah menduga kami dengan permintaan tersebut. Sememangnya setiap kali selesai solat terutama di depan Kaabah sebagai ibu, mama memohon kepada Nya supaya anak-anak mama diberi isteri yang solehah dan suami yang soleh agar dapat membimbing anak2 mama ke jalan yang diredhai Allah. Walau bagaimana pun disebabkan beberapa faktor yang tertentu kami sekeluarga menolak dengan baik permintaan itu. Memang benarlah orang cakap, bila berada di Tanah Suci, pelbagai dugaan yang tidak dijangka boleh berlaku. Maka, sentiasalah beristiqamah dalam melakukan ibadat dan memohon kepadaNya agar dipermudahkan segala urusan.

4 Mei 2013

Hari ni adalah hari terakhir kami di kota Mekah, terasa terlalu cepat masa beredar. Selepas melakukan tawaf Wida kami pun berangkat ke Jeddah. Apabila sampai di Jeddah, kami dibawa menuju ke Masjid Qisas di mana nama masjid itu diberi sempena pelaksanaan qisas yang diadakan bersebelahan dengan Masjid Qisas. Upacara qisas di sini diadakan di khalayak ramai dan kalau tak silap, pada setiap selepas solat Jumaat. Itupun jika ada pesalah untuk hukuman hudud dan qisas. Berderet ambulans akan ready sepanjang pelaksanaan hukuman. Selepas ke Masjid Qisas, kami menuju ke Masjid Terapung atau Masjid al Rahmah untuk bersolat. Jeddah juga bermaksud nenek dalam bahasa Arab merujuk kepada Hawa, pasangan kepada Nabi Adam A.S dan jika anda ada kelapangan, bolehlah menziarahi makam Hawa di Jeddah. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Ustaz Hasibuan Al Mandiry yang sudi membimbing kami dan pendengar setia kepada cerita kami sepanjang berada di Tanah Suci......

5 Mei 2013

Alhamdulillah mama selamat sampai ke Malaysia dan dengan penuh harapan agar Allah kembalikan mama ke Baitullah ini lagi bagi menunaikan ibadah umrah dan untuk anak-anak ibadah Haji pula. Insya-Allah. Coretan di Tanah Suci ini hanya sekadar berkongsi pengalaman kerana setiap mereka yang mengerjakan umrah menggunakan khidmat agent memang akan mengikuti aktiviti ziarah luar dan dalaman di Mekah dan Madinah.


Jabal Thur - di puncak tertinggi itulah lokasi gua thur dan memerlukan 2 jam pendakian serta 2 jam menuruni jabal thur

Melawat ladang unta

Mina - Di belakang ialah bangunan untuk melontar jamrah

Kalau anda nampak garis kuning itu ialah sempadan Padang Arafah

Sewaktu Solat Jumaat di kawasan hotel berhampiran kerana Masjidil Haram sudah terlalu sesak. Jangan terkejut andai anda melihat mereka bersolat di sini kerana sudah menjadi kebiasaan mereka.

Selepas tamat Solat Jumaat, gambar diambil dari hotel berhampiran Masjidil Haram

Sebelum masuk waktu solat fardhu

Keadaan di luar Masjidil Haram

Banyak sangat construction di Kota Mekah


Perpustakaan Mekah @ Tapak rumah Nabi Muhammad S.A.W dilahirkan

Level atas sekali yang hanya dibuka untuk lelaki

Level paling atas

Lambaian Kaabah

Masjid Terapung Jeddah

Dari Ibnu Umar r.a berkata, Rasulullah SAW bersabda, "Hendaklah orang yang menyaksikan di antara kalian menyampaikan kepada orang yang tidak hadir dari kalian."
Hadis Riwayat Ibnu Majah

No comments:

Post a Comment

Review: Adina Apartment Hotel Melbourne

Assalamualaikum! Just a short and simple review after long silence. Cleanliness: Since we took an apartment with kitchen facilit...