Friday 8 February 2013

Bercuti ke Perth: Part 3

Assalamualaikum


Mama kena habiskanlah cerita lawatan hari keempat di Perth kerana tak seronok pula cerita separuh jalan, asyik tertangguh sahaja. Dua hari yang lepas mama diminta memberi ceramah mengenai penulisan surat rasmi di sebuah agensi kerajaan. Sedih juga dengan anak2 muda sekarang menulis surat pun tidak mengikut garis panduan pakai tulis sahaja. Sebenarnya bila kita menulis surat ianya seperti kita sedang berbicara, oleh itu gunakanlah bahasa yang bersopan sebab pembaca akan menilai penulis daripada cara penulisan kita. Cerita seterusnya mengenai lawatan ke Perth....

04.11.2012

Hari ini lepas subuh mama dah siap masak dan kami keluar awal bagi meneruskan lawatan di sekitar bandar Perth sebab jika ikut contract kereta yang mama sewa kena pulang sebelum jam 10.00 pagi. Sebelum nak pulangkan kereta, mestilah kami ambil peluang menggunakan sepenuhnya kereta. Memandangkan anak2 mama dah selesa berjalan dengan mengunakan kereta, mama sambung lagi menyewa hingga hari terakhir sebelum pulang ke Malaysia. Rasanya memang berbaloi menyewa kereta kerana kami telah sampai hampir beberapa tempat di Western Australia. Dan memandangkan kami bercuti bersama keluarga, menyewa kereta adalah cara penjimatan terbaik kerana memandu di Australia adalah sama seperti memandu di Malaysia cuma tukang driver kena lebih disiplin. Bagus owner syarikat tu tidaklah berkira sangat mungkin sebab dia pun orang Malaysia. Lawatan pertama kami pergi ke King's Park Garden. Cuaca pagi tu memang sejuk sangat. Seronoknya bila berjalan cuaca begini tak terasa penat. Dari taman ni kita boleh nampak pemandangan bandar Perth. Selepas hampir dua jam mama pergi semula ke Fremantle sebab tak habis lagi duit.... dan Fremantle ni juga antara tempat yang terdekat dengan Perth City. Drive tak sampai sejam dah sampai ke Fremantle. Oh! Jika di Malaysia, bila nak parking kereta di tempat public akan dikenakan bayaran, begitu juga di Perth dan Fremantle. Jadi, jangan lupa untuk membayar parking sekiranya tidak mahu disaman. Sepanjang berada di Perth, husband dan anak lelaki sangat berdisiplin ketika memandu di sini kerana takut mendapat saman. Haha. Memang situasi ini hanya boleh terjadi di Australia saja, balik Malaysia, terus pecut balik. Sebelum sampai di Fremantle kami singgah di sebuah hypermarket untuk membeli ikan salmon untuk persediaan makan malam. Anak2 mama pantang nampak kedai turki kerana lepas balik dari Turki tempoh hari seronok sangat nak makan pide dengan roti. Baklavanya memang sedap sehingga 3 kali order sebab di tempat mama ada restoran pakistan jual RM1.00 dengan ukuran 1 inci saja. Terlalu mahal dan tidak puas langsung, apa lagi untuk menikmati baklava yang boleh licin hanya dengan sekali telan.


Sepanjang jalan di King's Park Garden
Perth elite housing area
Penghujung musim bunga
Pemandangan di bandar Perth
View dari King's Park Garden
Beds of lavender
Perth city view dari King's Park - a must see!
Anak mama
Nikon D3100 - lagi murah dari Malaysia :(

Baklava!
Turkish Pide *Slurp*
Selepas makan kami bertolak ke Fremantle tapi mama tak pergi ke market yang biasa mereka pergi. Kami pergi ke E Shed Market dan sebenarnya nak pergi sini memang agak sukar sedikit sebab ia agak tersorok, nasib baiklah anak lelaki mama tak lekang dengan GPSnya. Dari awal kami mencari E Market tapi masih terjumpa Fremantle Market. Di sini lebih banyak pilihan untuk souvenir dan harga nya lebih murah berbanding di Fremantle Market. Habis bershopping kami singgah ke Kaili's restoran yang memang terkenal dengan makanan seafood yang segar. Sekiranya kita pergi ikut pakej pun mereka akan bawa ke sini. Ada pilihan lain selain Kaili's seperti Cicerellos yang juga menawarkan makanan segar dan juga harga berpatutan tapi Kaili's adalah rank tertinggi berbanding restoran lain. Punya seronoknya mengorder bila habis makan jumlah semuanya AUD 100 lebih kurang RM312.00 duit kita. Banyak pilihan terdapat di sini, kalau tak mahu seafood fried set, bolehlah order seafood yang freshly baked. 

Lawatan terakhir mama untuk hari ini kami singgah di bangunan Swan Bell, Perth Mint dan pusing-pusing sekitar bandar Perth. Angin memang kuat dan memang seronok berjalan di sepanjang laluan pedestrian berhampiran Swan Bell.


Kaili's Fish and Chips
The famous kaili's fish and chips!
More food!
Pergi sini boleh dapat diskaun! Thank you bos! Kedai ini terletak di E Shed Market dan memang kena pergi jika anda nak beli souvenir pada harga yang berpatutan. Mention sekali yang anda dapat tahu kedai ni dari blog. Mesti uncle tu happy dan anda juga akan happy bila dapat diskaun!
E Shed Market!

05.12.2012

Hari ni hari terakhir mama di Perth dan setelah memulangkan kereta kami pusing dulu di bandar dengan menggunakan Cat bus free. Cuma satu sahaja yang mama terfikir bagaimana mereka sangat berdisiplin dan bersabar di jalan raya, tiada bunyi hon kenderaan, yang seronoknya my hubby dan son turut juga menjadi pemandu berhemah di sini. Sebab tiada arah tujuan, memandangkan hari ini hari terakhir, kami round bandar Perth dengan menaiki CAT bus semata-mata untuk melihat kehidupan di sini. Oleh kerana masa yang agak suntuk, cepat-cepat kami bergegas ke apartment untuk check out.

Check out settle, airport transfer settle, mama sempat lagi bershopping di Harbour Town dan membeli baju sejuk untuk lawatan yang akan datang. 

Pukul 12.00 tengah hari mama menaiki kenderaan yang di booking oleh Hotel untuk ke airport. Sebelum berlepas kami sempat juga bersolat di Quiet room dalam Airport yang disediakan untuk orang Muslim bersolat. Tapi jangan tanya bilik untuk solat dia orang tak tahu. Nak cari Quiet Room senang saja sebab ianya berada di dalam airport berdekatan dengan tempat sewa kereta. Masuk-masuk je airport, pergi ke sebelah kanan anda. Cari sahaja tempat sewa kereta di dalam airport Perth dan Quiet Room tu terletak di satu sudut kecil bersebelahan dengan car rental. 

Pukul 9.00 malam mama sekeluarga selamat sampai di LCCT. Bagi mama pengalaman kita melancong ke negara orang, tidak sama dengan negara sendiri. Mama selalu mengingatkan anak2 mama betapa indahnya negara sendiri dan sayangilah tempat kita dilahirkan. Alhamdulillah! 


17 comments:

  1. As slm...menarik nya info yg dikongsikn oleh mama..
    Terima kasih...
    Nanti jika sy nk ke Perth boley sy bertanya pd mama yea....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam, terima kasih kerana membaca pengalaman kami. Insya-Allah jika memerlukan maklumat lebih lanjut bolehlah hubungi mama atau anak mama.

      Delete
  2. Thank you so much for your kind words! We hope you enjoyed your stay in perth and hope to see you guys again soon!

    Kind Regards & Many Thanks form all of us here at Megabes Souvenirs

    https://www.facebook.com/megabes

    ReplyDelete
    Replies
    1. You're most welcome! We really had a nice trip back then. Sure, will visit Perth again and hope to get more discount next time! :D

      Delete
  3. Assalam..mama suka saya baca tulisan mama..indah! Saya nak ke perth juga nanti..boleh mama share nama kedai turki yg menjual baklava dan pide yg sedap tu? T.kasih -lily-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam, terima kasih baca blog mama. Memang seronok jika dapat bercuti dan mama syorkan jika hendak ke sana pergilah waktu musim bunga atau luruh kerana cuaca yang selesa untuk berjalan. Mengenai kedai tu mama terlupa nak ambil gambar tetapi kedainya sebelah mall dalam perjalanan ke Fremantle. Sekiranya kita menyewa kereta di sana mama rasa lebih mudah untuk berhenti di mana-mana. Di Perth juga banyak terdapat kedai-kedai Turki yang menjual makanan Turki tetapi untuk baklava banyak di Fremantle

      Delete
  4. Assalamualaikum Mama. Terima kasih atas perkongsian yang berharga ini. Saya pernah ke Perth 15 tahun dahulu semasa honeymoon dan tahun ini bercadang untuk re-visit but this time with 3 kids... Will the mid term school holidays in May be a good time to visit? Kalau tak keberatan boleh kongsikan berapa anggaran budget yang diperlukan untuk percutian satu family macam Mama ni? Jazakallah

    ReplyDelete
  5. Waalaikum salam, maaf kerana lewat membalas, agak sibuk penghujung tahun ni walaupun mama telah bersara. Terima kasih juga membaca blog mama, cuma perkongsian pengalaman yang mungkin boleh dijadikan panduan. Mengenai budget ni untuk tiket mama tidak masukkan kerana bergantung tarikh dan waktu kita ambil. Untuk penginapan mungkin agak mahal kerana mama ambil apartment yang boleh memasak, harganya AUD205.00 semalam yang mama dah bayar dari Malaysia (mungkin puan boleh cari apartment lain), kereta sewa AUD75.00 sehari.
    Perbelanjaan lain anggaran dalam RM3,000 termasuk lawatan dan cenderahati. Penjimatan adalah sebab mama masak sendiri, jika puan makan diluar memang perlukan budget lebih kerana harga makanan agak mahal.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum puan...tqs for sharing a good experiences during in Perth.i'm a teacher and planning ingin membawa murid ke sana pada bulan September. Ada sedikit persolan.memandangkan jumlah murid ramai(anggaran 10 orang),adakah pengangkutan awam sesuai digunakan disana?Train di sana sama X mcm LRT di dalam negara kita?jarak lokasi pelancong jauh ke di antara satu sama lain?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Boleh tak emel mama di sarismasms@yahoo.com supaya senang kalau nak tanya apa2 dgn lebih jelas.

      Delete
  8. Hope to be there soon..bestnya baca pengalaman mama travel di Perth bersama keluarga. Sy jg mcm mama suka travel sendiri tanpa khidmat agen pelancongan. Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Terima kasih. InshaAllah nnt mesti ada kesempatan ke sana. A decent and laid back city , tak nampak sgt org rushing2 macam kat KL ;)

      Delete
  9. salam akak boleh kongsikan menu masakan yg sesuai waktu kat sana..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum, gelak juga ada orang yang nak mama kongsikan resepi kerana pada masa tu lepas habis berjalan balik je terus masak mana yang sempat. Apa-apa pun mama memang suka sayur2 disini sebab fresh dan harganya pun tidaklah terlalau mahal. Selalunywaktu pagi sebelum keluar mama akan goreng meehon atau buat nasi goreng. Kami bawa juga wrap (jenama mission) dengan inti sardin atau serunding. Di Perth ni nak makan tidaklah susah sangat sebab banyak kedai-kedai yang dikendalikan oleh orang Turki, Pakistan tetapi harganya agak mahal sikit.

      Delete
  10. Salam sis...sy nak tanye...jika sy pergi perth in November...pakaian mcm mana sesuai utk sy, husband & baby 10 months ek?

    ReplyDelete

Review: Adina Apartment Hotel Melbourne

Assalamualaikum! Just a short and simple review after long silence. Cleanliness: Since we took an apartment with kitchen facilit...